Kyle mengambil roti itu dari tangan Mytrice.Dia kemudian meletakkan roti itu di bibir Mytrice.Mytrice yang dalam keadaan bingung hanya menurut sahaja kehendak Kyle.Dia mengunyah sedikit roti itu,kemudian Kyle pula ganti mengunyah roti itu.Begitulah keadaan mereka berdua sehingga roti itu habis dimakan.
"Peony makan dengan cara macam ni lebih sedap dari makan seperti biasa.Kalau boleh saya nak awak dan saya hari-hari makan macam ni."Kata Kyle perlahan.
"Maaf..saya tak boleh selalu buat macam tu dengan awak.Tapi kalau saya berpeluang untuk berjumpa dengan awak lagi,saya dengan senang hati akan cuba untuk menuruti semua permintaan awak kalau benda kecil macam ni boleh buat awak gembira."Kata Mytrice tulus.
Dia tidak mengerti tentang apa yang cuba disampaikan oleh Kyle.Apa yang dia tahu,Kyle gembira bila dia dan Kyle makan seperti itu.Perkara seperti itu sangat mudah untuk dilakukan oleh Mytrice.Dia sanggup melakukan seperti itu lagi asalkan Kyle gembira.Kyle sudah terlalu banyak menolongnya.Dia tidak kisah untuk memenuhi permintaan Kyle.
"Hahahaha.. Peony..bila awak buka sahaja mulut awak untuk bercakap,kadang saya geram betul.Awak buat saya semakin tertarik dengan awak."
Kyle menyapu sisa makanan yang ada di mulut Mytrice.Dia tersenyum dalam hati.Mahu sahaja dia mencubit kedua-dua belah pipi Mytrice agar Mytrice mengerti apa yang dia cuba sampaikan.Namun dia mahu Mytrice kekal seperti itu.Dia tertarik dengan Mytrice dulu kerana sikap Mytrice yang sangat naif itu.Dia sanggup menunggu sehingga Mytrice memahami perasaannya.Namun dia tidak akan membiarkan mata Mytrice beralih pada lelaki lain.Terutamanya Julien dan Riley.Dia cemburu dengan kedua-duanya.
"Maaf..saya lambat betul nak mengerti.Mungkin awak boleh ajar saya Sky."Kata Mytrice lurus.
"Kalau untuk awak saya sentiasa terbuka untuk mengajar apa pun benda yang awak nak belajar.Tapi,awak janji tau yang awak tak cari orang lain."
"Hahahaha..Sky..awak teman pertama saya.Tak mungkin ada orang lain boleh ganti tempat awak.Lagipun saya banyak terhutang budi dengan awak.Sky..awak nak saya bayar macam mana budi awak pada saya?."
"Sejuk hati saya dengar awak cakap macam tu peony.Hmmm..nanti saya fikirkan.Tapi awak mesti tunaikan permintaan saya.Tak banyak pun.Hanya satu permintaan sahaja.Tapi saya tak boleh beritahu sekarang."Kata Kyle tergelak senang.
Setiap kali dia bersama dengan Mytrice hatinya terasa bahagia.Jika boleh,dia mahu masa terhenti.Tetapi dia tidak boleh berbuat seperti itu.Dia sudah tidak sabar lagi menjadi dewasa.Dia mahu membuat pilihan sendiri.
"Baiklah.Nanti saya tunggu sehingga awak beritahu permintaan awak pada saya.Kemudian saya akan tunaikan permintaan awak tu.Tapi saya tak boleh beri awak benda yang mahal."
"Peony..peony..saya bukan nak benda mahal..tapi saya hanya nak..awak."
"Awak ni Sky.. bergurau pula.Saya memang sentiasa ada untuk awak.Tapi harga saya mahal ke?haha..err..Sky awak masih lapar ke?kalau awak lapar,saya pergi beli roti tu lagi.Awak tunggu sini tau."
Mytrice sudah mahu berjalan.Tetapi Kyle pula semakin merapatkan dirinya kepada Mytrice sehingga Mytrice sukar untuk bergerak.Kepalanya ditundukkan sehingga ke telinga Mytrice lalu dia mulai berbisik.
"Saya tak lapar lagi Peony.Saya hanya nak awak temankan saya duduk berehat di taman ni."
"Kalau macam tu mari ikut saya duduk kat kerusi yang ada di tengah taman ni."
Mytrice bertindak menarik tangan Kyle dengan lembut sekali.Kyle pula agak terkejut sedikit dengan kelakuan Mytrice.Namun tidak lama,dia kemudian mengenggam erat tangan Mytrice.Mereka kemudian bergerak menuju ke kerusi lalu duduk berdekatan.Mytrice memegang kepala Kyle agar bersandar di bahunya.Kyle pula tersenyum senang.Matanya ditutup sebentar.Dia selesa tidur di bahu Mytrice.
"Peony..bunga tu untuk saya ke?cantik sangat.Tapi awak lebih cantik dari bunga tu."
Mytrice memberi bunga itu kepada Kyle.Sebenarnya bunga itu dia mahu letakkan di rumahnya.Tetapi bila Kyle seperti berminat,dia memberikan bunga itu kepada Kyle.
"Awak suka ke?."
"Sangat...sangat suka..apatah lagi bila bunga tu dari awak.Peony..awak tahu tak apa maksud bila awak bagi tiga kuntum bunga ni pada saya?."
"Err.. kalau awak suka,nanti saya beli bagi awak lagi.Tak saya tak tahu..saya beri awak sedikit sangat ke?awak nak banyak?."
"Tak perlu..lepas ni,biar saya yang beri awak bunga pula.Hahaha..tak..maksudnya..ermm..nanti lah saya bagi tahu..sekarang belum masanya lagi untuk awak tahu.Peony..sini."
Kyle mulai mengangkat kepalanya lalu tangannya menyandarkan kepala Mytrice di bahunya.Sebelah tangannya pula membelai lembut rambut Mytrice yang dipotong pendek.Walaupun dia suka melihat wajah Mytrice yang berambut panjang, tapi wajah Mytrice berambut pendek tetap menarik perhatiannya.
"Sky..err..awak tak malu ke berkawan dengan saya?."
"Kenapa pula nak malu?"
"Hmm..tapi.. orang-orang kat sini tak nak kawan dengan saya.Mereka kata bandar Medion itu dianggap sebagai bandar pengemis.Erm..nanti kalau awak kawan dengan saya,mereka hina awak macam tu juga."
"Peony.. biarkan mereka berkata macam tu.Saya lagi suka kalau mereka tak nak kawan dengan awak.Biar saya satu-satunya yang jadi kawan awak sampai bila-bila.Hahaha..saya tak kisah kalau mereka tak nak berkawan dengan saya peony.Tapi saya sangat-sangat kisah kalau awak yang tak nak berkawan dengan saya."Kata Kyle jujur.
"Sky..awak ni main-main pula.Tapi saya tak kisah pun kalau hanya awak yang jadi kawan saya.Err..tapi Sky,saya dengar kalau dah khawin,saya tak boleh lagi berkawan dengan awak.Nanti saya dituduh merampas milik orang.Mereka kata benda tu tak elok.Sky awak tahu tak apa maksud mereka tu?Hmmm..nanti kalau awak dah khawin kita tak boleh macam ni lagi."Kata Mytrice lurus.
"Peony..saya serius tentang apa yang saya cakap tadi tu.Hmmm..Peony,lebih baik awak tak perlu tahu kerana semua tu tak akan terjadi.Awak percaya sahaja dengan janji saya pada awak."Kata Kyle.
Dia mencubit perlahan pipi Mytrice.Mytrice pula hanya tersenyum kecil.Setiap kali dia bersama Kyle,dia terasa tenang kerana sejak dia mengenali Kyle dia dapat merasakan dirinya begitu dihargai.Malah setiap pemberian yang dia berikan kepada Kyle,walaupun harganya murah namun diterima oleh Kyle dengan senang hati.
"Sky..err..lupa pula,saya minta maaf sebab saya tak dapat teman awak lama-lama kat sini.Saya nak tolong kak saya menjual.Maaf,saya pergi dulu."
Mytrice tiba-tiba berdiri.Dia hampir terlupa mahu kembali ke tempat mereka berjual.Dia pasti yang Sally sudah mencarinya sekarang.Dia tidak mahu menyusahkan Sally.Baru sahaja dia mulai melangkah pergi Kyle menarik tangannya.
"Peony..tunggu..mari saya hantar awak."
"Sky..tak perlu.Awak tu baru balik dari sekolah.Awak mesti penat.Dulu anak majikan saya setiap kali mereka balik dari sekolah mereka mesti merungut penat.Saya tak nak awak penat.Awak jangan risau.Saya boleh jaga diri.Nanti kalau ada orang yang cuba menganggu saya,saya teriak panggil nama awak."
Mytrice kemudian memeluk tubuh Kyle.Beberapa minit kemudian dia melepaskan pelukannya.Dia menjongketkan kakinya lalu mencium pipi Kyle.Kyle pula terpana.Dia terkejut dengan tindakan Mytrice.Dadanya berdebar-debar.Dia memegang pipinya.
Kakinya melangkah laju mengejar Mytrice yang sudah berlalu pergi.Pinggang Mytrice dipaut.Dia membalas ciuman pada pipi Mytrice.Mytrice pula hanya tersenyum.Dia tidak faham maksud semua itu kerana dia melihat pekerja di ladang yang sudah berkhawin akan melakukan seperti itu.Dia menyangka bila perempuan berjumpa dengan lelaki yang baik dengannya,dia harus melakukan seperti itu.
"Peony..awak jangan buat macam tu dengan orang lain tau.Awak hanya boleh buat dengan saya.Awak janji dengan saya sekarang."
"Hehe..baik..saya janji.Saya buat benda tu dengan awak sahaja.Sky..saya pergi dulu.Awak jaga diri.Sini bahaya.Awak jangan balik lewat."
"Awak pun sama.Jaga diri."
Kyle seperti tidak mahu melepaskan Mytrice pergi.Dia semakin risau melihat Mytrice yang semakin meningkat dewasa.Namun dalam masa yang sama dia tidak sabar untuk membawa Mytrice jauh dari Villa Sakura.'Peony awak terlalu lurus.Awak buat saya risau.'Bisik hatinya.
Walaupun Mytrice tidak membenarkan dia menemani,namun dia tetapi melihat Mytrice dari jauh sehingga Mytrice sampai ke tempat Sally.Kemudian barulah dia berlalu pergi.
Sementara itu Aleya dan Amanda yang dari tadi mengekori Kyle berteriak kecil saat Kyle mencium pipi Mytrice.Mereka tidak menyangka,Kyle yang seperti tidak mempunyai perasaan itu rupanya ada sisi lain yang mereka tidak pernah lihat.Ada sedikit rasa cemburu mereka pada perempuan yang berjaya membuka pintu hati Kyle.
"Amanda.. Aleya..kamu berdua buat apa kat sini?kamu mengintip Kyle ke? Kyle!!..Kyle.."
Amanda dan Aleya cepat-cepat menutup mulut Julien lalu mereka menarik Julien jauh dari sana.Risau pula mereka jika Julien memberitahu kepada Kyle tentang kegiatan mereka berdua tadi.
"Lien!!."
Amanda dan Aleya berkata hampir serentak.Lalu kedua-duanya saling berpandangan dengan pandangan mata tajam.
"Siapa suruh awak panggil nama Julien macam tu?dah lah dari tadi ikut saya dari belakang.Awak ni cuba mengintip saya ke?."Marah Amanda.
"Suka hati saya lah nak panggil nama Julien macam tu.Awak ni masih muda dah nyanyuk.Awak yang kejar saya tadi.Bukan saya yang kejar awak.Jangan nak mereka-reka cerita."Kata Aleya melawan.
"Dah..dah..saya tak nak dengar kamu berdua bertengkar kat sini.Kamu berdua nak saya beritahu pada Kyle apa yang kamu buat tadi ke?mulai sekarang kamu berdua jangan panggil saya Lien.Macam nama perempuan.Saya tak suka.Panggil saya dengan nama Julien."
Julien menarik nafas panjang.Sakit pula kepalanya melayan kerenah mereka berdua.Jika bukan kerana Sir Addos,dia tidak akan membawa kedua-dua perempuan ini.
"Yelah..yelah..maaf okey.."Kata Amanda memujuk.
"Hmmm..boleh tak kamu berdua jangan bergaduh dulu?.Kerja yang saya suruh kamu berdua buat dah siap ke?."
"Dah..kami dah jumpa penjual yang boleh bekalkan sayur-sayuran dan lain-lain.Cuma mereka tak ada buah-buahan."Kata Aleya menyampuk.
"Hmm..bagus..fasal pembekal buah-buahan tu saya dah jumpa.Kalau macam tu,kita balik sekarang.Dah lewat ni.Saya temankan kamu berdua sehingga kamu naik pedati kuda dulu kemudian barulah saya balik."Putus Julien.
Amanda dan Aleya merenung wajah Julien tanpa berkelip.Julien pula mengangkat keningnya sebelah.Bingung pula dia kerana mereka berdua melihat wajahnya.
"Kenapa lagi dengan kamu berdua ni?.Ada yang tak kena pada wajah saya ke?."
"Julien..awak ni tak romantik betul.Awak patut belajar dari Kyle."Komen Amanda.
"Apa maksud awak..saya tak faham."Kata Julien bingung.
"Hmmm..tak ada apa.Awak tak perlu hantar saya.Saya pergi dulu.Aleya..awak ikut saya.Jangan cuba-cuba nak menggatal dengan Julien."
Amanda menarik tangan Aleya agar mengikuti dirinya.Kebetulan pula pedati kuda yang akan mereka naiki hanya bersebelahan.Julien pula menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh mereka.
Apa pula kaitan Kyle dengan dirinya?romantik?dia tidak pernah melihat Kyle melayan orang dengan baik.Malah baru sebentar tadi Aleya dan Amanda dimarahi oleh Kyle,itu yang dimaksudkan romantik oleh mereka berdua?dia tidak faham dengan hati perempuan kerana setiap kali mulut kyle terbuka,pasti ayat yang keluar dari mulut Kyle menyakitkan hatinya.Dia kemudian beredar dari sana kerana hari semakin gelap.
Share this novel