Bab 10 Janji

Romance Series 10412

“Argh!” Lelaki itu jatuh melutut, dengan wajahnya yang berantakan dan berdarah-darah. Dia meludah air liur yang bercampur darah ke lantai. Wanita yang berdiri dihadapannya hanya melihat dia dengan dingin. Tidak langsung rasa kasihan lelaki itu. Lelaki itu bangkit berdiri, kalau dulu dia berharap mereka terus menamatkan nyawanya tapi kali ini tidak.

Dia punya alasan untuk terus berdiri.
Wanita dingin itu menampar pipi Ren “Anak tidak guna!” rokok di bibir merah itu kini dikepit diantara dua jari. Wajah jelita itu kelihatan persis seperti Medusa. Cantik dan menakutkan.

Ren hanya tersenyum sinis, langsung tidak kisah ditampar dihadapan orang-orang Sakura.

“Kalau aku tidak ada perancangan buat mu, sudah lama aku bunuh!” Ren langsung tidak merasa gentar malahan suara itu kedengaran lucu.

Jake dan Aaron berdiri tidak terkutik dan hanya menunduk. Rasa bersalah menjalar dihati mereka. Ini bukan kali pertama mereka menyaksikan Ren dipukul oleh anjing-anjing Sakura dan setiap kali itu juga mereka tidak berdaya untuk menolong. Ren selalu berpesan untuk jangan ikut campur kalau tidak mahu nyawa mereka melayang.

“Sudah Sakura. Itu anak mu.” Kedengaran suara Genji dari belakang. Orang kanan Sakura ini satu-satunya orang yang tidak takut membantah. Sakura berpaling, menatap Genji dengan marah.

“Kau juga mahu membantah ku!?” Tempik wanita gila itu lagi.

“Mana mungkin. Mana aku berani membantah mu tapi jangan diikutkan hati. Kau tahu bahwa aku benar.” Balas Genji bersahaja lalu dia duduk diatas sofa sambil menyilang kaki. Genji mengisyaratkan orang-orang Sakura untuk keluar. Ini perbincangan keluarga yang tidak harus didengari orang lain.
Ren melirik kearah Genji yang duduk tidak jauh daripadanya, Genji mendengus. Setiap kali Ren diseksa Ibunya, Genji akan datang memujuk Sakura dengan caranya tersendiri Kadangkala dia sendiri naik bosan dengan baran wanita itu.

“Disebabkan kesalahan bodoh mu, Toji-san lari. Jangan sampai orang-orang ku menemuinya atau dia bakalan mati. Dan itu kesalahan mu.” Gertak Sakura lagi.

Ren mengeluh. Dia tidak peduli siapa yang akan mati sekarang, yang pasti bukan dirinya. Sesiapa juga akan lari untuk menyelamatkan diri, termasuk dirinya. Otaknya hanya memikirkan Adelia. Sebuah alasan untuk tetap berjuang.

“Kalau kau tidak betah disini, kau bisa memilih untuk bernikah dengan Catherine.” Ucap wanita itu dingin. Jadi ini alasannya sering menyeksa Ren, untuk membuat lelaki itu memilih Catherine.

Ren berfikir sejenak. Idea berkahwin dengan Catherine sekarang tidak kedengaran buruk malahan akan menyelamatkan dirinya. Mungkin ini akan menyelamtkan dirinya. Bahkan dia tidak perlu lagi membuat kerja kotor Sakura.

“Benar Ren, kalau aku jadi kau, aku nikah sama Catherine. Cantik, sopan, dari keluarga terhormat. Aku juga dengar dia mencintai kau. Sepatunya kau ikut saja.” Genji menyampuk sambil memetik api membakar rokok dibibirnya.

Ren mengangguk, Genji benar. Ini lah masanya untuk memulakan langkah.

“Baiklah. Aku bersedia untuk bernikah sama Catherine tapi dengan syarat.”
Sakura dan Genji sama-sama mengerut dahi.

“Apa syarat mu?” Tanya Sakura dingin. Tetap tidak mahu meruntuhkan benteng yang dia bina. Boleh jadi permintaan Ren akan memakan dirinya kelak.

“Aku mahu ke Malaysia dan bekerja di company Daddy dan aku mintak 2 tahun sebelum menikahi Catherine.” Dalam tempoh 2 tahun ini Ren akan memastikan untuk melicinkan rancangannya.

“Wahhh ini sudah bagus Sakura. Tidak perlu lagi kau memaksanya. Cerdas juga anak mu.” Genji menyindir sambil tertawa kecil. Asap yang dihembus memenuhi ruangan.

Sakura berpeluk tubuh, cuba mencari kesan dari pilihan ini. Wajah Ren ditatap lekat, syarat ini tidak terlalu buruk seperti yang disangka. Masih memberi kemenangan sepenuhnya kepada Sakura.

“Asalkan kau akhirnya menikahi Catherine, aku tidak peduli kemana kau mahu pergi. Tapi ingat, jangan bermain dengan api.” Sakura mengakhiri kata-katanya sebelum berpaling keluar dari ruangan itu. Ren tersenyum miring, lega dengan permintaannya ditunaikan.
Jaga langkahmu sendiri, Mami.

Genji bangkit lalu berjalan kearah Ren yang masih berdiri tegap walaupun sudah teruk dibelasah.

“Ini jangan lupa diobatin Tuan mu.” Perintah itu diterima oleh Aaron dan Jake. Genji menggelengkan kepala melihat anak tunggal Sakura.

“Kau sudah tahu apa yang bakal dilakukan oleh Mami mu, kenapa kau bertindak sedemikian?” tanya Genji peduli. Diperhatikan hujung bibir Ren yang pecah dengan mata yang lebam. Sakura benar-benar tidak mempunyai rasa belas kasihan walaupun dengan anak sendiri.

“Kenapa kau masih bekerja untuk Ibu ku?” soal Ren ingin tahu. Wajah Genji berubah tapi cuba untuk tidak menjawab persoalan itu terus, dia mendesah lesu. Membetulkan pakaian Ren, mengibas habuk yang melekat pada bahu baju lelaki itu.

“Aku sudah tua, tidak punya keluarga dan disini adalah tempat ku.” balas Genji datar.

“Dan kau juga sudah aku sudah menganggapmu seperti anak. Maafkan aku jika tidak mampu melindungi mu.” Dihujung katanya terdengar lirih. “Dendam yang membawa Mami mu kesini, jadi dia masih perlu kan aku untuk berfikiran waras. Aku tahu dia tidak layak mendapat kata maaf dari mu, aku juga faham kau membencinya tapi kau harus sayangi dirimu sendiri.” Genji akhirnya melepaskan Ren yang kini tampak sedikit kemas. Genji menarik hujung bibir.

Tiada orang yang lain yang Sakura percaya selain Genji dan lelaki itu tetap teguh bersama walaupun terkadang akal tidak sihat Sakura sering membuat dia lelah.

Ren tidak faham hubungan mereka. Kekasih? Bukan. Mereka berdua seperti keluarga. Apa yang Ren tahu, Genji itu sebatang kara, masa mudanya dihabiskan untuk bekerja dengan Tsuyoshi dan sewaktu Tsuyoshi membuang Sakura, Genji mengikut Sakura pergi. Pantas saja Genji pertahankan Sakura.

Genji itu tidak sejahat Sakura, orang nya lebih tenang dan waras. Tidak mampu melwan Sakura tapi dia punya cara sendiri untuk mententeramkan keadaan. Sungguhpun begitu, Genji masih dibawah telapak kaki perempuan kejam itu. Genji tidak pernah permasalahkan hal itu. Tidak pernah walaupun sekali.

“Jangan lupa dibantu Tuan kalian! Jadi anjing itu biar berguna, masa Tuannya dipukul kamu berdua diam?” Jerkah Genji kepada anak-anak buah Ren, mereka tertunduk-tunduk takut. Genji berdecit kesal, ada pengawal tapi pengecut, patut dicampak saja telur mereka untuk dimakan anjing.

Genji kemudiannya berlalu pergi meninggalkan mereka.

“Ma-maaf Tuan.” Ucap Aaron takut-takut. Ren menggelengkan kepala.

“Aku belum mati.” Ren tersengih. “Tidak akan mati.”

*****

“Ren pergi mana sampai muka jadi macam tu?”

“Aku jatuh, sayang.”

“Tipu…”

“Ya benar. Kamu ngak percaya sama aku?”

Adelia mencebik. Niatnya untuk menulis dihentikan.

“Mana ada orang jatuh muka teruk macam tu? Sampai lebam mata.” Adelia mendekatkan telefon pada wajahnya, cuba meneliti wajah Ren dari layar kecil.

“See, lebam-lebam. Kalau tipu macam ni Adel tak nak cakap dengan Ren.”

“Sayang…” suara itu sekali lagi membuat perut Adelia menggebu, “Kamu ngak percaya sama aku?” Soalannya diulang tapi kali ini sengaja ditekan perkataanya tapi masih tetap kedengaran lembut.
Adelia mengeluh, ada rasa curiga mengigit jiwanya tapi cepat-cepat dia membuang fikiran itu jauh-jauh.

Adelia menundukkan wajahnya yang bertukar suram “Tolong jaga diri elok-elok. Ren dah janji nak jumpa Adel kan?”

“Ya, Sayang. Aku janji.” Ren tersenyum.

“Kamu lagi apa?” tanya Ren ingin tahu. Sedari tadi dia melihat Adelia khusyuk menulis pada buku notanya.

“Adel tengah menulis. Nak baca?” Adelia teruja. Seharian dia cuba memikirkan idea.

“Ya boleh.”

“So, kalau Adel tulis macam ni agak-agak okay tak?” Tanya Adelia sambil menunjukkan buku notanya kepada lelaki itu. Lelaki itu memincingkan mata berusaha membaca tulisan Adelia melalui layar kecil.

“Aku ngak bisa baca, sayang. Terlalu kecil.”

Selagi lagi suara lembut itu membuat Adelia cair.

“Bisa kamu bacakan?” Pinta Ren.
Jadi Adelia baca satu persatu apa yang dia tulis untuk dijadikan bahan cerita novel online nya. Cerita tentang manusia zaman moden kembali ke abad 15 akibat kemalangan. Saat mendengarkan itu, Ren mendadak ketawa.

“Kenapa ketawa? Tak best ke?” Adelia mencebik. Penat dia fikir idea akhirnya diketawakan.

“Bukan. Aku ketawa kerna kamu terlalu lucu. I have so many questions.”

“Apa?”

“Jadi bagaimana mereka mahu kembali ke dunia mereka?”

Adelia sejenak berfikir. Dia masih belum memikirkan lagi soal itu. Baru merangka isi hadapan, isi ditengah masih lopong.
“Hmm nanti Adel rangkakan. Sekarang ni tolong bagi feedback.”

“Sebentar, give me 10 minutes.” Lelaki itu menekan-nekan papan kekunci komputer riba, membiarkan Adelia menatap wajah seriusnya. Entah apa yang dia lakukan sehingga Adelia harus tunggu 10 minit. Sesekali lelaki itu terlihat seperti berfikir tapi wajah seriusnya begitu menarik perhatian Adelia.

Adelia meneliti raut wajah Ren. Rambutnya sedikit panjang tapi tidak melepasi bahu, hidungnya mancung dan alis mata tebal melengkapkan karakter wajahnya yang tampan. Mungkin Ren lebih mengikut wajah Sakura kerana Daddy tidak mempunyai hidung mancung. Daddy masih dibilang tampan dalam lingkungan lelaki Asia Tenggara manakala Ren lebih kepada Asia timur.

Walaupun tidak terlalu jelas namun Adelia dapat lihat tatu yang mengintip dari celahan lengan baju pada kanan dan kiri tangan lelaki itu. Terlihat seperti orang kasar namun personaliti Ren mengatakan yang sebaliknya. Ren lelaki paling lembut hati yang Adelia pernah jumpa. Pelik untuk seseorang yang membesar tanpa keluarga lengkap boleh membesar seperti Ren.

Pernah Adelia tanyakan dulu, jawapan Ren mudah ‘Obasaan itu orangnya lemah lembut jadi aku lebih mengikut peribadinya.’. Tidak pelik sebab Daddy juga seorang yang lembut, lihat saja bagaimana Daddy melayan Ibu. Macam pasangan baru bercinta.

“Sudah puas lihat aku?” lelaki itu tersengih-sengih membuat Adelia malu. Adelia lantas tertunduk menyorok wajahnya yang merah.

“Aku hantar sesuatu di WhatsApp, cuba kamu lihat.”

Mendengarkan arahan itu, Adelia membuka pesanan yang dia baru dapat. Ada satu words document yang baru dihantar. Cepat Adelia buka dan baca. Dia meneliti dokumen yang dihantar. Satu muka surat penuh ringkasan idea yang Adelia baru lontarkan. Ada pendahuluan, ada isi, walaupun tidak keseluruhan tapi tetap saja bagus.

“Eh? Ren tulis ni?” Pertanyaan Adelia dibalas anggukan dan senyuman. Woaaa, Adelia teruja.

“Hahaha tak sangka Ren pandai menulis.”

Ren memutarkan bola mata “kamu ragui aku?”.

Adelia mengeleng “Tak tapi you don’t have that look.”

“What look?”

“The writer’s persona.” Adelia tertawa kecil. Lelaki itu nampak lebih kepada lelaki yang bekerja 9 pagi hingga 5 petang. Ren tersenyum nipis.

“Kamu benar mau jadi penulis?”
Adelia mengumam “For fun yes, untuk jadikan kerjaya mungkin tidak.”

“Why not. Aku yakin kamu bisa.”

“Really?” Wajah Adelia berseri-seri.
Ren mengangguk “Yeah, I believe in you”
Adelia tersenyum manis. Dia yakin Ren adalah lelaki yang dikirim tuhan buatnya. Hanya tuhan yang tahu betapa bahagianya Adelia diberikan satu orang yang sudi menyokongnya dari belakang dan berharap Ren punyai rasa yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience