Bab 11 I know who you are

Romance Series 10412

“Apakah Tuan yakin tidak mau kami ikut ke Malaysia?” Soalan Jake dibalas dengan gelengan.

Satu persatu baju yang dilipat dibawa masuk kedalam bagasi besar berwarna hitam. Tiket dan passport lengkap diselit didalam bag sandang miliknya.

“Tidak, aku masih perlukan kalian disini.” Balasnya lalu bagasi tadi di zip sampai habis. Kepergiaan Ren akan menjadi satu titik penting dan kedua pengawalnya ini harus bersedia di Jepun untuk memerhati setiap tindak tanduk Sakura. Satu pun tidak boleh terlepas.

“Tapi kalau Tuan kenapa-napa di sana, bagaimana?” Aaron pula mencelah. Ren mencekak pinggang.

“Ikut sahaja arahan ku. Kalian terus disini menguruskan urusan Sakura. Tapi ingat pastikan tidak ada satu pun yang tahu hal ini. Setiap Gerakan harus dilaporkan kepadaku. Faham?”

“Baik Tuan!” Balas mereka serentak.
Perbualan itu dihentikan dengan bunyi ketukan pintu. Berdiri disitu, Aiko, si pembantu rumah dengan wajah tegang.

“Tuan, ada tetamu yang datang.” Bagitahu perempuan itu.

“Siapa?”

“Miss Catherine.”

Ren mendengus, sedikit terkejut dengan perkhabaran itu. Tidak sangka Catherine sanggup terbang sampai ke Jepun untuk menemuinya.

“Katakan aku tidak ada.” Balas Ren lalu menurunkan bagasi dari katilnya.

“Miss Catherine bilang ini urusan penting.” Wanita dalam pertengahan 30an itu tertunduk takut melihatkan wajah Ren yang masam mencuka. Lelaki itu mengerang sebal, tidak suka dengan kelakuan tiba-tiba Catherine.

“Ya sudah. Minta dia tunggu di ruang tamu, nanti aku susul.”Balasnya.

“Jake, Aaron…” Ren mengidik dagu mengarahkan mereka keluar. Seperti faham isyarat itu, mereka membawa turun bag-bag kebawah untuk disimpan ke dalam kereta.

Lelaki itu melangkah tegak menuju ke tingkat bawah. Catherine yang sedang menghirup teh cepat-cepat meletakkan cawan itu kembali kedalam piring.

“Ren…” sapa Catherine yang tersenyum manis lalu berdiri saat melihat Ren berjalan perlahan kearahnya. Tanpa merespon, Ren menghenyakkan punggung diatas sofa sambil diikuti Catherine.

“Aku ingin cepat. Jadi, bilang apa yang kamu mahu?” Tanya Ren tegas. Senyuman Catherine tadi terhapus dari wajahnya kerana sikap Ren, seketika dia menjadi ralat.

“Aku mendengar khabar bahwa kau akan ke Malaysia?” Catherine mula bersuara. “Aku juga mendapat tahu bahwa kamu ingin meneruskan pertunangan ini. Aku cuba menghubungi mu tapi kamu tidak pernah menjawab. Jadi aku langsung kemari.”

Ren melihat Catherine atas bawah, hampir setahun dia tidak bertemu perempuan itu dan masih saja dia terlihat sama. Cuma satu yang berbeza, Ren sudah tidak memandang Catherine dengan perasaan cinta. Rasanya total hilang.

“Jadi apa mahu mu?” Ren buat-buat tidak faham. Sejak perjanjian denagn Sakura dicipta, dia langsung tidak peduli soal Catherine. Pertunangan ini hanya sebuah penipuan untuk membuat dia terlepas jerat Sakura.

“Harusnya aku persoalkan hal itu. Apa yang merubah fikiran mu?” bidas Catherine.

Ren tersenyum sinis dengan soalan Catherine. Dia mengeluarkan kotak rokok dari dalam poket jaket. Hal-hal begini tidak gagal dari membuat dia naik darah. Rokok saja ubat untuknya meredakan perasaan yang tegang.

“Aku tidak mengerti apa kemahuanmu, Ren. Kamu juga mahu mengikat pertunangan ini selama 2 tahun. Apa perancangan mu?” tambah Catherine lagi. Catherine jelas menghidu muslihat daripada Ren. Satu hal yang nyata tentnag Ren adalah walaupun sebanyak mana dia membenci Sakura, tetap saja dia berfikiran seperti perempuan licik itu. Mana tidak tumpahnya kuah kalau ke nasi. Jika mereka mahu sesuatu, mereka akan berhasil untuk mendapatnya Cuma Sakura tidak dapat meletak jari dimana kemahuan Ren kali ini.

Ren menggelengkan kepala sambil tertawa nipis. Badannya condong kearah Catherine sambil ditatap lekat wanita itu. Asap rokok dihembus kearahnya.

“Aku hanya memberikan apa yang kamu mahu. Kamu mahu menikahi aku bukan? Jadi ya, lagipula hal ini menguntungkan kita berdua.” Balasnya mudah, lagipun dia tidak sepenuhnya salah. Perkhabaran perkahwinan ini menguntungkan kedua keluarga dan memberi kesempatan yang lain buat Ren.

“Menguntungkan? Apa maksud mu?” Jawab Catherine sambil terbatuk-batuk. Dia menutup hidung sambil mengibas-ngibaskan tangan dihadapan mukanya.

Ren tersenyum jahil “Kau seharusnya menerima tabiat ku, Catherine. Masa asap saja kamu permasalahkan.” Sindirnya.
“Menjawab persoalan mu. Nanti juga kamu bakalan tahu.”

Catherine gerun, ini kali pertama dia melihat sikap Ren seburuk ini. Ren yang selalu hangat kepadanya telah hilang. Ren bukan lagi lelaki yang Catherine kenali. Aura hitam mengambil alih lelaki itu.

“2 tahun, itu saja aku minta kepadamu.” Suaranya mula melembut namun masih kedengaran tegas. “Jadi aku mintak kamu untuk tidak datang menemui ku sepanjang aku di Malaysia.”

Catherine menelan ludah, apa sebaiknya dia memutuskan pertunangan ini?

“Kamu boleh memutuskan pertunangan ini jika kamu mahu tapi aku yakin kamu tidak akan berbuat demikian” Kata Ren seperti dapat membaca minda Catherine. “Kita tahu orang seperti apa Papi mu itu. Tidak ubah seperti Mami ku. Dua orang sialan.”

“Ren!” Catherine lantas bangkit. Marah ketika Ren menghina ayahnya. Catherine mengepal penumbuknya dengan wajah merah menahan marah. Dia mengetap gigi, tidak suka dengan sikap yang Ren tonjolkan.

Lelaki itu menyilang kaki, dibiarkan Catherine dengan amarahnya.

“Kamu tahu aku benar. Kita tahu seperti apa mereka. Jangan kau lupa apa yang telah dilakukan oleh Papi mu kepada Mami mu. Tidak salah aku katakan bahwa sikapnya itu diikuti oleh anaknya sendiri.” Ren mengherdik Catherine dengan mengungkit kisah silam keluarga Manor. Bapanya dulu pernah mencurangi Ibunya, sama dengan bagaimana dia mencurangi Ren.

Catherine mendesah lesu, tertunduk tidak mampu menatap Ren. Lelaki itu tetap akan menyalahkannya walau sejuta kali dia memohon keampunan.

“Aku mohon untuk diberi peluang membetulkan kesilapan ku. Jadi aku harap kamu tidak berterusan membahaskan soal ini.” Catherine menyambar beg tangannya diatas sofa. Ren menjeling Catherine yang sudah tertunduk sedih. Tidak berusaha untuk memujuk perempuan itu. Untuk apa? Buang masa.

“Aku pergi dulu. Maafkan aku.” Catherine melangkah perlahan menuju kepintu hadapan. Seketika, langkahnya terhenti.

“I know who you are, Ren Haruki. I know you better than you do. So please, if you are ready to talk, I’m here to listen.” Ucap Catherine sebelum menyambung langkahnya.

Ren sekali menyedut rokok yang sudah sampai ke penghujungnya, perasaannya berkecamuk. Mungkin benar dia terlalu kasar. Nyatanya Catherine dapat membaca gentar hatinya secara terus. Walaupun setelah apa yang Catherine lakukan. Ren tidak boleh nafikan satu hal. Wanita itu tahu dia luar dan dalam lebih daripada mana-mana orang. Termasuk dirinya sendiri.

Ren lantas mematikan rokok lalu bangkit berjalan menuju ke satu ruangan yang menempatkan Jake dan Aaron.

“We have a small change of the plan.” Ujar Ren yang berdiri tegak dengan kedua belah tangan dimasukkan kedalam poket. Aaron dan Jake mengangguk, sudah siap untuk menerima arahan baru.

“Jake, panggil orang mu di Indonesia untuk memerhatikan gerak langkah Catherine dan Yovan Manor. Dan pastikan jangan sampai diantara mereka tahu soal ini.”

“Baik Tuan!” balas Jake. Jake mengangkat telefon ditelinga seperti siap membuat panggilan. Ren yang masih berfikir diam itu terkejut apabila telefon miliknya berbunyi. Dengan cepat dia melihat jam dan sedar bahawa dia sudah terlambat.

“Ren dah gerak ke?” Tanya seseorang dihujung talian. Ren mula melangkah keluar lalu menuju kesalah sebuah kereta yang sudah tersedia di perkarangan rumah mewah miliknya.

“Belum. I’m on my way to the airport. Around 6 o’clock I will be there.” Balasnya lalu masuk kedalam perut kereta.

“Okay lah macam tu. Ibu pun ambik half day hari ni.” Ujar Seri. Perkahabaran Ren untuk balik ke Malaysia benar-benar di luar jangkaan namun Seri masih senang menerima kehadiran anak tirinya itu.

Ren mengerling kearah jam tangan yang dipakai, gara-gara Catherine perancangannya sedikit lari.

“I can go straight to the house, don’t worry about it.” Balasnya.

“Eh, apa pula macam tu. You have us. Nanti Ibu datang dengan Adelia. We going to pick you up.”

Ren menarik senyum mendengar nama yang disebut “Sure, I’ll see you soon.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience