Chapter 136.2

Mature Content Series 566

Jack menelan air liur pahit.Dadanya seperti ditusuk belati tajam bila Cosmas memanggilnya dengan panggilan 'Uncle' sedangkan dulu Cosmas sering memanggil dia dengan panggilan ayah.Cosmas kelihatan semakin membesar.Malah dia kelihatan kekok duduk bersebelahan dengan Jack.Namun jack menyimpan sahaja perasaan sedihnya.Dia tidak menyalahkan Cosmas.Semua itu kerana silapnya juga.

"Betul kata Cosmas tu tuan.Saya pergi kat sini,dia tak ada.Tapi bila saya dah mula sibuk kerja,saya tak sempat nak jumpa dia di sekolah."Kata Jack tenang.Namun ada nada sedih dari suaranya.

Elenor pula hanya memandang ke arah Jack sebentar.Dia sempat memberi amaran agar Jack menjaga tingkah-lakunya di hadapan Derick.Dia tidak mahu Jack mengaku yang Cosmas itu anaknya.

"Sayang..saya nak Cosmas berhenti belajar sekarang."Kata Elenor cuba untuk menukar topik perbualan.

Semua mata memandang ke arah Elenor seperti tidak percaya.Jack juga merenung tajam ke arah Elenor.Entah apa niat Elenor yang mahu Cosmas berhenti dari bersekolah.Derick juga hairan dengan kelakuan Elenor yang tiba-tiba mahu Cosmas berhenti sekolah.

"Sayang awak cakap apa ni? kenapa pula awak nak Cosmas berhenti belajar.Dah tak lama pun.Tiga tahun lagi."Kata Derick.

Hampir tersedak dia dibuat Elenor.Pelik sangat permintaan Elenor kali ini.Terutama sejak Elenor balik tanpa memberitahu kepadanya sewaktu mereka ke majlis ulang tahun kelahiran Chole.Dia pula yang kalut mencari-cari kelibat Elenor kerana risau.Nasib baik juga Chole memberitahu yang isterinya sudah balik.Dia sudah seperti orang gila mencari Elenor ketika itu.Sekarang dia terkejut lagi bila Elenor memberitahu yang dia mahu Cosmas berhenti sekolah.

Dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh Elenor.Dia bukannya tidak mampu untuk menghantar Cosmas ke sekolah terkenal itu.Jadi apa yang menjadi masalah sebenarnya?.Dia jadi bingung seketika.Dia mahu Cosmas habis belajar kerana agak membazir wangnya jika Cosmas berhenti separuh jalan.

"Sayang..tak guna juga dia pergi belajar lama-lama.Menghabiskan wang sahaja.Lebih baik dia belajar bagaimana caranya nak urus kilang.Awak tak perlu susah-susah lagi cari pekerja baru.Cosmas,awak pun pasti setuju dengan cadang ibu kan?."Kata Elenor.

Dia merenung tajam ke arah anaknya.Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat menolong Cosmas.Lagipun tiada gunanya dia mahu memaksa Cosmas pergi ke sekolah.Lebih baik Cosmas belajar mengurus kilang milik Derick agar kilang itu menjadi milik anaknya.Dia tidak rela harta Derick diberikan kepada anak perempuan simpanan Derick.

"Err..saya..saya ikut kata ibu sahaja.Selalunya kata ibu tu yang terbaik untuk anaknya."Kata Cosmas.

Setelah berfikir panjang,dia bersetuju dengan pendapat ibunya.Dia sudah takut mahu datang ke sekolah kerana ibunya sudah berjumpa dengan Kyle.Lagipun bila dia kerja di bawah ayahnya,mudah sahaja dia mahu berjumpa dengan Nova nanti.Mungkin dia boleh mengambil sedikit demi sedikit wang dari kilang.Lagipun semakin hari semakin banyak pula permintaan Nova.Wang yang diberikan kepadanya hampir tidak cukup.

"Sayang..Cosmas ni masih terlalu muda untuk bekerja.Awak tak kasihan dengan dia ke?remaja seumur Cosmas ni semua masih sekolah lagi.Saya mampu tanggung dia belajar sayang.Awak jangan buat keputusan terburu-buru."Pujuk Derick.

"Sayang saya tak kisah.Saya nak Cosmas berhenti belajar sekarang juga.Nanti biar saya yang urus kat sekolah.Sayang tak perlu masuk campur.Saya tak minta banyak pun.Saya hanya nak Cosmas ni belajar bekerja.Susah nak cakap dengan sayang ni.Kenapa?sayang tak yakin dengan Cosmas ke? Mentang-mentang dia hanya anak angkat sahaja,sayang buat dia macam ni."Marah Elenor.

Air matanya menitik satu demi satu.Dia geram dengan Derick kerana tidak pernah mengikut kata-katanya.Dia yakin yang Derick takut bila Cosmas lebih pandai mengurus dari Julien.Tetapi memang itu yang dia mahu.Dia tidak mahu anaknya kalah dengan Julien.

"Sayang..jangan macam ni.Kita bincang baik-baik."Kata Derick mulai menggelabah.

Elenor baru sahaja sembuh dari kemurungan.Dia risau jika keadaan Elenor kembali seperti dulu lagi.Namun menyuruh Cosmas berhenti belajar itu terasa kejam sedangkan dia mampu.Tetapi dia tidak boleh memaksa jika itu kemahuan Elenor.

"Semua ni salah sayang.Saya minta baik-baik, sayang selalu sahaja tak setuju dengan permintaan saya.Apa yang salah dengan pendapat saya tu?Ni yang buat saya kecil hati dengan sayang ni."Marah Elenor.

Dia kemudian berdiri lalu berjalan naik ke tingkat atas.Terdengar pintu ditutup dengan kuat di tingkat atas.Derick dan Jack saling berpandangan.Derick kemudian meraup wajahnya.Dia merenung ke arah Cosmas dengan simpati.

"Cosmas..maafkan ayah sebab ayah tak dapat pujuk ibu awak.Awak betul-betul tak nak pergi sekolah lagi ke?kalau awak nak ayah boleh hantar awak ke sekolah secara sembunyi-sembunyi."Tanya Derick.

"Tak apa ayah..saya tak nak ayah dan ibu bergaduh.Mungkin benar juga apa yang dikatakan oleh ibu tu.Lebih baik saya kerja dengan ayah.Dah cukup saya sekolah selama dua tahun ayah.Sekurang-kurangnya saya dapat merasakan pengalaman bersekolah.Dekat luar sana ramai lagi yang tak berpeluang untuk belajar.Ayah..lebih baik ayah ikut permintaan ibu tu.Saya tak nak tengok ibu kembali seperti dulu.Nak bercakap dengan dia pun tak dapat."Kata Cosmas berlakon.

Sejak dia bersama dengan Nova,banyak ayat-ayat Nova yang tersimpan dalam kepalanya sehingga dia berasa simpati.Sekarang dia cuba gunakan ayat-ayat Nova itu kepada Derick.Ternyata berjaya.Derick memeluk tubuhnya dengan erat sekali lalu meminta maaf berkali-kali kerana tidak dapat menolongnya.Sedangkan dia dah ibunya sebenarnya bersubahat.

"Jack..esok saya akan hantar Cosmas belajar urus kilang kat bandar Medion.Saya nak awak jaga dia baik-baik.Kalau boleh jangan paksa sangat dia buat kerja.Dia masih muda lagi.Kalau dia penat,biarkan dia rehat.Isteri saya tu dah mulai merajuk.Jack boleh tak awak ganti saya pergi ke bandar Athenil hari ni?."

"Baik tuan.Saya akan jaga Cosmas ni baik-baik.Dia ni macam anak saya juga.Err..tuan..kalau saya boleh ganti,saya ganti juga.Tapi mereka nak jumpa tuan sendiri.Saya risau kalau mereka..err.."

"Tak apa Jack.Lupa pula saya.Kalau awak tak ada saya pun tak tahu apa jadi dengan saya.Risau saya dengan isteri saya tu.Jack,saya tahu awak rapat dengan isteri saya.Kalau boleh awak tolong pujuk dia.Nanti beritahu dia yang saya setuju dengan apa sahaja permintaan darinya."Kata Derick.

Dia kemudian berlalu pergi dari sana meninggalkan Jack dan Cosmas.Apabila Derick sudah tiada,Cosmas pula mulai berlalu pergi.Tetapi Jack mengekori Cosmas dari belakang.Dia kemudian mengikut Cosmas masuk ke dalam bilik.

"Ayah..apa ni?Saya nak rehat.Ayah tak ada kerja ke?."Kata Cosmas.

"Cosmas ayah tak akan bercakap lama,beri ayah masa sekejap sahaja.Ayah cuma nak tanya,betul ke awak tak nak belajar lagi?."

"Ayah dah dengar tadi kan.Dah..dah..ayah keluar sekarang saya nak rehat."Kata Cosmas kasar.

Jack terasa hati dengan sikap tidak beradab Cosmas.Tadi dengan Derick baik pula tingkah-lakunya.Tetapi dengan dia,perangai Cosmas lain sekali.Dia tidak mahu memarahi anaknya.Silapnya sendiri kerana membenarkan Elenor membawa Cosmas tinggal di sini dulu.

Dia kemudian berjalan menuju ke bilik Elenor.Dia mengetuk berkali-kali pintu bilik Elenor.Namun Elenor tidak membuka pintu itu.Dia bersandar lemah di depan pintu.Waktu itu juga Mayda tiba-tiba lalu di situ.Jack pula cepat-cepat bergerak untuk memanggil Mayda.

"Mayda tunggu dulu.Err..ada kunci pendua bilik Elenor tu ke?."

"Hmmm..ada..tapi err..saya tak pegang kunci tu.Kalau nak dapat kunci tu kena berjumpa dengan ketua pembantu."Kata Mayda tersengih-sengih.

"Mayda awak tolong saya ambil kunci bilik tu sekarang."

"Err..tapi..saya.."

"Mayda saya beri awak wang sebanyak 5000ril.Awak ambil kunci tu sekarang."Kata Jack memotong bicara Mayda.

Mayda yang menerima wang itu tersenyum lebar.Cepat pula dia turun untuk mengambil kunci bilik Elenor.Sebenarnya dia dan Biana yang boleh masuk ke dalam bilik yang menyimpan kunci itu.Namun dia saja berpura-pura berkata seperti itu kerana dia mahu meminta wang dari Jack.Beberapa minit kemudian Mayda menyerahkan kunci pada Jack.Dia sempat berpesan kepada Jack sebelum dia berjalan.

"Jack awak jangan beritahu pada madam saya beri kunci ni.Nanti madam marah pula."

"Awak jangan risau Mayda.Tahu lah saya buat alasan nanti."Kata Jack.

Dia kemudian memasukkan kunci ke tombol pintu.Pintu bilik itu terbuka.Dia melihat Elenor sedang duduk berdandan.Dia kemudian menutup pintu bilik perlahan dan mulai menguncinya.Lalu dia bergerak ke arah Elenor.Dia berdiri di belakang Elenor.Matanya merenung wajah Elenor yang ada di cermin.

"Jack awak nak apa datang sini? saya dah kunci pintu tu.Dari mana awak dapat kunci?."Kata Elenor kasar.

"Sayang..saya ada mulut untuk bertanya.Sebab tu saya dapat kunci bilik ni.Lagipun Derick yang suruh saya pujuk awak."Bisik Jack.

"Saya tak nak tengok muka awak Jack.Keluar dari sini sekarang."Kata Elenor.

"Tapi saya nak tengok muka awak Elenor.Tak salah kan?Kenapa awak buat keputusan terburu-buru?Elenor apa yang awak dah buat pada anak kita tu?."Soal Jack.

"Huh!anak kita?awak bergurau ke?awak tanya lagi kenapa?awak tahu tak apa anak awak buat kat belakang awak?tak tahu kan.Awak ada beri wang pada Cosmas tu ke? kalau tu pun awak tak pernah tahu dan awak tak pernah buat,jangan masuk campur urusan saya Jack.Awak tak layak jadi ayah Cosmas.Dah lah miskin,anak pun orang yang beri makan.Awak patut malu Jack.Awak ayah yang tak berguna langsung ."Kata Elenor kasar.

"Elenor awak jangan lupa awak yang terlebih dahulu tak benarkan saya pergi ke sini.Saya tahu saya misikn.Tapi awak tak perlu hina saya macam ni Elenor.Kalau awak nak cakap fasal wang,saya dah simpan untuk kegunaaan anak kita dan untuk awak sekali.Sekarang saya hanya nak tanya awak,bila awak boleh balik untuk jadi isteri saya semula?.Saya takkan serahkan wang tu kalau kamu berdua tak balik pada saya semula."Kata Jack dengan nada sedih.

Pang..pang..pang..

Elenor menampar wajah Jack berkali-kali.Dia menjadi geram dengan perangai Jack yang masih tidak faham lagi.Sedangkan sudah berkali-kali dia memberitahu kepada Jack keputusannya.Mana mungkin dia mahu hidup bersama Jack lagi.Dalam mimpi pun dia tidak sanggup.

"Keluar dari sini Jack.Jangan sampai anak awak tu saya jadikan pengemis.Kalau awak masih sayang Cosmas tu berambus dari sini.Saya beritahu awak sekarang Jack,sampai mati pun saya tak nak hidup bersama dengan awak semula.Penat saya hidup miskin.Apa benda berharga yang awak dapat beri pada saya?tak ada langsung.Awak boleh cari perempuan lain yang boleh hidup susah dengan awak."Kata Elenor dengan senyuman sinis.

"Saya tak tahu nak cakap apa lagi Elenor.Awak dah berubah.Saya tak sangka awak boleh jadi macam ni.Tapi saya tak pernah menyesal tolong awak dulu.Saya ikhlas tolong awak sebab saya betul-betul cintakan awak.Saya dah cuba pujuk hati awak agar awak kembali dengan saya semula.Tapi hanya hinaan yang saya dapat dari awak.Elenor,maafkan saya sebab saya tak mampu beri awak harta.Saya dah cuba buat yang terbaik untuk awak Elenor.Tapi apa yang saya lakukan tak pernah cukup untuk awak.Saya tak minta banyak dari awak,saya hanya minta awak jaga anak kita baik-baik.Derick suruh sampaikan pesan yang dia bersetuju dengan semua permintaan awak.Selamat tinggal Elenor.Semoga awak berbahagia."Kata Jack lalu pergi dengan kelukaan di hati.

Selepas sahaja Jack berlalu dari sana,Elenor hanya tertawa sinis.Dia langsung tidak bersedih kerana ditinggalkan oleh Jack.Dia sudah punya Dane.Dia sudah tidak peduli dengan Derick atau Jack.Dia hanya mahu harta Derick untuk diberi kepada Cosmas agar Cosmas tidak menyusahkan dirinya.Bila Cosmas sudah mendapat semua itu,dia akan meninggalkan Cosmas untuk tinggal bersama-sama dengan Dane.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience