Bab 14 Granted

Romance Series 10412

Adelia menuruni tangga satu persatu menuju ke tingkat dua di mana terletaknya perpustakaan kecil milik Seri. Lampu kuning malap dan cahaya dari luar menerangi langkah Adelia. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk memastikan dia tidak diekori. Niatnya untuk menulis terganggu apabila Ren memintanya untuk menemaninya tidur seperti malam-malam sebelumnya, hanya sebagai peneman tidur untuk mengatasi masalah tidurnya.
Adelia mula mengetahui tentang masalah tidur Ren seminggu yang lalu. Menurut Ren, masalah ini telah menjadi kebiasaan sejak kecil dan semakin memburuk selepas kematian Obasaan. Malamnya menjadi siang dan siangnya menjadi malam, atau kadang-kadang dia langsung tidak tidur. Namun, sejak berhubung dengan Adelia, masalah itu perlahan-lahan hilang.

Bagi Ren, kehadiran Adelia di sisinya sudah cukup untuk membuatnya tidur lena. Walaupun kelihatan seperti alasan, itulah kenyataannya. Untuk mengukuhkan lagi cerita, Adelia sendiri pernah melihat Ren meracau dalam tidur, entah apa yang digumamkan lelaki itu. Perasaan simpati terhadap Ren membuatkan Adelia membuat keputusan yang tidak masuk akal: menjadi pendamping tidurnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan Adelia masih belum dapat melelapkan mata walaupun Ren sudah lama terlena. Penghuni yang lain juga mungkin sudah dibuai mimpi.

Fikiran Adelia asyik memikirkan penulisan yang masih belum disiapkan. Dia cuba mencabar dirinya sendiri untuk menulis satu bab sehari, tetapi sejak kehadiran Ren, satu bab pun belum dapat disiapkan. Ada sahaja akal lelaki itu untuk mengacaunya. Pembaca dalam talian juga sudah mula menagih bab baru, membuatkan Adelia semakin tertekan.
Dia berdiri di hadapan rak buku, cuba meneliti satu persatu buku fiksyen yang menarik untuk dibaca. Untung punya ibu yang merupakan peminat seni dan buku, sengaja menjadikan tingkat dua sebagai tempat untuk bersantai. Dia menjengkitkan kaki untuk mencapai satu buku yang berada di barisan paling atas sebelum ada tangan lain yang mencapainya untuknya.

“Kamu buat apa?” suara lembut itu menyapa sambil membalut pinggang Adelia. Dia tersentak, tidak perasan bila lelaki itu muncul.

“Kenapa bangun? Nightmares?” tanya Adelia tanpa berpaling, matanya jatuh pada buku di tangan, diselak satu persatu helaian.

Ren mengangguk dengan pelukan yang semakin mengetat.

“Ren…” Adelia mula merasa rimas, nafasnya makin sesak.

“Hmm…?”

“Can you let me go?”

“Nope.” Ren mengecup lembut bahu Adelia, tidak peduli jika gadis itu merayu untuk dilepaskan.

“Aren’t you sleeping?”

“I was, but you left me,” balas Ren di sela kecupannya. Sekali-sekala tangannya meramas perut Adelia. Adelia akhirnya berpaling, menatap Ren.

Adelia mengeluh melihat wajah itu yang monyok, jelas dengan wajah mengantuk. Ren tidak akan tidur tanpa Adelia di sisi, kalau Adelia bangun pasti akan dicari.
Gadis itu mengeluh lalu mengelus pipi Ren.

“Adel nak start menulis ni. Apa kata kalau Ren tidur je.”

“No.”

“Please…”

“I said no, lagipun ini sudah lewat.” Ren membawa tangan Adelia ke bibirnya lalu dikecup lembut. “Jam segini harusnya tidur, bukan menulis.”

Adelia memutarkan bola mata. Adakah Adelia suka dilayan seperti itu? Suka. Adakah ini keterlaluan? Yes!

Sesekali Adelia memikirkan kebarangkalian mereka untuk ditangkap. Untung saja Kak Ya dan Mak Imah jarang naik ke atas, kalau tidak, masaklah Adelia. Lihatlah Ren, pantang ada peluang saja terus naik bulu. Selagi Ren tidak melaporkan diri di pejabat, selagi itu Adelia akan diganggu.

“Ayuh tidur.” Tak semena-mena tubuh gadis itu diangkat lalu diletakkan di atas bahunya, Adelia memukul lembut belakang badan Ren sebagai protes tetapi lelaki itu hanya ketawa kecil sebagai respon. Gagahnya Ren membawa Adelia naik semula ke bilik lalu menjatuhkan tubuh itu di atas katil.

Ren melompat naik ke katil lalu meraih Adelia ke dalam pelukannya. Adelia mengerang sebal.

“You better sleep before I start doing the unthinkable.” Ancam Ren sambil tersenyum nakal.

Mendadak merah muka Adelia mendengarkan itu. Peluk sudah, cium pun sudah, apa yang belum? Jangan-jangan… oh noooo.

“Ngak usah fikir yang ngak benar. Tidur!” balas Ren seperti dapat membaca fikiran Adelia.

“Taknak!”

“Adelia,” Seru Ren, lelaki itu bangkit lalu menindihnya, menatap Adelia tajam.
“Benar ngak mahu tidur?”

Adelia menggeleng laju. Sinaran cahaya malap memancar terus ke wajah lelaki itu, menampakkan matanya yang bersinar-sinar.

“I’ll make you sleep then,” Perlahan wajah Ren merapat ke wajah Adelia, dengan pantas tangan mulus itu menolak muka Ren kebelakang membuatkan lelaki itu mengundur.

“Haish…” Ren menggosok rambutnya kesal. “Fine, I’ll sleep.” Lelaki itu bangkit lalu meninggalkan Adelia.

Adelia mendengus sebal. Apa lelaki itu merajuk dengannya?

Dia kemudian duduk di atas katil sambil menata rambutnya yang berantakan. Buku yang terjatuh di atas lantai tadi diambil. Adelia bangun menuju ke meja belajarnya. Dibuka laptop dan mencari dokumen yang sudah ditulis separuh semalam. Ini semua gara-gara Ren kerjanya jadi terbantut.

Adelia memulakan pembacaan, sikap Ren sebentar tadi cuba dilupakan tetapi kenapa dia merasa sayu. Apa dia keterlaluan?

Baca rangkap satu, wajah Ren yang dibayang. Baca rangkap dua, wajah Ren masih bermain di minda. Adelia mengerang sebal, menghantukkan kepala pada papan kekunci. Betullah, kalau dah namanya angau, perangai macam budak-budak pun kena terima.
Adelia mematikan laptop lalu bangkit menuju ke bilik Ren. Gagang pintu dipulas perlahan.

Klak.

Daun pintu ditolak sedikit, Adelia menjengah kepala, melihat Ren yang sedang berbaring di atas katil membelakangi pintu, bunyi dengkuran halus menandakan lelaki itu sudah tertidur.

Adelia menjinjit masuk dengan berhati-hati, tidak mahu mengejutkan Ren. Dengan perlahan, dia naik ke atas katil lalu menjatuhkan badannya di sebelah lelaki itu. Adelia mengeluh perlahan, rasa sedih menggigit hatinya. Matanya dipejam perlahan.

Tiba-tiba tangan itu menarik Adelia masuk ke dalam pelukannya, Adelia terkesiap. Rupanya Ren belum tidur lagi. Adelia membuka mata, wajah tampan itu menyapanya. Merenung tepat tanpa bicara.

“Did I wake you up?”

Ren menggeleng, sesekali matanya terkatup buka akibat terlalu mengantuk. Badan Adelia dipusing supaya belakangnya menghadap Ren lalu Ren memeluknya kembali.

“Finish writing?” Bisikan Ren membuat Adelia merinding. Gadis itu mencengkam hujung bajunya. Kecupan lembut menjalar dari telinga turun ke leher, Adelia menahan nafas, cuba menahan perasan.

“I don’t even start.” balasnya lambat-lambat.

“Why? I’m sorry if I make you feel bad. Jangan pikirin aku, aku cuba tidur.”

“Ren…”

“Hmm?”

“I love you.”

Ren mengukirkan senyuman, bahu Adelia dikecup lembut. Tangan itu liar mengelus permukaan perut rata Adelia membuatkan dia merinding.

“I love you too, Baby.”

Bibir mereka bertemu, dicium bibir dalam-dalam sebelum Ren melepaskannya. Dia menatap anak mata Adelia yang berseri sebelum ciuman itu menjalar turun leher Adelia, sesekali tangannya mengelus kulit paha gadis itu.

“Ren,” desah Adelia. Kepalanya mendadak pusing kehilangan nafas.

“Hmm?”

Ciuman itu turun ke dada dan perutnya. Ren mengangkat muka melihat Adelia yang menjambak rambutnya. Wajah itu terlihat sayu.

“Tell me to stop.” desisnya pada permukaan perut Adelia membuatkan gadis itu menggeletar. Adelia menarik nafas dalam-dalam. Fikirannya menjadi kosong, sentuhan itu terlalu berbisa buatnya. Jemari Ren bermain pada getah seluar Adelia, menarik-nariknya dengan sengaja.

“Do you want me to stop, baby?”

Adelia mengetap bibir, hatinya berdebar-debar dengan bisikan otak dan hati yang tidak seiring. Tidak mendapat jawapan, Ren akhirnya melepaskan tangannya namun dengan cepat Adelia menahan tangan lelaki itu.

“D-don’t stop.” balas Adelia gementar.
Ren tersenyum manis “Your wish is my command, Princess.”

*****
Jemari Adelia mengelus lembut dada Ren yang dilakar penuh dengan tinta kekal. Si tuan tubuh terjaga, merasakan kuku halus itu menekan-nekan kulitnya, kuat tetapi masih menyenangkan. Matanya terpejam rapat menikmati sentuhan, namun telinganya menangkap bunyi keluhan dari bibir manis Adelia. Mata dibuka perlahan, muka berkerut-kerut cuba memfokuskan pandangan pada Adelia yang sedang berbaring di dadanya. Sekali lagi gadis itu mengeluh seperti ada sesuatu yang mengganggu.

Ren melepaskan nafas sebelum menatap lelangit kamar, hanya cahaya dari luar menerangi ruangan gelap itu. Tangannya mengelus puncak kepala Adelia, menyebabkan perempuan itu mendongak.

“Did I wake you up?” Adelia memperkuatkan lagi pelukannya, menyembam kembali wajahnya pada dada Ren.

“I thought you were sleeping?” Suara itu menegurnya, terdengar parau akibat baru bangun dari lena yang tak seberapa.

“I did tapi terjaga.”

Ren menarik Adelia naik, menyamakan posisi pembaringan mereka lalu tangannya mengelus pipi lembut itu. Adelia terlihat suram.

“Hey, kenapa?” tanyanya separuh berbisik. Dia mengerut dahi saat mendapat gelengan daripada Adelia.
Dalam selaan cahaya malap itu, Ren melihat perubahan wajah Adelia. Gadis itu mengetap bibir seperti mahu menangis. Mata cantik itu mula bergenang dan hidungnya menarik hingus.

“Hey hey, Baby. Did I hurt you?”
Adelia menggeleng namun isakannya makin kencang. Air mata mula menitis membasahi permukaan bantal. Ren menarik si kekasih ke dalam pelukan, dikecup-kecup dahinya dengan penuh kasih. Risau jika dia terlalu berkasar dengan Adelia sehingga menyebabkan perempuan itu terkejut.

Adelia menyapu air matanya sendiri, tangisan mula beransur hilang. Ren melihat ke dalam mata hitam Adelia, cuba mencari jawapan. Tangan kekar itu mengelus bahagian dalam paha Adelia.

“Sakit?”

“Sikit…” Adelia kembali mencebik. “I’m sad…” Dia akhirnya menangis. Kedua tangan menekup muka, cuba menahan isakan yang semakin kuat. Tangisan itu diselit dengan sedu sedan. Hatinya hancur, terlalu hancur. Dia merasa dirinya kotor, menyerahkan satu-satunya harta yang tak dapat digantikan. Adelia jijik dengan dirinya sendiri.

Ren menarik lembut tangan itu, memperlihatkan wajah merah dan basah. Hatinya digigit kesal, sedih melihat Adelia yang berteriak lirih.

“Baby, look at me,” panggil Ren. Ibu jari dan telunjuknya bergabung mengangkat dagu Adelia. “Sayang, look at me.”
Mata basah itu menatap Ren lambat-lambat.

“Kamu sedih kerana ini?”
Adelia menggeleng, tidak faham dengan hatinya sendiri.

“Jangan bersedih, Sayang. Aku bahagia punya kamu.” Ren mengecup puncak hidung Adelia. “I don’t care if I can’t be with anyone else but you. I love you more than anything.”

Adelia tersedu-sedu dan mendongak melihat Ren, matanya mencari kepastian. Ren menariknya lebih dekat, tubuh mereka saling berpelukan, dan dia berbisik kata-kata yang menenangkan, meredakan ketakutan dan kesedihan Adelia.

“Aku janji aku ngak akan ninggalin kamu. Apa kamu percaya sama aku?”

Disaat ini, Ren tahu apa yang diperlukan Adelia. Sebuah jaminan untuk membuat dia percaya bahawa cinta Ren padanya adalah jujur. Ren mengutuk dirinya sendiri. Sebanyak mana dia mahu memiliki Adelia, malam ini tidak sepatutnya terjadi. Bukan dengan cara begini.

Hawa nafsu merajai diri, dan demi sebuah pembuktian, mereka menjerat diri dalam satu ikatan emosi yang tak terlihat. Ini bukan pertama kali bagi Ren tetapi pertama buat Adelia. Rasa pertama kali itu akan mencengkam jiwanya, menyebabkan dia ada kebergantungan lain kepada Ren.

“Macam mana kalau Ren betul-betul tinggalkan Adel?”

“It’s middle of the night and you’re spouting bullshit,” suara itu bergetar. “Baby, I won’t.”

“What if you did?”

“Kamu mahu aku persoalkan yang sama? What if you are the one who did it? You the one who’s leaving?”

Adelia diam. Mustahil dia yang akan meninggalkan Ren. Dia belum segila itu. Jika juga dia yang meninggalkan, Ren mungkin tidak akan sesakitnya. Lelaki itu pasti baik-baik saja.

Ren menarik tangan Adelia lalu mengecupnya. Berulang kali sehingga hatinya terasa pedih. Matanya mula berlinang, perit ketika soalan dilontarkan. Cukup dia terasa kehilangan. Jika Adelia pergi, dia lebih rela mati.

“I rather die than losing you,” lirih suaranya, mengecup lama tangan Adelia. “Andai kamu pergi, aku tiada alasan untuk tetap tinggal.”

Adelia terkejut. “Apa Ren cakap ni? Nonsense.”

“And that’s how you sound. Nonsense.”
Ren tersenyum nipis. Memikirkan pergi nya Adelia bakal merobek hatinya. Lebih teruk daripada Sakura, lebih sakit daripada Catherine, dan lebih perit daripada Obasaan. Hati Adelia mula membaik tetapi ada sesuatu menganggu fikirannya.

“Adel takut. Bila kita nak bagitahu Daddy dengan Ibu? Macam mana kalau mereka tak restu?”

“Aku akan buat mereka merestui kita tetapi aku minta kamu bersabar sebentar. Masih ada hal yang harus aku selesaikan.”

Perancangan untuk melawan Sakura masih dalam kepalanya. Jake dan Aaron sentiasa mengawasi gerak-geri Sakura dan Catherine, tidak lupa untuk melaporkan setiap gerakan mereka kepadanya setiap hari. Hubungannya bersama Adelia harus disorok. Kalau sampai Sakura dapat tahu, Adelia tidak akan selamat. Panggil saja Ren pentingkan diri sendiri tetapi rasa untuk memiliki Adelia itu lebih tinggi.
Ren mengecup bibir kekasihnya sebelum memeluknya kembali.

“But isn’t it thrill?” tanya Ren tiba-tiba, ada senyuman di bibirnya. Adelia berkerut, tidak mengerti tujuan soalan tersebut.

“Apa yang thrill?”

“We are at our parents’ house and here you are here…naked.”

Laju Adelia mencubit perut Ren menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Tawanya ditahan kerana tidak mahu membuat bising. Tangan Adelia digenggam kembali lalu dikecup berulang kali.

“Let’s move out. Kamu sambung belajar, kita keluar,” Ren bersuara sementara Adelia kelu. Pindah? Tiba-tiba dia menjadi risau. Hubungan terlarang ini dibina dalam diam. Ibu tidak akan melepaskan Adelia dengan begitu mudah.

“Kamu mau kan?” tanyanya lagi. Adelia tidak terus menjawab. Semua ini berlaku dengan terlalu cepat.

Adelia menelan air liur, wajah Ren ditatap tajam.

“Baby, do you trust me?” tanya Ren kembali. Melihatkan wajah tulus itu memberi Adelia satu perasaan ganjil. Adelia mencintainya dan mahu meletakkan semua rasa kepada lelaki itu. Rasa pemilikannya kembali. Dia mahu memiliki Ren.

Adelia mempereratkan lagi dakapannya. “I love you, Ren,” katanya dengan mata berair.

“I love you too, Adelia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience