Chapter 136.1

Mature Content Series 566

Elenor berjalan mundar-mandir di dalam bilik Cosmas.sudah beberapa jam dia menunggu di sana.Namun kelibat Cosmas masih belum kelihatan.Sebentar lagi Derick akan balik ke Villa.Dia mahu bercakap dengan Cosmas sebelum Derick balik ke Villa.Surat yang dikirim dari sekolah ada di tangannya sekarang.Nasib baik juga surat itu masih belum dilihat Derick.

Dia duduk di kerusi lalu dia cuba menutup matanya sebentar.Disebabkan Cosmas membuat masalah,dia terpaksa membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan Dane.Geram pula dia dengan perangai anaknya itu.Apabila terasa bosan,dia membuka almari yang ada di bilik Cosmas.Dahinya berkerut.Semua barang-barang berharga yang dia hadiahkan kepada Cosmas sudah tiada.

Tidak berapa lama kemudian,pintu bilik dibuka kasar.Cosmas masuk dengan wajah gembira.Dia bersiul-siul menuju ke katilnya.Dia tidak perasan yang ibunya sedang memerhati kelakuannya sejak dari tadi lagi.Baru dia mahu melelapkan mata,Elenor memasang lampu bilik itu.Cosmas pula menyangka pembantu yang datang ke sana untuk mengemas biliknya seperti selalu.

"Keluar sekarang.Saya nak rehat.Esok sahaja kemas bilik saya.Tutup semula lampu tu sebelum keluar."Kata Cosmas.

Dia mulai menutup matanya.Namun Elenor datang ke arahnya lalu menarik selimut yang dipakai oleh Cosmas dengan kasar sekali.Cosmas pula hampir sahaja mahu berteriak marah.Namun bila dia membuka matanya,ibunya kelihatan sedang merenung dengan pandangan mata yang tajam.Cosmas pula pura-pura menguap.Dia tidak mahu bercakap dengan ibunya sekarang.

"Ibu..ibu nak apa? saya penat ni.Saya nak berehat.Malam nanti ibu datang ke sini semula.Saya tak ada mood nak bercerita dengan ibu sekarang."Kata Cosmas sambil menarik kembali selimut untuk menutupi mukanya.

"Cosmas..ibu tak ada masa nak tunggu sampai ke malam jawaban awak.Bangun cepat."

"Alah ibu..Cosmas penat ni.Banyak sangat aktiviti kat sekolah tadi.Cosmas seorang sahaja yang buat kerja.Boleh tak ibu bagi peluang pada saya untuk berehat sekejap."Kata Cosmas.

Dia memang penat sangat kerana selama beberapa hari ini,Nova kerap membawa dia keluar di bandar Athenil untuk berjalan-jalan.Setiap kali mereka masuk ke satu kedai,setiap kali itu juga Nova membeli barang.Dia pula bertindak sebagai tukang angkat barang yang dibeli oleh Nova.Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian Nova.Tetapi bila balik ke Villa,baru dia terasa penat kerana dia tidak pernah melakukan kerja seperti itu.

"Awak penat kat sekolah?Awak jangan cuba nak berbohong pada ibu Cosmas."

"Ibu..tak ada gunanya saya menipu ibu.Ibu bukan selalu ada kat sini.Ibu mana tahu.Saya penat ibu.Dah!!..ibu keluar sekarang!!saya penat!!saya penat ibu!!."Kata Cosmas kasar.

Pang...pang..pang..

Tiga tamparan kuat mengenai pipi Cosmas.Terkejut Cosmas dengan tindakan ibunya yang tiba-tiba bertindak menampar wajahnya dengan kuat.Hilang terus rasa mengantuknya apabila wajahnya ditampar kuat oleh ibunya.Dia bangun lalu merenung tajam ke arah ibunya.Dia betul-betul kecil hati dengan kelakuan ibunya yang langsung tidak mendengar kata-katanya.

"Ibu..ibu dah gila ke? kenapa tiba-tiba pukul saya?kalau ibu bergaduh dengan suami ibu tu tak perlu libatkan saya sekali.Faham tak!!."Teriak Cosmas.

Selama ini dia tidak pernah dipukul atau ditampar oleh ibunya.Baru pertama kali ibunya menampar wajahnya.Sebab itu dia menjadi marah.Dia benci dengan ibunya yang tiba-tiba menampar wajahnya.Dia yakin ibunya bertindak seperti itu mungkin kerana ibunya bergaduh dengan Derick lagi.Tetapi dia tidak suka ibunya melepaskan kemarahan kepadanya.

"Awak jangan tinggikan suara awak di hadapan ibu Cosmas.Jawab soalan ibu.Awak betul-betul ada pergi sekolah ke?."Tanya Elenor dengan suara kuat.

"Yelah.. saya pergi sekolah.Sejak bila pula ibu rajin sangat nak tanya saya sama ada saya ada pergi ke sekolah atau tak?.Selalu ibu tak pernah peduli pun."Balas Cosmas geram.

"Budak tak guna!!dah pandai awak menipu ibu sekarang!!..ni..ni..surat ni..baca surat ni di depan ibu sekarang."

Elenor menghempaskan surat itu di muka Cosmas.Belum sempat Cosmas mengambil,surat itu sudah jatuh ke lantai.Wajahnya berubah pucat apabila dia melihat cop pada surat itu.Dia tidak berani mahu mengambil surat itu.

"Ibu..surat ni bukan untuk saya.Ibu salah sangka.Surat tu sebenarnya untuk Donna."Kata Cosmas cuba menipu.

"Awak jangan berbohong pada ibu lagi Cosmas.Ibu ada berjumpa dengan pengajar sekolah awak.Namanya Sir Addos.Dia kata dah berbulan-bulan awak tak datang ke sekolah.Awak pergi mana?awak tahu tak malu ibu di hadapan orang sebab sikap buruk awak.Nasib baik ayah awak tak dengar lagi.Kalau dia dengar awak akan disuruh kerja kat ladang dengan budak bodoh tu awak nak ke?."Marah Elenor.

"Err.. ibu..tak mungkin..saya memang ada pergi ke sekolah.Sir tu mungkin tak nampak saya.Dia tu memang suka mencari kesalahan pelajar."Kata Cosmas masih mahu menutup kesalahannya.

"Habis awak nak kata pada ibu yang Sir Addos tu menipu ke?Awak jangan nak bohong Cosmas.Hari tu awak cakap yang Kyle pukul awak kan.Ibu ada tanya sendiri dengan Kyle.Dia cakap awak yang pukul dia dulu hanya disebabkan oleh seorang perempuan.Siapa perempuan tu?Donna?ibu tak nak terima Donna sebagai menantu.Awak faham tak."Kata Elenor kasar.

Wajah Cosmas semakin pucat.Penipuannya selama ini sudah terbongkar.Dia fikir ibunya sudah lupa tentang perkara itu.Namun dia silap.Dia menjadi takut jika Kyle mencarinya nanti.Dia sudah serik menerima pukulan dari Kyle.Silapnya juga kerana menipu ibunya.Jika dia tahu masalah itu akan menjadi besar,dia tidak akan menipu.Sekarang sudah terlambat.Dia yang akan menanggung akibatnya.

"Err.. ibu..tu kan dah lama berlalu.Err..saya pun tak ingat lagi.Lagipun ibu kata buat apa sahaja cara untuk minta wang lebih dari ayah Derick.Sebab tu saya cakap macam tu.Saya tak ada idea lain lagi.Saya tak berniat nak menipu ibu.Saya hanya nak minta wang lebih."Kata Cosmas cuba mereka-reka cerita.

"Lain kali beritahu ibu.Awak ni betul-betul memalukan ibu.Soalan ibu awak masih belum jawab lagi.Siapa perempuan yang awak tergila-gilakan sangat tu?apa sebab awak tak datang ke sekolah?selama ni awak pergi mana?."Bebel Elenor.

Dia betul-betul marah dengan Cosmas.Jika dia tahu Cosmas berbohong kepadanya,dia tidak bodoh bertanya kepada Chole dan Kyle.Akhirnya dia juga yang mendapat malu hanya kerana sikap anaknya.Entah di mana dia mahu letakkan mukanya kerana anaknya.

"Ibu..ibu bukan selalu ada kat sini.Lagipun bila saya nak bercakap dengan ibu,ibu langsung tak nak buka pintu.Ibu..err..ibu jangan risau.Perempuan tu dah tak ada.Dia dan keluarganya dah mati dibunuh.Err..ibu ingat tak kejadian tiga keluarga dibunuh serentak?. Perempuan tu termasuk dalam tu.Err..ibu,saya sebenarnya dah tak nak bersekolah lagi.Saya pergi ke bandar Athenil untuk bekerja ibu.Saya tolong orang angkat barang.Saya takut kalau ayah Derick tak tinggalkan wang kepada saya.Ibu pula jarang ada kat sini.Tak ada tempat untuk saya meminta tolong.Sebab tu saya pergi kerja."Kata Cosmas.

Nasib baik juga mindanya cepat berfungsi.Mencurah-curah idea yang datang hanya untuk menipu ibunya.Dia mulai risau jika ibunya mengetahui tentang Nova.Mungkin dia perlu membawa Nova berjalan-jalan di bandar lain untuk mengelakkan ibunya terlihat kelibat mereka berdua.Dia pasti ibunya tidak akan bersetuju jika dia memilih Nova kerana Nova bekerja di brothel.Namun dia benar-benar sayangkan Nova yang sangat seiras wajahnya dengan Evona.Dia tidak mahu Nova terlepas di tangan orang lain.Sebab itu dia sanggup menunaikan apa sahaja yang diminta oleh Nova.Malah barang-barang berharga yang diberi oleh ibunya semuanya sudah dihadiahkan kepada Nova.

Elenor pula mulai terasa bersalah sebaik sahaja dia mendengar penerangan dari Cosmas.Memang dia tidak pernah lagi bercakap dengan Cosmas kerana dia sibuk mahu mengejar Dane.Dia berasa menyesal kerana menampar Cosmas sebentar tadi.Dia masih sakit hati dengan perangai Chole sehingga dia terbawa-bawa perasaan marahnya sehingga ke rumah.

"Awak pun tak pandai berdikari Cosmas.Jangan nak harap ibu sahaja.Ibu sibuk kerja.Ayah sebenar awak pun langsung tak tengok awak lagi.Sibuk dengan perempuan lain.Huh..bagus lah kalau perempuan tu dah mampus.Cosmas awak jangan pula pilih Donna.Ibu tak berkenaan langsung dengan perempuan tu untuk dibuat menantu.Ibu nak awak cari perempuan yang berasal dari keluarga kaya juga.Awak faham tak?Cosmas ayah Derick dah kaya awak masih nak kerja?bodoh ke apa awak ni?awak tahu tak ada seorang lagi anak ayah Derick yang sekolah kat tempat awak bersekolah.Namanya Julien.Dia anak perempuan simpanan ayah awak.Daripada awak jadi orang bodoh cari kerja kat bandar Athenil,lebih baik awak kerja jadi bos kat kilang di bandar Medion.Masa tu awak cuba ambil hati ayah awak sampai dia serahkan pula kilang kat bandar Athenil.Awak tahu tak ayah Derick akan mewariskan kilang besar yang ada kat bandar Athenil tu pada Julien."Kata Elenor panjang lebar.

Terkejut Cosmas mendengar kata-kata ibunya.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.Dia sudah menyingkirkan Mytrice dengan mudah.Tetapi dia mendapat tahu yang Julien itu juga anak Derick.Bagaimana dia mahu menyingkirkan Julien? dia tahu Julien itu sangat pandai.Malah sentiasa disayangi oleh tenaga pengajar di sekolah.Agak sukar untuk dia berkata buruk tentang Julien di hadapan Derick kerana Derick pasti tidak akan percaya dengan kata-katanya.Silap sedikit dia yang akan dihalau keluar dari Villa ini dengan serta-merta.

"Ibu..saya tak berminat langsung dengan Donna tu.Mukanya pun buruk sangat.Saya yakin perempuan pilihan hati saya nanti,ibu pasti suka.Ibu..betul ke anak ayah Derick bernama Julien?."Kata Cosmas masih tidak percaya.

"Tu yang ibu nak dengar dari mulut awak.Banyak lagi perempuan cantik dan kaya kat bandar Athenil.Bukannya awak ambil anak pembantu rumah untuk dijadikan isteri.Awak pekak ke?ibu kata Julien.Awak tak pernah dengar nama budak tu kat sana ke?."Kata Elenor geram.

"Err..bukan saya tak pernah dengar,tapi dia tu terkenal kat sekolah ibu."

"Hah! dah kenal kenapa tak beritahu ayah Derick cerita buruk tentang budak tu?awak reka cerita macam yang awak buat dengan budak Kyle tu."Kata Elenor.

"Ibu tak boleh.Saya tak boleh buat macam tu.Kyle tu lain.Dia memang selalu buat masalah kat sekolah.Tapi Julien tu ketua pelajar kat sekolah.Semua pelajar hormat dengan dia.Malah tenaga pengajar kat sana pun menyukai sikap Julien tu.Ibu nak saya buat cerita apa?nanti tak fasal-fasal ayah Derick marah saya pula."Kata Cosmas.

"Hmmm..tak apa,biar ibu fikir cara lain pula.Awak betul-betul dah tak nak belajar lagi kan?".

"Ya ibu..saya hanya nak kerja sekarang.Saya dah bosan pergi ke sekolah."

"Kalau nak kerja ikut cakap ibu.Awak.."

Tokk..tokkk..tokk..

Ketukan bertalu-talu di pintu membuat Elenor berhenti berbicara.Dia kemudian berjalan menuju ke pintu lalu membuka dengan kasar.Wajahnya dikerutkan.Dia memandang ke arah Mayda dengan pandangan tajam.

"Awak nak apa Mayda?tadi saya kata awak tolong kemaskan baju saya.Awak dah siapkan kerja yang saya suruh tu ke?."

"Err..dah..madam..baru juga.Tuan cari madam tadi.Dia nak jumpa madam kat bawah.Dia nak cepat.Jack juga ada bersama."Kata Mayda.

Dia sudah lama berdiri di sana.Baru dia mulai mahu mengetuk pintu,dia terdengar Elenor dan Cosmas berbicara tentang Donna.Sakit hatinya apabila dia mendengar Elenor dan Cosmas menghina anaknya.Sedangkan anaknya tidak tinggal di sini lagi.Nanti dia akan beritahu kepada Donna tentang semua itu.

"Hmmm.. Cosmas tukar baju awak.Ikut ibu turun ke bawah sekarang.Mayda awak kemaskan bilik Cosmas sekarang.Serabut kepala saya tengok bilik Cosmas ni.Semak sangat."Arah Elenor kasar.

Dia kemudian turun bersama dengan Cosmas.Dari jauh mereka dapat mendengar perbualan antara Derick dan Jack.Elenor berasa sedikit risau.Namun dia tetap melangkah pergi ke sana.Derick yang melihat kelibatnya dan Cosmas segera berdiri lalu menarik kedua-duanya untuk duduk.

"Cosmas..duduk dekat dengan Jack tu.Dah lama awak tak jumpa dia kan.Ayah yakin awak pasti rindu dengan dia."

"Ya ayah,dah lama saya tak jumpa dengan uncle Jack sebab saya sibuk sangat dengan aktiviti sekolah.Mungkin uncle Jack ada datang ke sini pergi melawat saya.Tapi saya pula tak ada."Kata Cosmas tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience