Bab 5 Rahsia

Romance Series 10412

"Ibu, bila nak balik? Dah hampir dua minggu ni. Ibu kata seminggu je," omel Adelia di hujung talian. Seri menggeleng-gelengkan kepala lalu meletakkan telefon pintarnya di atas meja, menghalakan skrin padanya yang sedang memotong bawang agar Adelia bisa melihatnya.

"Ibu dengan Daddy lama sikit dekat sini. Ren kan tak sihat," balas Seri, dia memasukkan bawang ke dalam bekas dan mengeluarkan lobak merah dari dalam plastik. Walaupun ada pembantu, Seri lebih senang memasak sendiri. Seharian dia cuba memujuk Ren makan, namun anak tiri itu tetap menolak. Sehinggalah Ren memintanya membuat sup ayam, membuatkan Seri bersemangat untuk berjuang di dapur.

Melihat anak perempuannya dari balik layar menyenangkan hati Seri. Mujur saja keluarga Amelia sudi menumpangkan Adelia lebih lama. Boleh saja Adelia tinggal di rumah Mak Imah dan Pak Hassan, tapi Seri tidak mahu Adelia terasa bosan. Pasangan itu cuma tinggal berdua, anak-anak mereka pun sudah besar dan membawa haluan masing-masing.

"Abang Ren jatuh sakit? Kesiannya. Nanti say hai dekat dia untuk Adel."

"Pergilah DM dia sendiri. Ibu dah bagi Instagram dia kan?" Balas Seri sambil mengaduk sup dalam periuk. Adelia memutarkan bola mata.

"Dah DM tapi tak reply. Entah-entah dia pun tak ingat Adel. Tak nak lah, buat malu je."

Seri mengalihkan perhatian dari Adelia, melihat Ren berjalan menuju ke dapur bersama Hiro dalam gendongan. Lelaki itu terlihat suram, akhirnya dia menempatkan diri di bangku berhadapan dengan Seri.

"Ren nak makan?" tanya Seri, lelaki itu mengangguk perlahan. Matanya masih belum memandang Seri, hanya menatap Hiro yang nyenyak tidur kerana dibelai manja.

"Ibu tengah on call dengan Adelia. Ren nak bercakap dengan dia?"
Ren menggeleng. Sudah tiga hari dia membungkam diri dalam bilik dan tidak berinteraksi dengan sesiapa kecuali Seri. Itu pun hanya dengan anggukan dan gelengan.

"Sayang, nanti Ibu call balik. Ibu nak siapkan makanan untuk abang dulu."

"Okay Ibu, bye bye. Bye Abang Ren! Take care." ucap Adelia girang.

"Sekejap ya Ren. Sup atas dapur. Ibu nak goreng sayur sikit."

Ren sekali lagi mengangguk. Sesekali dia mengeluh, hanya merenung melihat kaunter dapur yang diperbuat daripada batu marmar. Rumah besar ini terasa kosong. Dia merindui Obasaan dan dia yakin Hiro juga merindui wanita itu.

"Ini Adelia."

Tiba-tiba Seri menghulurkan telefon pintarnya kepada Ren. Wajah sugul itu berpaling melihat Seri lalu matanya jatuh pada layar telefon. Tangan Ren menyambut huluran Seri lalu diamatinya benda nipis itu. Jelas terpampang satu akaun Instagram: @FlowerDelia_
Ren teringat mesej yang dia dapat semalam, masih belum dibalas. Biarkanlah dulu, Ren masih belum bersedia untuk berkomunikasi dengan sesiapa.

Ren mengamati akaun Instagram itu, ada beberapa gambar di skrin. Foto Adelia yang diambil dalam beberapa waktu berlainan, raut wajahnya terlihat bahagia. Tapi hampir separuh postingan itu hanya gambar makanan.

Entah kenapa senyuman manis Adelia memberikan dia kehangatan. Gadis bermata bundar dengan rambut ikal mayang itu cantik, jelas pesona riangnya. Hati Ren digeletek dengan sepasang lesung pipit yang menghiasi pipi gadis itu. Manis.

Ren kembali teringat yang gadis itu dulu punya gigi lopong dan seorang yang kuat menangis. Begitu mencuit hati.

"I remember her. She a crybaby."
Lebar senyuman Seri saat Ren mula bersuara. Syukur kepada tuhan.

Mata Ren kembali menatap skrin. Ada satu foto menarik perhatiannya. Foto Adelia dibaluti dengan gaun petang berwarna biru tua yang sangat pas pada tubuh mugilnya.

"Time tu dekat Maldives. Ingat tak Daddy pernah ajak Ren ikut sekali tapi Ren kena balik Jepun masa tu?" Seri menjelaskan gambar yang diamati Ren. Ren cuba mengingat garis masa yang diberikan. Oh! Ini tiga tahun lepas. Waktu itu Ren harus ke Jepun kerana ada kematian dari salah seorang ahli keluarga Sakura. Kalau tak kerana urusan itu pasti Ren akan ikut mereka ke sana sambil ditemani Catherine.

Catherine.

Sudahlah, persetankan soal Catherine. Buang masa saja mengingati orang yang tidak setia.

"Mungkin lepas Adelia habis exam nanti Ibu bawa dia datang sini." Tangan wanita itu laju mengaduk gorengan sayur dalam kuali. Bau harum naik semerbak ke udara.

"Takpun Ren datang ke Malaysia. Come visit us," sambung Seri lagi.

Ren tidak merespon, hanya membuang pandangan keluar tingkap. Hujan mula turun merintik seakan mengerti kesedihannya. Kesedihan itu makin terasa apabila Ren tersedar, wanita dihadapannya ini lebih prihatin daripada ibu kandungnya sendiri.

Ren menarik senyum. "We'll see how."
****

LotusOpus is now following you.

Adelia bingung saat mendapat notifikasi masuk dari akaun Instagramnya. LotusOpus? Dia cuba mencari tahu siapa pemilik akaun itu melalui gambar profil dan foto-foto yang dipos di akaun Instagram itu. Tiada satu pun postingan bergambar manusia kecuali dipenuhi dengan foto motor berkuasa tinggi, sajak berbentuk haiku, dan yang paling menarik adalah beberapa foto seekor Ragdoll berwarna hitam.

Dan tiada satu pun mutual followers.
Siapa ini? Jarang sekali ada yang mahu mengikuti Adelia secara rawak. Akaunnya berkunci jadi tiada siapa akan dapat melihat postingannya. Lama Adelia berfikir untuk mencari tahu siapa pemilik akaun. OH!! Adelia menepuk dahinya sendiri.

Ini Abang Ren!

Adelia baru teringat tentang pesanan yang pernah dihantar dulu. Wow hebat, selepas tiga bulan baru dibalas. Terlalu lama, bak kata orang "tunggu kau punya lah lama sampai anak aku dah masuk darjah satu." Adelia terkikih geli sambil menggelengkan kepala.

Ada pesanan balas yang baru ditinggalkan. Adelia buka dan baca.
LotusOpus: Hi Adelia, thank you for your kind words. I appreciated it so much. ?
Adelia tersenyum kecil. Laju tangannya menaip pesanan balas.

FlowerDelia_: Wah tunggu Abang reply, anak Adel dah masuk sekolah tadika.

LotusOpus: Huh? Kamu sudah menikah?
Adelia tergelak besar. Jenakanya tak sampai tapi reaksi Ren lucu sekali.

FlowerDelia_: It just a joke! Hahaha.

LotusOpus: Oh? Sorry. I'm super slow. Lagi kerja.

FlowerDelia_: I see. How are you?

LotusOpus: Doing fine. You?

Malas menaip, Adelia mengambil makanan yang berada dihadapannya. Hasil masakan Mak Imah. Masak lemak cili ayam dengan sayur kangkong goreng. Kalau 3 wanita dirumahnya itu yang masak memang Adelia tidak boleh menolak. Kalau Adelia yang masak, kirim salam lah jawabnya. Mahu terbakar dapur.

FlowerDelia_: Sent a photo.

LotusOpus: ?? That looks good. Kamu masak ya?

FlowerDelia_: Hahaha Kalau Adel masak nanti boleh meletup dapur. Abang dah makan?

LotusOpus: Belum. Aku juga lapar. Sekarang ada di Jepang. I miss Indonesian food.

FlowerDelia_: Oh! Adel pun. Adel suka ayam gepuk.

LotusOpus: Kamu ini tidak berubah ya. Lucu sekali.

Ren tersenyum-senyum membaca celoteh Adelia. Selepas 3 bulan baru dia merasakan dirinya semula. Membungkam diri dan bersedih selepas kematiaan Obasaan. Hari ini perasaannya lebih membaik, nasib saja dia menelerusi akaun Instagram miliknya. Kalau tidak pesanan Adelia itu akan terus dibiarkan sepi.

"Tuan..." Suara Jake mengejutkan Ren. Telefon pintar itu terus dimasukkan ke dalam poket.

"Nyonya Sakura mahu bertemu diruangannya," sambung Jake lagi. Ren mengangguk faham. Pengawal peribadi itu mula berundur meninggalkan Ren. Ren menelan air liur, apa lagi urusan Sakura pada kali ini.

Semalam Ren sudah mengerjakan urusan buat Sakura. Mengertak sebuah keluarga yang terlibat hutang dengan wanita itu. Hari ini kerja kotor apa lagi yang akan ditugaskan kepadanya.

Pembatalkan perkahwinannya dengan Catherine juga sudah diketahui Sakura. Habis mengamuk perempuan gila itu. Katanya, keluarga Manor sudah banyak berjasa untuk keluarga Gajendra. Bapa Catherine dan Sakura itu mempunyai hubungan mutualisasi.

Yovan Manor, bapa kepada Catherine, merupakan orang yang mempunyai kuasa di Indonesia tapi dalam diam dia juga mengerjakan perniagaan yang serupa dengan Sakura. Bisnes bawah tanah dan hitam. Perjodohan Ren dan Catherine sudah pun dirancang dari kecil, mujur saja mereka bertumbuh rapat dan jatuh cinta secara alami tapi dengan keadaan Catherine yang mencuranginya, Ren tidak yakin untuk berkahwin dengan perempuan itu.

Ren menarik nafas menatap pintu besar dihadapannya. Ini adalah bilik di mana ibunya bersarang. Takhta buat si ratu ada di dalam. Pintu ditolak dengan perlahan, menampakkan sosok wanita bergincu merah yang sedang duduk di meja kerjanya. Wanita itu terlihat dingin dengan mata yang sedang membaca dokumen di tangan.

"Mami..." Panggil Ren lalu membongkokkan badan sebagai tanda hormat kepada wanita itu.

"Apa kau sudah membuat keputusan?" Suara dingin itu menampar telinga Ren. Lelaki itu meneguk ludah.

"Soal itu... aku tidak mahu bernikah dengan Catherine."

Dokumen itu dihempas di atas meja. Pandangannya beralih ke arah Ren yang masih menunduk.

"Bodoh! Kau terus-terusan menyusahkan ku! Sama seperti Daddymu." Pekik Sakura.

"Aku bagi kau pilihan. Sama ada kau bernikah dengan Catherine atau kau terus mengerjakan bisnes ku di sini."
Ren tidak mahu terus-terusan membuat kerja kotor. Dia tidak suka.

"Tapi Mami..."

"Apa kau mahu terus diseksa oleh orang-orangku?" Tubuh Ren menggeletar mendengar ugutan Sakura. Teringat saat orang-orang Sakura memukulnya dengan teruk jika dia menolak melakukan kerja kotor Sakura. Ibunya itu orang yang jahat, tidak pantas dipanggil ibu. Kerana benci kepada Boris, Ren menjadi mangsa.
Namun sama seperti Yovan, Boris dan Sakura itu mempunyai kepentingan untuk terus berhubungan walaupun sudah bercerai. Ianya soal bisnes dan Ren.
Bapa kepada Boris, Freddy Gajendra adalah seorang menteri di Indonesia manakala bapa Sakura, Tsuyoshi Haruki, adalah seorang Yakuza yang mempunyai banyak bisnes hitam. Untuk melebarkan sayap ke Indonesia demi menjalankan 'bisnes yang lebih halal', dia banyak menggunakan khidmat Freddy. Jadi apa solusinya? menjodohkan anak mereka demi kepentingan bisnes.

Selepas kematian Tsuyoshi, semua harta warisannya dimiliki oleh Boris. Alasannya, Tsuyoshi tidak percaya Sakura untuk dijadikan penerus. Entah apa kebencian Tsuyoshi kepada Sakura sehingga dia berbuat begitu kepada anaknya sendiri. Spectra Holding yang pernah dipunyai keluarga Haruki itu kini milik Boris Gajendra. Boris mengambil alih lalu melebarkan perniagaan investasi itu sehingga ke Malaysia. Di Malaysia dia bertemu dengan Seri, seorang kurator galeri.

Kerana dendam dan amarah, Sakura terbang ke Jepun dan menjalankan bisnes bawah tanahnya sendiri. Disebabkan Ren adalah waris kepada harta Haruki, Sakura tidak akan lepaskan Ren. Jadi mahu tidak mahu, Sakura tiada pilihan kecuali terus bekerjasama dengan Boris.

Dengan semua informasi yang Ren ketahui tentang keluarganya, dia tidak punya pilihan. Kalau ada pun, mungkin mati adalah salah satu daripadanya.
Ren terdiam. Berkahwin dengan Catherine tampak lebih mudah dari menjalankan bisnes hitam ibunya. Hingga saat ini, dia cuba mencari cintanya yang telah hilang namun tiada.

"Baiklah, aku akan mengerjakan bisnesmu di sini."

Mungkin benar jika selama ini dia tidak begitu mencintai Catherine.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience