Chapter 135.1

Mature Content Series 566

Maer duduk sambil merenung ke arah Derick.Wajah Derick kelihatan sangat gembira sekali.Dari tadi dia asyik tersenyum-senyum sendiri.Isterinya Elenor pula sedang bercerita dengan Chole.Mesra sekali gaya Elenor ketika dia bercakap dengan Chole di hadapan Maer.

"Derick.. perniagaan awak dapat untung besar untuk bulan ni ke?."Kata Maer.

"Tak adalah Maer.Kalau nak cakap untung tak juga.Hmmm..tiga pelanggan tetap saya dah tak ada.Mereka tu yang selalu borong dengan kuantiti yang banyak kain yang saya jual.Bila mereka dah tak ada,keuntungan saya pula semakin menurun.Saya hanya harapkan jualan hasil ladang saya sekarang Maer.Tak sia-sia juga saya buka tanah saya yang dah lama terbiar tu untuk dijadikan sebagai ladang.Sekarang saya dapat gunakan wang jualan hasil ladang tu untuk mengurangkan kerugian saya kat kilang.Kalau dari dulu saya buat macam tu,mungkin saya tak banyak berhutang dengan awak."Kata Derick.Namun dia masih tersenyum senang.

"Habis tu apa yang buat awak gembira sangat?awak ada perempuan lain ke?dari tadi asyik tersenyum-senyum.Jangan kata awak nak tambah isteri seorang lagi."Teka Maer.

"Huishhh..Maer jangan cakap macam tu,nanti isteri saya salah faham pula.Saya sebenarnya gembira sebab isteri saya tu dah kembali seperti dulu."Kata Derick.

Dia sempat memandang ke arah isterinya yang sedang sibuk bercerita dengan Chole.Takut juga dia jika isterinya mendengar kata-kata Maer sebentar tadi.Dia tidak mahu melihat wajah isterinya berubah menjadi murung dan sedih lagi.Wang yang dia bayar untuk menyembuhkan isterinya itu bukan sedikit.Tetapi dia cukup puas hati melihat hasilnya.

"Aik?..isteri awak sakit ke?awak tak pernah beritahu pada saya pun.Kalau tak boleh saya suruh isteri saya pergi melawat isteri awak."Kata Maer hairan.

"Dia bukan sakit Maer.Saya pun tak pasti apa yang terjadi dengan isteri saya dulu.Dia asyik berkurung sahaja kat bilik.Saya pun dimarahnya.Setahun dia macam tu Maer.Kadang pagi tu dia berjalan entah ke mana.Bila balik dia asyik menangis.Bila saya tanya,dia langsung tak layan pertanyaan saya.Saya ni macam tak wujud langsung di hadapan dia."Kata Derick.

"Mungkin dia merajuk pada awak agaknya Derick.Awak tu selalu sibuk.Ermm..Derick awak pernah kejar atau intip pergerakan isteri awak ke?."Kata Maer.

"Tak tahu Maer.Mungkin juga.Tapi dia juga yang tak nak saya balik selalu kat Villa.Hahaha..Maer tak pernah pula saya fikir macam tu.Lagipun untuk apa saya buat macam tu.Isteri saya tu baik orangnya.Saya percaya dia keluar berseorangan kerana mahu menenangkan fikirannya di luar.Saya tak nak ganggu dia Maer.Lagipun apa salahnya dia berjalan-jalan tanpa saya.Dia pun perlu kebebasan juga."Kata Derick jujur.

Maer pula hanya tertawa kecil.Kadang-kala dia simpati pula melihat Derick yang terlalu sayang dengan isterinya sehingga dia tidak melihat apa yang dilakukan isterinya di luar.Beberapa kali Maer melihat Elenor masuk ke dalam rumah tumpangan bersama dengan lelaki lain dalam keadaan mabuk.Namun dia tidak mahu masuk campur urusan keluarga Derick.

Jika dia menceritakan hal yang sebenarnya kepada Derick,dia sangat yakin yang Derick tidak akan mempercayai apa yang dia katakan.Dia sebenarnya tidak kisah apa yang dilakukan oleh Elenor.Tetapi ada cerita yang membuat dia kurang senang dengan Elenor.

"Hmm...awak ni sesuai dijadikan sebagai contoh suami yang terbaik Derick.Kalau saya,entah apa yang akan saya lakukan pada isteri saya kalau dia buat macam tu."Kata Maer tergelak kecil.

"Maer awak buat saya malu.Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai suami yang mahu melindungi isteri saya sahaja.Oh ya Maer..tak lama lagi anak awak dah nak habis belajar.Lepas ni,saya kena berunding dengan anak awak pula kalau saya perlukan bantuan."Kata Derick cuba menukar topik perbualan.

Dia berasa kurang selesa bila Maer asyik bercakap tentang isterinya.Risau pula dia jika Maer tertarik dengan isterinya.Dia tahu isterinya itu walaupun tidak secantik Chole,namun sikapnya yang baik itu mampu menarik perhatian lelaki lain untuk mendekati.

"Hahahaha..awak ni jarang tak lawak Derick.Hmmm..saya masih tak boleh harap anak saya untuk urus perniagaan saya Derick.Saya nak dia belajar dari bawah dulu.Selagi saya mampu,saya akan uruskan perniagaan saya ni.Awak pula masih nak uruskan perniagaan awak ke Derick?."Kata Maer mengeluh kecil.

Mahu juga dia menyerahkan perniagaannya kepada Kyle.Tetapi melihat kelakuan anaknya,dia masih belum yakin.Anaknya itu masih belum faham tentang perniagaannya.Nanti dia akan meminta Ryzx untuk mengajar Kyle dulu,memandangkan Kyle lebih mendengar kata-kata Ryzx daripada dia.

"Hmmm..saya rancang nak bagi peluang kepada anak angkat saya untuk urus perniagaan saya Maer.Saya dah penat.Kalau boleh saya nak luangkan masa bersama isteri saya.Kalau bosan sekalipun saya boleh pantau pekerja ladang saya."Kata Derick.

"Awak tu lain lah Derick.Anak angkat awak tu dah buka perniagaan sendiri.Kalau mereka tu ganti tempat awak pun,awak tak risau sangat.Mereka dah ada pengalaman mengurus perniagaan sendiri."Kata Maer memuji.

"Maer.. tu pun kalau mereka nak.Saya pun tak bincang lagi dengan mereka.Tapi Emmet tu memang sah tak nak ganti saya.Sibuk benar dia dengan dua kedai bakerinya itu.Hmmm..Maer awak jangan lupa anak saya dengan Elenor.Dia tu pun macam Kyle juga.Tak ada pengalaman mengurus perniagaan langsung.Risau saya.Tapi saya percaya budak tu boleh buat.Saya tak beri dia urus kilang kat bandar Athenil.Saya suruh dia ganti Jack untuk urus kilang kat bandar Medion."Kata Derick.

"Laaa?habis tu awak nak letak Jack kat mana pula?."

"Saya nak dia balik kerja semula kat kilang di bandar Athenil Maer."Kata Derick dengan wajah sedih.

Dia sebenarnya masih terkilan dengan sikap Jack.Dia tidak menyangka yang Jack sanggup mengkhianati dirinya sedangkan dia tidak pernah berkira jika Jack memerlukan bantuan.Sampai sekarang dia masih tertanya-tanya siapa teman wanita Jack.Mungkin Jack hanya dipergunakan oleh wanita itu.Dia tahu cinta boleh membutakan mata.Tetapi dia kecewa dengan sikap Jack.Buat sementara waktu,dia membiarkan sahaja Jack di sana sementara menunggu sehingga Cosmas habis belajar.

"Kenapa pula?dah cukup bagus bila Jack urus perniagaan awak kat sana."Kata Maer hairan.

"Hmmm..susah nak cakap Maer.Kadang orang yang terlihat baik ni belum tentu baik perangainya.Apa lagi kalau mata dah dikelabui dengan cinta."Kata Derick cuba memberi bayangan.

"Hahahaha..tak faham saya dengan kata-kata awak ni Derick.Dah..tak payah cerita fasal perniagaan lagi.Sekarang kita minum sampai mabuk.Saya belanja.Apa awak nak ambil sahaja."Kata Maer.

Mereka kemudian minum bersama sehingga puas.Jelas terdengar gelak ketawa mereka berdua.Chole dan Elenor pula hanya memandang ke arah mereka sambil menggelengkan kepala.Kadang-kala perwatakan Derick dan Maer menjadi seperti kanak-kanak bila sudah mabuk.

"Chole apa pandangan awak pada Derick?saya tengok sejak tadi lagi mata awak asyik pandang ke arah Derick."

Elenor tiba-tiba bertanya soalan itu kepada Chole.Ada rasa cemburu dalam nada bicaranya.Apatah lagi sejak dia mendengar Dane berkata yang Chole menyukai suaminya.Chole pula hanya tersenyum kecil.Elenor mungkin sudah salah sangka.Dia bukan melihat ke arah Maer ataupun Derick.Dia lebih tertarik dengan hiasan brothel ini.Sebab itu matanya melihat ke arah sana.

"Saya tak tahu nak cakap apa.Cuma pendapat saya Derick tu baik orangnya."

"Baik?..Hmmm..dengar-dengar awak pernah suka dengan Derick.Maer tahu ke?."

Chole memandang ke arah Elenor dengan wajah terkejut.Hairan pula dia bagaimana Elenor tahu tentang semua itu.Dia tidak percaya jika Elenor tahu dari Derick kerana Derick pun tidak tahu tentang semua itu.

"Hahahaha.. awak cakap apa ni Elenor?siapa beritahu awak semua ni?."Kata Chloe.

Dia sebenarnya malas mahu bercakap soal itu lagi.Cerita itu sudah lama berlalu.Dia sudah memilih untuk berkhawin dengan Maer.Lagipun usia dia sekarang sudah agak tua,untuk apa lagi dia ingat kisah lalu.

"Lucu ke?tapi saya dengar cerita ni dari mulut suami awak sendiri."Kata Elenor.

Geram pula dia melihat wajah Chole itu.Dalam masa yang sama,dia menyumpah Chole dalam hati kerana cuba merampas Derick darinya.Sedangkan Emerald pun kalah dengannya.Chole pula ingin menjadi musuhnya.Perempuan gatal tak sedar diri.Kutuk Elenor dalam hati.Namun di luar dia tersenyum palsu di hadapan Chole.

Dia tidak mahu mengikut perasaan marahnya kerana dia mahu rapat dengan Chole.Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat mendekati Maer.Mungkin Maer juga akan tertarik dengannya jika Maer mengenalinya dengan lebih dekat.Selepas itu dia akan jatuhkan Maer seperti yang dia lakukan kepada Derick.Dia mahu membalas dendam kepada mereka berdua kerana tidak pernah membalas cintanya.

"Tak lucu sebenarnya..oh ya ke?..tu kisah dulu.Tapi sekarang saya dah tak ada perasaan apa-apa lagi pada Derick.Yelah..masing-masing dah khawin.Takkan nak curang lagi.Maer tu walau perangai macam tu,tapi dia tetap tampan di mata saya.Dah tua-tua macam ni,dah tak larat nak curang lagi."Kata Chole menyindir.

Ternyata sindiran dari Chole mengena.Wajah Elenor tiba-tiba berubah.Cepat sangat tangannya mengambil minimum keras yang ada di atas meja lalu diteguknya dengan rakus.Chole pula berpura-pura membuat muka tidak bersalah.Semua yang dia katakan itu adalah benar.Jadi untuk apa dia mahu merasa bersalah.

"Yelah..saya pun fikir macam tu juga.Dah tua ni tak perlu lagi cari orang lain.Oh ya..dengar kata anak awak tu bermasalah kat sekolah.Awak tolong lah nasihatkan anak awak tu.Dia buli anak saya.Anak saya tu dah lah pendiam dibulinya pula.Kalau saya tak nampak sendiri saya pun tak percaya.Tapi teruk betul muka anak saya dipukul oleh anak awak.Saya dah beritahu Derick supaya bincang dengan kamu berdua.Tapi dia tak mahu pula.Mentang-mentang budak tu hanya anak angkat,dianiaya pula."Kata Elenor tiba-tiba.

Dia sebenarnya tidak mahu bercakap tentang hal lama itu.Anaknya juga tidak mahu dia hebohkan pada ibu atau bapa Kyle.Tetapi kerana dia terasa hati dengan kata-kata Chole sebentar tadi yang seperti sengaja menyindirnya,dia akhirnya memberitahu hal yang sebenar.

"Anak saya dari dulu memang bermasalah Elenor.Saya tahu semua tu.Tapi belum pernah lagi saya dengar dia pukul orang melainkan orang tu menyerang dia dulu.Hmmm..tapi tak apa,awak tunggu sekejap.Saya ni bukan jenis yang nak menangkan anak.Biarpun dia tu satu-satunya anak saya tapi kalau perangai dia dah melampau sangat memang saya hukum."Kata Chole tenang.

Dia berjalan sebentar ke arah pengawalnya lalu dia kelihatan seperti bertanya sesuatu.Pengawal itu hanya menganggukkan kepala lalu keluar dari brothel itu.Chole pula duduk semula di hadapan Elenor.Elenor pula merasakan kemenangan berpihak kepadanya.Dia mahu melihat sendiri bagaimana Chole mengajar Kyle yang membuli anaknya.

Tidak lama kemudian Kyle tiba dengan beberapa orang pengawal.Dia terus berjalan ke arah ibunya kerana dia diberitahu yang ibunya mahu berjumpa dengannya.Sejambak bunga ros merah dan satu kotak hadiah ada di tangannya.Dia mendekati ibunya lalu dia memeluk tubuh ibunya dengan erat.Dia menghulurkan bunga dan hadiah itu kepada ibunya.

"Selamat hari lahir ibu.Maaf Kyle lewat datang.Banyak benda nak dibuat di sekolah tadi."Kata Kyle tersenyum.

Elenor pula terkaku melihat wajah Kyle.Dulu dia hanya melihat dari jarak jauh.Bila dia melihat dari jarak dekat,wajah Kyle kelihatan lebih tampan dari Maer.Wajah Kyle itu gabungan wajah Maer dan Chole.Sangat sempurna sekali.Dia mulai berfikir.Mungkin anak yang gugur beberapa tahun lalu mungkin memiliki paras wajah yang tampan seperti Kyle kerana wajah Dane itu hampir sama tampan dengan wajah Maer.Sedih juga dia mengenangkan apa yang telah berlaku.Tetapi alasan itu juga yang membuat dia mahu menjatuhkan Maer dan Derick.

"Kyle ibu ada nak tanya sesuatu pada awak.Sebelum tu ibu nak tanya awak,awak kenal ke siapa yang ada kat depan kita ni?."

Chole menunjuk ke arah Elenor yang duduk di depan mereka.Dia masih ingat yang dia pernah membawa Kyle semasa majlis perkhawinan antara Derick dan Elenor dulu.Tetapi Kyle mungkin sudah tidak ingat kerana dia tidak sempat berjumpa dengan Elenor dulu.Ketika dia mahu mengenalkan anaknya kepada Elenor dulu, Kyle pula membawa diri di luar Villa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience