Bab 13 Wish

Romance Series 10412

“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Adelia. Happy birthday to you.”

Suara mereka bergabung menyanyikan lagu hari jadi buat Adelia. Bukan hanya keluarga Gajendra namun pelayan di restoran itu juga turut serta meraikan perayaan itu. Kek red velvet berbentuk bulat berukuran enam inci itu diletakkan dihadapan Adelia. Matanya bersinar menatap lilin yang bercahaya dengan senyuman lebar terukir menampakkan sepasang lesung pipit yang indah.

“Terima kasih Ibu, terima kasih Daddy!” Ucap Adelia riang, ditatap wajah kedua orang tuanya bersilih ganti. Dia kemudian memalingkan perhatian kepada lelaki yang tersenyum senang padanya.

“Terima kasih.” katanya lagi, kali ini dengan perlahan. Senyuman riang itu bertukar menjadi senyuman penuh makna. Ini kali pertama dia menyambut hari jadi bersama seseorang yang bergelar kekasih. Kekasih hati Adelia.

“Sama-sama.” Ren mengerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara.

“Cepat tiup!” desak Seri yang sudah tidak sabar untuk merakam momen ini didalam telefon bimbitnya. Tanpa ditunggu, Adelia terus meniup lilin tersebut.

“You forgot to make a wish.” Celah Ren.

“I already did.”

Ren mengangkat satu kening melihat Adelia tertawa kecil. Agak-agak apa lah yang di doakan oleh Adelia.

Malam itu dipenuhi dengan senda gurau dan tawa. Boris senang menerima kehadiran Ren, perbualannya dua beranak itu mengalir bagaikan air. Walaupun Ren tidak membesar bersama Boris tapi hubungan mereka lebih baik berbanding dengan hubungan Ren dan Sakura.

Saat Boris mendapat perkhabaran bahawa Ren akan menetap di Malaysia, dia merasa senang, dari dulu Boris mahu membawa anak lelaki itu untuk tinggal bersamanya di Malaysia tapi perjanjian dengan Sakura menjadi perangkap. Gara-gara harta, Sakura memberinya kata dua, ambil harta itu tetapi harus serahkan Ren kepada Sakura secara total. Oleh disebabkan kasihan terhadap Sakura yang dibuang bapanya sendiri, Boris mengalah untuk hak penjagaan anak.

Tetap saja Boris ralat dengan cara Sakura, menjebak Ren kedalam bisnes gelapnya. Untung saja anak nya ini membesar bersama Nyonya Mayumi, kalau tidak… Membayangkan Ren menjadi manusia jahil itu tidak pernah ada dalam otak Boris. Sebagai pewaris tunggal Gajendra, Ren harus meninggalkan bayang-bayang Sakura, tidak baik untuk reputasinya kelak.

“Result SPM lagi dua bulan, kamu sudah bersedia?” tanya Boris kepada Adelia. Ren menjeling Adelia sambil mengunyah makanan. Mengetahui rancangan itu menyebabkan dia sukar melepaskan Adelia pergi. Pengalaman bersama Catherine membuatkan dia trauma tapi tentu saja Ren tidak akan menghalang. Gadis itu bijak, pasti sia-sia kalau dihentikan. Jika perlu, dia sanggup menyusul. Tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama.

Adelia menjeling kearah Ren yang terlihat tenang, Adelia tahu soal ini akan menjadi rumit buat mereka, lebih-lebih lagi jika pilihan pertama Adelia adalah universiti luar negara.

“You ni, Adel kan best student, top 10. Gerenti dapat banyak tawaran.” Seri mencelah. Senyumnya riang. Sejak dari kecil Adelia diberikan pelajaran yang terbaik. Dia banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan Seri juga mengajar Adelia untuk tetap merendah diri, walaupun bapa tirinya kaya tapi diajar untuk bersikap rendah hati. Harta ini bukan miliknya dan dia seharusnya bersyukur. Cuma sekali sekala diberikan kemewahan dan itu tidak harus mengugat akar umbinya.

“Have you decided where to go yet?” tanya Daddy.

Adelia mengangguk “Adel dah decided untuk stay Malaysia. Banyak jugak kan U yang bagus.”

Ren mendongak, menatap Adelia dengan tajam. Apa dia salah dengar?

“Huh? Haritu cakap nak sambung dekat London kan? Lagipun dekat sana senang. Abang Miki dengan Kak V kan ada boleh tengokkan.” Soal Seri pelik, mengerutkan dahi, bingung dengan keputusan Adelia.

“Aha Del, Kenapa kamu berubah fikiran? Dari dulu juga kamu mahu kesana. Bagitahu Daddy, kalau ada yang tidak cukup, Daddy akan cuba cukupkan.” tambah Daddy

“Tak, bukan macam tu.” Adelia melirik ke arah Ren yang sedang memandangnya lalu memindahkan perhatian kepada Boris “Adel fikir yang Adel lebih selesa tinggal di Malaysia, lagipun senang Adel nak ulang alik kan? Ibu sanggup nak lepaskan anak Ibu ni jauh-jauh?”

Seri tertawa kecil, ada-ada saja si mulut bijak ini.

“Ibu tak kisah tapi Ibu dengan Daddy nak yang terbaik untuk Adel. Kalau Adel rasa tinggal di Malaysia lagi bagus then stay here.”

Tanpa mereka sedar, itu hanya sebuah alasan untuk Adelia tetap bersama dengan Ren. Ren mungkin tidak menghalangnya tapi cinta baru saja berputik, tidak mungkin dia mahu meninggalkan lelaki itu. Mereka yang bermula dari jauh juga faham bagaimana hubungan itu berjalan.

“Fikir dulu masak-masak, Ibu taknak nanti Adel menyesal.” nasihat Seri.

“Ibu, trust me. Harini Adel officially 18. Anak Ibu dah besar dan boleh buat Keputusan sendiri.”

Seri menatap Boris, mereka tersenyum nipis. entah kenapa hatinya terasa hiba. Sejenak dia terlupa gadis dihadapan mereka itu bukan lagi anak kecil. Esok lusa akan membawa haluan hidupnya sendiri.

“Ya sudah. Makan ya. Biar kamu besar supaya Ibu mu tidak marah-marah.” Boris cuba menghangatkan suasana.

Saat mereka tiba dirumah, Adelia turun dari kereta. Dia melihat satu objek besar yang tertutup dengan kain hitam di perkarangan rumah, lengkap dengan reben besar diatasnya. Adelia menekup mulut, sudah dapat meneka apa itu. Dia melihat kearah Seri dan Boris yang sudah tersenyum senang.

“Don’t tell me…! Oh my god, is this real?” Adelia berlari-lari mendapatkan objek yang lebih besar daripadanya itu.

“Cuba lah tengok.”

Mendengarkan itu, Adelia terus menarik kain hitam itu jatuh. Matanya terbuntang luas, tidak menyangka apa yang diimpikan selama ini benar-benar dihadapannya. Sebuah Mini Cooper convertible berwarna biru, kereta idaman dengan warna kesukaanya.

Boris datang mendekat lalu dihulurkan kunci kepada Adelia. Adelia mengangkat dagu, matanya bergenang.

“Daddy, terima kasih.” Ucapnya lirih lalu menangis. Terharu dengan kebaikkan kedua orang tua nya.

“You tengok anak you ni menangis.” gelak Boris lalu membawa Adelia kedalam pelukan. “Janji sama Daddy dan Ibu, Adel kena belajar elok-elok. Kami akan terima apa saja asalkan itu yang terbaik untuk kamu.” Bisik Daddy.

Isakannya masih kedegaran, pelukan itu makin erat. Seri datang mendekat lalu memeluk kedua mereka. Ren hanya tersenyum, menumpang senang walaupun ada sedikit rasa sedih menjentik hati. Andai saja Sakura tidak berkelakuan sial, pasti dia dapat merasakan yang sama.

“Mau test drive?”

“Yess!”

“Let me take her,” Ren mendekat, menawarkan diri untuk mengikuti Adelia pergi bersiar-siar dengan kereta barunya.

“Okay baik. Tapi harus diingat, jangan jauh-jauh and Ren, please take care of her.”

“Siap Daddy.”

Adelia melonjak kegembiraan. Keterujaan terpancar dari wajahnya, pertamanya dapat merasmikan kereta baru dan keduanya, dapat bersama dengan Ren.
Keduanya masuk kedalam perut kereta, Adelia menarik nafas dalam-dalam sebelum menarik tali pinggang keledar.

“You scared?” tanya Ren melihatkan Adelia yang kelihatan risau.

“A bit.”
Ren tersenyum, sebelah tangannya dijatuhkan diatas paha Adelia.

“Don’t be, I’m here.”

Adelia menelan ludah.

“You guys ready?” laju tangan itu ditarik kembali saat kepala Boris menjengah kedalam kereta. Dada Adelia berdegup kencang, harap Daddy tidak nampak apa yang terjadi.

“We are ready.” Balas Ren.

“Okay remember, be careful and Ren, please watch your sister.”

Oh yes, Ren akan sentiasa memerhatikan Adelia. Selalu.

Adelia menghidupkan kereta dengan berhati-hati. Saat enjin mengaum, dia tersenyum senang. Dia melambai kearah kedua Boris dan Seri sebelum meninggalkan perkarangan rumah.

“Finally, I got some alone time with you.” Ujar Ren lalu menyandarkan diri, memerhatikan Adelia yang masih dengan wajah cuaknya.

“Where are we going?” soal Ren sambil melihat jarum meter. 40km/j, dia tergelak kecil.

“Sayang, orang-orang dibelakang bakalan marah sama kamu.”

“Shut up, I’m trying.”

Tawanya makin kuat, sengaja membuat Adelia takut.

“Siput siput, Adelia siput.” Ren sambung mengusik Adelia, gadis itu menjeling kearahnya dengan wajah marah.

“Lihat depan, jangan lihat aku. I know I’m irresistible.”

Adelia buat muka seperti mahu muntah. Dia tidak tahu kemana, hanya menekan dan memusing dikawasan sekitar.

“Should we get an icecream?” pertanyaan Ren terus mendapat anggukan laju daripada Adelia.

Sudah 15 minit mereka berpusing akhirnya kereta terparkir menghadap jalan. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, tidak banyak kereta lagi yang berpapasan. Adelia menikmati aiskrim ditangan sambil mendengar cerita Ren. Cerita tentang Jake dan Aaron membuat Adelia tertawa besar.

“What do you wish for?” tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Ren. Adelia seketika bingung mendengarkan soalan itu.

“Wish apa?”

“Your birthday. You wish for something you said.”

Ren memasukkan cebisan kon terakhir kedalam mulut lalu mengelap tangan dan mulutnya pada tisu.
“Oh, mana boleh bagitahu. Secret.”

“So, this is how we do it?” Ren mengjungkitkan kening melihatkan Adelia yang tersengih-sengih. Ren mengeletek Adelia menyebabkan gadis itu ketawa terbahak-bahak.

“Ren, stop! Tengok, dah comot dah.” Adelia mencemik, sisa-sisa aiskrim melekat pada wajahnya. Adelia tidak ubah seperti badut.

“That’s what you get.” balas lelaki itu.
Gadis merengus melihat Ren yang masih dengan tawanya.

“Haha, I’m sorry, Sayang. Let me clean it.”
Tiada tisu yang dicapai kecuali kecupan yang jatuh pada pipi Adelia. Gadis itu membulatkan mata, terkejut dengan aksi Ren. Lelaki itu hanya tertawa geli kerana berjaya menjahili Adelia.

Ren terdiam, dia menatap Adelia lekat.
“You know what. There’s still more.” Sekali lagi kecupan jatuh di pipi sebelahnya. Adelia mendadak kaku, tubuhnya dingin sejuk dengan kelakuan Ren.

Ren tersenyum miring “Now, tell me what you wish for?”

Adelia terkebil-kebil, menunduk menahan malu. “I-I wish to be with you.” Adelia menjawab seperti tersihir dengan suara Ren. Dia mengetap bibir.

Ren mengangkat dagu Adelia untuk menatapnya “And your wish is granted.”
Dengan perlahan Ren mendekatkan wajah mereka, memagut bibir Adelia lembut sehingga nafas mereka hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience