Derick sedang duduk menunggu kedatangan isterinya.Sejak semalam lagi isterinya beria-ia mahu mengikuti dia untuk berjumpa dengan Maer dan Chole.Dia pula hanya mengikut sahaja kehendak isterinya itu.Dia cukup gembira kerana isterinya itu sudah kembali ceria seperti selalu.
Setiap kali dia balik dari kerja,rajin sangat isterinya memasak makanan untuknya.Sesuatu yang dia langsung tidak pernah lakukan sejak mereka berkhawin dulu.Walaupun masakan Elenor tidak kena pada seleranya,namun dia tetap makan dengan berselera sekali hanya kerana mahu mengambil hati isterinya itu.
Sudah sejam dia duduk di sana.Namun kelibat Elenor masih belum kelihatan lagi.Dia pula sudah mulai risau.Dia berdiri seketika sambil memerhati sekeliling.Tetapi Elenor tiada di antara orang-orang yang berjalan di sana.Mahu sahaja dia berjalan untuk mencari Elenor.Tetapi dia membatalkan niatnya kerana risau jika Elenor datang ke sini dan terpaksa menunggunya di sini.
Sementara itu,Elenor yang sedang duduk bersama Dane tidak jauh dari tempat Derick duduk hanya tertawa sinis melihat Derick yang kelihatan tidak keruan sedang menunggu kedatangannya di sana.Dia sengaja melakukan seperti itu kepada Derick kerana Derick pernah membuat dia menunggu seperti orang bodoh dulu.Kini gilirannya pula untuk mengenakan Derick.
"Elenor awak tak kasihan ke dengan suami awak tu?dah macam pengemis saya tengok.Berjalan pusing-pusing kat sana sahaja dari tadi lagi.Awak tak nak bawa dia makan dengan kita ke?."Kata Dane tergelak.
"Sayang..tak ada maknanya saya nak bersimpati dengan dia.Sayang tak ingat ke apa yang dia buat pada saya dulu.Dia tinggalkan saya seorang diri hanya untuk berjumpa dengan perempuan lain.Dah lah tu menipu lagi.Katanya berjumpa dengan pelanggan lelaki tetapi sibuk pula dia habiskan wang membeli barang kemas untuk perempuan lain.Sayang..awak nak buat apa bawa dia ke sini? menganggu kita berdua sahaja.Saya nak berdua-duaan dengan sayang.Bukan bertiga dengan Derick.Kat rumah pun asyik tengok muka dia,bosan betul."Kata Elenor.
"Hmmm..takut pula saya dengar bila awak cakap macam tu.Nanti bila kita dah khawin awak mesti bosan kerana asyik tengok muka saya."Kata Dane tersenyum kecil.
"Sayang..awak dan Derick jauh sangat bezanya.Kalau dengan sayang saya tak pernah bosan lagi tau.Buktinya,kalau saya tak dapat berjumpa dengan sayang walau sehari macam saya nak gila.Kalau boleh saya nak tinggal dengan sayang sekarang juga.Tapi saya dah janji yang saya nak tolong sayang untuk jatuhkan Derick tu dulu."Kata Elenor manja.
Dane pula hanya mampu tersenyum lebar.Baru sahaja dia mahu merehatkan diri setelah menemani anaknya berjalan-jalan dia terjumpa pula dengan Elenor.Nasib baik juga awal-awal lagi,dia sudah menghantar anaknya balik ke Pulau Epeltus dengan diiringi pengawal.Jika tidak entah apa yang harus dia katakan kepada Elenor.Dia tidak mahu anaknya tahu tentang Elenor.
Tangannya mengusap kepala Elenor.Namun matanya memerhati tajam ke arah Derick yang sedang bercakap-cakap dengan Maer.Entah sejak bila Maer ada di sana.Jika Maer tidak membantu Derick,sudah pasti dia dapat menjatuhkan perniagaan Derick dengan mudah.Namun kerana campur tangan dari Maer,sukar untuk dia menjatuhkan Derick.Hanya Elenor sahaja harapannya kerana dia dapat melihat yang Derick sebenarnya menyayangi Elenor.
Dia ada mendengar cerita dari Belinda yang Derick sanggup memukul seorang budak perempuan remaja hanya untuk mendapatkan air mata dan darah untuk menyembuhkan isterinya.Sedangkan Belinda hanya berlakon.Dia sebetulnya sudah tidak mahu Elenor datang ke manornya.Tetapi bila difikirkan kembali,dia perlukan Elenor untuk menjayakan rancangannya.Sebab itu dia menerima Elenor kembali.Namun semuanya bersyarat.
"Elenor sayang, bukan awak cakap dengan saya tadi yang awak nak ikut Derick jumpa dengan Maer dan Chole ke?tu mereka dah sampai tu.Sayang cuba awak tengok mata Chole tu.Dari tadi lagi dia asyik melihat ke arah Derick.Awak tak cemburu ke?."Tanya Dane.
"Ha'a..saya hampir terlupa sayang.Saya bukan nak jumpa dengan mereka sebenarnya.Saya hanya nak pura-pura berkawan dengan Chole tu.Huh?nak cemburu?untuk apa cemburu?Maer tu lebih menarik daripada Derick."Kata Elenor tergelak.
"Elenor sayang..mata awak memang nampak Derick tu tak menarik.Tapi awak tahu tak,Chole tu menyimpan perasaan pada Derick sejak sekian lama.Sayang tak tahu ke?sebab tu saya tak rapat dengan Chole dan Maer tu.Saya takut kalau Maer cuba nak rebut awak dari saya pula.Mereka berdua tu berperangai pelik sedikit."Kata Dane serius.
Dia menjadi benci dengan Maer kerana Maer mempercayai semua kata-kata ibu dan ayahnya dulu.Sedangkan dia tidak bersalah.Dia cuma mahu mempertahankan hubungan dia dengan Emerald dulu.Maer pula seolah-olah menganggap dia harus dipinggirkan seperti ibu dan ayahnya meminggirkan dirinya.Apa yang membuat dia bertambah sakit hati bila Maer bertindak membantu Derick yang merebut kekasih hatinya.
"Oh ya ke?saya tak pernah tahu cerita ni sayang.Chole suka pada Derick?Hahaha..patut lah dulu semasa dia jumpa saya kat Pulau Epeltus dia beria-ia sangat bertanya tentang Derick.Sekarang baru saya tahu.Perempuan tu memang tak tahu malu.Sayang saya pergi dulu.Awak tunggu khabar gembira dari saya tau.Jangan risau,saya tak akan menghampakan awak sayang."Kata Elenor.
Dia sempat menghadiakan satu kucupan pada pipi Dane sebelum dia berlalu pergi menuju ke arah Derick yang kelihatan sedang sibuk bercerita dengan Maer.Dane pula mengelap pipinya setelah Elenor berlalu pergi.Geli pula dia menerima ciuman dari isteri Derick itu.
Tidak lama kemudian,datang dua orang pengawalnya bersama dengan Brandon menuju ke arahnya.Mereka membisikkan sesuatu ke telinga Dane.Serentak dengan itu,mereka berlalu pergi menuju ke sebuah brothel.Apabila mereka sampai di sana,Brandon membawa Dane naik ke tingkat atas sambil menunjukkan ke suatu arah.
"Hmm?siapa remaja tu? Brandon saya dah kata jangan bawa budak bawah umur masuk ke sini.Nanti belum pun berjaya rancangan kita,kita dah ditangkap penjaga bandar Athenil."Kata Dane serius.
"Dane..dia tu bukan remaja lagi.Dia dah nak masuk dewasa.Remaja yang awak maksudkan tu dah berumur 18 tahun.Awak tak nak tahu ke siapa budak tu?."Kata Brandon tergelak kecil.
"Pandai buat pandai tanggung.Tu nasihat saya.Orang-orang awak yang ditangkap hari tu saya dah bebaskan semuanya.Tapi ingat,penjaga bandar Athenil yang berkhidmat dengan kita tu dah suruh kita agar lebih berhati-hati sekarang.Awak tak perlu suruh saya main teka-teka Brandon.Mood saya tak baik."Kata Dane tegas.
Terkejut juga dia dulu kerana orang suruhan Brandon iaitu Efedil dan kumpulannya berjaya merompak dan membunuh tiga buah rumah dan tiga keluarga yang terkenal hanya dalam satu malam sahaja.Dia berasa bangga juga dengan kejayaan mereka sebenarnya.Kematian tiga keluarga itu memberi impak besar pada perniagaan Derick kerana dia tahu mereka itu pelanggan tetap yang selalu membeli kain di kilang tekstil milik Derick.
Namun beberapa hari lepas,dia menerima laporan dari orangnya yang bekerja sebagai penjaga bandar Athenil menasihatkan padanya agar dia memperlahankan kegiatannya kerana isu itu sudah dipandang serius oleh ketua penjaga bandar Athenil.Dia berpesan agar mereka jangan melakukan kegiatan yang keterlaluan seperti hari itu untuk mengelakkan dari ditangkap.
"Jangan risau Dane.Kami tak akan libatkan awak kalau kami ditangkap.Tu dah memang termasuk dalam perjanjian kita.Hmmm..buat masa ni,kami tak akan buat jenayah.Lagipun wang hasil dari rompakan tiga keluarga tu masih banyak lagi.Sekarang kita berhasil perangkap anak Derick.Remaja tu anak angkat Derick.Tak sangka saya,Donna tu berguna betul.Dia yang bantu Willstan untuk perangkap budak tu."Kata Brandon.
"Tu yang saya nak dengar dari mulut awak Brandon.Bagus..bagus.Tapi pastikan Elenor tak masuk ke sini.Saya tak nak dia jumpa budak tu.Donna? dari mana awak kutip budak tu?boleh percaya ke?."Kata Dane tiba-tiba.
"Saya dah kata yang saya tak akan diam selagi rancangan kita tak berjaya.Awak sahaja yang kurang yakin dengan saya.Budak tu anak pembantu rumah kat Villa milik Derick dulu.Awak jangan risau,Belinda boleh urus budak tu kalau dia cuba merosakkan rancangan kita."Kata Brandon.
Matanya merenung tajam ke arah Donna yang sedang duduk memerhati gerak-geri Cosmas dan Evona.Wajah Donna itu lama-kelamaan mulai menarik minatnya.Namun dia harus menunggu dua tahun lagi.Nanti dia akan memaksa Donna untuk melayan kehendaknya.
"Brandon..saya bukan tak percaya pada awak.Tapi bertahun-tahun saya tunggu hasil,sampai sekarang masih tak berjaya lagi.Baru kali ni saya nampak ada sedikit sinar yang rancangan awak akan berjaya."Kata Dane jujur.
"Dulu bukan tak berjaya Dane.Dah banyak kita rompak kain milik Derick tu.Tapi tu lah,Maer yang rosakkan semua rancangan kita.Kalau dia tak bantu Derick,dah lama Derick tu jadi pengemis.Awak pula boleh rampas Emerlad kembali."Kata Brandon.
"Brandon..awak lupa satu perkara,jangan sebut nama orang yang dah jadi arwah.Saya tak suka dengar."
"Errr..maaf."
Brandon baru perasan wajah Dane yang sudah berubah menjadi murung.Dia tahu yang dia sudah tersilap kerana terlepas cakap.Namun dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi.Dia memukul perlahan bibirnya yang celupar itu.Tetapi Dane sudah beredar dari sana dengan pengawalnya.Dia pula hanya mampu mengeluh kecil.
Sewaktu dia mulai mengenali Dane,dia hairan juga mengapa Dane seperti tidak berminat dengan isterinya yang bernama Elysia itu.Sedangkan Elysia menjadi kegilaan lelaki di Pulau Epeltus dulu termasuk dirinya.Namun mana mungkin Elysia berminat dengan dirinya yang bekerja sebagai perompak.
Setelah melihat gambar lakaran wajah Emerlad secara tidak sengaja baru dia faham mengapa Dane masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya.Lakaran wajah itu terlalu cantik.Dia ingin sekali melihat perempuan yang berjaya menawan hati Dane.Malangnya dia terdengar yang perempuan itu telah meninggal dunia bersama dengan anaknya yang tidak sempat melihat dunia.
Dia pula masih lagi setia membantu Dane kerana Dane tidak pernah meminta mereka wang hasil dari rompakan.Dia hanya mahu mereka membunuh orang yang menjadi penghalang perniagaannya.Sebab itu mereka suka bekerja di bawah Dane.Semua wang yang mereka perolehi dibahagikan kepada semua ahli kumpulan.Tetapi dia yang akan menerima bahagian yang paling banyak tanpa perlu bekerja keras.Dia hanya perlu menyuruh orang-orang bawahannya.Jika mereka mengalami masalah,Dane pula akan membantu mereka keluar dari tahanan.
Brandon turun sebentar ke bawah.Dia mendekati Donna yang sedang duduk sambil mengunyah makanan.Apabila Donna melihat ke arahnya,dia hanya tersenyum kecil.Brandon kemudian berbisik sesuatu ke telinga Donna lalu melangkah pergi.Dia mahu berehat sebentar kerana semalaman dia minum bersama beberapa orang pekerja brothel yang baru bekerja di sana.Badannya masih terasa penat.
Donna pula mendekati Evona dan Cosmas.Apabila Donna datang sahaja ke sana,wajah Evona berubah serta-merta.Dia kelihatan sangat takut.Cosmas pula langsung tidak menyedari perubahan wajah Evona itu kerana dia sedang bercerita dengan Donna.
"Donna awak buat apa kat sini?banyak lagi tempat duduk yang kosong.Awak ni menganggu betul lah."Kata Cosmas tidak menyenangi kehadiran Donna di sana.
"Cosmas..saya ada hak nak pergi mana-mana meja yang saya suka.Nova ni pekerja kat sini,saya ada benda penting nak cakap pada dia.Awak tunggu kat sini sekejap."Kata Donna menjeling tajam ke arah Cosmas.
"Jangan lama sangat.Donna saya bayar mahal hanya untuk bercerita dan dilayani oleh Nova.Awak jangan buat saya rugi pula."Kata Cosmas tidak puas hati.
Evona pula cepat-cepat berdiri ketika Donna memanggil namanya.Dadanya berdebar-debar.Dia sudah mulai risau jika Donna memukulnnya lagi.Dia bukan tidak boleh melawan.Tetapi setiap kali dia mahu membalas serangan Donna,beberapa orang lelaki bertindak memukulnya sehingga kepalanya terasa berdengung.Sebab itu dia menjadi takut dengan Donna.
Share this novel