Apabila semakin banyak orang berkumpul,Belinda pura-pura pengsan lagi.Apabila dia bangun kembali,dia mengesot jauh dari Mytrice dengan wajah takut.Mayda pula menghampiri Belinda.Dia membantu Belinda untuk berdiri.Derick pula menyuruh pekerja yang berkumpul di sana untuk kembali bekerja.
"Budak tu..budak tu..pembawa malang."
Derick memandang ke arah Mytrice yang hanya diam membisu.Wajah Mytrice kelihatan bingung.Matanya memandang sebentar ke arah Derick.Namun tiada sedikit pun rasa simpati di hati Derick untuk Mytrice.Dia benci melihat wajah Mytrice.
"Mayda.. boleh tak awak tanya jika dia boleh buang nasib malang tu."
Mayda kemudian cuba bertanya dengan Belinda.Agak lama Belinda berdiam diri.Matanya merenung ke arah Mytrice dengan tajam.Dia seperti bercakap-cakap sesuatu.
"Derick..hanya awak sahaja yang dapat buang nasib malang tu."kata Belinda dengan suara garau.
"Err..macam mana caranya?."
"Awak mesti buat sesuatu pada budak tu.Darah dan air mata budak tu awak ambil kemudian renjis kat bilik isteri awak.Hanya itu sahaja cara untuk membuang nasib malang isteri awak."Kata Belinda menunjuk ke arah Mytrice.
"Err tapi.."
"Cepat lakukan sekarang sebelum matahari terbit.Kalau tak sia-sia sahaja awak panggil saya datang sini."kata Belinda kasar.
Derick tiada pilihan.Dia menyuruh Mayda mengambil mangkuk dan kayu.Dengan senang hati,Mayda berlari laju masuk ke dalam Villa kemudian dia kembali ke sana.Derick pula bertindak menarik tangan Mytrice dengan kasar.
Dia memukul Mytrice sehingga tangan dan tubuh Mytrice luka.Namun tiada setitik air mata pun keluar dari mata Mytrice.Matanya merenung ke arah Belinda dan Mayda yang tersenyum sinis ke arahnya.Rasa sakit itu tidak lagi dia rasakan kerana dia mahu mengingat wajah jahat itu.
"Mayda awak pergi tarik orang tua tu datang ke sini sekarang!!.Degil betul budak ni."Kata Derick.
Mayda kemudian berjalan mencari Mary agar datang ke sana.Mytrice pula cuba untuk menghalang.Namun Derick memukul sehingga dia terjatuh.Mayda kemudian tiba di sana sambil membawa Mary yang kelihatan panik.Dia cuba menghampiri Mytrice namun Derick menolak tubuhnya dengan kasar lalu dia bertindak mencekik Mary di hadapan Mytrice.
"Nenek..nenek..tuan..tuan lepaskan nenek.. lepaskan nenek saya..tuan dia dah tua.Kalau tuan marah,marah pada saya sahaja.Nenek..nenek saya tak salah tuan..tolong..tolong lepaskan dia tuan."Rayu Mytrice.
"Mayda cepat ambil air mata dan darah budak tu."Kata Derick.
Wajah Mary sudah mula berubah menjadi pucat.Mytrice menangis kuat sambil berteriak.Dia cuba menarik tangan Derick.Namun Mayda menghalangnya.Darah dan air mata Mytrice diambil dengan kasar.Selesai sahaja Derick menolak tubuh Mary dengan kuat.
Mytrice pula berjalan dalam kesakitan menuju ke arah Mary.Mary kelihatan cuba untuk bernafas.Matanya tiba-tiba mengalirkan air mata.Dia benar-benar berasa bersalah kerana dia tidak dapat melindungi Mytrice.
"Nenek..nenek..nenek."Panggil Mytrice dalam tangisan.
Mary terbatuk-batuk kecil.Lehernya terasa sakit kerana dicekik oleh Derick sebentar tadi.Namun dia cuba untuk menahan sakit.Dia memegang wajah Mytrice.Hatinya terlalu sakit melihat perubatan Derick kepada Mytrice.
"May..jangan menangis lagi.Nenek..nenek baik-baik saja.May,maafkan nenek kerana nenek tak dapat bantu May tadi."Kata Mary menangis.
"Nenek..nenek tak salah.Semua ni salah saya nenek.Kalau lah saya boleh bawa nenek keluar dari sini,nenek tak akan jadi macam ni.Saya tak berguna nenek.Mungkin betul kata perempuan tadi.Saya pembawa malang pada nenek."Tangis Mytrice.
"May..jangan cakap macam tu.Awak bukan pembawa malang May.Hanya nasib yang tak menyebelahi awak."Kata Mary sedih.
"Nenek.. maafkan saya nenek.."
Tubuh Mytrice tiba-tiba rebah.Mary pula menjadi panik.Dia berusaha untuk bangun.Kebetulan Sally pula sudah balik.Dia terkejut melihat keadaan Mytrice dan Mary.Air yang diangkatnya dibiarkan sahaja tertumpah.Dia berlari menuju ke arah mereka berdua.Dia menjadi panik melihat tubuh Mytrice yang berdarah.
"Sally..tolong bawa May sekarang.Sally.."
"Auntie.. auntie tunggu sini sekejap."
Sally berlari-lari memanggil Bob yang sedang mengangkat sesuatu.Apabila Sally memberitahu keadaan Mytrice,Bob cepat-cepat bergerak ke arah sana.Bob menyuruh Sally membawa Mary untuk berehat di ladang dulu.Sementara dia mengangkat tubuh Mytrice menuju ke jalan besar.Kebetulan waktu itu sebuah pedati kuda lalu di sana.Dia menahan pedati kuda itu lalu dia membawa tubuh Mytrice masuk ke dalam.Pedati kuda itu pun berjalan menuju ke bandar Medion.
Derick pula kelihatan sedang merenjis-renjis darah dan air mata Mytrice di pintu bilik Elenor.Tangannya terketar-ketar memegang darah itu.Namun dia terpaksa memberanikan diri untuk melakukan semua itu agar isterinya kembali bersikap seperti dulu.Belinda ada berpesan agar Derick tidak masuk ke dalam Villa buat sementara waktu.Derick pula hanya menurut.Dia kemudian duduk di taman setelah dia selesai melakukan apa yang disuruh oleh Belinda.
Sementara Elenor pula keluar dengan wajah sembab.Dia memanggil Amran untuk menghantar dia ke bandar Medion lagi.Seperti biasa,dia menyuruh Amran pulang lalu dia menaiki pedati kuda lain untuk ke Manor Dane.
Apabila dia datang di sana.Dane kelihatan sedang duduk berhampiran dengan pancuran air.Matanya dipejam sebentar.Elenor pula segera menghampiri Dane.Tanpa rasa malu,dia memeluk tubuh Dane dengan erat.
"Dane.. maafkan saya sayang..anak kita..anak kita dah tak ada..awak jangan tinggalkan saya Dane."Kata Elenor merayu.
Dane pula menolak perlahan tubuh Elenor.Dia tidak selesa dipeluk oleh perempuan.Terutama sekali Elenor yang kerap berganti pasangan.Elenor pula terkejut dengan tindakan Dane.
"Dane.. maafkan saya.. saya cintakan awak Dane.Jangan tinggalkan saya."Kata Elenor cuba merayu.
Dia hampir gila bila dia tidak dapat bertemu dengan Dane.Malah suaminya sendiri pun dia sudah tidak peduli.Begitu juga dengan anaknya Cosmas.Jack juga dimarahnya bila Jack datang untuk memujuk.Dia hanya perlukan Dane bukan mereka.
"Elenor.. terlalu sukar untuk saya maafkan awak.Awak dah lah gugurkan anak kita semasa hari jadi saya.Tu ke hadiah awak untuk saya?."Kata Dane kasar.
"Dane..saya..saya..bukan salah saya Dane.Ada orang tolak saya..Dane..saya sanggup lakukan apa sahaja,yang penting awak terima saya semula."Kata Elenor merayu.
Dia kelihatan seperti orang yang sudah hilang akal.Dia takut jika dia ditinggalkan oleh Dane.Dia sudah terlanjur cinta dengan Dane.Semua itu kerana Derick.Derick yang membunuh anaknya dan Dane.
"Elenor saya tak percaya hanya dengan kata-kata sahaja.Saya nak tengok apa yang awak boleh buat."Kata Dane serius.
"Saya..saya tahu apa nak buat.Keuntungan perniagaan awak semakin menurun kerana Derick dan Maer kan.Saya ada cara nak hapuskan mereka berdua."Kata Elenor terketar-ketar.
"Elenor jangan bergurau dengan saya.Anak dalam perut tu pun awak tak boleh jaga."Kata Dane tersenyum sinis.
"Tak..kali ni saya sangat yakin yang saya boleh buat.Derick ada rahsia yang orang tak tahu.Dia ada anak perempuan.Tapi dia tipu Maer.Dia tak nak jodohkan anaknya dengan anak Maer.Kalau saya beritahu Maer tentang semua ni saya pasti Maer akan hapuskan Derick.Lepas tu awak tak ada saingan lagi."Kata Elenor bersungguh-sungguh.
Dane pula mengerutkan keningnya.Terfikir juga dia anak Derick dengan siapa yang dimaksudkan oleh Elenor.Jika dengan Emerald,semua itu tidak mungkin.Dia mendengar cerita yang anak Emerald juga meninggal sama.
"Kalau awak boleh lakukan semua tu,saya akan terima awak semula Elenor."Kata Dane dengan nada romantis.
"Betul ke?awak tak tipu?."
"Betul.Saya tak pernah menipu awak Elenor."
"Tapi awak janji yang saya boleh datang ke sini untuk berjumpa dengan awak seperti selalu."
"Boleh..yang penting awak tunaikan janji awak."
Elenor tersenyum senang.Dia kemudian memeluk tubuh Dane.Kali ini Dane membalas pelukan Elenor.Dia kemudian menyuruh Elenor balik memandangkan dia harus bertolak ke Pulau Epeltus.Dia ada menghadiakan Elenor sebentuk cincin sebelum Elenor balik.Belinda yang sedang menyandar di tiang tersenyum ke arah Dane.Nasib baik juga Dane mahu membantunya.Dia yang memujuk Dane agar berjumpa dengan Elenor.Dia tidak sabar lagi mahu menagih wang daripada Mayda nanti.
Sementara itu Elenor pula balik ke Villa sakura dengan wajah ceria.Dia tidak terus masuk ke dalam Villa.Sebaliknya dia bergerak ke arah taman.Kakinya berhenti melangkah bila dia ternampak Derick tidur di sana dengan wajah letih.
Mulanya dia tidak mahu mendekati Derick.Tetapi setelah difikir-fikir,dia harus melayan Derick dengan baik agar Derick sibuk bekerja semula.Dia risau jika Derick mengekori dia yang mahu bertemu dengan Dane.
"Sayang.. sayang..bangun.Kenapa tak tidur kat bilik?."Kata Elenor lembut.
Derick pula agak terkejut.Dia cepat-cepat bangun.Matanya digosok beberapa kali.Dia seperti tidak percaya apabila melihat isterinya yang sedang duduk di sebelahnya sambil tersenyum manis.
"Err.. sayang,saya tak bermimpi ke ni?."Tanya Derick seperti inginkan kepastian.
"Hahahaha..mimpi apa pula?sayang mimpi buruk ke?tu lah tidur lagi kat luar.Sayang,saya nak naik kat bilik dulu.Nak bersihkan diri dulu.Sayang tak nak ikut saya ke?oh..lupa pula.Sayang,esok saya nak ikut sayang pergi kerja boleh?."Kata Elenor manja.
Dia memegang wajah Derick sebentar lalu tersenyum mesra.Dia kemudian bergerak masuk ke dalam Villa tanpa mahu mendengar jawaban dari Derick yang sejak tadi terdiam tanpa kata.Derick pula tersenyum-senyum.Perasaannya ketika ini bercampur-campur.Dia berasa gembira bila melihat isterinya kembali seperti dulu.
Dia kemudian mencari Mayda yang kebetulan sedang menyiram bunga.Tetapi sebenarnya Mayda sedang memasang telinga untuk mendengar perbualan antara Derick dan Elenor.Risau pula dia jika lakonan Belinda tadi tidak berhasil.
"Mayda.. berhenti dulu buat kerja tu.Datang sini cepat.Saya nak beritahu awak sesuatu."
"Err..apa dia tuan?."Kata Mayda takut-takut.
"Betul apa yang awak kata pada saya.Orang yang awak bawa tadi tu tak menipu.Saya rasa macam tak percaya bila saya lihat isteri saya kembali seperti dulu."Kata Derick dengan riak gembira.
"Err..syukur tuan.Saya pun dah takut kalau dia cuba menipu."Kata Mayda pura-pura sedih.
"Tak..dia tak tipu.Mayda..awak ambil wang ni.Dua uncang ni awak bagi pada orang yang awak bawa tadi.Ni pula untuk awak.Beritahu dia yang saya sangat berterima kasih banyak kerana dia sudah menyembuhkan isteri saya.Awak pergi sekarang juga Mayda.Wang yang ni awak gunakan untuk perbelanjaan awak selama awak berjalan-jalan di bandar Athenil.Mayda saya beri awak cuti selama satu minggu.Nanti awak tinggal kat rumah penginapan Lily's.Awak beritahu sahaja nama saya.Nanti mereka tunjuk tempat awak menginap.Mayda terima kasih sebab awak tolong saya untuk menyembuhkan Elenor."
Derick berasa terharu kerana Mayda mahu membantunya.Sebab itu dia tidak kisah mahu mengeluarkan banyak wang untuk diberikan kepada Mayda dan orang yang dibawa Mayda tadi.
"Err..tuan kalau macam tu saya pergi dulu.Nanti kalau saya terlambat,susah pula saya nak cari orang yang saya bawa tadi.Maklum lah dia selalu sibuk.Banyak sangat orang yang nak minta pertolongan dari dia untuk membuang nasib malang."Kata Mayda.
Dia kemudian mencari Ayl untuk menghantarnya di bandar Athenil.Dalam perjalanan ke bandar Athenil,dia tersenyum lebar.Dia akan membahagikan wang Belinda kepada Donna agar wang untuknya tidak berkurangan.
Share this novel