Apabila Julien melihat orang itu, wajahnya berubah.Amanda merenungnya dengan pandangan mata yang tajam.Tangannya pula masih mengenggam rambut Aleya dengan kuat.Dia cuba untuk memukul Aleya,namun Julien cepat-cepat menarik mereka berdua agar tidak saling berdekat.
"Julien!!..siapa perempuan ni?kamu berdua buat apa kat sini?.Sejak dari tadi lagi saya cari awak Julien.Rupa-rupanya awak sibuk bermesraan dengan perempuan ni."Kata Amanda dengan wajah marah.
"Amanda..bawa bersabar..awak jangan buat macam ni.Dia ni kawan saya.Awak jangan salah faham."Kata Julien memujuk.
Setiap kali melihat wajah Amanda,dia mulai pening kerana sejak dulu lagi dia tidak menyukai perangai Amanda yang terlalu memaksa dia untuk menuruti semua kehendaknya.Sikap Amanda juga yang membuat dia trauma mahu berkawan dengan perempuan.Dia tidak suka hidupnya dikongkong.
"Awak jangan nak tipu saya Julien.Saya nampak semua tu.Mata saya belum buta lagi.Kalau saya tak tarik rambut perempuan gatal ni tadi,tentu kamu berdua dah bercumbu kat sini kan."Teriak Amanda.
Tadi dia dan beberapa pelajar lain ditugaskan untuk mengambil riben dan bunga-bunga dari pejabat madam Desy untuk dibawa ke dewan.Dia yang kepenatan,diam-diam berjalan ke taman untuk berehat.Penat dia kerana tidak pernah melakukan kerja-kerja seperti itu.Terasa menyesal pula dia kerana secara sukarela datang ke pejabat Sir Addos untuk meminta kebenaran bagi membantu para senior melakukan kerja menghias hanya untuk melihat Julien.Malangnya,Julien pula tiada di sana.
Apabila dia sampai di taman,wajahnya berubah bila dia melihat Julien sedang duduk dan tertawa mesra dengan Aleya.Timbul rasa cemburu di hati kerana Julien tidak pernah mesra dengannya.Sejak kecil dia sudah menyukai Julien.Tetapi Julien pula curang di belakangnya.
"Amanda..awak cakap apa ni?kita sekarang ni ada kat dalam kawasan sekolah.Tak mungkin saya berani buat benda tak senonoh macam tu."Kata Julien.
"Oh..kalau bukan awak,mesti perempuan gatal ni yang nak menggoda awak."
Amanda berjalan laju mendekati Julien.Julien pula cuba menghalang namun Amanda dengan cepat menarik Aleya agar bersemuka dengannya.Pantang sekali dia melihat perempuan lain yang cuba mahu merebut Julien darinya.
"Julien..awak jangan masuk campur.Ni hal saya dengan perempuan ni.Kalau awak cuba untuk melindungi dia lagi,semakin teruk saya kerjakan perempuan ni."Kata Amanda kasar.
Julien mengeluh kecil.Dia mulai risau bila Aleya dan Amanda mulai bertengkar hanya kerana dia.Kerjanya masih banyak lagi yang perlu dibuat.Terasa menyesal pula dia duduk di taman seorang diri.Jika dia tahu akan menjadi seperti ini,lebih baik dia duduk di pondok bersama dengan kawan-kawannya.
"Huh..saya kenal awak ni.Awak satu kumpulan dengan perempuan gedik tu kan.Awak jangan perasan muka awak tu cantik dari saya sehingga awak berani rampas Julien tu dari saya.Julien tu milik saya.Awak faham tak?saya tak nak tengok awak menggatal dengan Julien."Marah Amanda.Matanya melotot melihat wajah Aleya.
"Awak cakap apa ni? saya hanya buka daun kecil kat wajah Julien.Tu pun salah ke?kalau saya suka dengan Julien pun bukan jadi masalah.Awak bukan isteri Julien pun.Tapi awak dah maki saya teruk macam ni."Kata Aleya masih cuba bersabar.
"Cakap apa?awak masih boleh tanya saya soalan bodoh!!awak masih tak faham ke? saya cakap tentang awak yang nak menggatal dengan Julien.Daun?..haha.. awak fikir saya percaya dengan kata-kata awak ke?saya tak peduli.Saya dah kenal dengan Julien sejak kami berdua dari kecil lagi.Julien milik saya.Suka hati saya nak cakap awak macam tu.Sebab awak memang layak terima gelaran macam tu."Sindir Amanda.
"Amanda awak dah melampau.Saya tak nak bercakap dengan perempuan macam awak.Buang masa saya sahaja."Kata Aleya.
Aleya berjalan untuk meninggalkan Amanda kerana dia tidak mahu bergaduh lagi di sekolah.Dia sudah serik menerima denda dari Sir Addos.Malah ibu dan ayahnya juga sudah memberi amaran agar dia tidak menimbulkan masalah lagi di sekolah.
Tetapi dia silap.Amanda bukan seperti perempuan lain.Dia bertindak mengejar Aleya,lalu terjadi pergelutan antara mereka berdua.Julien yang mulai panik,segera menyimpan kertas yang ada di tangannya lalu dia berlari ke arah mereka.Hanya dia seorang sahaja,tidak mampu meleraikan pergaduhan antara Amanda dan Aleya.Lagipun dia tidak boleh menyentuh sembarangan mana-mana bahagian tubuh wanita.Nanti lain pula jadinya.Perkara kecil akan menjadi besar.
Kebetulan waktu itu Kyle sedang mengangkat sebuah meja.Julien cepat-cepat menarik Kyle untuk membantu dia meleraikan pergaduhan antara Amanda dan Aleya yang semakin teruk.Dia tahu jika dia tidak memaksa Kyle,Kyle tidak akan mempedulikan mereka.Hanya Kyle sahaja yang boleh membantunya.
Tanpa membuang masa,Kyle menarik Amanda dengan kasar.Sementara Julien menarik Aleya jauh dari Amanda.Melihat Aleya yang ada dekat dengan Julien,Amanda cuba untuk menyerang.Namun Kyle menolak kepalanya sehingga dia terduduk di kerusi.
Amanda yang masih dalam keadaan marah memandang ke arah Kyle dengan pandangan mata yang tajam.Namun sebaik melihat orang yang ada di hadapannya adalah Kyle,wajahnya berubah pucat.Dia menundukkan kepalanya.Tetapi sempat lagi dia menjeling tajam ke arah Aleya.
"Amanda..awak buat apa kat sini? kawan-kawan yang lain masih sibuk menghias kat dalam.Tapi awak pula sibuk berebut jantan kat luar."Marah Kyle.
"Saya..saya hanya nak ambil angin kat luar sebentar.Tapi saya nampak perempuan tu nak cium Julien.Siapa tak marah.Saya ni kekasih Julien.Kyle awak ni tampan,tapi garang sangat.Apa kata awak ganti tempat Julien.Saya nak awak menjadi teman lelaki saya."Kata Amanda berani.
Selalu,dia dapat memandang wajah Kyle dari jauh sahaja.Dia sering mendengar kawan-kawannya bercerita tentang Kyle.Namun hatinya hanya pada Julien.Tetapi bila berhadapan dengan Kyle,dia mulai faham mengapa banyak sekali yang bercakap tentang Kyle.Wajah Kyle terlihat tampan.Namun perangainya agak kasar sekali.
"Nak ambil angin sehingga lupa kerja kat dalam? kenapa?kat dalam dewan tu hanya ada habuk ke?tak ada angin?awak nak saya ganti tempat Julien?awak fikir saya ni apa?baju?yang boleh awak pilih dan yang awak boleh pakai sesuka hati awak?.Saya tak berminat.Tengok muka awak pun saya dah pening."Kata Kyle selamba.
Wajah Amanda merah sekali.Julien pula terasa simpati melihat wajah Amanda.Walaupun dia tidak suka dengan perangai Amanda, namun dia tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat seperti yang dikatakan Kyle kepada Amanda.
"Kyle apa kurangnya saya?semua kata saya cantik.Awak sahaja yang cakap saya macam ni."Kata Amanda sedih.
"Dah..dah..saya tak nak dengar drama awak.Orang gila sahaja yang nampak muka awak cantik.Cepat sedikit balik ke dewan semula.Aleya..awak ni pun sama.Tadi bukan awak beria-ia nak tolong kami ke?.Telinga saya belum pekak lagi.Sekarang awak ikut Amanda ke dewan untuk membantu kawan-kawan yang lain.Kamu berdua ni muka dah lah tak cantik.Malas pula tu.Pelik betul kalau ada lelaki yang nak pada kamu berdua.Kalau saya tak nampak muka kamu berdua kat dalam dewan sekejap lagi,meja dan kerusi yang ada kat pondok tu saya suruh kamu berdua angkat."
Kyle kemudian berlalu pergi sambil mengangkat meja.Sempat lagi dia membebel kerana tangannya menjadi kotor terpegang baju perempuan.Aleya dan Amanda pula mulai berlari menuju ke dewan untuk membantu yang lain menghias kerana takut disuruh mengangkat kerusi dan meja oleh Kyle.
Sementara itu,Julien pula terduduk lemah di kerusi.Dia mengambil keputusan bergerak ke pondok untuk menyiapkan kerjanya.Dia tidak mahu perkara sama berulang lagi.Dia tahu Kyle pasti tidak akan membantunya lagi jika kejadian seperti tadi berulang lagi.
Share this novel