Bab 7 I think I do too

Romance Series 10426

Ren mengangkat telefonnya tinggi-tinggi. Apa tiada signal? Sudah beberapa kali dia menghidup dan mematikan benda nipis itu. Kosong, masih tiada balasan daripada Adelia. Apa dia masih tidur? Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 petang di Malaysia. Tak mungkin lah, gadis itu morning person. Rutin Adelia sudah dihafal Ren. Bangun pagi, mandi, berjoging. Sejak Adelia tamat sekolah, rutinnya ditukar. Bangun pagi, mandi, berjoging, balik saja rumah dia akan menulis.

Apa gadis itu sedang menulis sampai lupa nak tengok telefon? Dari pagi pesanan dihantar masih bercentang satu. Takkan lah.

Ren mengetuk-getuk jarinya.

"Jake!" Panggil Ren. Pengawal itu berlari masuk kedalam ruangan Ren bekerja.

"Ya Tuan!"

"Bagi HP kamu."

Jake bingung dengan permintaan Ren. Dengan teragak-agak dia mengeluarkan telefon dari dalam poket.

"Mahu diapaain Tuan?"
Telefon dihulurkan dengan lambat-lambat. Ren menyentak peranti itu dari tangan Jake.

"Ini saya pinjam duluan. Kamu tunggu diluar."

"Tapi Tuan..." Jake menghentikan bicaranya saat Ren memandangnya tajam. "Ya udah. Silakan Tuan. Mahu sekalian Uang sama baju, apa sepatu..."
Pandangannya makin tajam. Lawak Jake tak mengena.

"Bercanda aja. Hehe." Jake perlahan berundur meninggalkan lelaki itu. Tak boleh diajak bergurau langsung majikannya ini.

Ren menekan-nekan nombor yang dikenali lalu dilekapkan ditelinganya. Saat bunyi beep masuk dia berharap Adelia tidak akan mengangkat. Kalau diangkat hanya menambah keraguaanya.

"Hello?"

Ren cepat-cepat mematikan panggilan. Dia menghelakan nafas kesal. Jadi begini? Gadis itu sengaja tidak mengangkat panggilannya. Hatinya tidak senang. Dari semalam Adelia menunjukkan perubahan tapi Ren tidak menyangka gadis itu sengaja mengelak daripadanya.

Ren membuat panggilan sekali lagi. Hatinya menggerutu sebal, kali ini biar dia tanyakan sendiri apa masalah Adelia.

"Siapa ni!? Boleh tak jangan main-main? Orang banyak keje ni?" Adelia memekik, sakit hati dengan pemanggil tersebut.

"Adelia..." Panggil Ren lembut. Serta-merta panggilan itu dimatikan.

"Eh?" Ren bingung. Cuba dihubungi sekali lagi.

The number you have dialed is not in service. Please try again later.

Tiba-tiba dia rasa mahu naik gila. Apa kena dengan perempuan ini? Ren mengetatkan rahang, sebal dengan sikap Adelia. Apa salahnya sehingga Adelia berkelakuan seperti itu. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja kena ghost.
Kali ini telefonnya sendiri yang berdenting. Laju dia mencapai benda itu dari atas meja. Dia mengeluh, itu bukan daripada Adelia melainkan daripada Catherine.

Catherine: Apa kita bisa bicara sebentar?
Berapa kali perempuan ini cuba menghubunginya tapi tidak pernah dilayan. Tak habis-habis cuba merosakkan mood Ren.

Ren: Kamu mahu apa lagi?
Sebaik saja pesanan itu dihantar, panggilan daripada Catherine masuk. Mahu tak mahu Ren mengangkatnya dengan terpaksa.

"Mau apa?" Tanyanya tak bersahabat.

"Ren, kamu sihat?"

"Apa itu penting sekarang? Katakan apa mahu mu?"

Catherine mengeluh, terdengar lirih.
"Apa kamu begitu membenci ku? Apa 5 tahun ini tidak beerti apa-apa bagi kamu?"

Ren ketawa sinis.
"Soalan itu buat kamu, Cat. Itu apa yang kamu patut pikirkan sebelum kamu jatuh kedalam dekapan lelaki itu. Kenapa juga kamu salahkan aku?"

Kepalanya mendadak pusing. Dengan Adelia begini, Catherin begitu. Apa dua orang berjanjian mahu menyakitkan kepala Ren?

"Aku tahu aku salah, Ren. Tapi dengarin aku. Papi ku tidak bersetuju kita batalkan pertunangan ini."

"Jadi?"

"Papi ku mengancam Mami mu untuk mebatalkan usaha sama mereka. Your mom not happy about it."

"Bubar aja. Apa kaitannya sama aku?"

"Can you stop being selfish!? Kamu marahnya sama aku tapi fikirkan dirimu, Ren. Kita tahu apa Mami bakal lakukan jika kamu berterusan begini."

Ren mengetap giginya. Amarahnya meluap-luap. Bullshit! Terlahir didalam keluarga ini sangat memenatkan. Balik-balik dirinya akan terpalit dengan kegilaan Sakura.

Wanita berdarah dingin, no mercy for her enemies even with her own blood. Ren meraup mukanya.

Panggilan itu ditamatkan, malas untuk berbicara dengan lebih lanjut. Ren membuang pandang keluar jendela. Idea gila mula mamasuki ruang fikirannya.
Sakura harus disingkirkan. Titik.

*****

Jemarinya laju menaip tapi satu idea bernas belum saja menyinggah.
Backspace
Backspace
Backspace
Sesekali dia mengeluh. Taip taip. Padam. Ulang.

"Arghh!" Adelia menghempas papan kekunci. Menyandarkan kepala pada kepala kerusi. Ingatkan nak menulis tapi kepalanya masih teringatkan lelaki itu. Sedaya upaya Adelia cuba mengelak. Panggilan tak berangkat, pesanan tak berbalas. Adelia menekup muka, matanya tiba-tiba terasa basah.

Kenapa sakit ya? Beginikah rasa jatuh cinta pada orang yang kau tak akan dapat miliki?

Mesej Ren dibaca berulang kali. Lebih dari 10 pesanan melalui aplikasi WhatsApp ditinggalkan. 15 panggilan tak berjawab. Apa fungsi lelaki itu meledaknya? Mereka kan cuma adik beradik saja? Apa perlu bereaksi begini?

Ren: Adelia, kamu sudah bangun?
Ren: Kamu dimana?
Ren: Aku sedikit sibuk. Apa kamu sudah makan?
Ren: Adelia, are you there?
Ren: Adelia, pick up the phone.

Ada lagi 5 pesanan yang Adelia malas untuk baca. Adelia menutup matanya. Menarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang.

Ting!

Sekali lagi benda pipih itu berbunyi.

Ren: Adelia, can we talk?

Adelia mengigit bibir. Baiklah. Let's make it clear. Adelia tekad, tak perlu berlari sampai sakit hati. Panggilan itu diangkat sebaik saja berbunyi.

"Adelia..."

Sekali lagi Adelia nak cakap, tolong jangan bersuara lembut dan manja begitu. Adelia mohon. Mohon jangan buat Adelia berterusan jatuh.

"Ya Ren, kenapa tu?" Adelia cuba berlagak bersahaja.

"Are you okay?"

"Yeah, I'm doing fine. What's wrong?"

"No, you are not. What's wrong?"

What's wrong? Is that even a question, Ren Haruki??

"Tak ada. I'm doing fine." Adelia tertawa kekok menyembunyikan perasaannya yang berkecamuk.

"No, stop lying."

Adelia mendengkus kasar.

"And why do you care so much? Can we stop doing this?"

"Doing what?"

"This! Doing whatever we are doing right now. Stop messing up with my head."
...

"I'm begging you. Adelia tak faham apa Ren cuba lakukan. You make me think about you for 24 hours. Nonstop. It's annoying."

"Adelia..."

Adelia menarik hingus. Mata dan hatinya tidak seiring dengan mindanya. Adelia penat. Sumpah penat.

"Adel penat sangat. Tolong jangan buat Adel berharap." Tangisannya lebur tanpa malu.

"Is that so?"
Sangat menjengkelkan bila nada lelaki itu langsung tak berubah. Masih bersahaja. Jadi betul lah Adelia yang melebih. Haha, kesian kau Adelia. Apa lah nasib.
Ren mengetap bibirnya menahan senyum. Samada dia gila atau Adelia yang gila tapi yang pasti mereka berdua sama-sama gila.

"Apa yang is that so?" Tanya Adelia dihujung talian.

"Apa mahu mu?" Tanya Ren sambil menyunggingkan senyuman. Saja mahu membuat Adelia lebih sakit hati.

"Mahu apa? Adel taknak apa-apa. Ren nak apa?"
Lagi Adelia marah-marah lagi Ren mahu tergelak.

"Sayang, kenapa kamu marah-marah?"
...
Diam.
...
"Hah? Apa Ren cakap?"

"Kenapa kamu marah-marah?"

"What did you say before that."

"Apa?"

"Stop doing that!"

Tawa Ren berhamburan. Adelia benar-benar lucu.

"Kamu lapar ya? Marah-marah terus."

"Ren... what do you want?"

Ren diam menarik senyuman.

"Aku mahu kamu. Boleh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience