Chapter 131.2

Mature Content Series 573

"Adik..err boleh saya tanya sesuatu tak?."

"Apa dia?kalau boleh cakap cepat sedikit kerana saya banyak kerja lagi yang nak dibuat."

"Macam ni,kalau saya nak ambil pekerja dari tempat orang lain boleh ke?."

"Madam nak ambil pekerja dari mana?."

"Err..saya nak ambil pekerja yang bekerja di Villa Sakura."

"Hah?! Madam bergurau ke?madam tahu tak siapa pemilik Villa tu?."

"Tak,saya cakap serius.Tahu..saya tahu.Sebab tu saya tanya."

"Madam..madam tak boleh ambil pekerja yang dah ada majikan.Melainkan kalau orang yang madam nak ambil tu dah cukup umur dan dia sendiri pun mahu bekerja dengan madam.Kalau tak memang tak boleh."

"Tapi..kalau misalnya dia didera?masih tak boleh juga ke?.".

"Hmm..madam.. pekerja bawahan ni umpama hamba.Kami atau madam tak boleh buat apa-apa dengan majikan yang mendera pekerja.Kenapa?madam nak laporkan kat sini yang pemilik Villa Sakura tu dera pekerja ke? Hahahaha..tak payah buang masa.Mereka yang pilih untuk menjadi hamba orang.Mereka kena terima hakikat pahit tu."Jelas penjaga bandar Medion itu dengan lagak sombong.

"Err..tapi ada cara lain lagi ke nak ambil pekerja dari sana?."Kata Daria masih cuba untuk bersabar.

Dia sebenarnya geram juga melihat penjaga bandar Medion yang bertugas itu.Umur masih terlalu muda.Tetapi terlalu berlagak.Dia seperti memandang rendah pada Daria biarpun Daria itu orang yang berusia darinya.

"Madam lebih baik madam pergi cari pekerja kat tempat lain.Tu pun tak boleh fikir.Tak pernah lagi saya dengar pemilik Villa Sakura tu nak beri pekerjanya pada orang.Dah..lupakan sahaja niat madam tu."Kata penjaga bandar Medion itu dengan wajah bosan.

"Err..tapi kalau misalnya anak saya suka dengan anak pekerja kat sana boleh ke saya bawa perempuan tu ikut saya."

"Madam..saya dah cakap tadi.Kalau budak tu dah cukup umur,memang dibenarkan.Madam bukan orang sini ke?dah lama peraturan ni dibuat.Dah..saya sibuk ni.Boleh tak madam pergi dari sini?."

Daria terpaksa berlalu pergi dari sana apabila penjaga bandar Medion itu mulai menutup pintu.Dia hanya mampu mengeluh kecil.Dia kemudian bergegas untuk membuka kedai kainnya.Pekerjanya kelihatan sudah menunggu kedatangannya di luar kedai.Dahlia pula seperti selalu.Dia mengambil kunci dari tangan Daria lalu dia membuka pintu kedai itu.

"Madam..madam tak sihat ke?madam nak apa-apa?nanti saya tolong belikan sementara pelanggan belum ada lagi."Kata Dahlia.

"Tak..tak ada apa-apa.Saya mengantuk sahaja.Hari ni awal sangat Riley hantar saya ke sini."Kata Daria.

"Kalau macam tu,saya buat minuman panas untuk madam.Bilik tempat madam berehat tu saya dah kemas sebentar tadi.Madam rehat sana,nanti saya hantar minuman tu."

Dahlia menghantar Daria sehingga ke bilik kecil yang ada di dalam agar Daria dapat berehat.Dia pula membuat minuman panas dan menyediakan sedikit makanan untuk Daria.Apabila dia masuk ke bilik untuk menghantar makanan dan minuman itu,Daria kelihatan sedang menutup matanya.

Dia pula tidak mahu menganggu Daria yang mungkin sudah tertidur.Dia meletakkan makanan dan minuman itu di meja kecil berhampiran dengan Daria.Dia kemudian keluar untuk mengemaskan baju yang telah dia siapkan.Ibunya dan dua pekerja lain pula kelihatan sedang sibuk menjahit.Bila mereka sedar akan kehadirannya di sana,mereka tertawa kecil.

"Dahlia..awak nak belajar cara layan bakal mertua awak ke?."Kata mereka tergelak kecil.

"Ishh..tak adalah.Madam kan majikan yang baik.Apa salahnya saya beri layanan yang terbaik untuk madam."Kata Dahlia berdalih.

"Ya ke?macam tak percaya saja.Muka awak dah merona merah."Kata mereka mengusik.

"Ibu..tengok mereka ni,selalu usik saya."Kata Dahlia manja.

"Dahlia memang betul pun apa yang mereka kata tu."Kata ibunya menyokong.

"Hahahaha.."

Mereka tertawa ke arah Dahlia yang sudah berwajah merah itu.Dahlia yang kelihatan malu segera keluar dari sana.Lebih baik dia menjaga di luar dari terus mendengar usikan mereka.Lagipun permintaan pelanggan sudah dia siapkan kelmarin.Dia hanya perlu menolong pekerja di depan untuk melayan pelanggan.

Sedang Dahlia sibuk menyangkutkan baju,seorang remaja masuk ke dalam kedai.Dia dan pekerja lain terkaku melihat wajah tampan remaja itu.Namun tiada langsung senyuman pada bibir remaja itu.Dahlia pula cuba mendekati lelaki itu.

"Err..tuan muda..tuan muda nak cari apa?"

Dahlia memanggil remaja itu dengan panggilan tuan muda kerana dia melihat cara pakaian lelaki itu yang agak kemas.Malah baju itu kelihatan agak mahal.Tidak pernah lagi dia melihat pelanggan dari bandar Medion yang berpakaian seperti itu.

"Saya dengar kedai ni boleh menjahit pakaian mengikut permintaan pelanggan.Betul ke?atau saya silap tempat?."

"Oh..ya..ya..tuan muda tak silap tempat.Kami memang sediakan perkhidmatan menjahit baju mengikut kehendak pelanggan.Err..tuan muda boleh ikut saya pergi ke belakang sekejap."

Dahlia membawa remaja lelaki itu ke bilik tempat mereka menjahit.Mereka yang ada di sana juga mempunyai reaksi yang sama.Mata mereka merenung ke arah remaja lelaki itu.Lelaki itu pula langsung tidak peduli.Dia lebih tertarik untuk melihat kertas yang mempunyai contoh rekaan fesyen baju yang ada pada Dahlia.Namun tiada satu pun menarik minatnya.

"Saya tak berminat fesyen yang ada kat sini."

Dia kemudian mengeluarkan tiga kertas lalu dia berikan kepada Dahlia.Lama Dahlia merenung lukisan baju itu.Cantik sekali fikirnya.Dia melihat wajah lelaki itu sekali lagi.Namun kepalanya cepat ditundukkan bila lelaki itu merenung wajahnya dengan serius.

"Awak boleh jahit baju macam ni ke?."

"Boleh tuan muda.Err..tapi kain corak macam ni tak ada kat sini.Err..tuan muda mungkin boleh pilih corak kain yang ada kat sini."

"Saya dah sediakan kain sendiri."

Lelaki itu menyerahkan beberapa helai kain yang ada dalam bakul kepada Dahlia.Dahlia pula merenung wajah lelaki itu.Namun tidak lama.Dia kemudian mengambil bakul itu lalu dia letakkan berdekatan dengan mejanya.

"Bila baju ni boleh siap?."

"Kalau tuan muda nak saya siapkan hari ni saya buat sekarang juga."Kata Dahlia.

"Hmm..saya beri awak masa dua minggu.Tapi saya nak awak buat baju tu cantik-cantik.Satu lagi..saya tak nak pelanggan lain tiru baju ni kerana baju ni untuk orang yang sangat istimewa."Kata lelaki itu tegas.

"Err..tuan muda jangan risau,kami tak akan keluarkan fesyen baju yang dilukis oleh pelanggan kepada pelanggan lain.Err..tuan muda kalau boleh saya tahu,baju ni untuk tuan muda pakai ke?besar sangat ni."Kata Dahlia.

"Buat sahaja ikut ukuran yang saya beri."Kata lelaki itu ringkas.

"Baik.. err.. tuan muda kalau boleh saya tahu,nama tuan muda siapa?saya nak lekat kat bakul bila pakaian ni siap."Kata Dahlia.

"Letak nama G kat sana."

Dahlia kemudian menulis sesuatu ke atas kertas.Dia memberi salinan kepada lelaki itu lalu kertas yang satu lagi dia lekatkan di bakul yang diberi oleh lelaki itu sebentar tadi.

"Nanti kalau tuan muda nak ambil pakaian tu,tuan muda hanya perlu beri kertas ni pada mana-mana pekerja kat sini."Kata Dahlia mesra.

"Hmm.."

Lelaki itu kemudian berlalu pergi.Dahlia pula mengejar lelaki itu dari belakang.Dia berdiri sebentar di pintu kedai.Mulutnya ternganga melihat pedati kuda yang dinaiki lelaki itu.Ternyata sangkaannya benar.Lelaki tadi itu anak orang berada.

"Dahlia..besar sangat mulut awak terbuka.Tak takut ke lalat masuk ke dalam mulut awak?."Tegur Riley.

"Err..Riley..bila lagi awak balik dari sekolah? saya tak sedar pula."Kata Dahlia malu.

"Macam mana nak sedar.Mata awak tu fokus betul tengok pedati kuda tu sampai awak tak sedar mulut awak pun ternganga sama."Kata Riley tergelak.

"Sebab pedati kuda tu cantik sangat.Tak pernah lagi saya lihat pedati kuda secantik tu.Err..Riley tadi pemilik pedati kuda tu datang ke sini untuk meminta dijahitkan pakaian.Err..orangnya sangat.."

"Tampan?."Sambung Riley.

"Macam mana awak tahu?."Kata Dahlia terkejut.

"Hmmm..dulu saya satu sekolah dengan dia.Dia ada beritahu pada awak nama dia ke?."

"Ada katanya G"

"G?.. hahaha..nama dia bukan G.Tapi Kyle.Dia tu anak kepada orang kaya kat bandar Athenil.Awak pernah dengar manor Celeste?."

"Pernah..rumah besar kat tengah bandar tu ke?."

"Ha'a..ayah dia pemilik Manor tu.Jadi awak kena jahit bagus-bagus pakaian yang dia pesan.Kalau tak nahas kita semua."Kata Riley.

"Err..kalau macam tu saya pergi buat sekarang juga."Kata Dahlia takut.

Riley pula hanya tersenyum kecil melihat Dahlia yang kelam-kabut menuju ke bilik belakang.Dia mahu mengejar Dahlia.Namun langkah kakinya terhenti bila dia melihat ibunya sedang melambai ke arahnya.Dia pun segera mendekati ibunya.Tubuh ibunya dipeluk.

"Riley apa lagi yang awak kata pada Dahlia tu?pucat benar mukanya.Awak buli dia lagi ke?."Tanya Daria.

"Ibu ni..saya tak buli dia pun.Saya hanya bagi nasihat sahaja.Ibu,saya tak dapat lama.Saya nak balik ke sekolah lagi.Ni hah makanan untuk ibu."

Riley menghulurkan beberapa bekas berisi makanan.Dia tahu yang ibunya suka berkongsi makanan dengan pekerja kedai.Sebab itu dia membeli makanan dengan kuantiti yang agak banyak.

"Riley,awak suka pada Trice atau Dahlia?."Tanya Daria serius.

"Ibu?ibu cakap apa ni? kenapa ibu tiba-tiba sahaja tanya soalan tu."Kata Riley hairan.

"Sebenarnya err..tak ada apa lah."

Daria tidak jadi menceritakan perkara sebenar kepada Riley.Dia risau jika Riley bertindak melakukan sesuatu yang buruk di Villa Sakura.Sedangkan dia sendiri pun tidak pasti apa yang sebenarnya terjadi.

"Ibu..kalau ibu tanya ni mesti ada sesuatu.Cakap sahaja ibu."Pujuk Riley.

"Erm..Riley..dulu ketika awak pergi melawat Trice,dia baik-baik sahaja ke?."

"Dia baik-baik sahaja ibu.Ibu nak jumpa dengan Trice ke? peraturan Villa tu semakin ketat sekarang ibu.Maaf saya tak dapat tunaikan permintaan ibu jika ibu nak berjumpa dengan Trice."

Wajah Riley berubah.Namun cepat sahaja dia tersenyum manis.Dia berasa bersalah kerana menipu ibunya.Tetapi apa yang dia boleh lakukan?dia tidak mahu ibunya risau jika ibunya tahu hal yang sebenarnya.

"Tak apa.Kalau awak dah cakap macam tu ibu tak risau lagi.Riley..ibu tak halang awak nak pilih sesiapa,yang penting awak bahagia.Tapi kalau awak pilih Dahlia atau Trice,ibu lebih gembira lagi."Usik Daria.

"Ishh..ibu ni ke situ pula..nanti saya fikirkan semua tu.Saya pun belum habis belajar lagi.Ibu saya pergi dulu.Nanti mereka tercari-cari saya pula kat sekolah."

Riley berjalan keluar dari kedai ibunya.Jarak antara sekolah dan kedai ibunya tidak jauh.Sebab itu dia memilih untuk berjalan sahaja.Tadi wakil dari sekolah Orili bandar Athenil datang menghantar keperluan melukis untuk sekolah mereka.Dia dan pelajar lain akan membahagikan barang-barang itu kepada semua pelajar.

Riley terasa sedikit takut bila Kyle merenung tajam ke arahnya sebentar tadi.Nasib baik Julien juga ada ikut bersama.Selepas ini,dia akan menjarakkan dirinya dari Keena kerana dia sudah mendapat amaran dari Kyle sedangkan dia tiada hubungan istimewa dengan Keena.

Dia mahu menerangkan perkara sebenar kepada Kyle,tetapi dia tidak berani.Hanya dengan pandangan mata Kyle sahaja pun sudah cukup membuat dia kecut perut.Dia kemudian melepaskan keluhan panjang.Menyesal pula dia menerima tawaran dari Keena untuk menjadi pasangannya semasa pertandingan tari-menari di sekolah bandar Athenil dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience