Bab 18 Collision

Romance Series 10412

"Nice meeting you, Ren. I tak sangka Boris ada anak brilliant macam you," puji Dato’ Goh, rakan bisnes Boris Gajendra yang juga pemegang saham Spectra Holdings. Ren tersenyum lebar lalu berjabat tangan dengan lelaki bertubuh gempal itu. Walaupun lambat di hari pertamanya, Ren berjaya membuktikan bahawa dia mampu menyandang pangkat yang diberikan.

Untuk lelaki seusianya, Ren boleh dikategorikan sebagai bertuah. Jahat macam mana pun Sakura kepadanya, satu hal yang Ren tidak boleh mungkiri adalah bahawa wanita itu yang mengajarnya tentang bisnes. Diajar selok-belok dunia perniagaan walaupun kenyataannya perniagaan itu terpalit lumpur dan debu.

Penuh Jijik!

"If your father no longer needs you, I would be pleased to offer you a position at my firm. Here," kata Dato’ Goh sambil menghulurkan kad nama kepada Ren.

Ren menerima kad tersebut, tertulis "Goh, Davis & Associates", sebuah firma undang-undang. Ren tersenyum manis lalu menyimpan kad nama itu di dalam poket bajunya. Tawaran itu menggiurkan tapi dia terpaksa menolak, "Thank you for the generous offer, Dato’ Goh. Tetapi sebagai penerus berikutnya, saya rasa saya tidak bisa meninggalkan tanggung jawab saya sekarang." Ren masih tersenyum sementara ketawa Dato’ Goh sudah memenuhi ruang, kedengaran senang hati.

"I like this attitude. We need more young people like you. I see what your parents did here."

Ren tersenyum sumbing. Parents? Not in a million years. Kenyataan itu dibiarkan saja, tidak kuasa Ren untuk membidas.

"How is your mom doing? I haven’t heard from her for a very long time. She was a friend of mine back in the days."

"She’s doing well," balas Ren tenang walaupun subjek tentang Sakura diangkat sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

"What a strong mother you have. I masih ingat the time your parents bercerai. She took the responsibility untuk jaga you. Don’t tell this to your dad, but I’m rooting for your mom." Tawa lelaki itu bergegar dan Ren langsung tidak bereaksi lebih. Hanya tersenyum tawar untuk tidak terlihat kurang ajar. Jadi begini pemikiran orang-orang terhadap keluarganya? Hanya memandang mereka pada dasar, terlihat sebagai sebuah institusi yang bahagia. Apa mereka-mereka ini patut dipersalahkan? Tidak, mereka tidak tahu. Mereka tidak perlu tahu apa dendam yang Ren bawa.

"Dulu masa kami..." Dato’ Goh tidak berhenti bercerita tentang Sakura dan Boris, bagaimana mereka bertemu, bagaimana hubungan itu terbina. Lama-lama suara itu pudar, sudah tidak dapat masuk dalam kepalanya... bla bla bla... Bunyi mesin fotostat lebih tertangkap di telinga Ren, suara tea lady bersembang dengan salah seorang staf kewangan lebih menarik, katanya anak jiran tea lady membuntingkan seorang anak dara dari Kedah. Ren mengernyitkan matanya cuba membaca bibir Dato’ Goh, suaranya kedengaran seperti radio rosak, tidak berbutir, hanya nama Sakura diulang beribu kali. Sakura itu Sakura ini.

Bullshit! Bullshit! Bullshit! It’s all bullshit!

"Okay, Ren..." Huluran tangan Dato’ Goh membuat Ren tersentak dari dunianya. Ren menatap kosong huluran tangan itu seperti baru mendaftar apa yang baru terjadi. Matanya berkelip-kelip kebingungan.

"Eh, ya..." Seakan baru tersedar, dia akhirnya menangkap tangan lelaki tua itu sebelum menarik senyum.

"Nice meeting you. If you need anything, you boleh cari Evelyn." Evelyn, pembantu peribadi Dato’ Goh, hanya menunduk menyapa Ren.

"Thanks, Dato. Send my regards to Datin." Kedua orang itu akhirnya berlalu meninggalkan Ren. Wajah yang tersenyum tadi akhirnya masam mencuka, tidak mampu berpura lagi. Ren bergerak kembali ke pejabatnya dengan hati yang berang. Dengan cepat, dia mengeluarkan telefon dari dalam poket dan mendail nombor yang dia sudah hafal.

"How’s the plan?" Ren bersuara tanpa jeda. Tiada hello, tiada pembuka, hanya terus kepada isi. Terdengar Catherine mengumam dari hujung talian.

"Aku sudah dapatkan kontak Mr. Jonathan Gio. Kau benar mahu lakukan ini?"

"Ya, I will settle the rest."

"Kamu tahu bukan ini akan risiko nya sangat besar, Ren?"

"Aku tahu Catherine, tidak salah untuk mencoba. I don’t mind if I die trying." Ren mengepal tangannya, teringat perbualannya dengan Catherine dua hari lalu tentang mengapa Yovan bertemu Sakura di Jepun.

"Now speak," kata Ren. Pesanan ringkas Catherine datang pada waktu yang tidak tepat. Nasib Adelia tidak mencurigainya.

"I think you heard about our parents meeting, don’t you?" Kebetulan berita itu baru disampaikan oleh Jake. Pada Ren, itu tidak terlalu pelik kerana Sakura dan Yovan memang rakan bisnes rapat.

"Ya?"

"Pemilihan Umum akan diadakan tidak lama lagi. Papi sangat memerlukan dukungan Tante Sakura. Kamu tahu itu bukan?"

"Terus?"

"Tante Sakura ingin pernikahan ini akan diadakan secepatnya."

"Apa-apaan yang kamu bicarakan? Aku bilang dua tahun!" Lelaki itu naik angin, dia terus bangun menuju ke balkoni. Serta-merta rokok dibakar. Hal ini tidak boleh dibiarkan berlaku.

"Ren... bertenang. Aku juga terkejut mendengar berita ini."

Kepala Ren mendadak sakit. Dia fikir dia sudah ke hadapan, malangnya Sakura sudah terlebih dahulu meninggalkannya.

"Aku mengerti kamu tidak mahu bernikah sama aku. Aku sudah relakan kamu pergi, Ren. Tapi dengarin aku, aku mahu bantu kamu."

Ren terdiam. Apa bantuan yang mahu dihulurkan oleh Catherine? Atau itu hanya sekadar tipu helah wanita itu?
"I’m listening."

"Jadi begini... Kamu kenal Jonathan Gio? Pewaris Gio Group?"

Siapa tak kenal Jonathan Gio? Satu-satunya pewaris Gio Group, merupakan rival terbesar Sakura. Hampir lingkup bisnes Sakura di Indonesia gara-gara lelaki itu. Cerita panjang yang cuba dipendekkan, Ren pernah bertemu dengan Jonathan di Indonesia beberapa tahun lalu sewaktu di majlis pemakaman datuknya. Boleh dikatakan Jonathan merupakan salah seorang pengikut kuat Tsuyoshi. Ren ingat-ingat lupa perihal lelaki itu tapi satu hal yang Ren tidak dapat lupakan adalah aura Jonathan yang begitu gelap. Seperti seorang yang dahagakan darah.

Ketika itu, Ren masih muda dan naif, hanya seorang anak kecil yang belum faham selok-belok dunia, Jonathan dan konco-konco nya hadir memberi penghormatan yang terakhir kepada mendiang Tsuyoshi. Hampir terbalik majlis itu akibat perselisihan faham di antara Sakura dan Jonathan. Ren hanya melihat dari jauh, meneliti wajah berang Sakura dan muka bengis Jonathan.
Otak lugu Ren tidak mengerti apa fungsi orang-orang seperti ini dalam keluarganya, tapi yang pasti lelaki seperti Jonathan ada udang di sebalik batu.

"Jonathan ingin mendukung Papi dan cuba menyingkirkan Sakura. Seperti ini peluang yang baik, bukan?"
Peluang baik atau membinasakan?

"Jadi kamu fikir aku harus bekerja sama dengan Jonathan untuk meruntuhkan Mami?"

"Benar. Ini mungkin satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada Sakura. Aku akan coba mendapatkan kontak dari Papi. Aku juga tahu Jonathan sekarang lagi di Indonesia."

Ren diam seketika, asap putih dihembus begitu banyak sehingga rokoknya sudah tinggal separuh.

"Kenapa kamu melakukan ini untukku?" sebuah soalan meminta kesahihan dilontarkan. Apa kelebihannya pada Catherine? Catherine mahu Ren kembali? Tidak akan.

"Karena aku merasa bertanggung jawab atas apa yang terjadi padamu. Bagaimanapun, kamu masih teman yang paling aku cintai," jawab perempuan itu tenang, tiada ragu didalam suaranya.
Ren cuba menghadam kata-kata Catherine. Rasa ketidakpercayaan masih menghantui dirinya, namun di dalam hatinya, dia tahu bahawa dia perlu berbuat sesuatu untuk membebaskan diri dari cengkaman Sakura.

"Aku akan pertimbangkan tawaranmu, Catherine. Tapi ingat, aku lakukan ini bukan kerana aku percayakan kamu sepenuhnya. Aku lakukan ini kerana aku mahu bebas," kata Ren tegas.

"Fair enough, Ren. Aku harap kamu berjaya," balas Catherine sebelum talian dimatikan.

Ren memandang ke luar tingkap pejabatnya. Dia perlu membuat keputusan yang tepat, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk masa depan bersama Adelia.

"Can I come in?"

Ren berbalik melihat Boris yang sudah tercegat di hadapan pintu. Boris melangkah masuk dengan tegas tanpa dipelawa, terus mengambil tempat di atas sofa di tengah-tengah ruangan.

"How was your first day? I saw you had a long talk with Dato’ Goh."

Ren mengambil tempat di hadapan Boris, sudah tahu ayahnya itu sengaja datang untuk berbasa-basi. Ren tersenyum miring.

"He is a funny man, indeed," balasnya tak kurang berbasa-basi. Dato’ Goh benar kelakar. Menganggap Sakura itu superwoman depertinya bisa menang ‘Joke Of The Year’

Suasana mendadak tegang. Perpaduan Ren dan Boris bukanlah perpaduan yang utuh. Kalau tidak kerana Adelia, Ren mungkin berfikir panjang untuk berada di Malaysia.

Boris menyilang kakinya, wajahnya berkerut seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Kalau Ren mahu membaca air muka lelaki itu, pasti ada kena mengena dengan Sakura.

“So, your mom called.” Benar kan? Persis apa yang dia fikirkan.

Boris berdehem membetulkan posisi, menegakkan tubuhnya supaya terlihat lebih tegas. Hakikatnya, tidak pernah sekali mereka membahas soal Sakura. Tidak pernah disentuh walaupun sekali. Ren adalah seperti bidak yang dimainkan oleh Sakura dan Boris sebagai bapa telah gagal kerana tidak mampu membawa dirinya untuk mempertahanakan Puteranya. Kata kunci, tidak mampu. Kekuasaan Sakura sendiri mencekik dirinya jadi bagaimana Boris mampu masuk campur perihal anaknya sendiri? Lagipula membahas hal Sakura itu kedengaran seperti taboo.

She-must-not-be-named.

“Dia membahaskan soal perkahwinan ku?” soal Ren tepat. Boris menggelengkan kepalanya kesal.

“She is that crazy.”

“You know she is.” perlian Ren membuat Boris tertawa kecil. Apa yang pasti, hubungan duo beranak ini lebih kepada ‘membenci Sakura setulus hati dan ikhlas’.

“Tapi aku punya cara untuk menghentikan kegilaan itu, walaupun seketika.” Sambung Ren lagi.

Boris mengerling kearah Ren, melihat kearah anak lelaki tunggalnya itu. Nampak tenang, tapi menggerunkan. Bayangan Sakura jelas pada riaknya.

“Jadi apa rancangan mu?”

“Jonathan Gio.” balas Ren sepatah.
Dahi Boris berkerut seribu. Tidak sangka selepas bertahun akhirnya dia mendengar nama itu lagi. Boris terus menggelengkan kepala, tidak setuju dnegan Ren. Jonathan Gio?

What an absurd way to kill yourself.

“No, you don’t have any deal with him.” bangkang Boris. Bercakap tentang Jonathan Gio dan Sakura ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Tak masuk akal. Ibarat memilih dua ekor serigala yang liar tapi harus memilih yang lebih jinak. Jinak? Tiada jinak dalam kamus hidup mereka.

“Tapi ini sangat penting.”

“Kalau yang itu jangan. Kamu hanya menempah maut.” Tambah Boris lagi.
“I’m already dead, aren’t I?”

Boris menatap Ren lekat, cuba mencari ketakutan dari mata hitam itu tapi tiada. Hanya tenaga dan semangat yang menguyar dari lelaki itu. Bagi Ren, kalau menjadi bidak buat Sakura tiada hasilnya, sekurangnya dia sanggup menjadi bidak untuk Jonathan asalkan Sakura tumpas.
Lelaki tua itu membuka kaca matanya lalu mengeluh. Menyalahkan diri sendiri sudah tidak bermakna sekarang, dia gagal. Sebegitu banyak masa untuk membantu Ren telah disia-siakan. Dan sekarang, cara membantu Ren adalah dengan menolaknya masuk ke kandang harimau.

“Jonathan itu lebih berbahaya daripada Sakura. There’s a reason why they can’t come together.”

“Do I have to know why?”

“Not that important.” Boris terus bangkit, rasanya sudah selesai bicara ini. Ren lebih mengetahui tentang mengendalikan hidupnya. Ada perasaan bangga dan takut didalam hati Boris. Diantara dua, dia yakin Ren tahu apa yang dia lakukan.

“Jadi apa yang kamu mahu lakukan?”
Ren bangkit berdiri bersamaan tinggi dengan ayahnya. Kedua itu terlihat sama dari gaya.

“Transfer me to Indonesia for a while. I will come back after everything resolved.”
Boris mengangguk faham. Nampaknya Ren sudah tekad, dia layak untuk mendapatkan satu tepukan gemuruh dengan sifat keyakinan yang ditunjukkan.
Because he knew one thing, He got a gut. He wants to stand where Boris can’t.

“Dad…” Boris yang baru saja berbalik badan untuk keluar sempat dihentikan Ren.

“Rahsiakan hal ini kepada sesiapa saja termasuk Mami. Aku janji aku tidak akan menyusahkan mu.”

Boris tersenyum senget “If you say so… but in one condition.”

“Apa?”

“Every move that you make, you need to let me know and you will take my people there with you.”

Ren mengangguk faham. Mungkin ini cara Boris untuk terlibat secara tidak langsung. akhirnya keluar meninggalkan Ren. Ren mengepal tangannya, perasaannya berkobar-kobar.

A pawn no longer, he shall be a king.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience