Chapter 132.2

Mature Content Series 573

Sementara itu,Julien yang kebetulan sedang menghantar makanan di sebuah rumah tumpangan terdengar seorang perempuan tua dan dua orang perempuan muda sedang bercerita sambil tergelak-gelak.

Dia sebenarnya tidak ambil kisah tentang mereka.Tetapi bila dia mendengar nama Mytrice disebut,dia menjadi tertarik untuk mendengarnya.Dia kemudian berpura-pura duduk membelakangkan mereka.Cerita mereka sangat jelas terdengar di telinganya.

"Belinda..kenapa awak tak suruh tuan Derick pukul budak May tu sampai mampus?tak puas hati pula saya dengar dia dipukul sehingga berdarah sahaja."Kata Donna.

"Awak tu memang senang sahaja bercakap.Kalau budak tu mampus,saya yang ditangkap penjaga bandar Medion bukan awak."Kata Belinda.

"Tak apa..nanti saya fikir cara lain lagi agar budak tu dihalau keluar dengan segera dari Villa.Ni wang untuk kamu berdua.Tuan suruh saya beri pada kamu.Senang sahaja nak tipu tuan tu."Kata Mayda bangga.

"Auntie tak nak puji lakonan yang saya buat ke?."Kata Belinda merajuk.

"Belinda..awak dah buat yang terbaik.Tapi macam tak percaya pula saya yang awak hanya berlakon.Belinda awak tahu tak yang isteri tuan Derick dah kembali bersikap seperti dulu.Betul ke awak cuma berlakon?."Kata Mayda curiga.

"Auntie..saya kalau dijanjikan dengan wang yang banyak,apa pun saya boleh buat.Lagipun kerja senang macam ni dengan bayaran yang tinggi,siapa yang tak mahu terima memang rugi."Kata Belinda berkias.

Dia tidak memberitahu hal yang sebenar kepada Mayda dan Donna.Dia tahu yang Elenor ada hubungan sulit dengan Dane.Dia juga tahu yang Elenor menjadi seperti itu bila Dane tidak mahu berjumpa dengannya.Dia yang membantu Sophie untuk menolak Elenor sehingga Elenor jatuh lalu keguguran.

Namun dia hanya bertindak atas arahan Dane.Mayda dan Donna tidak perlu tahu.Dia mendekati mereka berdua juga bersebab.Pertama mereka senang sahaja ditipu.Kedua,dia memang perlukan wang lebih dan alasan terakhir ialah dia disuruh memantau pergerakan Willstan yang kerap datang ke rumah Donna sehingga tidak melakukan kerja yang disuruh.

"Lain kali kalau saya perlukan awak,awak mesti datang.Sekarang tuan dah mulai percaya dengan lakonan kita."Kata Mayda tergelak senang.

"Hmmm..saya curiga sebenarnya.Budak tu siapa?Cantik sangat wajahnya.Tak nampak macam anak pekerja ladang.Kalau majikan auntie tu ada anak lelaki,memang dia dah terpikat bila tengok wajah budak tu."Kata Belinda.

"Awak jangan mengarut Belinda.Budak kotor tu cantik? hahahaha..mata awak rosak agaknya.Budak tu sebenarnya anak dia.Saya dengar anak hasil dari perempuan simpanan tuan Derick tu.Awak fikir dia nak ambil jadi menantu dia ke?."Kata Donna sinis.

"Betul ke?macam tak percaya pula saya dengar.Mungkin kerana isteri dia tu mandul.Tak boleh beranak.Sebab tu dia cari orang lain."Teka Belinda.

"Hahahaha.. isteri dia dah nak tua Belinda.Mana nak ada anak lagi.Huish..Donna awak jangan cakap sembarangan.Budak tu anak orang tua yang dah nak mampus tu.Apa yang awak dengar tu hanya cerita tipu."Kata Mayda.

"Donna..awak ni tak jujur betul.Ada ke tipu kawan sendiri."Kata Belinda.

"Bukan tipu..saya..eh?awak pun selalu kenakan saya.Apa salahnya saya kenakan awak balik."Kata Donna.

Mayda memijak kaki Donna di bawah meja.Dia tidak mahu Donna menceritakan hal yang sebenar kepada Belinda.Donna pula segera mengubah kata-katanya.Geram juga dia dengan ibunya.Namun mungkin ada sebab mengapa ibunya tidak mahu dia memberitahu hal sebenar kepada Belinda.

"Yelah..yelah..tapi jangan lah tipu semasa kita bercakap hal penting.Err..saya nak pergi jumpa kak saya dulu.Nanti saya datang ke rumah awak lagi."Kata Belinda.

Dia ternampak kelibat Sophie yang sedang berdiri di luar.Tangannya mengisyaratkan agar dia segera keluar dari sana.Donna pula sempat melambaikan tangannya kepada Belinda yang sudah mulai melangkah jauh.Sesudah Belinda hilang dari pandangan,dia melihat ke arah ibunya dengan pandangan tajam.

"Ibu..ibu sendiri yang cakap May tu anak tuan.Kenapa ibu nak saya tipu Belinda pula?."Kata Donna tidak puas hati.

"Shhhhh..mulut awak ni bising sangat.Perlahankan sedikit suara awak."Kata Mayda dengan mata melotot.

Dia kemudian menarik tangan Donna agar duduk dekat dengannya.Donna pula hanya menurut.Namun kakinya sempat dihentak.Dia tidak berpuas hati dengan ibunya.

"Ibu..ibu cuba nak melindungi May ke?."

"Donna..awak tak boleh ceritakan pada orang.Belinda tu ibu masih tak percaya lagi.Lagipun ibu masih kerja kat sana.Kalau orang lain tahu,lepas tu nama ibu disebut awak nak ke ibu dibuang kerja?Donna,awak jangan percaya sangat dengan orang."Kata Mayda berbisik.

"Yelah..yelah..ibu ni membebel pula.Ibu kata tadi nak bawa saya pergi membeli-belah."

"Huh..budak ni.Pantang tengok ibu ada wang banyak."

"Ibu..saya dah tak ada baju baru lagi..kalau bukan saya, pada siapa lagi ibu nak habiskan wang?saya sahaja anak ibu."Kata Donna memujuk.

"Hmm..mari pergi sekarang.Awak pun kalau ibu minta pertolongan jangan asyik nak membantah sahaja."Kata Mayda.

Donna hanya tersenyum.Dia sudah tidak mendengar bebelan ibunya kerana fikirannya sudah jauh melayang.Dia tidak sabar mahu membeli baju sama seperti baju yang dipakai oleh Keena sewaktu majlis tari-menari.Mana tahu Willstan membawanya lagi ke majlis seperti itu,dia yakin pasti Kyle terpikat dengannya apabila dia memakai baju cantik itu.

Julien pula mengerutkan dahinya.Derick? May?dia mengenali dua nama itu.Derick itu nama ayah angkatnya.May pula nama Trice yang biasa dipanggil oleh Sally dan pekerja lain.Namun dia tidak percaya jika ayahnya berlaku kejam seperti cerita mereka.Sedangkan dengan dia dan Emmet pun tidak pernah lagi Derick meninggikan suara kepada mereka berdua.

Julien kemudian keluar dari sana.Dia sudah membuang masa di sana.Mungkin mereka bercakap tentang orang lain fikirnya.Lagipun nama Derick atau May bukan hanya seorang sahaja yang menggunakan nama seperti itu.

Dia kemudian berjalan laju untuk balik ke kedai bakery.Dalam perjalanan ke sana dia ternampak Giamo yang sedang berdiri di pusat perubatan.Dia teragak-agak untuk datang ke sana.Tapi teringin juga dia tahu siapa yang dijaga oleh Giamo.Dia pun perlahan-lahan mengekori Giamo yang kelihatan sedang memerhati sebentar di sebuah bilik lalu dia keluar.

Julien pula segera masuk ke bilik itu.Wajahnya berubah bila dia melihat wajah yang sedang bersandar di katil itu.Trice?fikirnya.Dia kelihatan sedang memandang ke luar jendela.Julien pula segera datang ke sana untuk mendekati Mytrice.

"Trice?awak Trice ke?."Kata Julien ragu-ragu.

"Eh? Julien..macam mana awak tahu saya ada kat sini?Sky beritahu pada awak ke?."Kata Mytrice tersenyum.

"Sky?.."

Julien terdiam seketika.Dia bingung siapa yang dimaksudkan oleh Mytrice.Namun dia teringat yang Mytrice memanggil Kyle dengan panggilan Sky.Matanya memandang ke arah luar.Dia cuba mencari kelibat Kyle.Namun dia tidak melihat Kyle.

"Julien..bukan awak dan Sky kawan ke?awak tak ingat?."Kata Mytrice bingung.

"Err..ya..ya.. Kami kawan.Saya tak lupa.Tapi saya terkejut bila tengok awak ada kat sini sehingga otak saya tak berfungsi dengan betul."Kata Julien memberi alasan.

"Awak pun tak pergi ke sekolah hari ni?."

"Tak..saya ada urusan lain.Trice kenapa awak berbalut macam ni?err awak..dipu..Err..awak sakit ke?."Kata Julien ragu-ragu.

Hampir dia terlepas cakap yang Mytrice mungkin dipukul lagi.Dia tahu yang Mytrice pasti tidak akan menceritakan hal yang sebenar kepadanya.

"Saya terjatuh semasa kerja kat ladang.Tak sakit sangat sebab badan saya cuma luka-luka kecil sahaja."Kata Mytrice menipu.

Julien memandang lama ke arah Mytrice.Dia cuba melihat sama ada Mytrice menipunya.Tetapi wajah Mytrice kekal sama.Julien pula jadi serba-salah.Mungkin memang benar apa yang dikatakan Mytrice fikirnya.

"Trice awak.."

"Julien saya baru berjalan sekejap awak dah masuk ke sini."Kata Kyle.

Serta-merta Julien berdiri lalu menjauh sedikit dari Mytrice.Kyle pula merenung tajam ke arahnya.Namun hanya sebentar.Kyle kemudian duduk di sisi Mytrice.Dia mengeluarkan makanan lalu dia menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Mytrice.

Julien yang tidak biasa melihat perlakuan Kyle cuba beredar dari sana.Tetapi dia ditahan oleh Sebastian.Kebetulan waktu itu Bob datang ditemani oleh Aiden.Dia masuk ke dalam untuk melawat Mytrice.Kyle pula bergerak ke arah Julien untuk memberi ruang kepada Bob dan Mytrice bercerita.Julien sempat mendengar Bob dan seorang perawat bercerita.Baru dia tahu yang Bob itu adalah ayah Mytrice.

Namun jauh sangat beza Wajah Mytrice dengan wajah lelaki yang agak berumur itu.Julien pula tidak berani mahu bertanya kerana mungkin Mytrice mengikut wajah ibunya.

"Julien awak nak pergi mana? saya tak suruh awak jalan."Kata Kyle.

"Awak nak apa?saya nak balik ke kedai." kata Julien.

"Awak tanya saya lagi?awak intip pergerakan saya ke?awak tahu dari mana Peony ada kat sini?."Kata Kyle.

"Awak fikir saya ni ada masa nak intip awak ke?awak tu lelaki bukan perempuan.Tak ada gunanya saya nak mengintip lelaki."Julien menaikkan matanya ke atas.

"Saya yakin mesti kawan awak yang beritahu pada awak Peony ada kat sini.Huh! Saya dah bagi amaran tapi kawan awak tu masih berani nak menganggu milik saya."Kata Kyle sinis.

"Kyle dia tak ada kaitan.Saya kebetulan nampak Trice di sini.Jangan libatkan orang lain.Saya pun kawan Trice juga.Apa salahnya saya pergi jenguk dia."

Julien melihat ke arah Kyle.Dia tahu Kyle tidak menyukai Riley.Dia sendiri kurang pasti atas sebab apa.Namun dari raut wajah Kyle dia tahu Kyle cemburu bila Mytrice berkawan dengan Riley.Hairan juga dia dengan Kyle yang berwajah tampan tetapi masih mempunyai rasa cemburu dengan Riley yang berwajah biasa.

"Oh?!..awak nak saya percaya dengan kata-kata awak ke? Julien saya tak kisah kalau awak dan kawan awak tu nak melawat Peony.Tapi jangan melebih-lebih.Saya tak suka orang lain cuba merebut apa yang bakal menjadi milik saya."Kata Kyle serius.

Dia kemudian meninggalkan Julien yang masih berdiri di sana.Julien pula hanya mampu melepaskan keluhan kecil.Dia tidak faham dengan perangai Kyle yang terlalu cemburu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience