Bab 12 Hari jadi

Romance Series 10426

Adelia menari-nari kecil dengan mulut terkumat-kamit didalam bahasa asing, getah rambut yang dililit pada pergelangan tangannya ditarik keluar lalu diikat pada rambutnya. Dia meneliti pakaiannya didalam cermin panjang, t-shirt putih lengan pendek yang dipadankan dengan skirt midi berwarna hitam memberikan gaya kasual. Cantik. Rambut yang diikat tinggi itu dirasakan tidak menarik, dia kembali membuka ikatan.

Hmmm… dia mengumam tidak yakin. Dia kembali mengenggam rambut dan diangkat keatas. Hmmm… sekali lagi dia melepaskannya lalu mendengus kesal. Semua serba tak kena. Penampilannya tiba-tiba dirasakan tidak menarik. Adelia kembali kearah almari pakaian, dibuka besar lalu dibelek setiap helaian dan cuba mencari pakaian yang lebih cantik. Apa patut ditukar kepada yang lebih feminine?

Matanya tertancap pada satu gaun petang berwarna royal blue lalu dicapainya. Gaun itu dihadiahkan oleh Ibu semasa hari jadinya yang ke-15. Mungkin dia boleh memakainya semula hari ini sempena harijadi yang ke-18. Lagipun bentuk tubuhnya tidak banyak berubah. Adelia didalam kategori sederhana, tidak terlalu besar tidak terlalu kecil. Selepas akil baligh, badannya tetap sama cuma disesetengah tempat yang berubah.

“Laaahh tak siap lagi. Kata nak ikut pergi ambik abang.” Suara Seri membuat Adelia mengerang sebal. Si gadis kembali duduk dipinggir katil.

“Ibu…. Adel nampak buruk. Boleh tak Adel tak nak ikut?” Jawabnya dengan muka monyok.

Seri mencekak pinggang sambil membuat muka. Ada-ada saja perangai anaknya seorang ni.

“Adel yang cakap nak ikut kan? Ibu tak paksa. Sekarang dah pukul berapa? Nanti kalau lambat kesian abang tunggu kita.”
Adelia kembali mengerang sambil menekup muka. Bila Ren mengkhabarkan tarikh kedatangannya, Adelia lah yang paling teruja. Setengah tahun dia menunggu Ren untuk datang akhirnya janji dikota. Lelaki itu bilang, sengaja dia pilih hari ini kerana harijadi Adelia. A special gift from Japan, he said.

Tapi sekarang Adelia jadi tak percaya diri. Bagaimana kalau dia tidak memenuhi ekspetasi Ren? Bagaimana kalau Ren melihatnya buruk? Bagaimana kalau Adelia tidak seperti yang Ren bayangkan?

“Sekarang ni nak ikut ke tak? Kalau lambat Ibu tinggal.” Seri membalik kan badan dan berjalan meninggalkan Adelia.

“Adel ikut!” Jerit Adelia lantas bangkit. Baiklah apa nak jadi pun jadi lah.
Jam sudah pun menunjuk pukul 6.20 petang, sudah hampir 30 minit Adelia dan Seri menunggu dihadapan balai ketibaan sambil ditemani Pak Hassan. Dan di sepanjang 30 minit itu Adelia berpeluh dingin, tangannya terketar sejuk. Matanya meliar kesekeliling cuba mengecam lelaki itu.

Dadanya berdegup kencang saat matanya tertangkap pada sosok yang baru saja keluar dari balai ketibaan. Bayangan Adelia tentang lelaki itu benar-benar meleset, Ren lebih dari jangkaannya.
Ren terlalu tampan pada nyatanya.

“Ren!” Jerit Seri dengan penuh gembira sambil mengangkat tangannya keudara. Melambai-lambai kearah Ren menyebabkan lelaki itu berjalan laju kearah mereka. Tubuh Seri diraih kedalam pelukan, mereka tertawa senang. Adelia hanya berdiri kaku sambil memerhati.

“Ibu… nice to see you again.” Ucap Ren dengan tawa yang tersisa lalu melepaskan pelukannya. Adelia menelan ludah saat Ren mengerling kearahnya.

“Ini...” Seri menarik tangan Ren untuk mendekati Adelia.

“Adelia.” Bagai nak pecah jantung Adelia dibuatnya saat lelaki itu menyebut namanya. Dengan lirik senyuman yang sempurna, mahu saja Adelia pengsan. Seperti dalam bayangannya. He is too good to be true.

Adelia tersenyum lambat-lambat, dia menundukkan muka menyorok wajahnya yang bersemu merah.

Tanpa arahan, Pak Hassan mengambil bagasi dari tangan Ren.

“tidak perlu, saya bawa sendiri.” Ren menolak dengan lembut. Betulkan apa Adelia cakap, lelaki itu seorang yang lemah lembut.

“Okay come, let’s go now.” Seri bersuara sambil memimpin anak tirinya. Adelia yang malu-malu memilih untuk berjalan di belakang mereka. Saja telinganya dipasang mendengar ocehan Si Ibu dan abang tiri a.k.a kekasih hati. Bertanya khabar tentang diri masing-masing, bertanya tentang keadaan di Jepun dan mengulang kisah saat kali terakhir mereka bertemu di Indonesia. Sesekali tawa mereka kedengaran. Adelia diam, tidak cuba untuk mencelah.

“Harini harijadi Adelia.” Bagitau Seri tiba-tiba.

“Oh…” Ren mengerling kebelakang melihat Adelia yang membuntuti mereka. Adelia mengangkat muka melihat Ren tersenyum manis dengan mata bercahaya. Hatinya berbunga lagi.

“Happy birthday, Adelia.” Ucapnya untuk kali kedua. Kali pertama adalah sewaktu dia belum naik pesawat.

Adelia membalas dengan ucapan terima kasih. Keduanya sempat berbalas senyuman sebelum Ren berpaling semula kearah Seri yang masih sibuk bercerita.
Mereka berhenti dihadapan kereta, Pak Hassan memasukkan bagasi kedalam bonet.

“Takpe lah, Ibu duduk depan. Ren dengan Adelia duduk belakang.”

“Ibu…” Adelia bersuara kekok. Salah ni, sepatunya Ren duduk depan, biar Seri dengan Adelia duduk dibelakang.

“Aku didepan aja ya.” Ujar Ren seperti faham dengan situasi hati Adelia.

“Eh takpe. Lagipun Ren baru turun dari pesawat. Mesti dah sakit belakang duduk lama-lama. Tempat duduk belakang lagi besar.” Tak mahu menjelaskan lebih panjang, Seri terus masuk ketempat duduk hadapan meninggalkan Adelia dan Ren yang masih berdiri diluar. Adelia jadi salah tingkah, seperti bermimpi berdiri didekat lelaki itu.

“Kamu baik?” Tanya Ren lembut. Adelia mengangguk. “Aku minta Ibu kebelakang ya?”

“Eh, takpe. Adel okay.” Jawabnya lantas masuk kedalam perut kereta tidak mahu memanjangkan cerita. Ren sedikit tertawa, kelakuan Adelia benar menggeletek hatinya.

Adelia hanya diam sepanjang perjalanan, masih juga belum mampu berkata-kata. Hanya Seri dan Ren setia berborak. Sesekali bahu lebar itu menyentuh bahunya. Adelia mengecilkan diri lalu melihat keluar jalan.

“Banyak yang sudah berubah ya disini?” Ujar Ren melihatkan persekitan jalan, ternyata berbeza dari ingatannya.

“Dah 10 tahun, Ren. Banyak yang dah naik. Sini dulu kawasan hutan tapi dah naik jadi mall.”

Ren memandang pusat beli-belah yang berada disebelah jalan, dia mengangguk-angguk. “Tapi suasananya buat aku rindu Jakarta.” Ujarnya sayu.

“Ohh, dah berapa lama kamu tak balik Indonesia?” Tanya Seri ingin tahu. Adelia terus mengerling kearah Ren,

“Setahun. I’m not ready to go back after Obasaan passed away.” Suaranya terdengar lirih. Seri mengangguk faham. Tidak mahu menyentuh soal Obasaan dengan lebih dalam. Dia tahu serapat apa dua beranak itu.

Adelia melirik simpati kearah Ren yang tersenyum tawar. Perlahan-lahan jemari Adelia menyentuh hujung kelinking lelaki itu, membuat Ren berpaling kaget. Ren melirik kearah Seri memastikan wanita itu tidak menyedari mereka dibelakang.

Dengan perlahan Ren mengenggam jemari mugil itu dan mengusapnya lembut. Senyuman terukir saat pandangan mereka bersatu seperti berinteraksi melalui minda.

*****

Ren meneliti ruangan dihadapannya. Sentuhan warna kelabu dan ungu lembut memberikan kesan sejuk, bilik itu terlihat rapi seperti baru dibersihkan. Seri menarik tirai, mendedahkan balkoni dibaliknya. Pintu sorong ditarik membenarkan cahaya matahari untuk masuk kedalam.

“Seronok duduk dalam bilik ni sebab menghadap tasik.” Ujar Seri lalu keluar kearah balkoni sambil diikuti Ren. Ren memerhati sekeliling, tidak jauh dihadapannya ada tasik buatan yang dikelilingi oleh Track Joging serta taman permainan. Bersebelahan taman permainan ada gelanggang bola keranjang. Dia tersenyum senang, bola keranjang adalah sukan kesukaannya. Sekali sekala dia akan bermain bersama Jake dan Aaron. Dua orang itu tidak jauh usia daripadanya. Menjadi pengawalnya saat mereka masih remaja.

“Sebelah ni ada bilik Adelia, sebelah lagi bilik kosong. Kalau ada apa-apa boleh tanya Adelia. Selalunya Adelia sendiri turun tapi kalau malas boleh call dapur, Kak Ya akan angkat.”

Ren mengangguk faham. Dia mengeluarkan badannya sedikit untuk menjengah ke bilik Adelia. Sejak pulang, gadis itu terus masuk kedalam biliknya. Barangkali masih malu.

“Apa kalian tidak keberatan aku tinggal disini?” Seri mengerutkan dahi dengan pertanyaan Ren.

“Ish apa soalan lah kamu ni. Tak ada yang susah, Ren anak Ibu juga kan?”
Ren tersenyum senang. Motifnya ada dua, untuk bersama dengan Adelia dan mengambil alih Spectra Holdings lalu menyingkirkan Sakura. Dia kembali membuang pandangan kearah tasik.

“Ibu keluar dulu, kalau ada apa-apa boleh call dapur ya?” Keduanya membalas senyum. Seri berjalan keluar meninggalkan Ren yang masih berdiri di balkoni. Melihatkan Seri yang sudah hilang, cepat-cepat dia mengeluarkan rokok dari dalam bagasinya. Mulut dan tekak terasa kering tanpa benda itu. Lama dia tahan dari dalam pesawat. Ren kemudiannya kembali keluar balkoni dan terus membakar benda berbentuk silinder nipis itu.

Kini dia merasa lebih lega, pandangannya lekap pada beberapa anak kecil yang seronok bermain di taman. Tanpa sedar dia menyunggingkan senyuman.

“Wahhh syoknya merokok. Haritu cakap nak berhenti.”

Ren berpaling lantas tersenyum melihat sosok yang menyapanya. Rokoknya segera dimatikan.

“Sorry, ini obat.”

“Ubat yang mematikan.” Adelia memutarkan bola matanya. Ren terkikih geli lalu berjalan mendekati Adelia yang masih bercekak pinggang dihadapan pintu.

“Ayuh kemari.” Adelia menyambut huluran tangan Ren, perasaan kekoknya mula membaik, dibuang perasaan malu itu jauh-jauh.

Gadis itu terkesiap saat Ren menarik pinggangnya untuk merapat dengan perlahan. Tangan kekar itu menyibak rambut si gadis lalu mendekatkan wajah mereka.

“Apa kamu masih malu sama aku?”
Adelia menggeleng “Tadi kan ada Ibu. Kalau tak ada Ibu dah lama Adel peluk.” Jawab Adelia dengan berani.

“Apa bisa aku minta peluknya?” Mata lelaki itu bersinar. Wajah Adelia berubah merah. Berani tidak kena tempat. Ren menarik Adelia kedalam pelukannya, kehangatan itu terasa berbeza. Begini rasanya berpelukan dengan orang yang dicintai. Ren mendekatkan bibirnya pada telinga Adelia.

“You are so pretty.” Bisikan itu membuat Adelia kehilangan nafas, dapat dirasakan haba dari mulut Ren. Segala bayangan tentang lelaki itu kini muncul kembali. Meningatkannya kepada desahan nikmat malam-malam mereka.

“And you smell sweet too. As I imagine.” Nafasnya menyentuh telinga Adelia membuat gadis itu menggidik. Tanpa sedar, Adelia mencengkam lengan baju lelaki. Berdiri tegak bulu romanya disaat bibir lembut itu menyentuh kulitnya.

Dengan perlahan kecupan lembut jatuh pada leher Adelia. Terus ingatan pada malam-malam yang dilalui mereka yang penuh dengan kata cinta yang diselit dengan desahan dan rayuan bermain terngiang-ngiang di telinga.

Ren mengangkat muka menatap wajah sayu Adelia, dielus lembut pipi gadis itu. “Aku lupa sesuatu.” Dia bergerak kearah bagasinya, mengeluarkan sesuatu lalu dihulurkan kepada Adelia.

“Apa ni?” Adelia menatap kotak baldu kecik yang dipegangnya.

“Buka.”
Dengan laju Adelia membuka kotak itu. Terdapat seutas rantai berloket kan bunga biru.

“Selamat ulang tahun.” Ucap Ren. “Let me…” lelaki itu mencapai kotak dari tangan Adelia, mengeluarkan rantai lalu dikalungkan pada leher si gadis.
Adelia kelihatan teruja, jarinya bermain pada loket lalu melompat mengecup pipi Ren.

“Terima kasih!” Adelia tertawa sebelum dia berlari keluar meninggalkan Ren.
Ren berdiri kaku seketika, perlahan menyentuh pipinya masih hangat dikecup Adelia. Adelia adalah kepunyaannya dan itu pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience