Bab 15 Catherine

Romance Series 10426

Ren bermain-main dengan pen di tangan, sesekali mengetuk belakang pen pada meja. Dahinya berkerut, mendengar dengan teliti setiap bait bicara Jake di hujung talian.

“Siang tadi, Nyonya Sakura bertemu dengan Pak Manor. Saya fikir mereka sedang merancang sesuatu,” kata Jake separuh berbisik. Kini, mata pen diketuk beberapa kali sebelum dia memandang keluar balkoni.

“Apa kamu tahu isinya?”

“Tidak, Tuan. Acara itu tertutup. Hanya Nyonya dan Genji yang hadir. Saya cuba mencari informasi, tetapi sepertinya tiada siapa yang tahu.”

Ren menghela nafas kesal. Hubungan Sakura dan Yovan Manor sangat rapat. Sebagai rakan bisnes, mereka memerlukan antara satu sama lain. Sakura perlukan Yovan untuk melindungi bisnes gelapnya di Indonesia dan Yovan memerlukan sokongan Sakura untuk pilihan raya yang akan datang. Tapi, Ren tahu sesuatu yang lebih gelap mungkin sedang dimainkan.

“Bagaimana dengan Catherine?”

“Dia masih di Italia, dan sumber mengatakan bahwa dia baik-baik saja.”
Ren mengangguk walaupun Jake tidak nampak.

“Ren!” teriak Adelia dari luar bilik, berlari masuk ke dalam bilik Ren.

“Baik, Jake. Keep me updated.”

“Baik, Tuan!”

Dengan cepat, Ren menamatkan panggilan. Kerusi diputar menghadap pintu bilik, terlihat Adelia yang berlari ke arahnya.

“My love,” Ren mendepakan tangannya menyambut Adelia masuk ke dalam pelukan. Lengan Adelia melingkari lehernya sebelum dia mengecup pipinya berulang kali.

“Baru pulang?” Ren memicit-micit pipi Adelia. “Kamu ke mana saja?”

“Hmm… bawa Amy jalan-jalan. Meeting few friends, pergi makan. The usuals,” jawabnya sambil tersenyum. “Do you miss me?”

“I miss you, Baby. Aku juga mau ikut kenal kawan-kawan kamu, tapi kamu nggak ngizinin aku.” Ren mencemberut.

“Bukan tak bagi tapi tengok tu,” muncung Adelia menghala pada laptop di atas meja, “You are working, kan? Takkan nak kena label curi tulang. Lagipun… nobody knows about us yet.” Ayatnya diperlahankan, Adelia menggigit bibir. Rasa sedih menusuk hati.

“Hey,” jari telunjuk Ren meraih dagu Adelia, “apa kamu mau aku kasih tahu mereka tentang kita? Kamu siap?”

“Eh no no. Not yet.” Adelia menahan dada Ren. Dilemanya masih menggunung. Terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira untuk mendedahkan hubungan ini. Pasti tidak ramai yang akan menyokong mereka nanti. Siapa saja akan memahami mereka? Adelia belum siap dikhakimi dan diherdik, hatinya belum kuat untuk itu.

Ren mengecup lembut belakang tangan Adelia. “Apapun itu, aku akan selalu bersamamu. Beri aku sedikit waktu, sampai saat itu, tolong tetaplah di sisiku. Promise me.”

Adelia tersenyum, dahinya bertemu dengan dahi Ren. “I promise.” Kecupan singkat diberikan kepada si kekasih.

Irama telefon berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Ren berpaling ke arah mejanya lalu mencapai telefon. Nama Catherine membuat dia mendengus.

“Kenapa?” tanya Adelia bingung, melihat wajah kekasih yang tiba-tiba berubah.

“Nothing, sayang. Work call.” Dalihnya, menelangkup kembali peranti itu di atas meja. Adelia tersenyum polos, mengiyakan saja kata-kata Ren.

“Jom turun, dah nak pukul 5 ni. Nanti Daddy dengan Ibu dah balik. Ren dah makan ke belum?”

Ren menggeleng. “I have things to settle. Can you wait downstairs? I will be right there in a bit.”

“Sure?”

“Sure, sayang.” Tangan Adelia dielus-elus.
“Okay then, Adel tunggu.” Adelia mengecup pipi Ren sebelum bangun meninggalkan lelaki itu.

Mata Ren mengekori langkah Adelia sehingga dia benar-benar hilang. Dia mengambil kembali telefon, lalu membuka pesanan yang ditinggalkan.

Catherine: I think you know about the meeting. Call me ASAP.

Ren menengus. Mahu tidak mahu, dia harus membuat panggilan. Nombor wanita itu dipanggil.

Beep beep...

“Hello, Ren?”

Wajah Ren bertukar dingin saat suara itu menyapa “Now speak.”

******

Adelia meletakkan pinggan mangkuk di atas meja, disusun cantik satu persatu mengikut susunan seperti selalu. Meja enam tempat duduk itu kini penuh dengan makanan. Hari ini Kak Ya buat soto ayam untuk mereka sekeluarga. Ada nasi impit, sup, dan taugeh. Tidak lupa sambal kicap power Kak Ya, paling power dipadankan dengan sup soto. Pasti termimpi-mimpi.
Adelia menyanyi kecil, sesekali matanya menjeling ke arah lif. Sudah 15 minit, kelibat Ren masih belum muncul.

“Adel, kamu nak mee hoon tak?” Laung Kak Ya dari dapur.

“Ada mee hoon ke? Nakkkk.”

Bagi Adelia, soto lebih sesuai dimakan dengan mee hoon. Dia berlari kecil masuk ke dapur, menghirup bau sedap yang naik dari periuk.

“Tapi ni akak celur untuk kamu je tau? Ibu dengan Daddy suka nasi impit. Ren nak nasi impit ke mee hoon?”

“Hmm… nasi impit je, kak. Dia kurang makan mee,” balas Adelia dengan penuh yakin mengingatkan kekasih hati yang lebih suka makanan berbentuk nasi. Nasi goreng, nasi putih, nasi impit.

“Mana kamu tahu dia tak makan mee? Akak buat mee hoon goreng, mee goreng elok je dia makan.” Berkerut dahi Kak Ya memandang Adelia.

Adelia menggaru kepala yang tak gatal. Tahu yang dia hampir tertangkap.

“Oh, oh. Dia yang cakap. Adel bagitau je balik.” Adelia menghenyak bahu lalu mengambil mangkuk berisi mee hoon dari tangan Kak Ya. Saat dia masuk ke ruang makan, Ren sudah pun ada di depan dengan telefon di tangannya. Nampak sibuk sambil mengetik sesuatu pada papan kekunci.

“Ren?”

Lelaki itu tersentak, menyudahi ketikan lalu memasukkan telefon ke dalam poket. Adelia meneliti kelakuan Ren yang nampak aneh. Wajahnya terlihat tidak senang, tapi senyuman dipaksa untuk Adelia.

“Are you okay?”

“Yeah, I’m fine,” jawabnya bersahaja lalu mengambil tempat di meja makan. Masih diam tanpa bicara. Telefon lelaki itu berdering lagi, kali ini dia bangkit meninggalkan meja makan lalu keluar rumah. Adelia bingung, seperti ada yang tak kena.

Makan malam berjalan seperti biasa. Memang cili kicap Kak Ya membuat semua berselera. Kekenyangan dibuatnya, tapi berbeza dengan Ren. Sepanjang masa dia diam, adapun bicara hanya soal kerja dengan Daddy. Itu pun dibalas mana yang penting saja. Adelia berfikir sendiri, apa dia ada berbuat salah?

Usai makan, mereka kembali ke dalam bilik. Adelia dengan novelnya dan Ren dengan telefonnya. Ini kebiasaan mereka sebelum tidur, hanya duduk berdua melakukan aktiviti masing-masing, tapi mala mini Ren terlihat berbeza. Selalunya dia akan menyiapkan kerja yang tertunggak atau membaca buku sementara menunggu Adelia siap menulis tapi matanya masih melekat pada skrin telefon.

Adelia berhenti menaip lalu merengangkan badannya yang pegal. Otaknya panas cuba memikirkan scenario yang menarik untuk diletakkan didalam penulisannya. Kosong. Dia berpaling ke arah Ren yang bersandar di atas katil, lelaki itu terlihat tegang.

“Ren… should I use this prompt or this one?”

Soalan Adelia tidak berbalas, lelaki itu malahan terlihat berkerut-kerut membaca di layar telefon.

“Ren…” panggil Adelia lagi, kali ini ditekankan sedikit suara. Lelaki itu masih juga belum menatap Adelia. Jasadnya saja disini tapi yang pasti otaknya sudah ke tempat lain.

“Ren!”

Ren mengangkat muka, terkebil-kebil memandang Adelia. “What’s wrong?” soalnya bingung. Adelia merengus lalu menghulurkan laptopnya kepada Ren.

Adelia mengeluh “Should I use this prompt or the other one?”

Lelaki itu meneliti hasil kerja Adelia seketika. “Just use either one,” jawabnya mudah, kembali menatap telefonnya. Ren memicit batang hidung lalu memilih untuk bangkit.

“Nak pergi mana?” soal Adelia. Ren mendekati si cinta hati lalu mengelus pucak kepalanya. “Go back to my room, I have things to do.” Ciuman singkat jatuh didahi Adelia. Wajah Adelia berubah monyok, tidak mahu membesarkan-besarkan, dia hanya mengangguk.

“Lepas Adel siap nanti Adel datang.” Ren melihat ke arah Adelia, mengusap pipinya lalu tersenyum.

Lelaki itu akhirnya keluar meninggalkan Adelia yang keliru. Melihat kelakuan aneh Ren, hati Adelia tidak senang. Gayanya seperti menyembunyikan sesuatu tapi lidah Adelia kelu untuk menyoal. Takut tersilap bicara.

2 jam berlalu dengan begitu pantas. Matanya sudah terkebil-kebil melihat skrin, Adelia buka kaca mata lalu memisat matanya. Sesekali dia menguap, meraup muka yang sudah kelihatan penat.

“Pukul 12 dah? Cepatnya.” gumam Adelia sendiri. Dia mengeliat, membetulkan urat disekitar leher. Telefonnya langsung tidak berbunyi. Tiada satu pun pesanan daripada Ren. Selalunya kalau mereka tidak duduk dalam satu bilik, pasti Ren akan meninggalkan pesanan tapi kali ini berbeza. Lelaki itu diam. Hati Adelia jadi tak sedap namun cepat-cepat dia mematikan rasa curiga.

Laptop dimatikan. Dia bangkit lalu menuju ke bilik Ren. Lampu masih menyala menandakan lelaki itu masih berjaga. Ganggang pintu dipulas perlahan. Terdengar bunyi air memancur dari dalam bilik air membuat Adelia menebak bahawa Ren sedang mandi.

Dia berjalan masuk ke dalam menuju kearah meja solek. Meneliti mukanya didalam cermin, membersihkan tepian mata, menata rambutnya biar nampak kemas. Sekurangnya sebelum tidur di mahu terlihat cantik di mata Ren.

Ting!

Bunyi pesanan ringkas masuk membuat Adelia berpaling. Dia mengerutkan dahi, bingung dengan penghantar pesanan yang tidak tahu masa. Benda nipis itu seakan memanggil-manggil Adelia untuk mendekati. Dia capai telefon Ren dari atas meja. Benda itu menyala.

Catherine.

Nama yang tertera menarik perhatian Adelia.

Catherine?

Nama itu terdengar familiar di telinganya. Siapa? Rakan sekerja Ren kah?

Catherine?

“Tak silap Ibu, Ren pernah bertunang tapi dah putus dah.”

“Siapa?”

“Hmm… namanya Catherine kalau tak silap.”

That Catherine?? Apa kedua berbalas pesanan hingga lewat malam?

Bunyi air tiba-tiba dimatikan. Dengan pantas, Adelia meletakkan kembali telefon itu lalu dia berlari masuk ke biliknya semula. Hatinya jadi pedih. Untuk apa Ren berhubungan dengan bekas tunangnya? Cemburu datang mengigit hati. Sejuta kemungkinan bermain di fikirannya seperti layar putih memutarkan filem melankolia.

Dia menghela nafas kesal, pintu dikunci dan lampu ditutup. Badan dihempas kasar diatas katil. Malam ini Adelia memilih untuk bersendiri dengan jiwa yang serabut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience