Chapter 126.1

Mature Content Series 573

Elenor merenung tajam ke arah Mayda.Dia memanggil Mayda datang di taman memandangkan Derick sedang tidur di dalam bilik.Hatinya masih terasa sakit mengenangkan suaminya yang menghantar pengawal untuk menjaga perempuan simpanannya itu.

"Madam.. kenapa madam panggil saya?err..saya nak cepat berangkat pergi ke bandar Athenil ni."

Mayda memerhati jam yang tersangkut di bajunya.Dia yakin pasti Donna sudah menunggunya di rumah.Sudah beberapa hari dia tidak datang melawat anaknya.Dia risau pula jika Donna kelaparan.Pasti anaknya akan merajuk lagi jika dia tidak datang hari ini.Dia menjadi risau kerana bukan mudah mahu memujuk anaknya itu.

"Awak nak buat apa pergi ke bandar Athenil?awak nak pergi berjual lagi?Mayda awak jangan nak memalukan diri sendiri.Awak tak ingat ke apa yang terjadi pada awak dulu.Satu barang pun tak terjual langsung.Bergaduh dengan orang lagi.Kalau saya tak pujuk suami saya tu,saya pun tak tahu apa akan terjadi dengan awak."Marah Elenor.

Dia sebenarnya bukan marah dengan Mayda.Tetapi dia sakit hati dengan perempuan simpanan Derick.Disebabkan hanya Mayda sahaja yang ada di depannya sekarang,maka Mayda yang menerima tempias kemarahannya.Moodnya bertambah buruk bila Dane sudah tiga bulan tidak balik ke Manor.Dia mahu memberitahu kepada Dane yang dia mengandungkan anak Dane memandangkan dia tidak dapat berjumpa dengan Maer.

"Bukan madam.Saya bukan nak pergi menjual.Saya nak berjumpa dengan anak saya.Nanti mati kelaparan pula budak tu.Saya tahu saya dah menyusahkan madam,tapi bukan salah saya madam.Mereka yang tuduh saya mencuri.Saya tak pernah buat benda macam tu.Madam dah lama kenal saya.Tak pernah lagi saya mencuri barang-barang milik madam."Kata Mayda meminta simpati.

Dia takut jika Elenor meminta dia membayar kerugian yang dialami oleh Derick sewaktu dia disuruh berjual.Tetapi semua jualan itu rosak teruk kerana pergaduhan antara dia,Rita dan Tya.Namun dia masih tidak berpuas hati dengan perempuan muda yang bernama Emmet itu.Sudah dua kali dia dipukul oleh perempuan itu.

"Awak ni..asyik bercakap tentang anak sahaja.Awak tu kerja dengan saya bukan dengan anak awak.Saya yang bayar gaji awak Mayda.Awak pula boleh seronok-seronok jumpa anak awak.Dia tu dah besar.Awak patut ajar dia buat kerja.Tengok Cosmas tu,saya tak pernah tolong dia buat kerja.Tu masalah awak.Saya tak nak dengar.Sekarang saya nak tanya awak,sepanjang saya tak ada kat sini,suami saya ada bawa perempuan lain datang ke sini ke?."Kata Elenor kasar.

Mayda pula mengutuk dalam hati.Memang Elenor tidak pernah menolong Cosmas melakukan apa-apa kerana semua sudah disiapkan oleh pembantu.Donna pula hanya tinggal seorang diri.Kalau bukan dia yang menolong Donna siapa lagi.Elenor pula hanya tahu bercakap sahaja.Kutuk Mayda.

Namun dia tidak berani bercakap depan-depan kerana dia risau jika Elenor meminta dia untuk berhenti kerja.Hanya di sini sahaja dia boleh mendapatkan banyak wang walaupun dia sering dimarah oleh Elenor.Sebab itu dia mahu terus bekerja di sini.

"Saya dah ajar dia madam.Tapi dia kan perempuan.Tak berani saya nak suruh dia pergi membeli kat bandar Athenil seorang diri.Lagipun wang dia tak ada.Saya pula hanya dapat beri dia sedikit sahaja.Erm..tuan tak pernah bawa sesiapa datang kat sini,kerana setiap kali madam tak ada,tuan datang sekejap sahaja ke sini.Kemudian dia balik semula ke bandar Athenil."Kata Mayda meminta simpati.

Dia berharap sangat yang Elenor akan memberikan dia wang lagi.Dia mahu membeli kain baru yang menarik perhatiannya.Namun dia tidak mahu menggunakan wang yang diberi oleh Donna hasil daripada jualan sayur-sayuran dan hasil tanaman lain yang mereka curi di ladang.

"Huh..saya memang dah agak dah..mesti dia pergi jumpa dengan perempuan simpanan dia lagi.Jantan gatal tak berguna.Mayda awak selalu pergi ke bandar Athenil,apa kata awak intip pergerakan Derick tu."

Elenor terfikir untuk mencari seorang perempuan atau lelaki untuk mengekori pergerakan Derick.Tetapi banyak pula wang yang akan dia keluarkan.Lagipun Derick sudah memotong wang perbelanjaan untuknya.Lebih baik dia menyuruh Mayda.Jimat sedikit wangnya kerana Mayda tetap akan melakukan semua yang disuruhnya asalkan diberi sedikit wang.

"Hah?perempuan simpanan?betul ke tuan ada perempuan simpanan.Err..madam..nanti kalau tuan tahu yang saya ekori dia macam mana?saya nak cakap apa dengan tuan nanti?."Kata Mayda risau.

"Awak ni macam tak pernah dengar perkataan perempuan simpanan.Bodoh betul.Mayda,tu pun saya nak kena ajar awak lagi ke?awak ni dah tua pun masih tak boleh fikir.Awak pandai-pandai lah buat alasan.Nah..ambil wang ni.Setiap kali Derick berjalan ke bandar Athenil,awak kena pantau pergerakan dia.Faham tak?."

Elenor menolak kepala Mayda dengan kuat.Geram pula dia kerana Mayda terlalu lambat untuk berfikir.Semua mahu diberitahu kemudian barulah Mayda boleh melakukan kerja.

"Err..saya cuma hairan madam.Muka madam cantik macam ni pun masih dicurangi.Err..terima kasih madam.Nanti saya akan laporkan pada madam tentang apa yang tuan lakukan di bandar Athenil."Kata Mayda tersengih-sengih.

"Awak fikir lelaki ni cukup dengan seorang perempuan ke Mayda.Orang bodoh sahaja yang percaya lelaki kaya akan setia dengan seorang perempuan."Kata Elenor marah.

Dia kemudian masuk ke dalam Villa untuk menukar bajunya.Derick kelihatan masih lagi tertidur.Dulu bila Elenor melihat wajah Derick,dia sangat suka sekali.Jika boleh dia mahu menatap wajah Derick lama-lama.Tetapi sekarang sudah lain.Dia benci melihat muka Derick yang berlaku curang di belakangnya.

Apabila dia siap,dia cepat-cepat turun ke bawah sebelum Derick bangun.Dia menyuruh Mayda pergi memanggil penunggang pedati kuda yang baru bekerja di sana untuk menghantarnya pergi ke bandar Medion.Apabila dia sudah sampai di bandar Medion,dia menyuruh penunggang pedati kuda itu untuk kembali ke Villa sakura semula.Dia kemudian mencari pedati kuda lain menghantarnya ke manor milik Dane.

Apabila dia sampai di sana,Dane kelihatan baru sahaja keluar dari pedati kuda.Wajahnya kelihatan tampan sekali.Elenor pula cepat-cepat berjalan ke arah Dane lalu dia bertindak untuk memaut pinggang Dane dengan mesra sekali.Dane pula agak terkejut dengan kedatangan Elenor.Namun dia berusaha agar tetap tersenyum ke arah Elenor.

"Dane..dah lama awak tak balik ke sini.Awak pergi mana?saya datang ke sini setiap hari.Tapi awak asyik tak ada sahaja."Rengek Elenor.

"Kenapa?awak rindu dengan saya ke?saya dah kata yang saya ke Pulau Epeltus.Kita baru sahaja berjumpa di sana."Kata Dane tersenyum kecil.

"Mesti lah.Awak tahu tak,saya bosan tanpa awak.Nak harap suami saya tu,huh!..asyik sibuk dengan perempuan simpanan dia sahaja."Kata Elenor merungut.

"Sekarang awak dah jumpa saya.Awak jangan bosan lagi.Hari ni awak ada nak pergi ke mana-mana?baju ni saya suruh awak pakai kan.Kebetulan saya nak buat majlis hari jadi saya hari ni.Tapi awak dah datang awal.Saya baru terfikir nak jemput awak datang malam nanti."

"Awak tak suka ke saya datang awal? Kalau macam tu saya balik dulu.Awak macam tak nak saya ada kat sini."Kata Elenor dengan nada merajuk.

Sedih pula dia kerana menganggap kehadirannya di sana seperti tidak diperlukan Dane.Sedangkan dia sudah mulai menyukai Dane.Tidak sabar pula dia mahu berkhawin dengan Dane.Dia sudah mulai bosan dengan Derick yang tidak mampu memberi dia layanan seperti yang dia inginkan.

"Elenor sayang..saya tak bermaksud macam tu,saya cuma nak beri awak kejutan.Tapi memandangkan awak dah sampai ke sini,apa kata awak pilih kek untuk saya.Saya tak nak hadiah.Saya nak awak pegang kek untuk saya.Boleh tak sayang?."Pujuk Dane.

"Eh..awak ni..malu saya.Kita belum khawin lagi tapi awak dah panggil saya macam tu.Boleh..kenapa awak tak beritahu awal-awal.Kalau tak,awak tak suruh pun saya dah sediakan semua untuk awak.Err..Dane,sebenarnya saya ada nak cakap sesuatu yang penting kepada awak.Tapi saya malu pula nak cakap kat sini."

Dane tersenyum manis.Terlalu mudah sangat untuk dia memujuk Elenor.Dia tertawa sinis dalam hati.Perangkapnya sudah mengena.Isteri Derick ini terlalu murah.Mudah sangat dia berubah hati kepada lelaki lain hanya kerana janji dan kata-kata manis.Sedangkan semua itu hanya lakonan semata-mata.

"Hmm.. memandangkan kita masih ada kat luar,apa kata kita duduk kat taman tu.Awak tunggu sebentar kat sini,nanti saya suruh pembantu rumah untuk hantar makanan dan minuman ke sana."

Dane kemudian bercakap-cakap sebentar kepada pembantu rumah yang ada di luar,lalu dia menarik tangan Elenor untuk duduk di taman.Dia duduk di hadapan Elenor.Tetapi Elenor berjalan ke arahnya lalu duduk di sebelahnya.Dane pula hanya membiarkan sahaja Elenor dekat dengannya.Dia sebenarnya tidak selesa dengan kelakuan Elenor.Tetapi dia cuba untuk bertahan.

"Elenor sayang kenapa ni?sedih sangat wajah awak tu.Cuba cerita pada saya apa masalah awak?.Saya tak nak tengok muka bakal isteri saya muram macam ni."

Dane menuang minuman ke dalam dua gelas.Dia kemudian memberi satu gelas kepada Elenor.Sementara satu lagi dipegangnya lalu dia mulai menghirup minuman itu.Namun matanya masih merenung ke arah Elenor.

"Dane..err..awak tahu,sebenarnya saya mengandung anak awak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience