Apabila mereka sampai ke sebuah bilik yang agak tertutup dari pandangan pelanggan, Donna tiba-tiba bertindak ganas.Dia menarik rambut Evona dengan kuat sehingga Evona terduduk dan menangis.
"Donna..arghh..sakit.. lepaskan saya Donna.Saya..saya tak buat apa-apa kesalahan hari ni.Awak..awak tak patut buat saya macam ni."Rayu Evona.
"Huh.. sekarang baru awak bercakap macam ni?kalau ibu dan ayah awak masih hidup,sombong sangat.Awak tak buat salah?huh! kelmarin saya dah cakap pada awak yang awak harus minta lelaki bodoh tu wang.Tapi awak degil sangat.Awak tahu tak saya dah dimarah oleh bos tadi?semua kerana awak."Marah Donna.
Dia sebenarnya tidak dimarah oleh Brandon.Dia saja yang sengaja mereka-reka cerita agar dia punya peluang untuk memukul Evona.Wajah cantik Evona itu sering menjadi tarikan pelanggan.Namun kerana Evona disuruh untuk melayan Cosmas,dia pula perlu menjadi pemerhati di sana sahaja.Dia bosan bila dia tidak dapat berjalan bebas seperti selalu.
"Tapi kelmarin awak tak ada beritahu pada saya pun.Awak hanya cakap yang saya harus paksa Cosmas untuk habiskan minuman keras yang mahal tu.Saya dah buat apa yang awak suruh."Kata Evona.
Evona cuba untuk mengingatkan Donna tentang arahan yang dia terima.Namun Donna masih tidak berpuas hati.Donna kemudian bertindak menampar wajah Evona dengan kuat sebanyak dua kali.Apabila Evona mulai menangis dia tertawa sinis.Jika Mya dan Aleya ada di sana dia lebih puas hati kerana dia tidak menyenangi perangai ketiga-tiganya.
"Awak ni bodoh sangat.Saya tak cakap bukan bermakna awak tak perlu buat.Tu pun saya nak suruh ke?Evona awak dengar sini.Setiap kali Cosmas datang ke sini,awak wajib minta dia wang.Saya tak nak awak balik dengan tangan kosong.Faham tak?."
"Faham..saya faham."
"Sekarang awak bawa Cosmas tu pergi berjalan-jalan kat luar.Saya nak awak minta dia beli baju baru dan satu set jewelry.Kalau awak balik dengan tangan kosong nahas awak."Kata Donna sambil menonjol kepala Evona dengan kuat.
Dia kemudian menarik Evona dengan kasar lalu dia menutup separuh wajah Evona.Dia tidak mahu Cosmas melihat wajah Evona yang agak kemerahan akibat dari tamparannya sebentar tadi.Brandon sudah berpesan kepadanya agar dia menjaga Evona dengan baik.Tetapi dia langsung tidak menghiraukan arahan Brandon kerana setiap kali dia melihat wajah Evona,dia berasa marah.
"Cepat pergi dekat jantan tu sekarang.Evona awak ingat cakap saya tadi.Penutup muka ni awak jangan buka biarpun awak pergi kat luar.Ingat Evona gerak-geri awak sentiasa diperhatikan.Jangan cuba-cuba nak melarikan diri.Kalau awak buat juga,memang awak nahas."Kata Donna.
Dia kemudian menolak kasar tubuh Evona sehingga Evona hampir terjatuh.Nasib baik juga ketika itu Cosmas sudah bergerak ke sana.Tubuh Evona jatuh di pangkuan Cosmas.Berubah wajah Cosmas bila dia melihat kelakuan Donna kepada Evona.
"Donna..awak buat apa kat Nova ni?tak boleh ke awak tolak dia perlahan-lahan?kasar sangat awak ni."Marah Cosmas.
"Awak ni asyik menuduh sahaja Cosmas.Saya tak tolak dia pun.Dia jatuh sendiri.Betul tak Nova?."Kata Donna sedikit kasar.
"Err..ya..ya..bukan salah Donna,kaki saya tersadung kaki kerusi ni tadi.Err..Cosmas,mari kita duduk semula kat tempat tadi."Kata Evona takut-takut.
"Nova..awak ikut saya keluar nak?saya dah bosan duduk sini.Donna saya bawa dia keluar sekejap.Beritahu bos awak.Ni wang saya bayar untuk bawa Nova keluar."Kata Cosmas.
Dia kemudian menarik tangan Evona agar mengikutnya pergi berjalan-jalan di bandar Athenil.Sementara itu Donna pula cepat-cepat menyimpan wang pemberian dari Cosmas itu apabila dia melihat tiada sesiapa yang memandang ke arahnya.Dia juga yang membantu mereka untuk mendapatkan wang,apa salahnya dia mengambil sedikit bahagian wang itu.Lagipun dia yang merancang untuk meminta wang dari Cosmas bukan atas arahan dari Brandon.
"Nova..awak kelihatan cantik bila awak tutup separuh muka macam ni.Tapi lagi cantik kalau awak buka penutup muka tu."Kata Cosmas sewaktu mereka berjalan.
"Saya tak boleh buka penutup muka ni ketika kita di luar Cosmas.Sebab wajah cantik saya hanya boleh dilihat oleh awak seorang sahaja."Kata Evona.
Bukan dia mahu sangat memakai penutup muka itu.Dia juga berasa tidak selesa tetapi dia cuba mahu menutup wajahnya yang berbekas kerana dipukul oleh Donna sebentar tadi.Matanya merenung jauh.Ingin dia bebas seperti dahulu.Namun dia sudah tidak mampu lagi kerana dia tiada keluarga lain yang masih hidup lagi.Hatinya berasa sedih mengenangkan nasibnya yang malang.Jika dia tahu hidupnya akan menjadi susah dan sengsara seperti ini,dia tidak akan mahu berkawan dengan Donna sejak awal lagi.Kesilapan terbesar dalam hidupnya adalah saat dia mengenali Donna.
"Oh..ya tak ya juga.Saya tak terfikir pula tentang tu.Bagus juga idea awak tu Nova.Nanti Kyle tu terpikat pula bila dia melihat wajah cantik awak."Kata Cosmas.
"Kyle?."
"Err..awak tak perlu kenal orang tu.Wajah dia tu tak tampan macam wajah saya.Perangainya pun tak elok."Kata Cosmas.
Dia risau jika Nova terjumpa dengan Kyle,dia akan tertarik dengan Kyle seperti yang terjadi dengan Evona dulu sehingga dia sukar untuk mendekati Evona.Tetapi setelah Evona tiada,dia beruntung kerana berjumpa dengan Nova yang sangat serupa sekali wajahnya seperti Evona.Bezanya Nova mempunyai kesan parut di tangan dan sedikit di muka.Sedangkan Evona dulu sangat bersih kulitnya.
"Oh ya ke?."
Evona hanya menjawab pendek.Jika dulu setiap kali dia mendengar nama Kyle,dia sudah mulai tergila-gilakan Kyle.Namun semuanya berubah.Sekarang dia tidak terfikir tentang semua itu lagi.Dia hanya mahu keluar dari penderitaan hidupnya.Dia berasa sengsara dikawal dan dipukul tanpa belas kasihan oleh Donna dan kawan-kawannya.Lebih teruk lagi,dia dipaksa untuk melayan pelanggan tanpa rehat yang cukup.
"Ya.. lebih baik awak rapat dengan saya sahaja.Oh ya,Nova..mari kita pergi ke kedai jewelry yang ada kat depan sana.Saya nak belikan awak sesuatu.Saya selalu lihat ayah saya belikan untuk ibu saya.Sekarang saya nak bawa awak beli satu set jewelry yang awak suka.Selepas tu,saya nak bawa awak pergi beli baju baru."Kata Cosmas riang.
Evona hanya mengikuti sahaja jejak langkah kaki Cosmas.Hanya Cosmas sahaja yang kelihatan gembira.Tetapi dia pula terasa sedih.Bila Cosmas meminta pendapatnya,dia hanya menjawab yang dia sukakan set jewelry bewarna merah itu.Sedangkan Donna yang mahu dia membeli set jewelry bewarna merah.
Setelah selesai,mereka berjalan-jalan untuk membeli pakaian.Evona memilih sepuluh pasang baju seperti yang diminta oleh Donna.Cosmas pula hanya membayar sahaja pakaian yang dipilih oleh Evona.Semasa mereka keluar dari kedai baju,langkah kaki Evona terhenti bila dia melihat pelajar dari sekolah Orili sedang berjalan beramai-ramai.
Dia melihat kelibat Kyle dan Julien juga ada di sana.Dia juga terlihat Mya dan Aleya yang berwajah sedih sedang berjalan bersama dengan pelajar lain.Hampir sahaja dia berteriak untuk meminta tolong.Tetapi tangannya ditarik oleh Cosmas agar segera kembali ke brothel semula.
"Nova..err..maaf,saya tak boleh lama-lama kat sini.Ibu dan ayah saya ada tadi."Kata Cosmas dengan wajah pucat.
Dia risau jika ibu dan ayahnya terlihat yang dia tidak datang ke sekolah.Sudah beberapa hari dia tidak hadir ke sekolah hanya untuk bertemu dengan Evona di brothel.Dia tidak mahu Evona mencari orang lain selain dirinya.Sebab itu dia sanggup ponteng sekolah.
"Cosmas tunggu.."
"Apa dia?."
"Err.. boleh tak awak bagi saya wang?saya perlukan wang sekarang."Kata Evona mendesak.
"Lupa pula saya nak beri awak wang Nova.Nah ambil wang ni.Esok saya datang lagi.Awak tunggu saya tau.Jangan layan lelaki lain selain saya."Kata Cosmas.
Apabila Cosmos sudah beredar,Donna datang dari belakang lalu menarik kasar tangan Evona.Sakit pula hatinya apabila dia melihat Cosmas melayan Evona dengan baik sekali.Apabila mereka sampai di dalam,Donna segera merampas wang, pakaian dan set jewelry yang dipegang oleh Evona.Dia tergelak senang melihat semua itu.
"Bagus..bagus..macam tu lah Evona.Kalau awak buat macam ni selalu tak lah saya marah sangat.Dah..pergi layan pelanggan kat dalam sekarang.Menyampah saya tengok muka awak."Marah Donna.
Evona pula cepat-cepat berlalu pergi dari sana.Dia tidak mahu berlama-lama bersama Donna kerana dia takut Donna melakukan sesuatu yang menyakitkan dirinya lagi.Namun Evona tidak menyedari Donna sedang mengejar Evona dari belakang.Dia kemudian berdiri di tepi Evona lalu memandang wajah Evona dengan pandangan sinis.
"Evona dulu awak geli sangat dengan Cosmas tu.Sekarang apa perasaan awak bila awak terpaksa layan lelaki tu?..hahahaha..lawak betul."Kata Donna menyindir.
Evona pula tidak melayan kerenah Donna.Dia bergerak laju menggantikan kawan-kawannya untuk menjadi penari di hadapan.Setitis air matanya jatuh di pipi.Namun cepat pula dia mengesatnya.Dia tidak mahu mereka melihat dia menangis.Nanti dia akan dihukum lagi.
Share this novel