Bob diturunkan ke pusat rawatan di bandar Athenil.Dia kemudian bergegas masuk ke dalam pusat rawatan itu.Tetapi dia dihalang oleh pekerja di sana kerana pakaiannya yang agak selekeh.Mereka menyangka Bob itu pengemis jalanan yang mahu mendapatkan rawatan secara percuma di sana.
"Awak tak boleh masuk sini.Tukar pakaian awak dulu.Kotor sangat.Nanti pesakit lain kat sini terkena jangkitan pula."Kata pekerja itu dengan wajah sombong.
"Tapi..anak saya ni perlukan rawatan sekarang juga.Boleh tak kamu beri rawatan pada anak saya?kalau nak balik tukar baju dulu,memang tak sempat sebab saya tinggal di bandar Medion."Kata Bob memujuk.
"Cari tempat rawatan lain.Kami tak terima pesakit kotor.Apalagi pesakit yang datang dari bandar Medion."Kata pekerja itu dengan nada kasar.
Bob kemudian terpaksa keluar dari sana bila beberapa pengawal mulai menolak dia agar segera keluar dari pusat rawatan itu.Dia menjadi pening.Mana lagi dia mahu mencari pusat rawatan yang mahu menerima dia dan Mytrice.
Bob terduduk kepenatan.Hampir separuh daripada pusat rawatan yang ada di bandar Athenil tidak mahu menerima pesakit yang datang dari bandar Medion.Dia mengeluh kecil.Dia duduk di sebuah kerusi.Badannya mulai terasa sakit.Dia merenung ke arah wajah Mytrice.Dalam hatinya memanjatkan doa agar ada pusat rawatan yang mahu menerima mereka berdua.Hujan mulai turun.Namun dia tidak berputus asa.Kakinya tetap juga melangkah untuk mencari pusat rawatan lain.
"Uncle Bob?.."
Bob menoleh ke arah suara itu.Mulutnya dipaksa untuk mengukir senyuman.Sedangkan fikirannya menerawang jauh.Dia semakin risau dengan keadaan Mytrice.Dia mahu Mytrice dirawat dengan kadar segera.
"Err..tuan muda..err..maaf saya harus cepat."
"Tunggu dulu uncle."
Kyle menghalang Bob dari terus melangkah.Wajahnya berkerut.Tangannya laju sahaja mengambil Mytrice yang ada di pangkuan Bob.Tanpa berlengah dia berlari masuk ke sebuah pusat rawatan yang terdekat.Bob pula menunggu di luar.Walaupun dia terkejut dengan tindakan Kyle,namun dia bersyukur kerana ada juga orang yang mahu membantunya.
"Uncle kenapa uncle masih tunggu kat luar lagi?mari ikut saya masuk kat dalam."Kata Kyle.
"Err..tapi baju saya..err..buat malu tuan muda sahaja.Biar saya tunggu kat luar sahaja."Kata Bob menolak.
"Hmm..kalau macam tu,uncle pergi rehat kat rumah tumpangan kat depan tu dulu.Nanti bila dia dah sedar saya akan beritahu pada uncle."
"Err..tuan muda..tapi..err.."
"Tak apa.Uncle rehat dulu.Jangan risau,nanti saya tolong uncle jaga dia."
Kyle memanggil Giamo lalu berbisik sesuatu.Giamo kemudian berjalan lalu memanggil dua pengawal untuk menghantar Bob ke rumah tumpangan yang ada berhampiran dengan pusat rawatan itu.Bob pula hanya menurut sahaja arahan dari dua pengawal itu.Giamo pula berjalan laju menuju ke kedai yang menjual pakaian.Dia membeli dua helai pakaian lalu dia serahkan kepada Bob.Dua pengawal tadi pula diminta untuk menjaga Bob.
Sementara Giamo pula kembali ke tempat Kyle.Apabila dia sampai di sana, kelihatan Sebastian sedang duduk di luar.Kelibat Kyle pula tidak kelihatan di sana.Dia cuba untuk mencari Kyle.Tetapi Sebastian menariknya agar duduk bersama.
"Tuan muda tak nak diganggu.Dia suruh kita berdua tunggu kat sini sahaja.Awak jangan risau abang saya ada kat dalam bersama dengan tuan muda."Kata Sebastian.
Giamo tidak seperti Sebastian yang terlihat tenang.Matanya bergerak memerhati sekeliling.Dia takut jika ada musuh mahu menyerang Kyle ketika dia tiada.Hanya apabila Kyle ada di hadapan matanya sahaja dia akan menjadi lega.
"Nah makan ni untuk tenangkan fikiran.Muka awak ni menakutkan betul.Tengok,pesakit yang baru datang pun takut."Kata Sebastian tergelak.
"Awak ni bising betul.Kalau nak makan,makan sahaja.Jangan ganggu saya."Kata Giamo.
Sebastian hanya tersenyum kecil.Dia sudah biasa dengan perangai Giamo yang serius itu.Hanya dengan Kyle sahaja Giamo tidak bersikap serius seperti itu.Namun tidak bermaksud Giamo lalai.Dia sama seperti abangnya yang sentiasa serius jika mereka sedang bekerja.
Sementara di dalam Kyle melihat wajah Mytrice.Dia berasa sedih melihat keadaan Mytrice.Luka yang ada pada badan Mytrice sudah dibalut.Tangannya menyelak rambut Mytrice.Bergegar sedikit tangannya kerana dia cuba untuk menahan marah.Aiden pula hanya menjadi pemerhati sejak tadi.
Tiga jam kemudian Mytrice mulai tersedar.Apabila dia melihat ke arah tepi katilnya,dia melihat Kyle sedang tertidur.Tangannya pula sedang digenggam erat oleh Kyle.Dia tidak mahu mengejutkan Kyle yang sedang tidur.Namun gerakan tangannya itu sudah mengejutkan Kyle yang sedang tidur.
"Err..Sky maafkan saya..saya tak sengaja.Saya tak berniat menganggu awak yang sedang tidur."Kata Mytrice perlahan.
"Peony..awak dah bangun?..betul ke awak dah sedar?."Kata Kyle seperti tidak percaya.
"Sky.. pertanyaan awak ni lucu betul.Saya dah sedar Sky.Erm,siapa yang hantar saya pergi ke sini?."Kata Mytrice tersenyum manis.
"Hmm..awak buat saya risau Peony.Saya takut awak tinggalkan saya.Uncle Bob yang bawa awak datang ke sini.Peony..kenapa dengan badan awak ni?."
"Maafkan saya sebab buat awak risau Sky.Err..saya.."
"Terjatuh semasa bekerja?Peony saya tak minta banyak.Saya nak awak jujur dengan saya.Kalau tak saya cari orang tu."Kata Kyle dengan nada marah.
Mytrice tiba-tiba mengalirkan air mata.Takut pula dia melihat wajah Kyle yang serius itu.Kyle pula terasa bersalah.Dia bukan marah dengan Mytrice.Tetapi dia marah dengan orang yang melakukan kekejaman kepada Mytrice.Namun Mytrice masih juga mahu melindungi orang itu.
Dia kemudian menyeka air mata Mytrice yang sudah jatuh berguguran di pipi.Tubuh Mytrice dipeluk erat.Belakang badan Mytrice digosok lembut.Tidak sampai hati dia melihat Mytrice menangis.
"Peony saya bukan marah awak.Maafkan saya.Tapi saya betul-betul nak awak berlaku jujur pada saya.Siapa yang buat awak macam ni?dulu saya masih boleh bersabar lagi,tapi tak untuk kali ini."Bisik Kyle perlahan-lahan.
Dia kemudian memegang wajah Mytrice dengan kedua-dua tangannya.Matanya pula kelihatan sedang merenung mata Mytrice.Dia betul-betul marah dengan orang yang tergamak menyakiti Mytrice.
"Sky betul ke saya pembawa malang?"
"Peony saya dah cakap dulu.Awak jangan dengar sangat cakap dari orang bodoh macam tu."Kata Kyle.
"Tapi sebab tu saya dipukul Sky.Saya..saya dituduh membawa malang pada orang."Kata Mytrice.
"Peony cuba awak beritahu pada saya siapa yang cakap awak macam tu?saya nak tahu juga siapa yang pukul awak."Kata Kyle.
"Saya..saya tak kenal orang tu.Tapi pembantu rumah yang bawa perempuan tu kata dia penghalau nasib malang.Perempuan tu yang kata saya pembawa malang sampai dia meracau-racau.Lepas tu dia kata hanya majikan saya sahaja yang boleh bantu untuk buang nasib buruk yang ditanggung madam."
"Tapi apa kaitan awak dengan semua tu?Orang tua tu yang pukul awak lagi ke?."
Hilang sudah rasa hormatnya kepada Derick.Tergamak sekali Derick memukul Mytrice yang agak kecil darinya.Malah apa yang dia tidak boleh terima bila Derick memukul perempuan seperti Mytrice yang terlalu naif dan lurus itu.
"Perempuan tu kata hanya darah dan air mata saya sahaja yang dapat membuang nasib malang madam.Sebab tu majikan saya..err.."
Mytrice tidak mahu menceritakan hal yang sebenar kepada Kyle.Walaupun dia tidak suka dengan Derick,tetapi dia tidak mahu menceritakan keburukan orang yang sudah memberi makan pada neneknya.
Kyle yang mendengar semua itu hampir menumbuk meja yang ada di depannya.Penumbuknya sudah dikepal kuat.Namun kerana Mytrice ada di sana,dia cuba untuk bersabar.Cerita dari Mytrice itu betul-betul tidak masuk akal.Mana mungkin ada orang lain yang boleh membuang nasib malang dengan menggunakan darah dan air mata.Geram pula Kyle mendengarnya.
"Peony nanti kalau perempuan tu datang ke sana lagi,awak beritahu pada saya.Boleh tak?saya nak jumpa dia."
"Tak apa Sky..saya tak nak awak terlibat sama.Pekerja macam kita ni tak akan dapat menentang orang kaya macam mereka.Sky..saya tak nak terjadi sesuatu yang buruk kepada awak.Cukup hanya saya sahaja yang terima nasib macam ni."Kata Mytrice takut.
Dia kemudian memeluk tubuh Kyle dengan erat.Kyle pula terkaku sebentar.Pelukan dari Mytrice menimbulkan perasaan yang lain.Namun dia tetap membalas pelukan itu.Apabila Mytrice melepaskan pelukan, bibirnya menguntum senyuman manis.
"Sky.. lupakan sahaja tentang ni.Saya dah biasa hidup macam ni.Saya hanya harap awak tak terjangkit nasib malang saya."Kata Mytrice.
"Peony..hanya mereka sahaja yang anggap awak sebagai pembawa nasib malang.Tapi saya tak percaya semua tu.Peony awak dengar sini,saya tak kisah semua tu sebab bagi saya awak adalah sinar harapan untuk saya.Tanpa kehadiran awak,saya rasa kosong sangat.Tapi sejak kehadiran awak hati saya bahagia sangat.Awak kena ingat yang saya sentiasa ada untuk awak.Peony..awak tunggu saya tau.Awak tunggu sampai saya datang ambil awak."Kata Kyle dengan nada romantis.
Kyle memegang erat tangan Mytrice.Semakin dia melihat Mytrice semakin ingin dia menjadi dewasa cepat.Waktu itu dia tidak kisah jika Derick tidak bersetuju.Dia akan membuat apa cara sekalipun agar Derick menyerahkan Mytrice kepadanya walaupun secara paksa.Dia tidak kisah jika dia bergaduh dengan ayahnya.Ayahnya tidak akan mengerti kerana menganggap perempuan hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu.Dia pula sangat berbeza dengan ayahnya.Dia melihat sendiri bagaimana ibunya harus bersabar dengan tindakan ayahnya yang kerap bertukar-tukar pasangan.Sebab itu dia tidak mahu mengulang kesilapan yang dibuat oleh ayahnya.Dia hanya mahu seorang isteri yang boleh menemani dia sehingga ke tua.Hatinya pula sudah memilih Mytrice sejak kali pertama dia melihat wajah Mytrice.
"Sky..saya tak faham kenapa awak sangat baik sekali dengan saya.Sedangkan saya tak pernah beri awak apa-apa.Setiap kali saya jumpa awak,saya sentiasa susahkan awak."
"Peony suatu hari nanti awak akan faham juga.Saya nak terangkan sekarang,awak takkan faham.Awak jangan fikir yang awak menyusahkan saya Peony.Saya tak kisah pun buat semua ni.Saya suka bila awak dekat dengan saya.Awak..hmmm..awak seperti ubat penenang untuk saya Peony."
Kyle meramas lembut rambut Mytrice.Ingin sahaja dia menerangkan perkara sebenar kepada Mytrice.Tapi dia tahu Mytrice yang terlalu lurus itu tidak akan mengerti.Sibuk bercerita,Kyle terdengar perut Mytrice berbunyi.Dia melihat wajah Mytrice.Kasihan pula dia dengan Mytrice.
"Err..maaf Sky..saya tak sempat makan pagi tadi.Boleh ke saya keluar pergi beli makanan kat luar?."
"Peony awak masih sakit lagi.Awak tak boleh keluar dari sini.Awak tunggu sini saya keluar sekejap."
Kyle kemudian melihat Mytrice sebentar lalu dia keluar.Dia melihat pengawalnya sedang berdiri di pintu.Apabila mereka melihat Kyle,mereka segera mengikuti langkah kakinya ke luar.Giamo pula disuruh untuk menjaga Mytrice.
Share this novel