Chapter 135.2

Mature Content Series 566

"Tak..saya tak kenal ibu.Dia kawan ibu ke?."Kata Kyle kurang berminat.

"Saya isteri Derick.Awak boleh panggil saya auntie Elenor."Kata Elenor menyampuk.

Dia tidak mahu Chole menyebut nama Derick di hadapannya.Dia tidak suka mendengarnya.Walaupun dia sudah mulai sukakan Dane,namun hatinya masih menyimpan sedikit perasaan kepada Derick.Selagi harta Derick tidak diwasiatkan padanya,selagi itu dia tidak akan berasa tenteram.

"Oh..saya tak pernah jumpa.Saya hanya kenal dengan auntie Emerald sahaja."Kata Kyle.

Berubah wajah Elenor saat dia melihat wajah Kyle yang seperti tidak berminat untuk bercerita dengannya.Apa yang membuat dia bertambah sakit hati,bila Kyle menyebut nama Emerlad yang dibencinya.

"Auntie ni bukan macam arwah auntie Emerlad yang asyik ikut suami berjalan ke mana-mana.Sebab tu awak tak kenal auntie.Hmm..Kyle nama awak Kyle kan?saya dengar awak buli anak saya?teruk sangat wajah anak saya awak pukul."Kata Elenor serius.

"Kyle betul ke awak pukul anak auntie Elenor?jangan tipu ibu."Kata Chole.

Kyle diam seketika.Wajahnya berkerut kerana dia cuba untuk mengingati orang yang pernah dipukulnya.Tetapi seingatnya dia tidak pernah pula memukul Julien dengan teruk.Lantas siapa yang dimaksudkan oleh Elenor?.

"Chole tengok anak awak diam sahaja.Diam tu selalunya tanda bersalah."Kata Elenor tidak sabar.

"Hmm..siapa nama anak auntie tu?."Balas Kyle pendek.

"Awak tak kenal ke atau awak sengaja buat-buat lupa? auntie ni tak juga marah sebenarnya.Tapi apa yang awak buat tu teruk sangat.Macam perangai samseng."Kata Elenor mulai meninggikan suara.

Dia berfikir yang Kyle akan takut padanya.Tetapi Kyle pula merenung ke arah ibunya yang mahu dia bersabar dengan kerenah Elenor.Jika diikutkan hati,Kyle sudah memarahi Elenor.Tetapi kerana mahu menjaga hati ibunya,dia terpaksa bersabar.

"Auntie kat sekolah tu ramai sangat pelajar yang saya pukul sebab tak pandai jaga mulut.Auntie nak saya sebut beratus nama ke?."Kata Kyle.

"Oh? bermasalah rupanya.Anak auntie namanya Cosmas.Dia tu budak baik.Tak patut awak pukul dia teruk macam tu.Auntie tahu awak ni anak orang kaya.Tapi tak patut awak buat dia macam tu."Kata Elenor.

"Auntie bermasalah atau tak,saya juga yang tanggung perbuatan buruk saya.Saya tak pernah pula suruh ibu atau ayah saya datang bising-bising kat sekolah.Oh..Cosmas?tu anak auntie ke?budak baik? kalau dia budak baik saya tak tumbuk dia tu.Anak auntie tu cari fasal dengan saya.Dia cemburu sebab perempuan yang dia suka tu satu kumpulan dengan saya."Kata Kyle dengan pandangan tajam.

"Mustahil..saya tak percaya.Awak buat-buat cerita ke? auntie pasti awak cuba nak lari dari kesalahan yang awak buat."Kata Elenor tidak percaya.

"Hahaha..lawak apa yang auntie buat ni?kalau auntie tak percaya panggil Cosmas datang ke sini.Saya tak takut.Oh ya.. kebetulan Sir Addos ada kat sini.Nanti saya panggil dia datang ke sini."

Kyle kemudian bergerak ke arah Sir Addos yang berjalan ke arah mereka selepas dia berjumpa dengan Derick dan Maer.Dia dijemput hadir oleh Maer sempena hari lahir Chole.Dia mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Kyle.Apabila sampai di sana di menyerahkan hadiah kepada Chole lalu duduk di hadapan Elenor.

"Sir..betul ke anak saya pukul pelajar junior yang bernama Cosmas?."Kata Chole.

"Dia memang pukul Cosmas.Tapi Cosmas yang buat hal dulu.Dia serang Kyle dari belakang.Sedangkan saya yang suruh Kyle dan beberapa pelajar perempuan untuk pilih buah kat kedai.Saya tak menyebelahi siapa-siapa.Tapi dalam hal ni Cosmas salah,Kyle pun salah.Tapi puncanya dari Cosmas.Dia cemburu sedangkan pelajar perempuan tu tak pernah suka pada Cosmas.Tuan kedai tu pula marah kerana pelanggan dia lari bila lihat Kyle dan Cosmas bergaduh.Saya dan seorang pelajar bernama Julien yang bayar semua kerugian yang dialami oleh tuan kedai tu kerana pergaduhan mereka berdua.Tapi hal ni saya dah selesaikan.Kenapa perlu ungkit kembali?Oh ya..awak ibu Cosmas ke?dah lama saya nak beritahu awak.Surat tak ada sampai di Villa sakura ke?Cosmas dah berbulan-bulan tak datang ke sekolah.Dia sakit ke?kalau sakit sekalipun awak atau suami awak patut beritahu pada pihak sekolah.Kalau pelajar lain dah lama dibuang sekolah.Tapi Derick tu banyak menderma kat sekolah.Sebab tu kami bagi kelonggaran.Anak dia yang satu lagi boleh pula pergi ke sekolah.Tapi Cosmas tu kenapa tak boleh?dia ada masalah ke? Kami dah berbincang dengan tenaga pengajar yang lain.Kalau boleh kami nak memanggil Derick datang ke sekolah untuk berbincang tentang Cosmas.Baru sahaja kami nak pergi ke Villa Sakura.Kebetulan pula saya jumpa awak kat sini,saya beritahu awal pada awak.Tak buang masa kami lagi nak ke sana."Kata Sir Addos.

Terkejut Elenor mendengar kata-kata Sir Addos.Salahnya juga sendiri kerana jarang sekali dia mengambil tahu tentang anaknya sendiri kerana terlalu mengejar Dane.Dia mulai risau jika Derick membaca surat dari sekolah itu.Dia harus balik cepat untuk berjumpa dengan anaknya.Malu pula dia apabila kelakuan anaknya diketahui oleh Chole dan Kyle.Sedangkan tadi dia beria-ia mengatakan yang anaknya itu baik.

"Hmm..nama awak Sir Addos kan..Addos kalau boleh saya tak nak awak atau tenaga pengajar lain beritahu Derick tentang hal tadi.Saya juga tak nak kamu hantar surat ke Villa.Biar saya yang uruskan sendiri.Nanti bila saya dah berbincang dengan anak saya,saya yang akan datang ke sekolah untuk beritahu keputusan anak saya.Saya tak nak dia dan ayahnya bergaduh."Kata Elenor dengan wajah pucat.

Dia kemudian berdiri lalu beredar dari sana tanpa bercakap sepatah kata dengan Chole.Malah Derick yang ada bersama Maer pun dia tidak pedulikan lagi.Dia mahu segera balik ke Villa untuk bercakap dengan Cosmas sebelum Derick tahu.Sir Addos yang masih duduk di sana hanya mampu menukar pandangan dengan Chole.Hairan pula dia dengan kelakuan Elenor yang tidak beradab itu.

"Errr..tu..isteri Derick ke?."

"Ha'a.. namanya Elenor.Dia isteri baru Derick."Kata Chole.

"Macam tak percaya pula saya tengok Derick boleh pilih perempuan macam tu.Jauh sangat bezanya dengan isteri Derick yang dulu.Err..dia tu..hmmm tak ada apa-apa lah.Awak jangan beritahu Derick pula tentang ni."Kata Sir Addos.

Dia memukul perlahan mulutnya kerana dia tidak sedar yang dia sudah terlepas cakap.Tetapi dia benar-benar pelik dengan pilihan Derick kali ini.Dia pernah berjumpa dengan Emerald dulu.Sopan sangat tingkah-lakunya.Berbeza pula dengan Elenor yang seperti tidak diajar untuk menghormati orang lain.

"Hahahaha..bukan awak sahaja yang fikir macam tu Addos.Saya pun fikir benda yang sama.Tapi saya tak nak besar-besarkan perkara ni.Oh ya..hampir saya terlupa.Saya nak bayar jumlah wang yang awak bayar kat tuan kedai tu.Anak saya ni,tak tahu saya nak cakap apa lagi.Buat hal kat luar sampai menyusahkan orang."Kata Chole.

"Tak perlu Chole,dia dah bayar semula.Julien ada serahkan wang kepada saya.Tapi saya bukan bayar banyak sebenarnya.Julien tu yang bayarkan separuh."Kata Sir Addos.

"Kalau budak saya ni buat masalah lagi,awak beritahu saya.Nanti tahu lah saya ajar dia ni."Kata Chole.

"Chole..maaf saya tak boleh lama.Risau pula saya kalau isteri saya salah sangka.Saya belum beritahu dia yang awak buat majlis kat brothel.Saya pergi dulu."Kata Sir Addos meminta diri untuk balik.

"Tunggu.. Addos awak ambil bakul ni.Beri pada isteri awak.Dah lama pula saya tak jumpa dia."

Chole memberi dua bakul kepada Sir Addos.Satu bakul berisi makanan yang dimasaknya sendiri.Satu bakul lagi berisi baju yang sedang terkenal di bandar Athenil sekarang.Apabila Sir Addos sudah berlalu pergi,Chole menarik telinga Kyle.

"Aduh.. ibu sakit."Kata Kyle sambil menggosok telinganya.

"Kyle kenapa awak tak beritahu ibu tentang semua ni?."

"Ibu bukan saya tak nak beritahu.Tapi hal tu dah lama ibu.Lagipun kami dah selesaikan kat sana juga.Ibu pun dengar sendiri apa yang Sir Addos kata sebentar tadi.Saya tak tahu pula kalau budak tu masih tak puas hati."Kata Kyle.

"Kyle jangan buat masalah lagi.Ibu tahu lepas ni awak pasti nak cari budak tu.Tapi ibu tak nak awak terlibat dengan masalah macam tu lagi.Awak tu dah nak habis belajar.Lebih baik awak tumpuhkan perhatian pada pelajaran."Kata Chole.

"Saya tahu ibu.Tapi isteri baru uncle Derick tu saya tak berkenaan sangat dengan perangainya ibu.Kalau dengan saya pun dia bercakap macam tu,tak tahu lagi saya bagaimana dia bercakap dengan Peony."

Kyle mulai teringat tentang Mytrice.Dia menjadi risau mengenangkan apa yang dilakukan oleh Elenor kepada Mytrice.Kadang geram juga dia dengan Mary yang masih mahu bekerja di sana sedangkan ibu dan ayahnya sanggup menawarkan gaji yang tinggi hanya untuk membawa Mary keluar dari sana membawa Mytrice bersama.Namun bukan sahaja Mary enggan,Derick juga tidak mahu melepaskan Mary keluar dari sana sehingga dia terasa pelik.

"Hmmm.. Kyle..buat masa ni,kita tak boleh buat apa-apa.Bila awak dah habis belajar,awak kerja betul-betul.Jangan berfoya-foya macam ayah awak.Nanti bila Trice tu dah cukup umur,dengan ibu sekali akan ikut awak untuk jadikan Trice tu sebagai menantu ibu."Kata Chole tersenyum kecil.

"Betul ke apa yang ibu katakan tu?tapi ayah..hmmm."

Kyle berasa gembira apabila mendengar pengakuan ibunya yang bersetuju jika dia mahu memilih Mytrice untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.Tetapi dia risau dengan penerimaan ayahnya.Dia tahu ayahnya tidak suka dengan perempuan yang tiada kedudukan.

"Kyle ayah awak tu sengaja cakap macam tu supaya awak tak terlalu leka.Awak satu-satunya anak kami berdua.Segala perniagaan milik ayah awak tu akan diwariskan pada awak.Tanggungjawab awak besar Kyle.Sebab tu ayah awak macam tu.Dia bukan tak suka dengan Trice tu.Tapi belum masanya untuk awak rapat sangat dengan Trice.Saya dan ayah awak dah pernah jumpa Trice.Kami merestui pilihan awak Kyle.Trice tu baik orangnya.Naluri ibu tak mungkin salah.Tapi ingat kata ibu.Jaga Trice tu baik-baik bila awak dah dapat dia.Awak takkan jumpa perempuan yang macam tu lagi kalau awak mainkan perasaan dia."Nasihat Chole.

Dia sebenarnya tidak risau tentang Mytrice walaupun Mytrice itu hanya anak pembantu rumah.Dari awal dia sudah menyenangi perangai Mytrice.Namun dia risau jika Kyle berperangai seperti Maer.Bertukar-tukar pasangan sehingga tidak memikirkan dirinya.Jika Maer hanya berhubungan dengan perempuan lain di brothel,dia tidak kisah langsung.Tetapi Maer kadang bertindak keterlaluan.Dia bermesraan dengan perempuan lain di dalam manor.Dia tidak mahu Kyle juga terikut perangai Maer.Dia tidak sanggup melihat Mytrice yang lurus dan naif itu disakiti oleh anaknya.

"Baik ibu..saya janji akan jaga Peony baik-baik."

"Tu yang ibu nak dengar.Mulai sekarang awak jangan buat masalah dulu.Bila tiba masanya,kita bawa Trice balik ke Manor."

Kyle hanya menganggukkan kepalanya.Dia benar-benar gembira dengan pengakuan ibunya.Dia tidak sabar lagi menunggu sehingga Mytrice cukup umur.Dia tidak peduli jika Derick tidak bersetuju.Dia yang sendiri akan membawa Mytrice keluar dari Villa Sakura secara paksa.Dia tidak kisah jika dia harus membawa Mytrice lari dari sana.Apa yang pasti,dia mahu Mytrice hidup dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience