Dane terbatuk-batuk kecil mendengar pengakuan Elenor.Gelas yang ada di tangannya diletakkan kembali di atas meja.Terkejut dia mendengar berita itu.Namun dia segera menukar ekspresi wajahnya bila melihat Elenor mulai menangis.
"Dane..awak..awak tak gembira ke dengar berita ni?awak..awak tak nak ke dengan anak dalam kandungan saya ni?saya ingatkan awak gembira bila tahu yang saya mengandungkan anak awak."Kata Elenor sambil menangis tersedu-sedu.
Sebenarnya dia sengaja berbuat seperti itu agar Dane cepat-cepat melamar dirinya untuk dijadikan isteri dengan segera.Dia mahu hidup bersama dengan Dane.Dia sudah bosan tinggal di Villa milik Derick.Dia gembira bersama Dane kerana Dane melayannya dengan baik.Malah segala apa yang dia minta,cepat sahaja ditunaikan oleh Dane.
"Elenor..saya bukan tak mahu anak tu.Tapi saya teruja sangat dengar berita ni.Tambahan pula sewaktu hari jadi saya.Sini dekat dengan saya.Awak jangan menangis macam tu,risau saya tengok."
Dane kemudian memeluk erat tubuh Elenor.Namun matanya memandang tajam ke arah Brandon yang sedang berdiri di beranda Manor sambil memerhati ke arah mereka berdua.Seperti tahu apa yang dimaksudkan oleh Dane,Brandon segera bergerak masuk ke dalam,lalu dia berbisik sesuatu kepada orang bawahannya.
Sementara itu,Dane pula melepaskan pelukannya.Dia terasa rimas bila dipeluk oleh Elenor.Namun dia terpaksa berbuat seperti itu agar Elenor tunduk kepada segala arahannya.Dia masih memerlukan Elenor untuk menjayakan rancangannya.
"Dah tenang ke?tengok mata awak tu dah sembab.Elenor sayang,jangan fikir bukan-bukan.Saya ni memang teringin sangat nak ada anak.Apatah lagi dengan wanita cantik macam awak.Bila dengar awak mengandung,hati saya gembira sangat."Kata Dane sambil menyapu lebihan air mata Elenor.
"Saya ingat awak dah tak nak saya.Dane,saya tahu awak mungkin tak percaya anak ni anak awak.Tapi sumpah,saya tak pernah tidur dengan Derick lagi.Hanya awak seorang sahaja."Kata Elenor cuba untuk meyakinkan Dane.
Dia sebenarnya ragu-ragu tentang anak dalam kandungannya itu kerana dia teringat yang dia pernah tidur bersama dengan Maer beberapa kali.Tetapi dia lebih banyak tidur bersama Dane.Oleh sebab dia sukar untuk mendekati Maer,dia memilih Dane untuk bertanggungjawab dengannya.Sedangkan anak itu sebenarnya milik Brandon.Hanya Elenor tidak tahu tentang itu.Apa yang dia tahu,dia tidur dengan Maer dan Dane.Tetapi sebenarnya dia tidur dengan Jack dan Brandon.
Sedang sibuk mereka bercerita datang seorang perempuan muda menuju ke arah mereka berdua.Elenor pula terasa cemburu melihat kelakuan perempuan itu dengan Dane yang terlihat sangat mesra.Mereka berdua kelihatan sangat rapat.
"Elenor sayang,saya kenalkan awak dengan pekerja saya namanya Sophie.Sophie ni Elenor.".
Dane memperkenalkan Sophie kepada Elenor.Elenor pula memandang Sophie dari atas ke bawah.Cantik sekali wajah Sophie pada pandangannya.Dia seolah-olah tidak percaya yang Sophie itu hanya pekerja Dane.Semakin dia mengenali Dane,dia berasa kurang percaya diri kerana dia banyak berjumpa dengan perempuan cantik yang sentiasa datang ke manor untuk berjumpa dengan Dane.
"Elenor?..awak cemburu dengan saya ke?saya tak ada apa-apa hubungan dengan tuan Dane.Saya datang ke sini hanya nak teman awak beli kek untuk tuan.Tapi kalau awak tak nak saya temankan,awak boleh pergi seorang."Kata Sophie.
Lembut sangat tutur katanya.Senyumannya juga sangat manis.Dia bukannya pekerja Dane di kilang.Tetapi dia adalah adik tiri kepada Brandon.Dia datang ke manor kerana dia dipanggil oleh Brandon untuk melakukan sesuatu.
"Siapa Kata saya tak nak pergi?Kek untuk hari lahir Dane biar saya sahaja yang pilih.Sayang saya pergi dengan Sophie dulu."
Elenor cepat-cepat berdiri.Dia tercabar dengan kata-kata yang keluar dari mulut Sophie.Dia tidak mahu kek sempena majlis hari lahir Dane dipilih oleh orang lain selain dirinya.Walaupun Sophie mengatakan yang dia tidak menyukai Dane,namun dia tahu yang Sophie menipu kerana tidak mungkin ada perempuan yang tidak tertarik dengan wajah tampan Dane.Apatah lagi jika Sophie kerap kali bertemu dengan Dane di kilang.Dia tidak mahu kalah dengan Sophie.
Apabila mereka sudah berlalu pergi,Brandon cepat-cepat turun ke bawah lalu mendekati Dane.Wajah Dane ketika itu kelihatan sangat serius.Tiada langsung senyuman pada bibirnya.Dia terlihat marah sangat pada Brandon.
"Brandon..saya dah beritahu awak dari awal.Kita perlukan Elenor.Saya beri awak kebenaran untuk tidur dengan Elenor.Tetapi saya tak suruh awak buat Elenor mengandung."Marah Dane.
"Err..saya tak sengaja Dane.Awak tahu lah yang Elenor tu seksi sangat.Tak tahan saya."Kata,Brandon tersengih-sengih.
Dia tidak dapat menipu hatinya yang Elenor itu sangat menarik baginya.Namun,dia tidak menyangka yang Elenor akan mengandung anaknya pula.Dia sukakan Elenor.Tetapi dia masih tidak mahu terikat.Dia tidak bersedia untuk menjadi seorang ayah kerana dia masih mahu hidup bebas dikelilingi oleh perempuan muda.
"Dah jadi macam ni,awak pandai-pandai lah urus Elenor tu.Apa yang saya nak dengar sekarang,anak tu dah tak ada dalam kandungan Elenor.Saya tak nak anak yang bukan dari benih saya.Awak faham tak?."Kata Dane serius.
"Awak jangan risau,saya dah fikir cara untuk singkirkan anak tu,sebab tu saya suruh Sophie datang ke sini.Dia cukup handal dalam menyelesaikan hal ni."Kata Brandon dengan penuh keyakinan
"Awak jangan tahu cakap sahaja.Saya nak hari ni juga perut Elenor tu kempis semula."
Dane kemudian masuk ke dalam Manor.Dia terasa penat sekali.Kepalanya sarat memikirkan tentang ibu mertuanya yang asyik menyindirnya.Jika dia tidak memikirkan tentang anaknya,dia tidak akan melawat orang tua itu.Namun kerana anaknya,dia terpaksa menahan sabar bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mertuanya itu.
Sementara itu, Elenor yang sedang memilih kek,tersenyum gembira bila dia berjaya mendapatkan kek yang dia mahukan.Sophie pula hanya mampu merenung kelakuan Elenor yang agak menyebalkan.Geram pula dia melihat perangai Elenor yang mengada-ada di hadapannya.
"Elenor awak dah selesai pilih ke?saya nak pilih hadiah untuk Dane lagi."
"Awak ni..buat apa awak terhegeh-hegeh nak beri hadiah pada Dane?dia dah kata yang dia tak nak hadiah.Lebih-lebih lagi dari perempuan seperti awak.Awak masih tak faham ke?."Kata Elenor kasar.
"Hmmm.. habis tu awak nak saya teman awak beli hadiah untuk Dane ke?."
"Tak payah.Awak tunggu kat dalam pedati kuda sahaja.Saya rimas bila orang ikut saya berjalan."Kata Elenor dengan wajah sombong.
"Kalau macam tu,saya ikut apa yang awak suruh."
"Dah..cepat berambus.Sakit pula mata saya tengok awak ni.Muda-muda lagi dah kerja kat tempat bakal suami saya.Kalau tak merebut suami orang tak apa juga.Tapi muka macam awak ni lah yang suka rampas suami orang."Kata Elenor dengan nada sedikit kuat.
Pelanggan yang ada di sana mulai berbisik-bisik.Mereka memerhati ke arah Sophie yang mulai berlalu pergi tanpa menjawab kata-kata Elenor.Elenor pula tersenyum senang.Dia pasti yang Sophie tidak akan berani menganggu Dane lagi.
Setelah dia selesai,dia bergerak ke arah kedai yang menjual hadiah untuk lelaki.Dia kemudian memilih sepasang pakaian untuk dihadiahkan kepada Dane kerana hanya itu sahaja yang mampu dibelinya.Dia kemudian keluar dari kedai itu lalu dia menuju ke kedai makan.
Belum pun sempat dia masuk ke dalam,dia ditolak kuat oleh seseorang sehingga dia terjatuh.Kek yang dipegangnya jatuh bertaburan.Manakala hadiah yang dipegangnya juga terjatuh.Dia memegang perutnya.Darah mulai keluar dari celahan pehanya.Dia menjerit kuat.
Orang yang lalu di sana mulai berkumpul.Dalam ramai-ramai orang yang ada di sana,dia sempat melihat kelibat Derick yang sedang tersenyum mesra dengan seorang perempuan muda yang bernama Emmet itu.Hati Elenor menjadi sakit.Dia yakin yang perempuan muda itu yang sengaja menolaknya sebentar tadi kerana dia pernah menyerang perempuan itu.
Badannya terasa diangkat.Dia melihat Jack mengangkat tubuhnya sebelum dia pengsan.Sophie pula tertawa sinis.Sebentar lagi dia akan balik untuk menyampaikan berita itu kepada Brandon yang dia sudah berjaya menyempurnakan tugasnya.Dia kemudian mengangkat kotak yang berisi kek dan hadiah untuk diberikan kepada Dane.
Jack pula sudah mulai panik.Dia menghantar Elenor ke pusat rawatan yang berdekatan.Sampai sahaja di sana, Elenor diberikan rawatan.Jack pula menunggu di luar.Beberapa jam menunggu di luar,Jack akhirnya dibenarkan masuk ke dalam untuk melihat Elenor.Elenor pula sudah sedar.Namun wajahnya kelihatan pucat.
"Puan.. maaf..kami tak dapat menyelamatkan anak dalam kandungan puan."Kata perawat itu tenang.
Elenor pula hanya diam membisu.Dia tidak tahu apa yang dia harus katakan kerana dia sangat sedih ketika ini.Dia risau jika Dane meninggalkan dirinya nanti.Hilang segala harapannya untuk cepat-cepat meninggalkan Derick.
"Puan..err..ada satu lagi yang puan perlu tahu.Puan tak boleh mengandung lagi."
Elenor cukup terkejut mendengar berita itu.Dia menangis kuat.Jack pula bertindak mendekatinya lalu memeluk tubuh Elenor dengan kuat.Dia turut bersedih kerana dia tahu itu adalah anaknya.Manakala perawat yang ada di sana segera keluar untuk memberi peluang kepada Jack dan Elenor berbicara.
"Jack..macam mana ni..saya dah tak boleh melahirkan anak lagi.Apa yang saya perlu buat Jack?Anak yang ada dalam kandungan saya pun dah tak ada.Semua ni kerana perbuatan perempuan simpanan Derick.Saya yakin dia yang tolak saya tadi.Dia sengaja nak anak saya mati."Kata Elenor sedih.Air matanya mengalir di baju Jack.
"Sayang dah lah tu.Semua dah terjadi.Kita pun tak boleh buat apa-apa lagi.Banyakkan bersabar,yang penting awak masih hidup.Kita boleh usaha supaya awak boleh beranak lagi."Pujuk Jack lembut.
"Awak tak faham Jack.Awak tak faham perasaan saya.Memang senang sahaja awak cakap macam ni,kerana yang hilang anak tu saya bukan awak.Awak boleh lah fikir macam tu sebab itu bukan anak awak.Cuba lah awak faham sedikit perasaan saya Jack."Kata Elenor dengan nada marah.
"Okey..okey.. saya minta maaf.Mungkin saya tak faham awak.Boleh tak awak bawa bertenang dulu."Kata Jack masih memujuk.
"Dah..saya tak nak tengok muka awak kat sini.Berambus!!.Semakin saya tengok awak,semakin saya tertekan.Awak ada di depan saya pun tak ada gunanya."Jerit Elenor.
Jack terpaksa meninggalkan Elenor kerana dia tidak mahu Elenor tertekan.Dia tertawa dalam kesedihan.Kata-kata Elenor menusuk tajam sehingga ke hatinya.Anak itu adalah anaknya.Dia tahu apa yang dirasakan Elenor.Ayah mana yang tidak bersedih bila anaknya yang belum sempat melihat dunia telah tiada.Hanya Elenor sahaja yang tidak pernah mengerti hatinya.
Share this novel