Chapter 133.1

Mature Content Series 566

Setahun kemudian,Julien dan Kyle kini sudah berada di tahun akhir untuk belajar.Tidak lama lagi mereka akan menamatkan pelajaran.Sementara pelajar junior pula sudah diangkat menjadi pelajar senior kerana pelajar yang seangkatan dengan Julien dan Kyle sedang sibuk menduduki ujian akhir.

Sementara itu Donna yang sudah lama mengintip pergerakan Mya dan Evona secara diam-diam kelihatan sedang tertawa sinis.Dia bercakap sesuatu dengan Belinda sambil tangannya menunjuk ke arah Mya dan Evona yang kelihatan sedang bercerita.Apabila mereka balik semula ke rumah,Willstan sudah ada di sana.Dia menunggu kedatangan Donna di luar rumah.Belinda pula segera balik kerana ada perkara yang harus dia uruskan.

"Donna..awak ada idea tak nak bawa Cosmas ikut kita?dah bertahun-tahun saya pujuk Cosmas tu.Tapi dia tak berminat langsung nak ikut saya.Saya pun dah mula buntu nak buat macam mana lagi.Donna,awak harus bantu saya.Kami perlukan Cosmas secepat mungkin."Kata Willstan sedikit tertekan.

Dia dimarah teruk oleh datuknya kerana dia gagal memasuki tahun akhir di sekolah Orili.Keputusan ujiannya yang sangat teruk membuat dia diberhentikan dari sekolah dengan serta-merta.Datuknya yang mengetahui semua itu,menjadi terlalu marah lalu bertindak menghalaunya keluar dari rumah sehingga dia terpaksa tidur di kediaman yang disediakan oleh ketuanya untuk mereka semua berkumpul.Efedil pula memaksanya agar rapat dengan Cosmas.

Hampir sahaja dia mahu memukul Cosmas untuk memaksa Cosmas agar ikut dengannya.Tetapi dalam situasi seperti sekarang masih terlalu sukar untuk dia memaksa Cosmas.Dia tidak mempunyai wang.Kawan-kawannya pula tidak mahu mengikut arahannya lagi jika dia tidak memberi mereka wang.Dia menjadi pening kepala kerana dia bingung di mana dia harus mencari wang setelah dihalau keluar oleh datuknya.Hanya Cosmas sahaja yang menjadi harapannya sekarang untuk mendapatkan wang.

Dia mahu melakukan sesuatu agar Cosmas tunduk kepadanya.Namun dia tidak boleh menggunakan kekerasan kerana,jika terjadi sesuatu kepada Cosmas,dia pula akan ditangkap.Dulu dia tidak risau kerana datuknya ada untuk membantu.Tetapi berbeza sekarang.Dia sudah dihalau keluar.Dia terdesak untuk mencari wang.

"Ada..saya dah lama fikirkan cara tu,tapi saya perlukan pertolongan dari awak untuk menjayakan rancangan saya ni."

"Saya nak cepat Donna.Dari dulu awak cakap macam tu.Tapi Cosmas tu masih tak nak ikut saya.Awak jangan main-main dengan saya Donna.Awak masih belum tepati janji awak untuk membantu saya."Kata Willstan.

"Willstan saya tahu.Tapi kali ini saya yakin Cosmas pasti akan tunduk dengan kita.Awak yakin sahaja dengan saya."

"Macam mana caranya?.Cuba awak beritahu sekarang?."Kata Willstan berminat.

Donna berbisik sesuatu di telinga Willstan.Perlahan sekali suaranya.Dia sempat memandang ke arah jendela.Risau pula dia jika ibunya tiba-tiba datang ke sana untuk melawatnya.Willstan pula mendengar rancangan Donna dengan teliti.Dia kemudian tersenyum lebar lalu menganggukkan kepalanya.

Malam itu,Donna dan Belinda berlegar-legar di kediaman milik Evona.Kebetulan ayah Evona iaitu Eram baru sahaja balik dari kedainya.Pedati kuda yang dia naiki pula tiba-tiba berhenti di tengah jalan.Sempat lagi dia memaki hamun kepada penunggang pedati kuda itu yang berhenti tanpa kebenaran darinya.Tetapi apabila dia melihat di luar,wajahnya berubah pucat sebaik dia melihat wajah orang yang sedang berdiri di tengah jalan.

"Eram..awak nak tinggalkan saya begitu sahaja ke?dah dua minggu saya tunggu kedatangan awak kat brothel.Tapi awak tak pernah datang berjumpa dengan saya lagi.Awak..awak dah ada perempuan simpanan lain selain dari saya ke?."Kata Belinda.

Donna pula sedang bersembunyi di sebalik semak bersama dengan Willstan dan beberapa orang kawan-kawannya yang lain.Mereka sudah bersedia dengan senjata di tangan untuk menyerang Eram nanti.Mereka hanya perlu menunggu isyarat dari Belinda sahaja.

"Tak..saya..saya sibuk sayang.Saya tak ada perempuan lain lagi selain dari awak sayang.Erm..sayang,apa..apa tujuan sayang datang ke sini malam-malam macam ni?."Kata Eram dengan wajah risau.

"Kenapa?awak takut isteri awak tahu tentang hubungan kita berdua ke?Eram awak kata awak sayang saya.Awak tipu saya ke?.Isteri awak tu dah tua.Awak masih nak dia ke?Saya kan ada.Saya boleh layan awak lebih baik lagi dari perempuan tua tu."Kata Belinda merajuk.

Eram kemudian cepat-cepat turun dari pedati kuda.Wajahnya berubah sedikit.Risau pula dia jika penunggang pedati kuda itu menceritakan hal ini kepada isterinya yang garang itu.Dia pasti akan dihalau keluar dari Villa oleh isterinya jika isterinya tahu hubungannya dengan Belinda.Dia kemudian mendekati Belinda lalu menarik Belinda masuk ke dalam semak.Sempat Belinda memberi isyarat agar yang lain memukul penunggang pedati kuda itu.

Namun kebetulan seorang dari mereka ada membawa panah.Dia cuba memanah penunggang pedati kuda itu.Tetapi Willstan cepat-cepat menghalang.Dia tidak mahu kuda itu bergerak jika mereka memanah penunggang pedati kuda itu.

"Donna..cuba awak pergi alihkan perhatian penunggang pedati kuda tu."Kata Wilstan.

"Tapi.."

"Pergi sekarang.Cepat sedikit.Kita nak kejar Belinda lagi.Nanti kita terlambat pula."Kata Willstan.

Donna pula terpaksa akur dengan permintaan Willstan.Lagipun ini semua rancangannya juga.Dia terlalu berdendam dengan Evona yang kerap-kali menghinanya setiap kali dia berjumpa dengan mereka.Sebab itu dia mahu melakukan semua ini untuk membalas dendam kepada mereka.Dia kemudian mulai bergerak ke arah pedati kuda itu.

"Abang..abang.."

Donna memanggil penunggang pedati kuda itu beberapa kali.Suaranya kedengaran lembut sekali.Apabila penunggang pedati kuda itu melihat Donna dia tersenyum-senyum.Cepat pula dia turun dari kuda yang ditunggangnya.

"Adik manis,adik manis panggil saya ke?.Risau pula saya kalau bukan saya yang dipanggil.Malam-malam macam ni adik nak pergi mana?."

"Err..saya..saya memang panggil abang tadi.Abang tak silap dengar.Abang saya..saya sebenarnya sesat.Saya nak balik ke tengah bandar Athenil semula tapi..tapi saya tak tahu arah mana nak jalan."

"Adik ada wang ke?."

"Tak..tak ada bang.Saya tak bawa wang."Kata Donna berlakon.

Penunggang pedati kuda itu pula menoleh ke kiri kemudian ke kanan.Dia melepaskan keluhan kecil bila majikannya belum datang lagi.Dia tahu apa yang majikannya sedang lakukan dengan perempuan simpanannya yang baru dikenali beberapa bulan yang lalu.

"Kalau tak ada wang,tak ada masalah..tapi kalau nak abang hantar ada syaratnya."Kata penunggang pedati kuda itu tersengih-sengih.

"Apa dia bang?."

"Mari ikut saya ke sana sebentar."

Donna hanya mengikut sahaja langkah kaki lelaki itu.Matanya sempat memandang ke arah Willstan dan kawan-kawannya yang sedang mengekori dia dari belakang.Risau pula dia jika mereka tidak ikut bersama kerana dia tahu apa niat lelaki itu.

"Bang..semak sangat ni.Abang nak buat apa bawa saya ke sini?."

"Jangan takut..abang ada untuk teman adik.Sini cepat."

Penunggang pedati kuda itu menarik tangan Donna dengan kasar lalu dia cuba untuk mengoyakkan baju yang dipakai oleh Donna.Serentak itu juga Willstan dan kawan-kawannya datang beramai-ramai lalu bertindak memukul penunggang pedati kuda itu sehingga mati.Mereka kemudian membuang mayat penunggang pedati kuda itu di semak-samun lalu mereka beredar dari sana dengan kadar segera.

Mereka kemudian mula bergerak untuk mengejar Belinda dan Eram yang masih belum keluar lagi.Apabila mereka sudah dapat menjejaki Belinda,mereka melihat Eram sedang memujuk Belinda.

"Sayang..jangan macam ni.Saya bukan tak nak jumpa dengan sayang.Tapi saya sibuk sangat.Nanti esok saya janji akan datang ke brothel tempat sayang bekerja untuk menemani sayang."Kata Eram memujuk.

Namun matanya sebenarnya sedang melihat ke arah lain.Kain yang dipakai Belinda itu agak nipis membuat dia menelan air liur berkali-kali.Kebetulan pula mereka berada di tempat yang sunyi.

"Awak selalu cakap macam tu Eram.Tapi muka awak langsung tak pernah muncul.Awak hanya tipu saya.Saya tahu awak asyik sibuk berkepit dengan perempuan tua tu sehingga awak lupa pada saya."Kata Belinda.

Dia sengaja berkata seperti itu agar Eram memujuknya.Dia menunggu sehingga kawan-kawannya tiba di sana.Apabila dia melihat kelibat Willstan,dia membuat isyarat agar mereka tunggu di sana sebentar.

"Sayang bukan macam tu,saya..saya bukan kisah sangat tentang isteri tua saya tu.Saya dah cakap tadi yang saya sibuk..ni..ambil wang ni..sebagai tanda minta maaf yang paling ikhlas dari hati saya.Tapi..malam ni boleh tak sayang layan saya macam selalu?"

"Alah sayang,tempat ni..tak selesa langsung.."Kata Belinda manja.

"Jangan risau..nanti hilang rasa tak selesa sayang sebentar lagi."Bisik Eram.

Dia kemudian mencium bibir Belinda dengan rakus.Ketika itu juga kawan-kawan Belinda datang lalu memukul Eram beramai-ramai.Setelah itu mereka mencuri semua barang-barang berharga milik Eram yang dipakainya.

"Dasar orang tua gatal!.. akhirnya mampus juga..puas hati saya."Kata Belinda.

Mereka kemudian keluar dari semak lalu naik pedati kuda yang sudah ada di sana.Kebetulan waktu itu Fiq dan Lia datang ke sana untuk membantu.Apabila melihat Belinda dan yang lain sudah berlalu pergi,mereka mengekori dari belakang.Sampai sahaja di Villa milik Eram,mereka segera masuk ke dalam.

Kebetulan pula waktu itu pintu pagar terbuka luas.Pengawal yang berkawal di sana hanya membiarkan sahaja mereka masuk ke dalam apabila melihat pedati kuda yang dinaiki mereka adalah milik Eram.Sementara Lia dan Fiq pula bertindak menyerang pengawal yang menjaga di luar.

Belinda,Willstan,Donna dan beberapa orang yang lain masuk ke dalam rumah lalu membunuh semua yang ada di dalam.Kebetulan waktu itu ayah dan ibu Mya serta Aleya sedang bercerita dengan ibu Evona di ruang tamu.Mereka sedang menunggu kehadiran Eram yang belum kunjung tiba.Pembantu rumah yang ada di sana tiba-tiba berteriak ketakutan apabila melihat pembantu yang lain telah mati dibunuh.Ada yang cuba berlari keluar untuk menyelamatkan diri.Namun tidak berhasil.Mereka yang lari semuanya dibunuh dengan kejam.

"Willstan awak pergi cari Evona sekarang.Jangan bunuh dia.Kita perlukan dia untuk memperdaya Cosmas."Kata Donna.

Mereka kemudian naik ke tingkat atas.Satu persatu bilik dibuka.Mereka yang lain bertindak mengambil semua barang-barang berharga yang ada di rumah Eram.Malah semua pedati kuda yang ada di sana diambil oleh mereka untuk meletakkan barang-barang yang dicuri oleh mereka.

Donna dan Willstan pula saling berpandangan apabila semua bilik dibuka tetapi kelibat Evona pula masih tidak kelihatan.Apabila mereka berjalan ke belakang mereka melihat sebuah bilik yang dicat dengan warna biru.Donna tersenyum sinis.Dia pasti bilik itu adalah bilik Evona.

Mereka dengan senang dapat membuka bilik itu kerana tidak berkunci.Evona pula ketika itu kelihatan sedang tidur dengan lena sekali.Tanpa berlengah Willstan mendekati Evona lalu dia memegang Evona dengan kasar sekali membuat Evona terkejut.

"Ibu..saya nak tidur.Jangan ganggu saya.Esok saya nak ke sekolah lagi."Kata Evona sambil menarik selimut menutup mukanya.

Donna pula tertawa sinis.Dia menarik kasar selimut itu sehingga Evona terbangun.Matanya digosok beberapa kali kerana dia tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Donna?..awak buat apa kat sini?siapa yang benarkan awak masuk bilik saya?huh..kotor nanti bilik saya."Marah Evona.

"Evona..Evona..dalam keadaan macam ni pun awak masih boleh berlagak lagi.Saya tak perlu kebenaran awak untuk masuk ke sini kerana sebentar lagi awak bakal jadi orang suruhan saya."

"Apa yang awak mengarut ni?..ibu!!..ibu!!.. panggil pengawal..halau orang ni.Ibu..ibu.."Panggil Evona dengan suara yang kuat.

Namun tiada seorang pun yang datang ke sana untuk membantunya.Dia mulai panik.Dia cuba untuk berlari ke luar.Namun Willstan menarik rambutnya dengan kasar sehingga Evona terduduk kerana kesakitan.

"Berambus dari sini.Apa kamu berdua buat kat sini?saya tak akan maafkan kamu berdua.Tunggu ayah saya datang.Nahas kamu."Kata Evona terjerit-jerit.

"Hahahaha..Evona..tak ada gunanya awak panggil mereka lagi.Mereka takkan dapat tolong awak kerana mereka dah mampus.Huh..saya dah lama berdendam dengan awak Evona."

Donna menghampiri Evona lalu dia menampar kuat wajah Evona sehingga dia puas hati.Hampir sahaja dia mahu membunuh Evona.Namun Willstan pula segera menghalang.Dia menarik tangan Donna agar segera menjauh dari Evona.

"Donna sudah!! jangan gagalkan rancangan kita hanya disebabkan masalah peribadi antara awak dan Evona."Kata Willstan serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience