Bab 9 His Muse

Romance Series 10426

Adelia.

Ren tersenyum tiap kali nama itu melintas diotaknya. Sejak bila gadis itu mula menumpang percuma didalam fikirannya sebagai penghuni, Ren juga tidak tahu. Menjadi sosok yang sentiasa membuat dia tidak sabar untuk bangkit dari tidur, ironinya juga, menjadi sebab yang membuat dia mahu terus tidur tanpa dibangunkan. Ingin terus bermimpi memiliki gadis yang berjaya membuat dia kembali peduli.

Adelia.

Nama itu berawal dari tidak mempunyai apa-apa isi akhirnya menjadi satu nama yang menggetarkan jiwanya. Jika nama sudah begitu, bayangkan senyumannya, ketawanya dan yang paling penting, sifat polosnya.

Kepolosan Adelia mengingatkan Ren kepada sesuatu. Sebuah cinta yang dia tidak pernah punya. Mengingatkan Ren kepada rasa familiarity zaman kanak-kanaknya yang berantakan.

Rasa itu pernah wujud sewaktu Obasaan masih hidup. Tika Obasaan pergi, Ren menangisi wanita itu separuh mati. Matinya bukan tentang kehilangan seseorang tapi mati kerana dia kehilangan dirinya sendiri, kehilangan rasa untuk hidup. Dan Adelia muncul seperti hadiah terakhir Obasaan sebagai tanda perpisahan. Adelia menjadi penghalang doa nya untuk mati. Menjadi cahaya dalam hidupnya yang kelam.
Tanpa sedar dia meletakkan kebergantungan kepada Adelia.

Adelia adalah satu sosok yang membuat dia rindu kepada dirinya sendiri; sebuah nurani yang hampir jatuh kedalam lubang ketidakpercayaan. Bagi Ren, orang sekelilingnya hanyalah pencundang, memakai topeng kesetiaan untuk menyembunyikan jiwa yang dangkal dan palsu. Tapi Adelia buat dia percaya yang dia berhak untuk merasakan titisan ikhlas, menerimanya seadanya dan tidak pernah mengacuhnya, sifat itu menyentuh hatinya yang hampir binasa.

She saved him from himself, and she give him a reason to stay alive.

“Aku ngak maksa kamu menerima aku. Aku mengerti ini sulit.” Ujar Ren dari balik layar kecil. Dia menghembuskan asap berkepul-kepul dari mulutnya lalu menyandarkan diri pada kepala kerusi.
Adelia menopang dagu, cuba meneliti reaksi lelaki itu. Dia akhirnya mengeluh.

“Adel rasa kita mungkin salah faham dengan keadaan kita. Mungkin kita terlalu selesa dengan kehadiran satu sama lain.” Adelia cuba mencari logik dibalik pengakuan Ren. Mereka tak pernah berjumpa, berkomunikasi hanya dari balik layar kaca. Untuk otak anak baru hidup seperti Adelia, Ren tidak nampak seperti orang yang mudah jatuh cinta.

He is too good to be true.

“Maybe I’m just a hopeless romantic?” Jawapan yang diberikan dalam bentuk soalan itu membuat Adelia belum puas.

Otak naif Adelia masih cuba memproses. Rasa ini terlalu baru baginya. Tiada yang pernah membuat Adelia berbunga. Tiada yang pernah membuat perutnya kecut. Ada sensasi baru menggeletek benaknya. She craves for an excitement and Ren offers that.

Dan pilihannya ada dua. Berhenti atau melintang arus.

“Demi membuktikan kata-kata ku, aku akan datang kepadamu.” Ren cuba menyuntik keyakinan pada Adelia.
Sudah pun Ren memikirkan hal ini dari awal. Disaat dia mula mahukan Adelia, dia harus kedepan. Adelia itu seperti objek mudah pecah, harus dikendali dengan teliti.

“Eh nak datang bila?” Wajah suram tadi kembali bercahaya.

“Soon…”

“Soon? Bagi lah tahu bila.” Adelia mencebik. Didalam hati dia melonjak kegembiraan.

“As soon as possible, can you wait till then?” Lelaki itu mematikan rokok kedalalam bekas, dia membongkokkan diri dan mendekatkan wajahnya pada layar.

Adelia mengangguk dengan semangat “I will.”

Ren bangkit lalu menjatuhkan diri diatas katil. Adelia sudah membalikkan posisi mengiring kekiri, mereka seketika terdiam. Adelia digeletek dengan perasaan luar biasa. Dia mengagumi lelaki itu.

Dia mahukan lelaki itu.

“Pelik ke Adel cakap Adel rindu?” Suaranya kedengaran lirih, tatapan matanya berubah sayu. Ren mendesah lesu.

“Nope, because I miss you too.”
Adelia menekup mulutnya menyorok dari senyumannya kelihatan. Kemudian dia berdehem mengawali diri kembali.

“You don’t know how much I want you, Baby.”

Adelia menelan air liur. Perutnya ditumbuk-tumbuk dengan rayuan Ren.

“Cepat datang sini. Adel tunggu.”

*****

Mata Adelia terbuka perlahan. Mentari pagi mencium wajahnya yang indah. Langsung bibirnya menarik senyum.Bilik yang sejuk membuat dia kembali menarik selimut. Perbualan telefon semalam berakhir dengan mereka sama-sama tertidur. Entah apa yang dibicarakan oleh mereka juga Adelia lupa tapi apa yang Adelia ingat perutnya mengecut tiap kali suara itu menyeru namanya.

Wajahnya mendadak hangat lalu ditekup dengan bantal, suara itu sering saja membuat dia salah tingkah. Oh Tuhan, Adelia benar-benar sudah gila. Mindanya sering melayang membayangkan kehangatan tubuh lelaki itu. Adelia bukan dungu, dia tahu ketarikan seksual itu wujud diantara mereka tapi dia cuba membataskan dirinya. Ren tidak pernah menyentuh soal itu membuat Adelia memendam rasa.

Dia menepuk-nepuk pipinya. Ayuh, pergi lah fikiran jahat.

Adelia berguling kekiri mencapai telefon yang diletakkan diatas meja tidur. Dia mengigit bibir apabila melihat nama itu disenarai notifikasinya.

Ren: Good morning. Are you awake? I miss your voice.

Adelia menendang-nendang kakinya ke udara, perasaan sejuta rama-rama berterbangan. Fikiran tidak murni itu datang kembali. Adelia menarik nafasnya dalam-dalam, cuba menangkan jiwa.
Sekali lagi wajah tampan itu menyapanya fikirannya, kali ini dengan bayangan dia berdiri dihadapan Adelia.

Adelia menyentuh bibirnya perlahan. Saat matanya terpejam, hatinya meronta-ronta untuk menyentuh bibir lelaki itu. Ingin mencium mata dan hidungnya, ingin menelurusi kulit lelaki itu dengan jarinya. Tanpa sedar tangannya menjalar turun bahagian kebawah tubuhnya dengan ingatan masih pada lelaki itu.

“Ren…” Rintihnya.

Dengan bayangan yang dicipta, Adelia mendesah. Membayangkan lelaki itu menyentuh dan mengecup lembut kulitnya. Keluhan yang keluar dari bibirnya semakin kencang, sekencang gerakkan tangannya.

Nafasnya menderu saat dia mencapai perlepasan. Membayangkan Ren yang tersenyum bangga. Kalau lah lelaki itu tahu apa yang dilakukan Adelia pasti dirinya dikutuk. Lelaki itu benar-benar membuat dia hilang kendali.

Seperti semalam, hatinya diusik rindu. Rindu untuk seorang lelaki yang dia tidak pernah ketemu. Rasa hiba mula menyinggah. Seperti akan mengambil masa yang lama untuk menunggu.

“Haish…” Bisiknya perlahan. Adelia menyibak selimut lalu bangkit untuk duduk. Tangannya menaip pesanan buat lelaki itu.

Adelia: Good morning. I miss you too ☹
Tak sampai seminit panggilan dari Ren masuk. Hati Adelia melonjak gembira.

“You sleep well?” Ren terus menyapa.
Suara itu masih saja mendebarkan dada. Teringat apa yang terjadi sebentar tadi, Adelia jadi malu.

“I do… Ren dekat mana?” Tanya Adelia saat mendengar suara bising dari latar belakang lelaki itu.

Ren membalikkan badan, dipandangnya Jake yang sedang mengetuk kepala seseorang. Ren melotot matanya kepada Jake, lalu diangkat satu jari pada bibirnya mengisyaratkan untuk diam. Dia berjalan keluar dari rumah itu. Rokok yang sudah tertinggal hujung dibuang ke tanah.

“Aku lagi kerja.” Balasnya sambil tersenyum sinis. Kerja. Kelakar.

“Oh! Selamat bekerja. Adel baru bangun ni. Nak mandi lepastu nak turun bawah. Lapar.”

Hati Ren berbunga mendengar ocehan manja Adelia. Dia tergelak kecil.

“Ya udah. Makan biar banyak ya, Sayang. I go to go.”

“Okay, take care. Have a nice day. Bye bye.”

“You too. Bye.”

Have a nice day. Tapi hari Ren sudah dimulakan dengan aktiviti tidak bermoral. Menggertak dan memukul.

Dia kembali masuk kedalam rumah itu. Kelihatan Jake dan Aaron masih masih memengang lelaki yang sudah melutut dilantai. Lelaki pertengahan usia itu kelihatan berantakan akibat dipukul teruk oleh Jake dan Aaron.

“Sudah lah. Lepaskan.” Arah Ren kepada kedua pengawalnya. Ren mengeluarkan sekeping dokumen yang tersisip di dalam jaketnya lalu diletakkan dihadapan lelaki itu.

“Jadi begini Toji-san, kita ringkaskan semuanya. Turunkan saja tandatangan jadi urusan kita selesai.”
Lelaki yang dipanggil Toji itu meludah kelantai bersisakan darah. Wajahnya memerah menahan amarah. Ren tersengih, lelaki itu benar-benar mahu mati.

“Kau seharusnya bersyukur bahwa aku bukan ibuku. Jadi, permudahkan urusan kita. Kau tanda tangan di sini dan aku akan membiarkanmu pergi.”

“GO TO HELL!” lelaki itu mengherdiknya. Ren menggeleng kepala lalu menghelakan nafas sesal. Dia memicit pelipisnya, kerja ini sangat menyakitkan kepala.

“Ya udah. Aku juga tidak mahu tanganku kotor. Terserah. Nanti juga anjing ibuku mencarimu.” balas Ren dengan nada rendah. Dia mengeluarkan sebatang lagi rokok dari dalam poket.

“Tuan, apa mahu dilepaskan? Jangan, nanti Tuan susah.” Aaron bersuara. Mereka tahu kalau Ren mengelak dari mengikut arahan alamatnya Ren yang akan menanggung akibatnya.

Ren mengibaskan tangannya dihadapan mereka, mengisyaratkan supaya melepaskan lelaki itu pergi.

“Ngak papa, Aku udah biasa.” Balasnya lalu keluar dari rumah itu.

Ini adalah kerja Ren. Mengugut dan mengertak meminta mereka yang terlibat hutang dengan Sakura untuk menurunkan tandatangan pada perjanjian yang diberikan. Rumah Toji-san itu sepatutnya diambil tapi hati nurani menghalangnya dari bertindak jauh.

Saat dia masuk, rumah itu dipenuhi dengan bingkai gambar keluarga. Gambar itu terdapat Toji bersama seorang wanita dan anak kecil. Mungkin itu keluarga lelaki itu. Fikiran Ren terus terbang kepada Obasaan. Panggilan Adelia juga membuat emosi nya lebih membaik. Jadi tidak mengapa lah, kalau nanti dia yang harus menerima kesan, dia juga sudah bersedia.

Berbelas kali dipukul tidak satu pun yang berjaya membunuhnya. Mungkin tuhan mahu Ren mengambil nyawanya sendiri. Nampaknya, tuhan juga kuat bercanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience