Bab 17 Unraveled

Romance Series 10412

"So, ini bukan parut jatuh motor?"

Ren menggeleng. Jemari halus Adelia menyentuh dadanya, lalu bergerak ke sekitar abdomen. Adelia tergamam. Setiap kali Adelia mempersoalkan parut di badan lelaki itu, jawapannya selalu jatuh motor atau kemalangan. Beberapa parut serupa ada di belakang badan Ren. Adelia mengeluh kesal.

Ren terlihat datar, tidak lagi bersedih dengan badannya yang berparut. Ini hasil dari trauma yang dicipta ibunya.

"Daddy tahu pasal ini?"

"Not entirely." Ren memaksa senyum, mahu terlihat kuat di hadapan Adelia. Adelia mengamati kesan garis panjang pada pergelangan tangan Ren. Dia selalu perasan, tapi sejak Ren memberi alasan itu juga kesan kemalangan, Adelia tidak berani menyoal lebih jauh.

"Ini... they did this to you?"

Sekali lagi Ren menggeleng, bibirnya bergetar menahan rasa. "I did that to myself."

Adelia terdiam kaku. Raut wajah yang terlihat tenang itu rupanya menyimpan luka yang berat. Hati Adelia pedih, entah apa yang dialami oleh Ren sampai dia memilih berbuat begini.

"Setelah Obasaan meninggal, aku merasa kehilangan. Aku berpikir tak ada lagi yang akan tinggal untukku. Satu per satu meninggalkanku. Orang tuaku, Catherine, dan Obasaan. Duniaku runtuh, aku melakukan hal-hal yang tak terpikirkan. Mencoba melukai diri sendiri karena aku membenci diriku. Aku membenci dunia tempat aku berada. Hingga akhirnya aku bertemu denganmu, penyelamat kecilku." Ren mengelus tepian bibir Adelia, wajahnya berubah keruh. Ren menyentuh parut pada pergelangan tangannya.

"I did this before I reached out to you. I totally forgot about our conversation, so I scrolled back to see what was behind... who knows, maybe there was something left for me one last time. Dan di situ aku menemukan perbualan yang sudah aku tinggalkan berbulan lamanya. Kamu menyentuh hatiku, jadi aku melepaskan pisau yang aku genggam dan bangkit semula. Replying to your text the next day."

"Dan sebab itu Ren contact Adel semula?"

"Mhm, dan bersamamu merupakan doaku yang termakbul. I have nothing left in this world, Adelia. I only have you. Kalau kamu memilih untuk pergi, kamu seakan meminta aku mati." Air mata lelaki itu akhirnya menitik. Selama ini dia berpura gagah di hadapan Adelia tapi nyatanya dia cuma lelaki yang runtuh jiwanya.
Angin malam bertiup menggigit badan Ren yang tidak berbaju, memberi sensasi dingin, sedikit sebanyak menyejukkan hatinya yang gundah. Pasangan itu duduk di atas lantai balkoni, bercerita tentang jiwa Ren yang hampir mati. Adelia menelan ludah, otaknya berusaha untuk menghadam informasi yang diberikan. Ren terlihat begitu kasihan. Dunianya terlalu gelap dan menyedihkan.

"Jadi Catherine ingin terus membantuku. Walaupun dia pernah pergi, itu tidak merubah sifatnya yang baik. Dia bukan manusia jahat." Setelah apa yang Catherine lakukan, Ren masih mempercayainya. Adelia kagum dengan pemikiran lelaki itu, masih positif. Kalau ini terjadi kepada Adelia, sudah lama Adelia membenci Catherine.

Setiap inci dirinya dia londehkan di hadapan Adelia, setiap cerita sedih dan pilu dihidangkan kepada Adelia, menjadi satu masakan yang tawar dan menjijikkan. Hidupnya jijik dan Ren akui itu, tapi satu hal yang tidak memungkinkan Ren untuk jujur... Hakikat dia masih bertunang dengan Catherine harus disimpan rapi. Adelia tidak harus tahu tentang itu. Belum lagi.

Ren mengusap wajahnya, kelihatan kesal. "Aku takut untuk membicarakan masa laluku, takut kamu akan meninggalkan aku jika tahu semua itu. Aku tidak mahu kehilanganmu, Adelia."

Ren diam, hanya air mata yang jatuh ke pipi. Adelia merangkul lelaki itu ke dalam pelukannya.

"Adel minta maaf."

"Tidak, Sayang. Ini salahku. Maafkan aku." Pelukan itu tercantum erat. Malam ini Adelia mengetahui siapa Ren yang sebenar. Seorang anak yang terbuang yang cuba mengutip sisa hidupnya yang berkecai. Dia seorang lelaki hancur. Lelaki hancur yang mencintai Adelia sepenuh jiwanya. Rasa marah kepada Daddy dan Sakura tiba-tiba meluap. Bagaimana mereka berdua sanggup membuang Ren begitu saja? Apa mereka tidak ada hati perut?

"Adel benci Auntie Sakura tapi Daddy? Adel kecewa dengan Daddy. Kenapa dia tak ambik tahu langsung pasal Ren? Tergamak Daddy buat macam ni. Look at you now, kalau lah Daddy fight dari awal, mesti Ren tak akan jadi macam ni."

Ren melepaskan pelukan mereka, mengusap lembut puncak kepala buah hatinya. "Jangan marah. Pikirkan seperti ini, jika dia berjuang untukku, apakah menurutmu kita akan berada di sini sekarang?" Satu kecupan dihadiahkan di dahi Adelia sebelum dia mencantum dahi mereka. "Dan aku tetap bersyukur dengan kehadiranmu. Don't be mad, okay?"

"How to not be mad? Macam mana Ren boleh setenang ni?"

"Sayang..."

Adelia menarik muka, dia tidak faham Ren. Mengapa lelaki ini mudah memaafkan? Ren hampir mati kerana mereka dan lelaki itu memaafkan mereka? Apa lelaki ini sudah gila?

"Lihat aku, benci membawa aku ke sini. Kerana benci, aku menyakiti diri sendiri. Dan aku tidak mahu kebenciaan itu meraja di hatimu. Sudah ya, Sayang?"

Adelia membuang pandang keluar balkoni, tiada bintang malam ini. Langit juga kelihatan mendung. Mungkin betul apa yang Ren katakan, tiada guna benci kalau hanya membunuh jiwanya sendiri.
Adelia hanya menatap Ren dengan senyuman manis. Tangan itu digenggam erat, dibiarkan angin dingin meniup buat jiwa mereka menjadi sejuk.

*****
Bunyi vakum mengacau mimpi Adelia. Sedang saja dia bermimpi bercinta panas dengan Ren, Kak Yaya dengan senang hatinya memusnahkan mimpi itu. Adelia mengerang kecil, mimpi panasnya membuat dia merona.

Tangan kekar Ren membelit pinggang Adelia, terdengar lelaki itu mengerang sebal. "We need to find a new place as soon as possible," gumamnya di balik leher Adelia. Adelia tertawa kecil, kini dia sedar, itu bukan sekadar mimpi tapi realiti.

Adelia mencapai telefon dari atas meja tidur.

"Eh? Dah pukul 9?? Sayang, bangun bangun." Suara Adelia mengejutkan Ren. Terbeliak biji mata lelaki itu. Jam 9? Kenapa dia langsung tidak sedar? Selalu pukul 6 pagi dia sudah terjaga. Salahkan Adelia yang berjaya menggodanya malam tadi. Cepat Ren bangkit mencapai t-shirt yang disangkut pada kepala kerusi.

Adelia tertawa melihat Ren yang terburu-buru, lelaki itu berlari masuk ke dalam bilik air. Sepatutnya hari ini merupakan hari pertamanya ke pejabat. Sudah banyak masa yang dihabiskan dengan bekerja dari rumah, kali ini dia akan menjejakkan diri sebagai pekerja baru, sebagai ketua bahagian kewangan. Boris memintanya bermula dari bawah dan Ren tidak mempermasalahkan itu asalkan rancangannya masih di jalan yang sama.

Ren mengelap wajahnya yang basah, baju sudah pun siap dipakai. Dia berlari ke arah Adelia yang masih meletakkan kepala di atas bantal lalu mengecup bibir gadis itu singkat.

"Aku harus pergi sekarang," ujarnya sambil tersenyum. Adelia hanya mengangguk faham. Ren kemudiannya berlari menuju ke pintu bilik, gagang pintu dipulas lalu dengan serta-merta dia menutup kembali daun pintu.

"Kenapa?" tanya Adelia bingung. Wajah Ren terlihat pucat.

"Aku lupa... Kak Ya di depan!" Ren berbisik namun suaranya jelas kedengaran, ditekan sedikit menampakkan dia terkejut. Adelia membulatkan mata, dia sendiri lupa dengan kehadiran Kak Ya. Oh ya, hari ini hari Isnin, wanita itu akan naik ke atas setiap Isnin untuk membersihkan lantai tiga.

Adelia menggigit kuku. Mereka bersama memikirkan bagaimana caranya untuk Ren keluar. Lelaki itu benar-benar sudah terlambat.

"That's it. We need to move ASAP." Mendengarkan itu Adelia terus mengeluh lalu membetulkan rambutnya yang kusut masai. Dia bangkit dari katil lalu berjalan ke arah Ren yang masih berdiri di belakang pintu. Adelia menjengah kepala saat daun pintu ditarik. Ternampak sosok Kak Ya yang sedang mengemas sudut almari yang penuh perhiasan.

Adelia dapat ada idea, cara untuk Ren keluar dari biliknya.

"Akak," Kak Ya berpaling melihat Adelia yang berdiri di hadapan pintu bilik sementara Ren menunggu di belakang pintu, sesekali dia mengintip gerak-geri Adelia.

"Lah kamu baru bangun?" Kak Ya mencekak pinggang. Adelia mendekati wanita itu lalu berdiri di hadapannya, sengaja membalikkan badan Kak Ya untuk membelakangi pintu biliknya. Dia mengisyaratkan mata kepada Ren untuk berlari keluar. Mencicit lelaki itu keluar lalu masuk ke dalam bilik sebelah. Telinga Kak Ya menangkap bunyi tombol tapi dengan cepat Adelia menghalang pandangan Kak Ya.

"Aha, penat sangat. Tak sedar rupanya dah nak tengahari." Penat? Aha, penat, dan itu semua salah Ren. Kak Ya merengus, dipandang anak majikannya itu tajam.

"Ada-ada je la kamu ni, Adel. Nanti turun sarapan. Akak nak turun ni." Adelia mengangguk laju. Kak Ya mengangkat mesin penyedut habuk itu masuk ke dalam lif. Tingkat tiga tidak terlalu kotor, cuma perlu penjagaan berulang sahaja. Adelia berdiri dihadapan lif seketika untuk memastikan Kak Ya hilang dari pandangan sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik Ren. Terlihat lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang di telefon.

"Ya, ya maaf. Saya lagi buru-buru. Meeting dilanjutkan dulu ya. I will be there in 30 minutes." ujar Ren sambil mengikat tali pinggangnya. Dia membalik badan saat Adelia memeluknya dari belakang.

"Baik Pak Khalid, ketemu nanti," sambung Ren kepada pembantu bahagian pengurusan, Khalid. perbualan itu dimatikan lalu Ren membalik badan, menatap wajah Adelia yang sudah terlihat sayu.

"Can you not go today?" lirih suaranya memujuk Ren untuk tidak pergi. Selepas dua minggu mereka menghabiskan masa bersama, Adelia belum bersedia untuk melepaskan Ren ke pejabat.

Ren menarik Adelia ke dalam pelukan hangatnya. Semakin hangat dan utuh.

"Aku harus pergi, sayang. Sudah kelamaan di rumah, mereka memerlukan aku. Aku janji akan cepat pulang ya?"

"Janji?"

"I promise, Baby. Aku tidak pernah mungkiri janji ku bukan?"

Adelia tersenyum, ciuman lembut dihadiahkan di bibir lelaki itu.

"Take care, my love. I love you." ucap Ren. Hati Adelia berbunga. Setiap kali kata cinta diucapkan, masih saja membuat hatinya berdegup laju seperti baru lepas berlari. Ren menata dirinya, lengkap berbaju kemeja biru dan berslack hitam dengan tali leher berwarna biru dengan corak garis hitam. Lalu dia mencapai briefcase berwarna hitam yang diperbuat daripada kulit dari dalam almari dan disangkut pada bahu.

"Bagitahu Adel kalau dah sampai nanti."

"Sure, sayang." Sekali lagi kecupan diberikan di dahi Adelia. Lelaki itu melangkah keluar bilik.

"Ren..." panggilan Adelia membuat Ren berbalik. "Take care, I love you."

Bagaikan sebuah virus, perasaan gembira itu menjalar ke seluruh tubuhnya. Membuat Ren tersenyum bahagia. Wajah Adelia ditatap penuh sayang.

Bagi aku masa lagi sedikit, sayang. Please wait for me, monolognya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience