Mereka kemudian menarik Evona turun ke bawah.Sampai di luar mereka bertindak membakar Villa milik keluarga Evona di hadapan Evona yang kelihatan sedang menangis dengan teruk sekali.Evona seperti tidak percaya apa yang terjadi sekarang.Mereka pula sengaja membakar Villa itu kerana mereka mahu menghapuskan bukti agar tidak ditangkap oleh penjaga bandar Athenil.Mereka berdiri hanya sebentar.Apabila api sudah semakin marak,mereka kemudian membawa Evona ke rumah tempat mereka berkumpul.Dia dikurung di sana sementara yang lain kembali lagi ke bandar Athenil untuk merompak rumah Aleya dan Mya.
Seperti rumah Evona,Villa milik Aleya dan Mya juga dibakar sehingga hangus.Semua barang-barang berharga sudah diambil.Manakala pekerja yang bekerja di sana tiada satu pun dilepaskan.Mereka dibunuh dengan kejam.Apa yang Donna tidak puas hati bila Mya dan Aleya ketika itu tidak ada di rumah.
Mya sedang melawat sepupunya yang sedang sakit.Manakala Aleya pula ditugaskan oleh ayahnya untuk mengambil sesuatu di kedai mereka semasa kejadian itu.Sebenarnya benda yang diambil Aleya itu adalah hadiah hari jadi Aleya yang diberikan oleh ayah dan ibunya.
Apabila Aleya kembali,dia sangat terkejut apabila melihat rumahnya terbakar.Malah ketika itu kelihatan banyak penjaga bandar Athenil sedang berkawal di sana.Tangan Aleya terketar-ketar.Air matanya jatuh bercucuran.Dia berteriak kuat apabila melihat mayat yang sudah dikumpul.
Dua orang penjaga bandar Athenil perempuan yang bertugas di sana bertindak menenangkan Aleya yang sedang dalam ketakutan.Dia cuba bertanya dengan mereka tentang ayah dan ibunya.Namun mereka memberitahu yang ayah dan ibunya mati dibunuh di rumah Evona.Dia menjerit kuat lalu pengsan.
Manakala Mya yang balik dihantar oleh adik ibunya pun mengalami nasib yang sama seperti Aleya.Namun nasibnya agak baik sedikit kerana dia masih mempunyai saudara yang sudi menjaganya.Berbeza dengan Aleya yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
Esoknya tersebar berita hangat tentang tiga keluarga dibunuh dengan kejam.Evona pula masih tidak diketahui jejaknya.Perniagaan milik ayah Aleya pula terpaksa dijual untuk menampung belanja persekolahannya.Mya juga begitu kerana adik ibunya juga mempunyai keluarga sendiri.Mereka tidak mampu menyara Mya yang bersekolah di sekolah Orili.
Selama sebulan Aleya dan Mya tidak hadir ke sekolah.Wang pungutan hasil derma dari pelajar lain telah diberi kepada mereka.Ramai orang bersimpati dengan apa yang terjadi.Tetapi ada juga yang tertawa sinis kerana mereka dari awal lagi tidak menyukai perangai Evona,Mya dan Aleya yang agak berlagak.
Sementara itu samseng kumpulan Oryx pula memperlahankan kegiatan mereka buat sementara waktu kerana mereka mendapat keuntungan yang banyak hasil rompakan tiga buah rumah sekaligus.Pertama kali mereka berjaya mendapatkan wang yang banyak hanya dalam satu malam sahaja.
Donna dan Belinda pula membuka sebuah brothel di bandar Medion dan sebuah lagi di bandar Athenil.Belinda menjaga brothel yang ada di bandar Medion bersama dengan Lia dan Fiq.Sementara Donna, Willstan dan Efedil pula bertindak menjaga brothel yang ada di bandar Athenil.
Evona dan beberapa perempuan lain dijadikan sebagai pelayan di brothel bandar Athenil.Pada mulanya Evona berkeras untuk menolak.Namun setelah beberapa bulan didera,akhirnya Evona terpaksa akur dengan arahan mereka.Malah setiap gerak-gerinya diperhatikan membuat dia takut.Namanya pula ditukar menjadi Nova.Dia tidak dibenarkan membocorkan identitinya kepada orang lain.Jika dia didapati melanggar arahan,dia akan didera dengan teruk sekali.
Donna pula tersenyum puas bila dia melihat Evona bekerja melayan pelanggan.Hilang sudah perangai sombong Evona dahulu.Sekarang setiap kali dia melihat Donna,dia menjadi takut.Willstan pula seperti biasa.Dia masih mahu meneruskan pelajarannya kerana dia mahu memujuk datuknya.Dia tidak rela harta peninggalan datuknya diberi kepada orang lain.
"Cosmas..mari ikut saya ke brothel.Saya ada nak kenalkan awak kepada seseorang."Kata Willstan di luar pagar.
Sudah beberapa hari dia menunggu Cosmas di luar pagar sekolah Orili.Tetapi baru hari ini dia berpeluang untuk bercakap dengan Cosmas.
"Tak nak.Saya tak berminat.Saya nak balik."
"Cosmas..awak masih sedih dengan kematian Evona ke? saya faham.Sebab tu saya nak awak ikut saya.Tak lama sekejap sahaja.Kalau awak bosan saya hantar awak balik."
Cosmas berfikir sebentar.Dia kemudian bersetuju untuk mengikuti Willstan kerana jika dia balik ke rumah sekalipun dia hanya akan berkurung di bilik sahaja.Dia menjadi pendiam sejak dia tahu yang Evona telah meninggal.
Apabila sampai di sebuah brothel,Willstan membawa Cosmas masuk dari pintu belakang.Kebetulan waktu itu ramai sangat pelanggan yang datang.Donna pula baru keluar dari bilik.Wajahya sudah berubah banyak sehingga Cosmas sudah tidak mengenali Donna lagi.
"Cosmas awak tak pernah tengok perempuan cantik ke?huh..dulu awak kata saya tak cantik kan.Sekarang tengok reaksi awak..hahaha..menggelikan."Kutuk Donna.
"Donna..awak jangan lah cakap macam tu.Saya baru nak gembirakan hati Cosmas yang baru kehilangan perempuan idamannya.Donna mana perempuan tu?."Kata Willstan.
"Hmmm..ya tak ya juga.Saya hampir lupa fasal kekasih hati Cosmas yang dah mampus tu.Awak bawa Cosmas ke bilik hujung tu.Nanti saya bawa dia ke sana.Will..ingat apa yang saya beritahu awak kelmarin.Awak jangan lupa pula."
"Hahahaha..saya ingat awak jangan risau."Kata Willstan tergelak kecil.
Dia kemudian membawa Cosmas ke bilik yang dimaksudkan oleh Donna.Apabila pintu dibuka,wajah Cosmas berubah.Dia terpinga-pinga melihat apa yang ada di dalam.Dia kemudian memandang ke arah Willstan.
"Kenapa awak masih berdiri di sana Cosmas,mari duduk kat sini."
Willstan sudah mengambil gelas yang berisi minuman keras lalu dia meneguk minuman keras itu dengan rakus sekali.Dia sudah biasa minum minuman keras sejak dia terlibat dengan samseng kumpulan Oryx.
"Err.. boleh ke kita minum tu?nanti Sir Addos tahu,mampus kita berdua."Kata Cosmas.
"Hahahaha..Cosmas sekarang kita bukan kat kawasan sekolah.Duduk sini cepat.Awak ni, lurus betul.Siapa yang berani laporkan apa yang kita buat pada Sir Addos?yang ada kat sini awak dan saya sahaja itu pun awak takut."
Willstan kemudian memaksa Cosmas untuk duduk lalu dia menyerahkan Cosmas segelas minuman keras.Cosmas pula terpaksa menerima minuman itu.Apabila dia meneguk minuman itu, kepalanya terasa sedikit pusing.Waktu itu juga pintu bilik terbuka.Donna datang membawa Evona masuk ke sana.
Cosmas yang kebetulan melihat ke arah Evona terkejut.Mulutnya ternganga sedikit.Dia hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Evona pula hanya diam membisu.Sebentar tadi dia dipukul teruk serta diberi amaran agar melayan Cosmas dengan baik dan mematuhi arahan yang diberikan oleh Donna kerana dia sentiasa diperhatikan.
"Evona..Evona awak..awak masih hidup?."Kata Cosmas.
"Cosmas awak cakap apa ni?Dia pekerja kat sini.Namanya Nova.Awak cakap macam tu nanti takut pula Nova tu."Kata Willstan.
"Err..maaf."Kata Cosmas.
Evona kemudian disuruh duduk bersama dengan Cosmas.Sempat lagi Donna membisikkan sesuatu ke telinga Evona sebelum dia dan Willstan keluar dari bilik itu dengan senyuman sinis.
"Cosmas saya nak keluar sekejap.Awak nak ikut ke?."Tanya Willstan pura-pura mahu membawa Cosmas.
"Err..tak..awak pergi sahaja.Saya..saya nak berkenalan dengan Nova ni."Balas Cosmas cepat.
"Cosmas..awak kena bayar lebih kalau awak nak bercerita dengan dia.Sebab dia kerja sini.Saya tak nak tolong awak.."
"Saya tahu..awak boleh pergi sekarang.Saya ada wang untuk bayar."
Cosmas memotong percakapan Willstan.Dia mahu mereka berdua cepat-cepat beredar dari sana agar dia dapat bercerita dengan Evona.
"Nova?cantik nama awak.Secantik orangnya juga.Awak dah lama kerja kat sini ke?."
"Baru juga."Kata Evona pendek.
"Err..muka awak..err..tak adalah.Nova awak cantik sangat."Puji Cosmas.
"Tak ada maknanya kalau awak sekadar cakap macam tu."
"Err..habis tu apa yang awak nak saya lakukan Nova?.Saya anak orang kaya.Saya boleh beri awak apa sahaja yang awak nak.Nah..ambil semua wang ni.Syaratnya awak kena teman saya kat sini."kata Cosmas tersengih-sengih.
Evona kemudian mengambil wang yang diberi oleh Cosmas.Dia menyimpan wang itu di beberapa tempat agar Donna tidak mengambil semua wang itu nanti.Dia memaksa Cosmas untuk menghabiskan minuman keras yang dijual dengan harga tinggi.Dia lakukan semua itu atas arahan Donna.Jika dia ingkar,dia pasti akan dipukul.
Cosmas pula hanya mengikut sahaja apa yang disarankan oleh Evona.Dia sudah tidak peduli jika wangnya habis.Nanti dia akan menerima wang lagi.Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk mendekati Nova.
Share this novel