Bab 8 Denial

Romance Series 10426

Adelia mengigit bibir teringat kata-kata Ren siang tadi.

“Aku mahu kamu. Boleh?”

Cepat-cepat dia menggelengkan kepala, menyingkirkan ingatan nakalnya kepada lelaki itu. Tak, ini salah. Sebaiknya dia memberi jarak antara mereka. Kalau Ibu dan Daddy dapat tahu, teruk Adelia nanti.
Tapi dari nada lelaki itu, dia sepertinya tidak serius. Hanya sengaja bermain-main dengan perasaan Adelia. Adelia menahan gelojak jiwanya, dia mengenggam tangannya kuat. Cuba berkompromi dengan mindanya sendiri. Ren itu cuma abang tiri. Tiada pertalian darah. Agama dan bangsa juga lain, mereka tidak pernah membesar bersama, jumpa pun hanya sekali itupun sewaktu di pesta pernikahan Ibubapa. Jadi apa yang salah?

Tentu saja salah. Daddy sudah membesarkan Adelia dari kecil. Bukan kah bodoh jika dia mengkhianati tangan yang memberi dia makan? Apa dia mahu Daddy mati terkejut?

Adelia melepaskan nafas berat. Panggilan siang tadi terus ditamatkan tanpa Adelia mahu membahasnya dengan lebih lanjut. Dibiarkan benda nipis itu menjerit minta diangkat namun Adelia hanya memandangnya sepi.

Dadanya terasa ketat. Mindanya berserabut.

“Adel!”

Sontak Adelia berpaling saat namanya dipanggil. Terlihat Kak Ya sedang berdiri dihadapan pintu dengan wajah bingung.

“Adelia okay tak? Dari tadi akak pangggil tengok kamu ralit sangat termenung.”
Adelia memaksakan senyum cuba menyorok dari jiwanya yang berkecamuk.

“Ya, Kak. Sorry. Adel rasa tak sedap badan.” Mendengarkan itu Kak ya terus berjalan mendaptkan Adelia yang sedang berbaring diatas katil. Wajahnya terlihat risau, terus diltekup tangannya pada dahi Adelia. Tangan itu ditekup berulang kali, cuba merasakan haba panas dari badan gadis itu.

“Hmm… tak panas pun.” Balas Kak Ya curiga. Adelia tersengih melihat kelakuan dungu Kak Ya.

“Akak, Adel bukan demam. Adel rasa tak sedap badan, sakit perut.” Dalihnya.
Kak Ya menepuk dahi, kedua mereka ketawa geli. Kak Ya menggeleng-geleng kepala dengan kebodohan sendiri.

“Hahaha, betul juga tu. Nanti Kak Ya ambil kan ubat tapi mari turun makan dulu. Mak Imah dah masak untuk makan malam.” Kak Ya tersenyum “Dah nak dekat pukul 7, Ibu dengan Daddy pun dah on the way balik.” Tambahnya sambil mengusap kepala Adelia.

Gadis itu ditatap penuh prihatin. Usia Kak Ya dan Adelia hanya berjarak 10 tahun, gadis muda itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah atau senang disapa Kak Ya itu datang jauh dari kampung, sudah berkahwin namun belum dikurniakan anak. Kak Ya yang merupakan anak saudara Pak Hassan kebetulan mencari kerja pada ketika itu, dibawa masuk kedalam Keluarga Gajendra sebagai pembantu untuk menolong Mak Imah sejak 6 tahun lepas.

Saat pertama kali bertemu Adelia, mereka terus berteman rapat. Adelia itu orangnya periang dan banyak celoteh, dapat mengubat rindu pada adik-adiknya dikampung. Antara mak Imah dengan Kak Ya, Adelia paling sayang Kak Ya, mungkin kerana jarak umur yang tidak terlalu jauh.
Adelia menatap Kak Ya dengan wajah sendu. Tiba-tiba dia merasa lirih. Soal Ren masih menguasai dirinya. Rasa bersalah makin menebal.

“Dah kenapa ni sedih je? Sakit sangat ke?” Tanya Kak Ya peduli. Adelia laju menggelengkan kepala.

Adelia mengetap bibirnya, rasa sayang kepada Ren menjadi beban di kepalanya.

“Jom turun makan. Nanti Akak ambilkan ubat.” Adelia mengangguk lalu bangkit mengikut Kak Ya turun dapur.

Saat melangkah kedapur, Adelia terdengar bunyi enjin kereta masuk kedalam perkarangan rumah. Laju Adelia berlari keluar ke pintu hadapan. Rasa bersalah mendorong dia berjalan kearah Ibu yang baru keluar dari kereta lalu memeluk wanita itu.

Seri sedikit terperanjat dengan tindakan Adelia.

“Sayang, kenapa ni? Okay tak?”
Adelia menggeleng diceruk leher Seri. Cuba mendapatkan ketenangan. Si Ibu mengusap-ngusap rambut belakang Adelia, memandang Kak Ya yang berdiri dihadapan pintu. Laju Kak Ya menghenjut bahu, dia sendiri tidak faham dengan kelakuan Adelia.

“Kenapa ni?” Tanya Seri lagi. Terdengar isakan kecil dari si gadis. Adelia mengangkat muka, menampakkan matanya yang basah.

“Laa kenapa menangis?” Tanya Seri bingung, dipandang wajah suaminya yang berdiri disebelah, mereka semua terlihat bingung. Curiga andai ada sesuatu yang tak beres.

“Kenapa Sayang?” Daddy bersuara. Lagi nak lebur air mata Adelia mendengar suara Daddy. Boleh Adelia jujur? Adelia mahukan Ren. Boleh Daddy izinkan perasaan Adelia buat lelaki itu?
Ibu memapah Adelia masuk.

“Tadi Adel cakap dia sakit perut, saya suruh dia makan dulu baru makan ubat.” Ujar Kak Ya saat mereka melewatinya dihadapan pintu. Ibu memandang wajah Adelia yang sugul.

“Betul Adel sakit perut? Nak pergi klinik?” Tanya ibu. Adelia menggeleng. Adelia bukan sakit perut melainkan Adelia rasa sakit pada jiwanya. Rasa dilema yang membelit hatinya.

Kalau lah Ren menolak perasaannya tadi, mungkin Adelia tidak seperti ini. Lebih senang jika perasaanya ditolak daripada mereka punyai rasa yang sama.

“Adel rindu Ibu dengan Daddy.” Lirih suaranya. Ibu dan Daddy bersama ketawa, tiba-tiba saja anaknya ini. Adelia tidak sepenuhnya berdalih, dia benar merindui kedua mereka tapi dalam pada masa yang sama dia merindui lelaki itu.

“Sudah sudah. Bagi Ibu dengan Daddy bersiap dulu, nanti kita makan.”

Tautan tangan Adelia dilepaskan. Adelia berharap tautan itu masih utuh jika Adelia melakukan kesalahan yang bakal menjeratnya nanti.

*****

Adelia membalikkan tubuhnya kekiri, sesaat kemudian dia kembali berbalik kenanan. Tak selesa dengan kanan, dia melentangkan tubuhnya. Fikirannya berserabut. Mahu menamatkan hari ini dengan cepat.

Usai makan malam, Adelia terus mengunci diri didalam bilik. Cuba menyingkirkan rasa tidak senang didalam hati.

Adelia menatap siling kosong. Menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan. Sedaya upaya cuba untuk bertenang.

Adelia, tenang. Sabar...

Pesanan yang dia dapat masih belum dibalas. Adelia mencengkam hujung bajunya, cuba menyingkirkan ingatan tentang lelaki itu.

Makin cuba dilupa, makin jelas wajah itu didalam benak Adelia. Senyuman manisnya, sikap prihatinnya. Rasa ini benar-benar menyiksa.

TING!

Bunyi pesanan masuk membuat Adelia kembali membalikkan badan kekanan, mencapai telefon dari bawah bantal. Nampaknya lelaki itu masih belum mengalah.

Ren: Kamu masih mau menghindari aku?
Adelia mengeluh. Sepatutnya dari awal dia membataskan diri. Lagi-lagi lelaki ini menganggu mindanya.

Ren: Bisa kita bicara sebentar?

Patut atau tidak dia melayani kehendak lelaki itu?

Tiba-tiba benda pipih itu berbunyi, memainkan lagu ‘Let’s kill this love’ dendangan Blackpink. Lucu, dengan situasinya.

Let’s kill this love, shall we?

“Hello.” Adelia menyapa lambat-lambat. Kerongkongnya tersekat mendengar hembusan nafas lelaki itu.

“Kamu lagi apa?” Suara bariton itu menyapa telinga Adelia lembut. Degupan jantungnya semakin kencang.

“Baring. Adel penat, nak tidur.” Adelia tidak sepenuhnya menipu. Dia benar penat tapi masih belum dapat memejamkan mata. Wajah kacak lelaki itu bermain dimatanya.

“Kamu masih marah?”

Adelia mengigit bibir sambil menggeleng walaupun hakikatnya lelaki itu tidak nampak. Adelia tidak marah cuma sedikit khuatir. Takut kalau lebih lama begini dia bisa hilang kendali diri. Suara itu menggeletek perutnya. Berjuta rama-rama terbang naik mengeletek otaknya.

“I miss you. Whole day I have been thinking about you.” Lirih suara itu merayu. Nafas Adelia tersekat menjadikan dia bisu. Adelia juga merasakan yang sama. Dia juga rindu. Cubaan untuk mengelak nampaknya bakal hancur.

“Kalau kamu fikir ini tidak patut, kita bisa akhiri semuanya. I won’t come for you anymore.” Lelaki itu mengeluh dihujung bicara. “But I know you want me the same.”

Adelia disitu, masih menatap siling pandangan kosong.

“Ren…” Adelia cuba menguasai kembali dirinya. Dadanya masih berdegup kencang. “This is wrong.”

But it feels right.

“Do you want me to stop?”

No, keep going. Keep begging for me.
Adelia diam. Apa perkataan yang pantas untuk menjelaskan situasi ini. Suara itu menariknya jatuh lebih dalam.

“Tell me to stop, Sayang.” Desahan Ren membuat tubuh Adelia menghangat. Adelia memejamkan matanya. Otaknya tidak seluruhnya murni. Tarikan itu sentiasa ada diantara mereka cuma otaknya selalu menidakkan.

“You don’t know how I want you so bad all this time.” Pujuk rayu itu sepertinya memetik suis yang Adelia tidak ketahui dia punya. Otaknya cuba mencari logika tapi tidak ada.

“Baby…” Rayu Ren lagi. Suara itu membelainya Adelia. Dia mahukan Ren, selama ini dia mahukan lelaki itu. Memori-memori jujur hadir dikepalanya, dia tidak pernah memandang Ren seperti seorang abang. Mungkin itu dulu tapi tidak sejak lelaki itu hadir, Adelia memandangnya seperti seorang lelaki.
Adelia belum berani membuka mata. Keluhan dilepaskan.

“Ren…keep going. Don’t stop.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience