Bab 16 Unspoken

Romance Series 10426

Celik sahaja mata pagi ni, Adelia sudah menghidupkan enjin kereta untuk keluar berjoging. Hari ini, sengaja dia memilih tempat yang lebih jauh, tak kuasa berjoging di tasik belakang rumah. Laju kenderaan itu meluncur keluar dari kawasan perumahan. Selepas mengambil Amelia dirumahnya, mereka terus menuju ke Putrajaya. Walaupun jarak memakan masa hampir 40 minit tapi Adelia tidak peduli. Apa yang pasti, dia tidak mahu menatap wajah Ren.

3 pusingan larian masih belum meredakan jiwanya yang kusut. Bila teringat hal semalam, makin menjadi-jadi sakit hatinya. Amelia yang merayu meminta duduk langsung tidak diendahkan. Adelia tetap berlari dan tidak mahu peduli.

Mindanya berputar memikirkan kejadian semalam. Memikirkan Ren membuat Adelia ragu dengan dirinya sendiri. Apa Ren masih merindui Catherine? Kalau rindu, mengapa Adelia yang disini? Kalau Ren lebih memilih Catherine, kenapa harus bersama dengan Adelia? Jadi betul kalau suatu masa Ren akan memilih meninggalkannya. Serta- merta Adelia jadi sebak.

Malam tadi, lelaki itu cuba membuka pintu biliknya tapi tak berjaya. Adelia dah kunci siap-siap. Pagi ini, sebelum lelaki itu bangkit, Adelia dah keluar dari rumah. Kalau boleh taknak bertembung. Sampai sekarang telefon tak berhenti berdering, semua panggilan dan pesanan langsung Adelia tak balas. Malas, sakit hati, benci!

“Aduhhh Del, sabar la. Aku penat. Nak patah kaki ni.” Amelia yang sudah tertinggal 5-meter dibelakang merayu-rayu Adelia untuk berhenti. Adelia memperlahankan langkah, menoleh kearah Amelia yang sudah terduduk.

“Tak boleh, Del. Aku penat.” Amelia mengoyang-goyangkan tangannya, wajahnya merah menarik nafas. Adelia berhenti, perlahan-lahan mencari rentak nafasnya semula. Mata direnung ke langit, Tarik nafas, lepas. Tarik, lepas.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Tak payah tengok nama pun Adelia dah tahu siapa.

“Telefon tu angkat lah. Tunggu masa je nak meletup.” Sindir Amelia menggeleng kesal.

“Biar lah meletup pun, lagi bagus.”

“Lah marah?”

Adelia tidak merespon. Silap haribulan, Amelia yang kena maki nanti.

“Adel, jom breakfast. Lapor lah.”

“Nak makan apa?”

“Apa-apa yang dekat je lah.”

Adelia mengangguk. Mereka berjalan keluar dari track jogging, hari ini kalau boleh Adelia taknak balik. Biar sampai lewat petang, tak guna balik awal kalau sakit hati.

“Nasi lemak ayam goreng satu dengan telur separuh masak dua biji.” pesan Amelia kepada pembantu kedai. “Apa benda la makan telur je. Nanti lapar, tahu lah kau.”

Adelia menjeling disindier Amelia “Dah tu daripada kau makan nasi lemak ayam goreng. Kalori yang terbakar sikit je tapi kalori yang masuk berpuluh kali ganda.”
Amelia mencemik, sudah menjadi lumrah berkawan. Sindir menyindir itu biasa tapi tidak pernah terasa hati.

Adelia mengambil telefonnya, lepas joging tadi dia meletakkan peranti itu kepada mod senyap, jadi sepanjang memandu dia tidak tahu apa yang terjadi. Dibukanya layar telefon, nahh. 30 panggilan tak berjawab berserta 50 mesej spam.

“Kau bergaduh dengan pakwe ke?”
Adelia memutarkan bola mata lalu memasukkan kembali telefon kedalam bag. Jangan kata balas, baca pun tidak.

“Takde gaduh-gaduh. Malas fikir.”
Amelia mengangguk kepala “So betul lah ada pakwe tapi langsung tak cerita dekat aku.”

“Tak ada apa yang nak dicerita kan. Nak putus dah.” jawabnya tenang.

“Hah? Putus?”

Adelia mengeluh. Jadi betul lah penyudahnya dia akan ditinggalkan, selepas apa yang terjadi diantara mereka, akhirnya Adelia bakal dibuang. Dia cuba menahan sedih, taknak terlalu terfikir kalau tidak dia akan menangis disini.

“Weh, makan cepat sikit ek. Aku nak balik, tak sedap badan.” katanya.

“Eh, nak balik dah?”

“Hmm…”

“Adel, kalau kau ada masalah, cerita lah dengan aku. Jangan diam je.”

Adelia menatap sayu sahabatnya itu. Mengetap bibir lalu dihadiahkan senyuman nipis.

Habis saja makan, Adelia terus menghantar Amelia pulang. Dia mengambil masa 5 minit untuk berdiam didalam kereta sebelum memulakan perjalanan pulang ke rumah. Telefon bimbit diambil kembali, dari 30 panggilan tak berjawab sudah menjadi 55. Dari 50 pesanan whatsapp, sudah menjadi 70.
Adelia menelan air liur saat menbaca pesanan itu satu-satu

REN
Sayang, kamu dimana?
Jawab panggilan aku.
Adelia, where are you?
Why are you doing this?

Adelia berhenti membaca. Makin bertambah sakit hati ada lah. Air matanya menitik menahan sakit. Memikirkan hubungan ini sudah terbina dengan ketidakjujuran, Ren pasti mencuranginya.

Adelia tidak kenal siapa itu Catherine. Rupanya pun Adelia tidak pernah tahu tapi menurut Ibu, orangnya cantik dan berpelajaran. Dari keluarga terhormat.Bila fikir balik, siapa Adelia kalau nak dibandingkan dengan orang macam Catherine. Masih muda, lugu, mungkin tak secantik Catherine. Catherine dengan Ren sudah lama bersama, pantas saja kalau lelaki itu lebih memilih Catherine berbanding dirinya.

Adelia menarik hingus, mengesat air mata. Macam mana kalau betul Ren meninggalkannya? Semakin kuat tangisan itu memenuhi ruang.
Dia akhirnya menegakkan tubuh, menyeka air mata yang tak berhenti mengalir. Cuba sedaya upaya untuk menenangkan diri. Kereta dipandu perlahan, jarak rumah mereka tidak terlalu jauh tapi masih memerlukan masa untuk menenangkan diri, akhirnya sampai diperkarangan banglo milik Boris.

Adelia memanjangkan pandangan, cuba mencari kelibat Ren. Harap-harap dia tiada di rumah. Dia keluar daripada kereta, perlahan-lahan masuk tanpa mengejutkan sesiapa tapi sekarang Adelia yang terkejut melihat Ren duduk diruang tamu. Adelia cepat berjalan menuju kearah lif tanpa mempedulikan Ren. Lelaki itu mengejar daripada belakang.

Pintu lif terbuka, Adelia masuk, Ren juga turut mengikutnya masuk. Dia hanya diam tanpa mempedulikan Ren yang memandangnya tajam. Saat pintu lif terbuka, Adelia cepat-cepat keluar, belum tiba masanya untuk mendengar bicara Ren. Adelia takut andai yang keluar dari mulut lelaki itu lebih racun daripada penawar.

Pintu bilik ditahan sebelum Adelia sempat menutupnya.

“Apa masalah kamu?” Adelia melepaskan tangannya, tak kuasa untuk menahan lagi. Dia tidak menjawab pertanyaan Ren, Cuma berjalan kearah almari lalu mengeluarkan baju dan seluar yang tergantung. Dia naik lemas dengan peluh, dia naik lemas dengan Ren.

“Adelia.” Masih belum berjawab. Ren berdiri mencekak pinggang, memerhati gerak-geri kekasihnya. “Adelia, I’m talking to you.”

Adelia berjalan menuju kearah bilik air sebelum tangannya ditangkap oleh Ren.
“Kamu kemana? I’ve been calling you like a mad man. Kenapa kamu bersikap seperti ini?” Ren mengetap rahangnya marah “Ini nggak lucu, aku udah nelepon kamu seharian dan kamu nggak jawab. Aku hampir mikir ada sesuatu yang terjadi sama kamu. Kamu tahu nggak betapa khawatirnya aku?”

“Then stop being worried.”

Ren mengerutkan dahi mendengar jawapan Adelia “What did you say? Does I hear it right?”

“You hear it.” Adelia mengehenjut bahu. Ren merengus, tergamam dengan jawapan Adelia. Mahu dimarah tapi dia harus bersabar.

He can’t play Adelia’s game; he got too much right now.

“Mandi duluan. Aku tunggu kamu disini.” suaranya kembali melembut. Apa yang penting adalah melihat Adelia balik dalam keadaan baik-baik. Memikirkan Adelia yang langsung tidak menjawab panggilannya membuat dia separuh gila. Kalau boleh, satu Kuala Lumpur ni Ren nak pusing cari Adelia.

“I don’t want to talk to you. Keluar.” balas Adelia cuba melepaskan genggaman tangan itu. Ren mengeluh lesu, berjalan merapati Adelia.

“Sayang, kamu kenapa? Apa kamu marah sama aku?” Ren cuba mencari anak mata Adelia tapi sepertinya tidak mahu melihat terus kearah Ren.

“My love…” Ren menarik dagu Adelia untuk memandangnya. Jelas kelihatan sembab dan merah seperti baru lepas menangis. Pipi Adelia dielus menggunakan ibu jarinya, Ren bingung dengan apa yang terjadi. Tidak pernah perempuan itu bersikap demikian.

“Go shower first, I’ll wait here.” Genggaman tangan dibebaskan, membiarkan dia bergerak masuk kedalam kamar mandi. Ren menggelengkan kepalanya kesal lalu duduk bersandar diatas katil.

Didalam kamar mandi, Adelia menikmati kehangatan air yang menyentuh kulitnya, seperti diurut-urut, melepaskan rasa pegal dan senak, jauh fikirannya menerawang. Terlalu banyak persoalan didalam kepalanya, apa akan jadi kalau firasatnya benar? Apa jadi kalau betul Ren akan meninggalkannya? Adelia mungkin akan jadi gila.

Air ditutup sementara tuala dicapai. Dia terus menyalin pakaian didalam bilik air. Adelia menolak pintu, melihat Ren yang masih setia menunggunya diatas katil.

“Hai.” sapa Ren lembut. Senyuman nipis dikuntumkan, Adelia memaksa dirinya tersenyum. Pengering rambut diambil dari dalam laci lalu dia duduk dihadapan cermin.

“Let me do it” Ren bangun berjalan kearah Adelia. Pengering rambut dicapai lalu dihalakan kepada rambut kekasihnya.
Hawa panas bertiup mengeringkan rambutnya, lembut tangan Ren membelai setiap helai rambut basah, meleraikan rambut-rambut yang terikat sesama sendiri. Adelia masih diam, menikmati layanan tuan puteri yang diberikan.

“Waktu aku kecil, Obasaan selalu mengeringkan rambutku. Dulu rambutku lebih panjang. Lebih panjang dari ini, sampai ada yang berpikir kalau aku perempuan.

“Dia adalah wanita paling manis yang pernah aku temui. Satu-satunya yang percaya padaku. Mencintaiku tanpa syarat, memaafkanku.”

Ren meletakkan pengering rambut lalu duduk melutut dihadapan Adelia. Mengambil tangan Adelia kedalam gengamannya.

“Dan dengan itu, aku ingin melakukan hal yang sama untukmu, percaya padamu, mencintaimu, dan memaafkanmu.” Ren mengecup tangan Adelia, meluahkan rasa cinta kepadanya. “Bacause one thing for sure, I can’t live without you, Baby and I mean it.”

Sepenuh hatinya ikhlas mencintai Adelia, pembakar semangat saat dia jatuh. Ren menarik tangan Adelia untuk berdiri, lalu dibawa melabuhkan punggung diatas katil.

Ren menolak rambut Adelia kebelakang, menampakkan matanya yang bundar. Mata Adelia kembali berkaca, wajah mewek memaksa Ren memeluknya.
“Sssshhh, aku disini, Sayang. Do you want to talk about it?” Adelia menolak tubuh Ren lalu mengesat air matanya.

“Siapa Catherine?”

Ren tergamam. Berkerut-kerut dahinya cuba memikirkan sesuatu.

“Who is Catherine?” sekali lagi Adelia bertanya, kali ini dengan suara lebih tegas.

“How do you know about Catherine?” perlahan suara Ren, tidak berani memandang Adelia.

“Is it important untuk I tahu dari mana ke apa? Siapa Catherine? Ren nak jawab ke tak?”

Ren membatu. Ligat fikirannya berfikir untuk menjelaskan siapa Catherine. Perlahan-lahan tangannya menyentuh jemari Adelia. “Sayang…”

“Ren nak jawab atau tidak!?” Adelia membentak. Mulut itu masih terkunci, kalau dibuka mulut, banyak fakta tentang dirinya akan diketahui Adelia. No, Adelia tidak boleh tahu tentang apa yang menunggu mereka.

“So, Ren lebih memilih untuk diam? Okay?” Tangan itu dihempas, Adelia bangun lalu mencapai beg yang dipakai tadi. Ren yang terkejut mula berdiri.

“Mau kemana lagi?” Dia meraih tangan kekasihnya, sebelum mata merah itu nyala memandang Ren penuh marah.

“Don’t touch me!”

“Sayang,”

“I said don’t touch me!” Suara membentak itu membuat Ren tersentak. Ini kali pertama dia melihat Adelia semarah ini. Perempuan yang selama ini melayannya dengan lembut dan mengasihinya dengan penuh cinta tampak begitu marah. Dan ini semua salahnya.

“Don’t go…” Ren tertunduk, diantara patut atau tidak patut untuk jujur, Ren memilih Adelia. Membayangkan Adelia keluar dari rumah ini hanya membuat Ren kecut perut. Terasa Adelia memilih untuk meninggalkannya buat selamanya. Ren melangkah merapati Adelia yang masih mengigil kemarahan, diraih badan itu kedalam pelukannya. Adelia tidak membantah, membenarkan lelaki itu mengusap belakang kepalanya.

“Be with me tonight, I will tell you everything.”

“Everything?”

“Yeah…Everything.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience