Bab 4 Ren Haruki

Romance Series 10426

Kalau ditanya apakah pengalaman yang paling menyedihkan yang pernah berlaku dalam hidup Ren Haruki, dia mungkin sukar untuk memilih satu. Di antara penceraian ibubapanya dan dicurangi oleh kekasih, keduanya memberikan kepedihan yang sama berat. Namun, saat orang yang paling disayangi dan paling diandalkan dijemput Tuhan, sakitnya sangat luar biasa.

Ketika itu Ren baru berumur 7 tahun. Ibunya terjerit-jerit meminta dilepaskan. Suara gaduh dari ruang tamu membuatkan dia berlari bersembunyi di bawah katil, menutup telinga sambil menangis. Bagi Ren, ini adalah kebiasaan—satu rutin bagi Sakura dan Boris.
Kalau tidak bergaduh mulut, pasti barang-barang akan dicampak ke dinding. Berantam menunjukkan siapa yang paling berkuasa. Dan waktu itu, Obasaan tidak akan campur dalam urusan kedua suami isteri itu. Obasaan akan lari ke bilik Ren dan memujuknya berhenti menangis, mengajarnya mengira 1 hingga 10 untuk menenangkan diri. Lama-kelamaan, pergaduhan itu berubah menjadi sebuah drama ulangan—sama dan membosankan.

Semasa Mami dan Daddy memilih untuk bercerai, Ren tidak menumpahkan air mata. Mereka berdua itu tidak sepatutnya bernikah, tidak sepatutnya beranak. Mujur saja Obasaan yang selalu bersama Ren, memberi makan dan pakaian secukupnya, serta kasih sayang sepenuhnya. Adakah Ren membenci kedua ibubapanya? Ya, pasti, tapi Obasaan selalu menasihati dia supaya merelakan kedua manusia itu. Mereka bukan untuk masing-masing.

Ren masih ingat semasa tangannya terluka dicakar Hiro, kucing Ragdoll berwarna hitam milik Obasaan. Wanita itu lah yang merawatnya. Pada waktu itu, kebetulan jiran yang juga merupakan satu-satunya sahabat yang dia miliki, Catherine, masuk ke rumah.
Catherine yang baru berumur 10 tahun itu mengejar Hiro ke seluruh ceruk rumah. Katanya, "Aku akan pertahankan kamu. Hiro itu nakal sekali." Dan pada masa itu, bagi seorang anak lelaki berumur 10 tahun, Catherine menjadi sosok kedua yang bisa diandalkan.

Dari rasa kasih sebagai teman akhirnya berubah menjadi kasih kepada seorang perempuan. Mereka bersama menginjak remaja, dan Catherine adalah yang pertama buatnya. Bersama Catherine, dia belajar menjadi seorang lelaki dewasa, menerokai pengalaman berdua. Catherine yang dahulu kasar berubah menjadi wanita yang lemah lembut dan manja. Hati lelaki mana yang tak tergoda?

"Apa kamu percaya kita akan kekal seperti ini jika kamu ke Italia?" Tanya Ren pada suatu malam. Gadis yang melingkari tubuhnya itu mengangkat muka, menatap Ren seketika, dan kemudian kembali berbaring di atas dadanya yang tidak berbalut.

"Kamu tidak percaya aku ya, sayang?" duga Catherine.

Perancangannya ke Italia bukanlah baru dibuat malam ini. Ren sudah pun tahu cita-cita Catherine untuk menjadi pereka fesyen bertaraf antarabangsa. Lagipula, dia terlahir dari keluarga terhormat di Indonesia, jadi peluangnya untuk berjaya itu lebih besar. Petik saja jari, pasti akan dituruti. Tapi Catherine bukan orang seperti itu. Dia memiliki sifat seperti bapanya—kuat bekerja dan rajin.
Ren meleraikan pelukan gadis itu lalu bangun mengambil baju yang terjatuh di lantai. Disarungkan kembali pada tubuhnya. Catherine ikut terduduk sambil menahan beban dirinya menggunakan sebelah tangan.

"Apa kamu marah?" Tanya Catherine yang hanya bersinglet dan berseluar pendek mini. Ren berpaling saat baju disarung.

"Tak." Jawabnya pendek. Dia bangkit lalu mengambil kunci kereta yang diletakkan di atas cermin vanity milik Catherine.

"Sayang..." panggil Catherine lembut. Dia tahu teman lelakinya itu kuat merajuk. Ternampak kuat tapi di dalam hatinya, dia paling senang dirayu. Catherine bangkit menuju ke arah Ren dan dipeluk lelaki itu dari belakang.

"Kan nanti juga kamu bakal pulang ke Jepun. Aku ke Italia. Jadi adil bukan?" rayu Catherine. "Cuma 2 tahun. Kalau ada cutinya, kan kamu bisa ke tempat aku?" tambahnya lagi.

Ren mendengus. Sepanjang 3 tahun menjalinkan cinta, tidak pernah sekali pun mereka berpisah. Pembetulan, sejak kecil mereka bersama, tidak pernah sekali pun mereka berpisah, jadi pantas saja Ren terasa sesak apabila mereka bakal membawa haluan masing-masing untuk tempoh 2 tahun.

Dia harus pulang ke Jepun atas permintaan Sakura. Katanya kecemasan. Apa kecemasan itu belum diketahui, tapi bagi Ren, ibunya itu terlalu banyak helah. Perniagaan dunia gelap itu benar-benar menyesakkan. Pantas saja Ren mempunyai pengawal kerana takut dikenapa-napa oleh musuh. Dia tidak bebas berkawan, dia tidak bebas ke mana-mana, kecuali dengan Catherine, jodoh yang memang sudah ditetapkan untuknya.

Ren membalikkan tubuhnya lalu meraih Catherine ke dalam pelukannya. "Janji yang kamu akan jaga diri di sana."
Si gadis membalas pelukan itu erat, mendekatkan telinganya rapat ke dada lelaki itu.

"Janji!"

Dan Ren cukup muak dengan perkataan janji yang selalu diucapkan sewenangnya. Mereka berjanji, tetapi sering memungkiri.

Pada mereka, dia utuh setia, tapi mereka yang mencurangi.

"STOP SHITTING ON ME WHEN YOU ARE THE ONE WHO FUCKING SOMEONE ELSE!" Ren bertempik kuat pada Catherine yang berada di hujung talian. Suara isakan dan rayuan perempuan itu cukup jijik untuk didengari.

2 tahun... 2 tahun mereka terpisah dan ini balasan yang dia terima? Apa ucapan janji setia itu konyol? Disebut-sebut untuk menyedapkan hati tapi hakikatnya palsu?

"Sayang, dengarin aku..."

Ren diam. Hatinya sudah cukup hancur mendapat perkhabaran Catherine bermain kayu tiga dengan rakan sekelasnya. Godaan manja itu sudah sampai ke atas katil. Kalau tidak kerana ada orang yang melaporkan kepadanya, pasti dia sudah ditipu hidup-hidup.

Jadi untuk apa dia di sini? Di Jepun bersendirian dan dilayan seperti barua oleh ibunya sendiri. Disuruh buat kerja kotor seperti membuat kacau, mengutip hutang, dan bercampur dengan kumpulan gangster, Ren sesak. Mereka semua menyesakkan.

"Ayuh lah kita putus. Aku capek begini terus."

"Ren! Dengarin aku sayang. Aku mohon maaf."

"Aku jadi gagal mikir, Catherine. Apa salah aku sama kamu sampai kamu tega seperti ini?"

"Aku tahu aku salah. Aku khilaf."

"Dan aku juga khilaf mencintaimu. Sudah lah. Jaga dirimu. Selamat tinggal."

"Re-"

Belum sempat Catherine menghabiskan kata-kata, Ren menamatkan panggilan. Dia jatuh terduduk di atas lantai, bersandarkan meja kerjanya. Dia mahu segera pulang ke Indonesia. Dia merindui Obasaan dan Hiro. Dia merindui mereka yang selalu bersamanya. Hatinya hiba tapi belum ada mata yang mengalir. Untuk 5 tahun hubungan cinta terjalin, dia melepaskan Catherine begitu saja. Mungkin dia belum cukup mencintai Catherine.

Ren menarik nafas dalam-dalam. Tubuhnya mengeletar, nafasnya tersekat. Dadanya pengap membuatkan dia berpeluh dingin. Tiba-tiba dia terasa terlalu perit dan sempit. Ren mencapai tong sampah yang berdekatan dengannya, dan kemudian memuntahkan angin dan lendir. Sakit. Ini terlalu perit.
Ren memejam mata. Cuba mengira dari 1 hingga 10 untuk mengawal pernafasannya. Suara Obasan terngiang-ngiang di telinganya. Ren mahu menemui wanita tua itu segera untuk bercerita tentang dirinya. Wanita itu adalah sebuah rumah yang selalu meneduhkan Ren. Dia mahu pulang. Jepun terlalu dingin buatnya. Perlahan-lahan nafasnya mulai teratur. Matanya sedikit bergenang. Rasa dikhianti datang kembali. Rasa itu pernah diberikan saat ibubapanya bercerai dan kini rasa yang sama diberikan oleh Catherine.

Pintu bilik kerjanya diketuk. Ren kelelahan untuk menyahut. Ganggang pintu dipulas, muncul Jake yang berdiri di luar dengan wajah cemas.

"Tuan, kita harus pulang ke Indonesia sekarang," ujar Jake. Ren berpaling mendengarkan itu, memandang Jake dengan wajah bingung.

"Nyonya Mayumi dimasukkan ke rumah sakit. Keadaannya tenat."

Obasaan!

Mendengar itu, nafasnya memburu kembali. Serta-merta dadanya nyeri. Ren cuba berdiri namun dia rebah sebelum Jake sempat menahannya.

Dan Ren tidak tahu berapa lama dia di sini, meringkuk di atas katil dengan posisi seperti fetus. Kakinya terasa dingin. Matanya hanya menatap dinding biru itu. Dia memeluk foto Obasan dengan erat. Muka dan matanya merah akibat terlalu lama menangis.

Perutnya berbunyi lagi, entah untuk kali yang keberapa. Air mata tidak berhenti mengalir. Ren tidak berdaya untuk menyekanya. Dia masih merenung dinding biru itu, mindanya berputar mengingati memori-memori bersama Obasaan. Ini kali pertama dia menangis untuk orang yang meninggalkannya. Tiba-tiba, rasa rindu datang bertamu—rindu yang tidak berpenghujung. Obasaan telah pergi meninggalkannya untuk selamanya.

"Ren..." Ren menoleh, melihat Obasaan yang duduk di pinggir katilnya. Cepat-cepat Ren mengalihkan posisinya menghadap Obasaan. Senyuman lembut wanita itu, Ren meletakkan kepalanya di ribaan Obasaan, memeluk pinggang wanita itu erat.

"Jangan tinggalkan aku," rintih Ren. Dia menangis, membungkam wajahnya di perut wanita itu.

"Bawa aku pergi bersamamu," pinta Ren lagi. "Aku tak mahu di sini lagi."

"Ren, sayang. Aku tak pernah meninggalkan kamu. Aku selalu ada untukmu.

"Janji dengan aku bahawa kamu akan terus hidup bahagia. Teruskan kehidupanmu, Nak."

Obasaan mengusap-usap kepala Ren. Pelukan erat itu tiba-tiba terlepas.

"Meow..."

Ren membuka mata, melihat Hiro yang menjilat pipinya. Dia mula tersedar bahawa itu hanyalah sebuah mimpi. Dia kembali menangis, tetapi kali ini Hiro mengesekkan kepalanya di dada Ren lalu menjatuhkan tubuhnya di sebelah lelaki itu. Ren mengusap kepala Hiro, pertama kali kucing garang itu mengajaknya berbaik.

"Kamu merindui Obasaan?" tanya Ren. Hiro, yang sedang menjilat bulunya, berhenti seketika. Kucing itu memandang Ren dan kemudian kembali menjilat bulunya.

"Ya, aku juga," jawab Ren, seolah-olah berbual dengan Hiro melalui fikiran.
Detingan pesanan masuk membuatkan Ren mencapai peranti dari meja tidurnya. Satu pesanan peribadi di Instagram dari akaun yang tidak dikenali. Ren mula tertanya-tanya. Pesanan dari akaun Instagram bernama FlowerDelia_. Ini siapa?

FlowerDelia_:
Hi Abang Ren, ini Adelia. Tak tahu kalau abang masih ingat atau tidak, tapi Ibu minta Adel DM abang. My deepest condolences to you and your family.

Ren mengerutkan dahi. Wajah gadis gigi rongak berambut kincir kuda mula muncul di ingatannya. Ohhhh. Dia membaca pesanan itu berulang kali.

FlowerDelia_:
Adel tahu kita tak rapat, tapi Adel nak abang tahu jika ada apa-apa yang Adel boleh lakukan untuk menyokong abang di masa ini, sama ada dengan mendengar atau sekadar ada di sini untuk abang, tolong beritahu Adel.

FlowerDelia_:
Lagipun, kita keluarga. Jika ada apa-apa, abang boleh hubungi Adel atau Ibu. Jaga diri!

Hujung bibir Ren tertarik ke atas. Hatinya menghangat. Wajah gadis comel yang suka menangis bermain di memorinya. Ren meletakkan telefonnya di atas meja tidur dan kembali mengusap kepala Hiro dengan mata terpejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience