Bab 6 I think i fall for you

Romance Series 10426

"Hah! Duk senyum-senyum dari tadi, kau dah ada boyfriend ke?"

Cepat-cepat Adelia menyorokkan telefonnya dibawah bantal. Terkejut dijerkah seperti itu sampai pucat pasi dibuatnya.

"Kau dah ada boyfriend ke? Kenapa aku tak tahu?" Amelia menjatuhkan badannya diatas katil, ikut meniarap seperti Adelia. Gadis berkulit sawo matang itu mengecilkan matanya, cuba meneliti perubahan raut wajah sahabatnya.

"Kau jangan tipu aku, Del. Kita ni semua dah kongsi. Underwear dengan bra je belum." Amelia tertawa geli.

"Ish kau ni, mengarut je lah!" Lantas Adelia bangkit menuju kearah almari miliknya. Pertuduhan Amelia harus dinafikan, kalau Amelia tahu dengan siapa Adelia berbalas mesej pastu akan dicaci maki 7 keturunan.

Gadis itu mengeluarkan sehelai blouse berwarna putih dan jeans, perancangan hari ini untuk pergi ke kedai buku bersama Amelia tapi terbantut akibat terlalu asyik membalas pesanan dengan Ren.

"Siapa boyfriend kau Del?" Amelia cuba menyoal siasat Adelia. Jarang betul dapat tengok Adelia tersengih-sengih begitu.

"Aku cakap bukan boyfriend!"

"Eh la, jangan la marah. Tanya je pun." Amelia mencebik. Adelia memutarkan bola mata lalu membuka baju, menyisakan singlet yang dipakai.

"Kau ingat tak Thaqif?" Soal Amelia.

"Thaqif?" Adelia melihat keatas cuba mengingati nama yang disebut Amelia. "Oh, Thaqif anak Cikgu Normah! Haa kenapa dengan dia?"

"Haritu aku terjumpa dekat sekolah masa jumpa Papa. Dia tanya kau sihat ke tidak?"

"Kau jawab apa?"

"Aku jawab lah sihat. Lepastu dia mintak nombor phone kau."

Mendadak Adelia berhenti dari memakai seluar lalu membalikkan badan.

"Dah tu kau bagi?"

"Gila... mestilah tak. Hahaha" Lucu sekali melihat reaksi Adelia yang terkejut.

"Tapi kan Del, kau taknak ke try anak Cikgu Normah tu? Hensem kot."
Adelia menggidik ngeri. Thaqif dan Adelia? Mintak simpang. Adelia lebih rela berteman lelaki kan beruang daripada Thaqif.

"Taknak aku."

Thaqif, anak PK HEM disekolah Menengah Harmoni 3 itu budaknya nakal. Ada saja kenakalannya menyakitkan hati Adelia. Sudah lah, Adelia malas nak ingat. Thaqif bukan watak penting dalam cerita ini.

Telefon berdenting membuat Adelia berlari kekatil tapi tangan Amelia lebih laju. Cepat-cepat Amelia membaca pesanan yang ditinggalkan.

"Aku lagi sibuk. Hati-hati di ja- Aduh."
Satu cubitan hinggap diperut Amelia, padan muka.

"Wahh pakwe dari seberang." Sambungnya lagi dengan perlian. Tak sangka pula citarasa Adelia satu negara dengan Rizky Febian.

"Diam!" Kaki dihentak lalu Adelia berjalan menuju kesatu sudut, menggapai sling bag yang tergantung. Masam mencuka wajah gadis itu, tak suka sikap kawan baiknya yang tidak tahu batas. Tidak semua benda harus dikongsi bersama.

"Marah je keje kau. Tak rilek langsung." Dengkus Amelia lantas bangkit membetulkan bajunya. Adelia mencebik, rasa nak cekik-cekik je perempuan dihadapannya ini. Jenis tak makan saman. Ada je keje nak buat sakit hati.

"Tunggu aku dekat bawah." Pintas Adelia sambil menata dirinya buat kali terakhir dihadapan cermin.

"Eh? Kenapa? Kita turun lah sekali."

"Kau turun lah dulu. Nanti aku datang."
Malas nak bergaduh, Amelia terus berjalan keluar. Cepat-cepat Adelia menutup pintu lalu dikunci. Risau kalau Amelia muncul kembali boleh masak dibuatnya.

Dia berdiri dihadapan cermin lalu menangkap beberapa foto dengan pelbagai gaya. Selepas berpuas hati, Adelia mengirimkan foto itu kepada Ren.

Adelia: Cantik tak?

Tak sampai seminitnya berbalas.

Ren: Cantik!

Adelia tersengih-sengih kembali. Ren sentiasa membuat hatinya menghangat dengan sikap prihatin yang ditunjukkan. Selalu memuji Adelia, selalu memberi perhatian kepadanya.

Sudah 2 bulan mereka sering berbalas pesanan. Bangun pagi, Ren. Petang pun Ren, sebelum tidur juga Ren. Abang tirinya itu selalu membuat dia senang sampaikan dia tidak sedar hari-harinya banyak dikongsi bersama. Dihati kecilnya tersimpan sebuah rasa lebih untuk lelaki itu. Kalau dikira, sudah banyak kali Adelia cuba menafikan perasaannya tapi semakin lama semakin kuat.

Adelia mengigit bibir. Boleh jadi dia terbawa perasaan. Mana mungkin hubungan itu akan direstui dan mana mungkin Ren akan mempunyai rasa yang sama. Adelia hanyalah seorang adik, tidak lebih daripada itu.

*****

"Udah pulang?"

Suara lelaki itu bergema melalui pembesar suara. Adelia mengangguk-angguk kepada lelaki yang menatapnya dari balik layar. Dapat dilihat lelaki itu masih dengan komputer ribanya berlatarbelakangkan bidai.

"Amy lah ni. Ingatkan nak pergi bookstore je, tahu-tahu dia ajak tengok wayang."
Adelia merebahkan badan diatas katil, telefon pintar itu dihalakan kemukanya. Sesekali dia menegeluh mengingatkan kejadian siang tadi.

"Mandi gih." Ren memujuk. Sesekali padangannya silih berganti diantara skrin telefon dan skrin komputer.

"Adel malas nak bangun." Erangnya manja sambil mengeliat. "Ren busy ke?" memikirkan jam 12 tengah malam di Jepun, sejam awal berbanding Malaysia.

"Bentar lagi aku siap. Yuk bangun, mandi duluan." Pujuk lelaki itu lagi. Adelia menghelakan nafas, suara Ren terlalu lembut seperti nyanyian di telinganya. Gadis itu merubah posisi kepada mengiring supaya lebih senang untuk memengang telefon.

Dilihatnya Ren menutup komputer riba lalu bangkit, membawa telefon bersamanya.

"Nak tidur dah?" Tanya Adelia perlahan. Lelaki itu menghempaskan diri diatas katil, kembali menatap wajah Adelia pada telefonnya.

"Ngak. Kapan kamu mahu mandi?"

"Taknak mandi. Sejuk." Mengada sungguh bunyi suara Adelia. Kalau ada yang mendengar ini sudah pasti mereka muntah. Nasib saja lelaki dibalik layar itu tersenyum.

Mata Adelia kembali terkatup buka akibat mengantuk.

"Sayang..."
Sayang? Serta-merta Adelia membuka mata. Apa dia salah dengar?

"Ren cakap apa tadi?"

"Apa?"

"Tadi... Ren sebut apa?"

"Sebut apa?"

Adelia berdecit kesal. Mungkin benar dia salah dengar. Takkan Ren buang tebiat nak memanggilnya sayang.
Kalau lah Adelia punya kekuatan untuk menyatakan rasa kepada lelaki itu mungkin Adelia tidak serumit sekarang. Siapa yang bervideo call tengah malam dengan abang sendiri? Siapa yang berbalas pesan dengan abang sendiri? Apa Ren tidak nampak apa yang dilakukan mereka ini lebih dari sebatas adik-beradik? Walaupun bukan adik beradik kandung, tetap saja diluar kebiasaan.

Wajah Adelia berubah suram. Mungkin dia harus membataskan hubungan mereka. Kalau lebih lama begini mungkin tidak baik bagi kesihatan jantung Adelia. Punya perasaan kepada lelaki yang tidak mungkin dia gapai itu menyakitkan.

"Dah lah, Adel nak mandi dulu." Ucapnya lalu bangkit untuk duduk. Matanya mula terasa segar.

"Kamu mahu aku tunggu?" Pertanyaan Ren membuat Adelia merasa hiba dengan tiba-tiba. Layanannya melebih-lebih membuat Adelia makan hati.

"Tak payah. Ren tidur lah." Ucap Adelia tanpa memandang lelaki itu. Menyorok wajahnya yang muram.

"Kamu kenapa?"

"Tak ada apa."

"Kamu bertingkah aneh. Hey, what's wrong?"

"I said nothing. Bye, Adel nak pergi mandi." Suara Adelia sedikit membentak. Kedengaran Ren menarik nafas berat.

"Ya udah. Aku tidur duluan. Anything texts me."

"Okay, goodnight." Cepat-cepat Adelia memicit butang merah pada skrin. Satu bantal ditarik dan ditekup mukanya. Adelia menjerit sekuat hati. Sebal dan geram. Bukan pada Ren tapi pada dirinya sendiri.

Adelia bodoh. Adelia bodoh. Itu abang tiri kau, Adelia.

Dia merenung kosong. Apa sebaiknya Adelia menjarak kan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience