Chapter 127.1

Mature Content Series 573

Sally menyusun sayur-sayuran dan hasil tanaman lain untuk dijual.Awal pagi lagi mereka sudah sampai ke bandar Athenil bersama dengan Mytrice.Apabila dia siap,dia melihat beberapa pelanggan mulai memilih dan membeli jualan mereka.Dia terus berjalan ke arah Mytrice yang sedang sibuk memasukkan sayur-sayuran dan hasil tanaman lain yang dibeli oleh pelanggan.Laju sekali Mytrice melakukan kerja sehingga dia hanya perlu mengambil wang yang dihulurkan oleh pelanggan itu sahaja.

Beberapa jam kemudian,datang seorang perempuan pemungut cukai.Apabila dia sampai ke arah mereka,dia tersenyum kecil lalu dia mendekati Sally.Tidak sabar pula dia mahu bercerita dengan Sally.

"Madam..berapa sewa tapak yang harus saya bayar?sama macam selalu ke?."

Sally mengeluarkan wang sebanyak 200ril untuk diberikan kepada pemungut cukai itu.Biasanya mereka yang menjual di sana dikenakan cukai sebanyak 200ril.Sebab itu kebanyakkan penjual yang menjual di sini mengenakan harga jualan yang agak tinggi kerana cukai yang dikenakan juga tinggi.

"Tak perlu.Hari ni saya tak minta kamu bayar cukai.Eh?Sally..awak tak hairan ke kenapa tak ada orang yang menjual berdekatan dengan awak macam selalu?."

"Hari ni madam baik betul dengan saya.Madam ada nak minta pertolongan dari saya ke?kenapa pula madam?saya rasa mungkin sebab penjual tak ramai yang datang hari ni."Kata Sally.

"Awak ni ke situ pula.Nak tolong apa benda pula?hahaha..bukan fasal tak ada peniaga,tapi beberapa hari sebelum ni,ada berlaku kes pergaduhan antara empat orang perempuan kat sini.Awak tahu,ada seorang penjual yang bernama Mayda didapati mencuri beg wang milik orang.Dia bukan seorang tau.Tapi dengan dua orang kawannya.Eh..macam tak malu betul perempuan tua tu.Dia tak nak mengaku yang dia ambil beg wang tu.Sedangkan beg wang tu terang-terangan ada nama pemiliknya disulam kat tengah beg tu.Lepas tu,semua jualan yang dia jual,habis bertempiaran kerana mereka bergaduh dengan saling baling-membaling.Hahaha..lucu pula saya tengok.Rugi awak tak datang pergi menjual masa tu Sally.Kalau tak,ada juga kawan saya mengumpat."Kata Pemungut cukai itu tergelak-gelak.

Sally juga ikut tertawa bersama dengan pemungut cukai itu.Tetapi dia tidak pula memberitahu kepada pemungut cukai itu yang dia mengenali Mayda.Kini dia sudah tahu mengapa Derick mengatakan kepada mereka yang Mayda tidak dibenarkan lagi pergi ke bandar Athenil untuk menjual kerana terjadi masalah kecil pada Mayda dengan orang di bandar Athenil.

Rupa-rupanya bukan perkara kecil.Tetapi perkara besar.Kadang-kala,dia tidak berpuas hati dengan perangai Derick yang kerap-kali menyebelahi Mayda,walaupun Mayda terang-terangan melakukan kesalahan.Jika dia dan pekerja ladang lain yang berkelakuan seperti Mayda,teruk mereka dikerjakan.Apatah lagi jika Mytrice yang melakukan kesilapan.Lebih teruk lagi dia dihukum oleh Derick walaupun hanya kesilapan kecil sahaja.

"Oh ya ke..saya bukan tak nak pergi menjual madam.Tapi majikan saya tak beri saya kebenaran untuk pergi menjual waktu tu.Err..tapi apa kaitan dengan saya yang tak perlu bayar cukai pula?."Kata Sally bingung.

"Awak ni Sally,lambat betul nak mengerti.Sebab tu lah tak ada orang nak berjual dekat sini lagi.Mereka tak nak terkena tempias nasib buruk Mayda tu.Tapi kamu berdua sahaja yang masih berjual di sini.Sebab tu saya tak minta awak bayar cukai tempat ni.Dah..dah..panjang pula cerita saya.Lebih baik awak pergi bantu adik awak tu.Semakin banyak pula pelanggan yang datang kat sini.Rezeki awak dapat adik yang cantik Sally.Pelanggan pun berduyun-duyun datang membeli."Kata pemungut cukai itu.

Sempat lagi dia memuji kecantikan Mytrice sebelum dia berlalu pergi meninggalkan mereka.Bibirnya mengukir senyuman manis.Andai dia punya anak lelaki,dia sudah menjodohkan anaknya dengan kedua-duanya sekali.Dia tidak rugi kerana mereka berdua memiliki paras wajah yang cantik terutama sekali Mytrice.Malah rajin pula berjual.Bisiknya dalam hati.

Sally kemudian berjalan membantu Mytrice untuk memasukkan barang-barang yang dibeli oleh pelanggan.Ketangkasan mereka melakukan kerja,membuat semua pelanggan suka membeli di sana.Sebaik sahaja selesai,mereka berdua terduduk kelelahan.Perut mereka mulai terasa lapar.

"May..awak tak lapar ke?kak dah mulai lapar ni.Awak nak pesan apa-apa makanan ke?nanti kak boleh belikan sekali."Kata Sally.

Sementara belum ada pelanggan yang datang membeli jualan mereka,ini lah masa dia untuk mengisi perutnya.Sejak pagi dia tidak bersarapan kerana terlewat bangun.Semalam dia dan pekerja ladang yang lain bertungkus-lumus mengutip hasil tanaman untuk dihantar ke beberapa kedai .Mereka juga mengutip hasil tanaman untuk dijual oleh Sally dan Mytrice.Derick mahu mereka menghabiskan semua hasil tanaman itu secepat mungkin untuk mengelakkan kerugian.Dia dan Mytrice selalu disuruh untuk pergi menjual di bandar Athenil memandangkan Mayda sudah tidak dibenarkan menjual lagi.

"Saya belum lapar lagi kak.Pagi tadi saya awal bangun sebab lapar sangat.Semalam saya tak sempat makan sebab penat sangat.Kak pergi makan sahaja.Nanti saya yang akan jaga jualan ni.Saya tengok dari pagi Kak tak sempat makan kan.Kak jangan kelam-kabut bila kak tengah makan.Saya boleh jaga jualan ni.Kak jangan risau."Kata Mytrice dengan yakin.

"Hmm..May..kak ada nak tanya awak sesuatu sebelum kak jalan."

"Apa dia kak?macam serius sahaja bunyinya.Risau pula saya."Kata Mytrice tergelak kecil.

"Err..kalau tuan Derick tu ayah awak yang sebenar awak masih boleh terima dia ke kalau dia minta maaf pada awak atas apa yang dia buat selama ni?."Kata Sally serius.

"Hahahaha..kak cakap apa ni? saya tak faham."

"May.. bayangkan sahaja.Kak nak juga dengar jawaban dari awak."

"Erm..saya masih boleh maafkan dia kak.Tapi saya tak nak jadi anak dia semula.Saya lebih selesa hidup macam ni.Hmm..cuma kalau boleh saya nak dia naikkan gaji untuk nenek,uncle Bob dan semua pekerja ladang.Tu sahaja yang saya nak.Lagipun nenek saya dah tak larat bekerja lagi.Gaji dia pula kecil sangat walaupun dia buat kerja berat.Kita pekerja ladang,buat kerja separuh mati tapi gaji teruk sangat.Saya tak nak kembali jadi anak dia semula tapi saya nak dia berlaku adil dengan semua pekerja."Kata Mytrice jujur.

"May..may..tak faham kak kenapa awak masih sempat fikirkan tentang orang lain.Tapi awak langsung tak fikir tentang diri awak.Awak ni baik sangat."Kata Sally mengeluh kecil.

Simpati pula dia melihat Mytrice.Dia berani mengatakan yang Derick memang sangat rugi kerana melakukan Mytrice seperti ini.Sedangkan anak ini sangat baik sekali.Malah dia masih boleh memaafkan Derick biarpun dia diperlakukan dengan kejam.

"Hahahaha..kak ni,mesti lah saya fikir tentang orang lain juga.Nenek saya selalu pesan yang saya harus membalas kebaikan orang.Tapi kenapa kak tiba-tiba tanya soalan pelik macam ni?sangat mustahil pula kalau saya tiba-tiba jadi anak tuan.Tuan tu tak pernah suka bila tengok saya.Kehadiran saya seolah-olah jijik sekali pada pandangan matanya."Kata Mytrice tersenyum kecil.

"Hmmm..memang betul apa yang nenek awak katakan tu May.Tapi jangan biar orang lain ambil kesempatan kepada awak.Terutama orang yang macam Mayda tu.Err..tak ada apa-apa.Kak hanya nak tahu sahaja.Kak pergi dulu.Lapar pula kak ni.Dah berbunyi perut kak minta diisi."

"Baik kak.. hati-hati kalau kak berjalan tu."

Sally kemudian bergerak laju menuju ke gerai yang ada di belakang bangunan tempat mereka biasanya berjualan.Dia harus cepat kerana dia tidak mahu Mytrice bekerja seorang diri.Malangnya kedai makan yang terdekat penuh dengan pelanggan pula.Dia terpaksa menunggu lagi.

Jika dia pergi ke tempat lain,nanti dia terlambat lagi.Nasib baik juga ada dua orang pelanggan yang sudah siap makan.Dia cepat-cepat menggantikan mereka untuk duduk di sana.Sempat lagi dia memesan roti untuk Mytrice makan sekiranya Mytrice lapar nanti.Jika Mytrice tidak mahu makan,dia boleh makan kuih itu.Tidak perlu lagi dia berjalan ke sini hanya untuk makan.

Setelah selesai,dia berehat sebentar lalu dia mulai bergerak balik ke tempat dia dan Mytrice berjualan.Apabila dia sampai di sana,jualan mereka sudah hampir habis terjual.Mytrice pula kelihatan sedang sibuk memasukkan wang jualan ke dalam beg kecil.

"May...tadi banyak pelanggan yang datang pergi membeli jualan kita ke?maaf,kak tak dapat tolong awak.Tadi pelanggan kat kedai makan tu banyak sangat.Awak lapar ke?ni ada roti kak beli.Kalau awak nak makan,awak ambil sahaja."

Sally mendekati Mytrice lalu dia menghulurkan bakul yang berisi sepuluh keping roti yang berlainan jenis.Mytrice pula hanya mengambil sekeping roti sahaja.Dia kemudian mengunyah roti itu.Sally pula segera menggantikan tempat Mytrice untuk memasukkan wang ke dalam beg kecil.

"May..awak pergi berjalan-jalan untuk ambil angin dulu.Biar kak pula ganti jaga jualan ni.Tak adil pula kalau kak sahaja yang dapat pergi berjalan-jalan."

"Err..tak nak lah kak.Lebih baik saya teman kak menjaga jualan ni."Kata Mytrice menolak.

"Tak boleh macam tu.Kita ni jarang-jarang berpeluang datang ke sini.Apa salahnya awak pergi berjalan-jalan.Dah...dah..pergi jalan-jalan sekarang.Awak tu dah penat.Biar kak ganti.Nah..ambil wang ni.Mana lah tahu awak ada nak beli sesuatu.Lagipun pemungut cukai tu tak minta bayaran tadi.Sebab tu kak beri wang ni pada awak."

Mytrice terpaksa menrima wang sebanyak 500ril yang diberikan oleh Sally kerana Sally memaksa dia untuk mengambil wang itu.Dia kemudian berjalan-jalan di sekitar kawasan bangunan tempat mereka berjualan.Matanya tertarik pada sebuah gerai yang menjual bunga dan makanan yang berbentuk hati.

Dia kemudian bergerak menuju ke sana.Sebelum membeli,dia melihat harga pada bunga dan makanan yang dijual di sana.Penjual yang melihat kehadiran Mytrice,tersenyum manis sambil menghulurkan tiga kuntum bunga rose merah kepada Mytrice.

"Adik..beli lah jualan saya.Murah-murah sahaja.Adik beli tiga kuntum bunga ros merah ni,percuma dua makanan berbentuk hati ni.Tak mahal,terutama untuk adik yang berwajah cantik.Saya beri dengan harga 30ril sahaja."kata penjual itu.

"Kalau macam tu saya nak tiga kuntum bunga ros ni."

"Tunggu sekejap.Mari saya ikat bunga ni dulu."

Penjual bunga itu kemudian mengikat ketiga-tiga bunga ros merah itu lalu diberikan kepada Mytrice bersama dua keping roti berbentuk hati.Mytrice kemudian membayar dengan wang sebanyak 30ril.Setelah selesai,dia berjalan-jalan lagi di sekitar kawasan sana,sambil mengunyah roti berbentuk hati itu.Sampai di sebuah bangunan yang di dalamnya terdapat taman untuk berehat,tangannya ditarik oleh seseorang.

Badannya pula ditolak dengan lembut sehingga dia tersandar di dinding bangunan.Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di hadapan Mytrice.Belum sempat Mytrice mahu melihat wajah lelaki itu,sebelah tangan lelaki itu memegang dinding.Manakala sebelah lagi memegang payung.Apabila payung diangkat sedikit tinggi,Mytrice tergamam melihat wajah lelaki itu.Lelaki itu pula mengunyah roti yang digigit oleh Mytrice sebentar tadi.Sebuah senyuman terukir manis di bibirnya.

"Mmm.. sedap roti ni.Tak pernah lagi saya makan roti sedap macam ni."

"Sky..err..awak buat apa kat sini?awak tak pergi sekolah ke?.Roti ni saya beli kat sana..err..awak nak ke?saya beri awak yang baru."Kata Mytrice.

Dia gembira kerana dapat berjumpa lagi dengan Kyle di bandar Athenil.Dia sudah banyak berhutang dengan Kyle.Wang pemberian Kyle masih dia simpan sehingga sekarang.Dia bingung bagaimana mahu membalas kebaikan Kyle kepadanya kerana dia tidak tahu apa yang digemari oleh Kyle.Apabila Kyle berkata yang roti yang dibelinya sedap,dia terasa bersalah pula kerana tidak membeli banyak untuk diberi kepada Kyle.Malah Kyle pula hanya makan sisa roti yang sudah dikunyahnya sebentar tadi.

"Peony..wajah awak semakin hari semakin cantik pada pandangan mata saya.Awak tengok muka saya lama-lama awak tak ada rasa apa-apa ke?..saya baru sahaja balik dari sekolah peony.Kebetulan saya nampak awak berjalan-jalan di sini.Awak tahu dalam ramai-ramai orang yang lalu kat sini,awak paling menyerlah.Tak..saya tak nak roti yang baru saya nak yang awak dah makan ni.Peony mari sini saya pegang roti tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience