Chapter 131.1

Mature Content Series 573

Daria bergerak awal dari kebiasaan kerana Riley harus datang awal ke sekolah memandangkan sekolah mereka akan menerima barang-barang peralatan melukis dari sekolah Orili bandar Athenil.Dia dan beberapa orang pelajar senior yang lain diminta pergi menyusun dewan untuk menunggu kedatangan mereka.Sebab itu Daria juga ikut datang ke bandar Medion awal dari biasa.Dia tidak mahu menyusahkan Riley untuk mengambilnya nanti.

Thom pula sudah bergerak lebih awal dari mereka.Kebetulan kedainya memperolehi keuntungan banyak.Jadi dapatlah dia membeli sebuah pedati kuda lagi untuk digunakan oleh suaminya kerana pedati kuda yang dicuri belum dijumpai sampai sekarang.

Daria bercadang mahu membuka awal kedai miliknya.Namun setelah berfikir masak-masak,dia berubah fikiran.Lebih baik dia pergi mengisi perut dulu.Nanti bila dia membuka kedai awal,Dahlia dan ibunya pasti akan datang bekerja awal.Kedua-dua anak beranak itu memang sangat rajin.Belum pernah lagi dia melihat mereka meminta cuti darinya.

Dia bukan majikan yang kejam.Dia ada menyuruh mereka beberapa kali untuk mengambil cuti.Namun mereka seringkali menolak.Alasan yang diberikan adalah mereka lebih suka bekerja dari duduk di rumah.Dahlia pula semakin pandai menjahit.Dalam sehari dia boleh menyiapkan dua puluh pasang baju yang diminta oleh pelanggan.

Dia bangga dengan pencapaian Dahlia.Dia tidak akan menolak jika Riley memilih Dahlia.Sepanjang dia di kedai,dia melihat yang Dahlia menunjukkan minat kepada Riley.Namun anaknya itu seperti tidak melihat dan memahami apa yang dirasakan oleh Dahlia.

Berbeza pula bila Riley dengan Mytrice.Anaknya itu rajin sekali mahu membawa Mytrice keluar berjalan-jalan.Malah dia melihat Riley begitu mengambil berat tentang Mytrice.Setiap kali dia kembali dari sekolah rajin sekali dia datang pergi membantu Mytrice.Malah dia perasan setiap kali Riley mengajar Mytrice melukis,mata Riley kerap merenung ke arah Mytrice.Namun Mytrice tidak melihat semua itu.

Daria kadang-kala tergelak melihat perangai anaknya.Dia juga cukup senang dengan sikap Mytrice.Namun dia bersimpati sedikit dengan anaknya kerana Mytrice itu terlalu lurus.Dia tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan menyukai seseorang.Mytrice hanya tahu semua orang yang baik kepadanya adalah keluarga.Daria hanya mampu menghela nafas panjang.

Jika Riley memilih Mytrice mungkin anaknya itu perlu banyak bersabar sehingga Mytrice mengerti.Dia faham mengapa Mytrice menjadi seperti itu.Dia terlalu terkurung di Villa.Tidak seperti anaknya dan Dahlia yang terdedah dengan dunia luar.Sebab itu fikiran Mytrice tidak seperti mereka.

Daria hanya mampu menunggu Riley yang memilih pasangannya sendiri.Dia tidak mahu ikut campur.Bercakap tentang Mytrice,dia terasa rindu pula mahu melihat telatah Mytrice.Sudah bertahun dia tidak berjumpa dengan Mytrice setelah Mytrice berhenti kerja.Dia kemudian duduk di gerai yang sudah dibuka.Dia memesan tiga jenis makanan lalu dia membayar awal harga makanan itu.

Sedang dia asyik menikmati makanan yang terhidang di meja,dia terlihat seorang lelaki yang sedikit berumur kelihatan sedang memangku seorang remaja perempuan dalam keadaan tergesa-gesa.Dia mulai tertarik untuk mengejar lelaki itu bila dia melihat wajah perempuan itu.Apabila lelaki itu semakin mendekat,wajah Daria berubah.Ternyata dia tidak tersilap melihat.Perempun yang ada di pangkuan lelaki itu adalah Mytrice.

Tanpa menghabiskan makanan,dia berlari-lari mengejar lelaki itu yang sudah masuk ke sebuah pusat rawatan.Apabila dia masuk ke sana,dia melihat lelaki itu sedang duduk sambil termenung panjang.Wajahnya kelihatan risau.Dia pula bertindak mendekati lelaki itu.

"Bob?err..awak buat apa kat sini?awak sakit ke?."Kata Daria pura-pura bertanya.

Dia sebenarnya mencari perempuan yang dipangku oleh Bob sebentar tadi.Namun dia sudah tidak melihat perempuan itu lagi.Mungkin perempuan itu sedang dirawat di dalam.Dia bukan mahu menyibuk hal orang,tetapi jika benar orang yang dia lihat tadi adalah Mytrice,tiada salahnya dia mahu membantu.

"Err..maaf awak siapa?."

Bob bertanya kepada Daria.Fikirannya bercelaru sekarang.Dia risau jika Mytrice tidak bangun lagi.Dia menyayangi Mytrice seperti anaknya sendiri.Terlalu banyak jasa ibu Mytrice kepadanya dulu.Emerlad banyak membantu dia dan keluarga yang sering ditimpa kesusahan.Sebab itu dia masih bertahan kerja di Villa Sakura walaupun dilayan buruk oleh Derick.Dia tidak mahu membiarkan Mytrice menderita.Kepalanya pula terasa pening.Dia berasa semakin pelik dengan kelakuan Derick.

Derick sanggup melakukan kekejaman kepada anaknya sendiri.Sedangkan anak orang lain dijaganya dengan cukup sempurna.Dia masih boleh terima jika Mytrice disuruh bekerja di ladang kerana dia tahu Sally dan pekerja lain tidak pernah menyuruh Mytrice melakukan kerja yang agak berat.Namun apa yang dia tidak boleh terima bila Derick memukul anaknya sendiri yang ketika itu sedang bekerja sehingga pengsan.Kelakuannya itu langsung tidak boleh diterima akal.

"Awak tak ingat saya lagi ke Bob? saya Daria isteri Thom."Kata Daria cuba mengingatkan.

"Oh..Daria..err maaf,terlupa pula saya.Sebab saya dah jarang sangat berjumpa dengan awak.Muka awak pun dah berubah sedikit.Sebab tu saya tak kenal tadi.Saya hantar anak angkat saya.Dia sakit."Kata Bob berdalih.

"Hahaha..biasa lah Bob.Saya pun dah semakin berusia.Kita jumpa dulu pun dah lama sangat.Awak pun saya dah hampir tak kenal tadi.Tapi cara awak berjalan tu tetap sama.Eh?budak tu anak angkat awak rupanya?."Kata Daria terkejut.

"Awak dah berusia pun tapi wajah awak semakin cantik Daria.Tu lah,dah bertahun-tahun kita tak jumpa.Awak tak buka gerai lagi ke?Hari tu saya ada datang ke sini,tapi saya tak nampak awak berjual lagi.Err..awak kenal ke anak angkat saya tu?."Kata Bob.

"Saya dah tak jual sayur-sayuran dan buah-buahan lagi Bob.Hanya suami saya sahaja.Tu pun dia bukan berjual kat sini tapi kat bandar Athenil.Saya pula buka kedai menjual kain.Kalau awak nak buat baju,datang sahaja kat kedai saya.Saya kenal anak angkat awak tu.Dia cucu Mary kan.Anak saya rapat dengan dia dulu.Tapi bila tuan Derick tak nak lagi kami hantar bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan kat Villa,kami pun dah jarang sangat berjumpa dengan dia."Kata Daria tersenyum.

Bob pula baru teringat yang Thom dan anaknya dulu sering datang menghantar barang-barang di Villa Sakura.Malah kedua-dua mereka mengenali Emerald kerana Emerald kerap turun ke bandar Medion untuk membeli jualan Daria dan Thom dulu.

"Dah bertambah maju awak sekarang Daria.Saya pula masih macam ni.Dari dulu suami awak tu kuat betul bekerja.Saya tak hairan kalau suami awak memilih berjual di bandar Athenil kerana sana hampir semua penduduknya kaya raya.Nak jual dengan harga mahal pun mereka tak kisah.Kalau kat sini ramai sangat saingan.Kalau jual mahal,memang tak laku."Komen Bob.

"Rezeki anak Bob.Awak pun apa kurangnya.Kerja kat Villa besar tu.Betul tu,suami saya pun cakap benda yang sama.Err..bob..anak angkat awak tu sakit apa?."

"Saya pun tak tahu sama ada nak gembira ke atau tak bila saya masih kerja kat Villa tu.Hmm..saya tak pasti pula sebab dia kerja kat ladang.Saya hanya hantar dia untuk menerima rawatan sahaja."Kata Bob menipu.

Walaupun dia tahu yang Daria itu bukan jenis perempuan bermulut celupar tetapi dia tidak boleh menceritakan apa yang terjadi dengan Mytrice kepada orang yang bukan bekerja di Villa.Dia takut jika Derick bertindak di luar jangkaan.Sedang mereka bercerita,seorang perawat datang untuk memanggil Bob masuk ke dalam.Daria juga ikut masuk bila Bob memberi dia kebenaran.

Apabila sampai di dalam,wajah Daria berubah.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Tubuh Mytrice kelihatan luka-luka seperti bekas dipukul.Mytrice ketika itu masih belum sedarkan diri lagi.

"Erm..macam ni,encik..kami tak dapat buat rawatan untuk anak encik ni.Peralatan kat sini tak cukup.Saya cadangkan encik hantar anak encik ke pusat perubatan kat bandar Athenil.Err..encik,boleh saya tanya sesuatu?."Kata perawat itu takut-takut.

"Tak apa.Nanti saya bawa dia ke bandar Athenil.Cik nak tanya apa?."

"Luka anak encik ni mencurigakan sedikit.Encik dera budak ni ke?."Kata perawat itu terus-terang.

"Cik..saya tak dera budak ni.Saya pun tak tahu kenapa dia boleh jadi macam ni.Saya kerja jauh dari anak saya ni."Kata Bob tenang.

"Kalau boleh encik tengok-tengok juga dengan siapa anak encik berkawan.Saya risau dia mungkin menjadi mangsa buli ."Nasihat perawat itu.

"Nanti saya bincang dengan nenek dia.Err..cik kalau macam tu saya bawa anak saya dulu ke bandar Athenil untuk mendapatkan rawatan."

"Encik ada pedati kuda ke?."

"Tak ada."Jawab Bob pendek.

"Hmmm..encik boleh ikut pedati kuda milik kami.Nanti saya minta pekerja lelaki untuk angkat anak encik."

"Err..tak perlu,biar saya yang angkat anak saya ni."

Bob menolak cadangan perawat itu.Dia masih kuat untuk mengangkat Mytrice yang bertubuh kurus itu.Mereka pun bergerak ke arah pedati kuda yang ada di luar.Sementara Daria pula terpaksa berlalu pergi kerana dia perlu mengambil kunci di pejabat penjaga bandar Medion.Sebentar lagi pekerjanya akan datang.

Apabila sampai di pejabat penjaga bandar Medion,Daria sempat lagi terbayang-bayang keadaan Mytrice.Dia menjadi risau jika Mytrice menjadi mangsa dera.Tetapi dia tidak percaya jika Bob yang melakukannya.Tapi siapa?Derick?tidak mungkin.Dia tahu Derick sangat baik kerana dia pernah bertemu dengan Derick sewaktu Emerald masih hidup.Mungkin juga pekerja lain fikirnya.

"Madam..tu kunci yang awak minta tadi."Tegur penjaga bandar Medion itu.

Wajahnya kelihatan masam mencuka bila melihat Daria masih berdiri di sana sambil termenung jauh.Sedangkan dia sudah meletakkan kunci itu di hadapan Daria.Lagipun masih banyak lagi kerja yang perlu dia selesaikan.Jika boleh,dia mahu Daria beredar cepat dari sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience