BAB 19

Romance Series 24962

Terkejut Nashriq Hamzah dari lena bila telefon pintarnya menjerit mahu diangkat, tak berlengah dia duduk dan menjawab panggilan tersebut.

" sabar... sabar aku on the way ni "

" banyak lah on the way kau... tu orang da- "
Belum sempat tuan badan habis berkata sudah dimatikan panggilan oleh Nashriq Hamzah.

Nashriq Hamzah yang mamai terus meletakkan telefon pintar semula melihat Seroja Amaya yang tenang dalam tidur, mahu atau tidak dia kena tinggalkan isterinya sendiri.

Nashriq Hamzah menunduk sedikit mencium dahi Seroja Amaya lembut dan terus bergegas tidak mahu berlengah.

" nice to meet you again Mr. Lee " sapa lelaki yang bertubuh ideal dan tinggi kepada lelaki tua cina yang baru tiba di kawasan bangunan tempat dimana berlakunya aktiviti haram mereka.

" you too, mana Zay? " tanya Mr. Lee membalas mesra sapaan Mateen Dylan.

" you macam tak tahu saja Mr.Lee dia tu busy " jawab Mateen Dylan dengan senyuman sambil matanya beralih kearah Thaqid yang berdiri disampingnya.

" dah settle? " tanya Mateen Dylan. Thaqid mengangguk sambil menunjuk ibu jari.

" walaweh Qid! lama tak nampak you " sapa Mr.Lee bila menyedari kelibat Thaqid. Thaqid sering bersama dengan Mateen Dylan dalam mengurus tempahan senjata api sejak dahulu lagi, tetapi ada beberapa bulan kelibat Thaqid tidak kelihatan.

" biasa lah Mr.Lee I pergi bercuti " ujar Thaqid membalas dengan senyuman kecil, Mateen Dylan ditepi hanya senyum sinis.

" cuti lah sangat, by the way Mr. Lee... you punya senjata api I dah kasih settle, nak check dulu ke? " sampuk Mateen Dylan tidak mahu berlama-lama.

Mr.Lee angguk " how about kita masuk dulu " Mateen Dylan memberi laluan Mr.Lee dengan anak-anak buahnya yang ramai berjalan masuk dahulu ke dalam bangunan.

Kelihatan orang-orang suruhan yang berjaga disetiap penjuru.

Sisi lain Nashriq Hamzah yang bersembunyi dengan anggota lain terkaku melihat Thaqid yang sudah masuk ke dalam bangunan.

Senyuman sinis terpancar dibibir Nashriq Hamzah tidak sangka melihat lelaki itu di sini.

" ready in position " ujar Nashriq Hamzah melalui alat komunikasi dan menarik balaclava menutup setengah wajahnya, anggota lain dibelakang dalam keadaan bersedia.

" tiga tango dalam area kuning " lapor anggota lain.

Jibrael Umayr hanya mengangguk melihat kearah skrin " sniper in position " arah Jibrael Umayr, Fayez Affan yang meniarap dalam semak siap siaga dengan sniper miliknya menunggu arahan seterusnya.

" clear kan area tu " arah Nashriq Hamzah sudah tidak sabar mahu menyerbu.

Dengan sekelip mata tiga orang yang sedang berjaga rebah jatuh ke tanah oleh Fayez Affan.

" dragon 1, dragon 2 ready to move " ujar Nashriq Hamzah, Zubayr Ali dari arah lain mendengar arahan Nashriq Hamzah melalui alat komunikasi terus bergerak.

Pergerakan pantas mereka tidak dapat dikesan oleh orang-orang yang berjaga diluar.

Nashriq Hamzah dengan sekelip mata melilitkan lengan sasanya dileher lelaki yang berjaga dipintu masuk lain bangunan tersebut.

Terkulai lemas lelaki itu sehingga tidak bernafas. Nashriq Hamzah lepaskan dan memberi arahan kepada anggota lain dengan menggunakan gerakan tangan. Seperti bayangan yang bergerak langsung tiada bunyi dari mereka.

" come on Mr.Lee you macam tak tahu client kami mana pernah kecewa dengan service kami " bangga Mateen Dylan berkata tidak sedar apa yang telah terjadi. Thaqid yang berdiri disamping hanya diam kebosanan.

Thaqid bukan lah seorang yang mahu berbincang lama dalam hal begini yang dia tahu lepas saja mendapat duit dia mahu pergi, berbeza dengan Mateen Dylan yang bijak melayan pelanggan dan meraih kepercayaan mereka.

Mr.Lee ketawa kecil dan menepuk bahu Mateen Dylan berkali-kali " you masih muda tapi you pandai manage semua ni, not like my son... " mula sudah Mr.Lee bercerita berkenaan anak lelakinya yang kerja mahu menghabiskan duitnya.

" alah biasalah Mr.Lee darah muda mana boleh di larang " balas Mateen Dylan sambil matanya tertuju kearah anak buahnya dan anak buah Mr.Lee yang memeriksa dengan terperinci senjata api yang ditempah oleh mereka.

" Haiya... Mateen ni bukan pasal darah muda atau tidak ohh... I cuma risau macam mana itu budak mahu hidup kalau I dah takde " Mateen Dylan ketawa mendengar keluhan Mr.Lee

" don't worry lah Mr.Lee itu Rynold pandai lah jaga diri " pandai Mateen Dylan melayan Mr.Lee.

Salah satu anak buah Mr.Lee berjalan mendekati Mr.Lee untuk berbisik. Mateen Dylan dan Thaqid hanya memerhati Mr.Lee yang terangguk-angguk sebelum mengarahkan anak buahnya membawa empat briefcase kearah mereka.

Keempat-empat briefcase itu dibuka dan kelihatan wang yang begitu banyak, Mateen Dylan memandang kearah anak buahnya dengan lirikan mata mengarah mereka untuk mengira duit tersebut.

Nashriq Hamzah yang sudah berjaya masuk ke dalam bangunan bersembunyi melihat aktiviti mereka dan mengarahkan yang lain untuk menghidupkan goggle night vision

" now "

Serta merta ruangan dalam bangunan mati tanpa ada sedikit cahaya pun, Mateen Dylan dan yang lain diserbu dengan rasa terkejut.

" shit " maki Mateen Dylan perlahan mengeluarkan sepucuk pistol yang terselit dipinggang begitu juga yang lain.

" sorry Mr.Lee seems like someone trying to interrupt our bussines tonight " ujar Mateen Dylan dalam kegelapan.

NASHRIQ Hamzah masuk ke dalam melihat ruang tamu yang gelap dengan kaki berjengket lalu menutup pintu.

CLICK

Nashriq Hamzah kaku menghadap pintu bila lampu ruang tamu terbuka " abang dari mana? " tanya Seroja Amaya berpeluk tubuh berdiri disamping sang suami yang dari tadi dia cari, Seroja Amaya terlelap awal hari ini.

Dia bangun sudah melihat Nashriq Hamzah tidak ada disamping ditelefon tetapi telefon pintar lelaki itu tinggal di bilik mahu mengamuk, marah dan takut semua ada. Isteri mana saja tidak risau bila suami tiba-tiba hilang lewat malam.

Nashriq Hamzah memejamkan mata dan menarik nafas lalu senyum melihat Seroja Amaya.

ZAP!

Tajam sekali pandangan Seroja Amaya " abang dari mana? " tanya Seroja Amaya sekali lagi, air liur diteguk terasa kelat oleh Nashriq Hamzah.

" abang baru balik tadi, kereta Nuh rosak pula tetiba tengah jalan " tipu Nashriq Hamzah, padahal dia baru balik dari menjalankan misi semasa isterinya itu tidur lena.

Seroja Amaya memandang Nashriq Hamzah dari atas ke bawah dengan kening terangkat, Nashriq Hamzah hanya tenang dan senyum manis.

" kejap " Seroja Amaya berjalan masuk ke dalam bilik mahu mengambil sesuatu.

Nashriq Hamzah melepaskan keluhan lega dan mahu berjalan masuk ke dalam bilik tetapi Seroja Amaya sudah keluar dengan telefon pintar milik lelaki itu berada dalam genggaman Seroja Amaya.

" call Nuh "

BANG!

Sedaya upaya Nashriq Hamzah menyorok muka gelabahnya tidak mahu isterinya itu ragu dengan dia, telefon pintar yang dihulur disambut dan menarik nafas panjang mendaill nombor Baher Nuhaim.

' kau tolong lah aku Nuh '

Desis hati Nashriq Hamzah dengan peluh yang tak berhenti merembes didahi.

Nashriq Hamzah menekan icon pembesar suara menunggu panggilan telefonnya diangkat, mata Seroja Amaya memandang Nashriq Hamzah tidak tahu kenapa dia ragu dengan suaminya.

" huaghhhh! Nuh di sini siapa di talian? "

Berkerut dahi Seroja Amaya mendengar jelas suara Baher Nuhaim yang baru bangun dengan menguap besar kedengaran.

" Nuh kereta kau dah okey kan? UHUK! "

Berkerut dahi Baher Nuhaim sambil mengusap perlahan matanya dan menghidupkan lampu bilik.

Telefon pintar dijauhkan dari telinga melihat jam yang dipapar pada skrin telefon, tangannya naik menggaru tengkuknya setahunya dia tidur saja dari tadi.

Baher Nuhaim diam lama mesti ada sesuatu tidak kena kalau tidak tak mungkin Nashriq Hamzah telefon dia malam buta tiba-tiba tanya pasal kereta

" dah kenapa dia tak jawab tu? abang tipu Maya ke? " dengar jelas di telinga Baher Nuhaim.

" siapa cakap abang tipu? " dalam hati Nashriq Hamzah marah dengan dirinya yang sudah menipu Seroja Amaya.

Baher Nuhaim yang sudah dapat memproses otaknya sudah menangkap kunci daripada mengapa Nashriq Hamzah telefon dia.

" sorry..sorry aku minum air tadi penat baru sampai rumah, kau tanya apa tadi? pasal kereta? dah okey dah "

Nashriq Hamzah senyum lebar mendengar suara Baher Nuhaim nasib baik saja lelaki itu cepat menangkap.

" abang dah cakap kan.. tak percaya ke? " Seroja Amaya mencebik masih tidak percaya tetapi kawan Nashriq Hamzah sudah berkata begitu harus lah dia percaya.

" kenapa kau tanya ni? "

" tak isteri aku ni haa dia tanya kenapa aku balik lewat "

" lah yeke? risau aku culik kau lah tu.. dah lah aku nak masuk bilik "

Nashriq Hamzah memandang Seroja Amaya selepas panggilan di matikan.

" lain kali kalau keluar malam kejut Maya... terkejut tau bangun suami dah takde kat tepi " tegur Seroja Amaya berbalik badan mahu masuk ke dalam bilik.

" Renjana... "

Meremang bulu roma Seroja Amaya bila tangan Nashriq Hamzah menjalar memeluk pinggangnya dan berbisik lembut ditelinganya.

" abang minta maaf buat isteri abang ni risau... " terbungkam bibir Seroja Amaya bila mendapat rasa hembusan nafas Nashriq Hamzah dilehernya.

" haa! abang jangan macam-macam " Ditepis tangan Nashriq Hamzah dan menunding jari tepat diwajah sang suami, terkejut Nashriq Hamzah dia baru saja mahu bermanja.

" abang jangan macam-macam esok Maya kena masuk kerja awal " meletus ketawa Nashriq Hamzah.

" Allahu... abang nak peluk je bukan nak buat apa pun, Maya tak tahu ke kalau tubuh badan ni penat tapi lepas peluk orang yang kita sayang tu automatik tak jadi penat dah "

Tangan Nashriq Hamzah naik mencubit lembut hidung Seroja Amaya boleh pula isterinya itu fikir kearah lain, senyum nakal terbit di bibir Nashriq Hamzah membuat Seroja Amaya takut

" renjana nak ke? abang bo- "

" takmau! " Seroja Amaya terus berlari masuk ke dalam bilik tidak menghirau ketawa Nashriq Hamzah.

" usik sikit je.. ingat masuk bilik selamat lah tu? " makin diusik Seroja Amaya oleh Nashriq Hamzah.

Nashriq Hamzah berjalan ke dapur mahu meneguk air sambil mindanya terbang mengingat kembali misinya tadi.

Nashriq Hamzah mengacukan senjata apinya tepat dibelakang kepala Thaqid selepas berjaya mengejar lelaki itu yang berlari keluar dari bangunan sementara di dalam masih berlaku tembak menembak.

" tinggalkan Seroja dekat rumah ke Hans? "

Pertanyaan Thaqid tidak membuatkan dia terkejut, Thaqid perlahan berbalik badan bertentang mata dengan Nashriq Hamzah yang berpakaian lengkap UTK, hanya mata yang kelihatan dengan bantuan cahaya bulan pada malam itu.

Nashriq Hamzah perlahan menurunkan senjatanya " tak sangka kan aku jumpa kau dekat sini " ujar Nashriq Hamzah dengan sinis membalas pandangan Thaqid.

Tanpa basa-basi Thaqid langsung menyerang Nashriq Hamzah, namun lelaki itu dengan pantas mengelak. berkelahi antara satu sama lain tidak mahu mengalah.

" allahu member kau bergaduh pula dengan ex bf isteri tu " ujar Jibrael Umayr melihat melalui skrin dihadapan.

Zubayr Ali yang sedang mengejar Mateen Dylan berkerut dahi. Target lain sudah berjaya ditangkap, tinggal Mateen Dylan dan Thaqid saja.

" pepandai lah dia settle " ujar Zubayr Ali yang lebih fokus mencari Mateen Dylan yang bersembunyi, langkahnya perlahan mencari kelibat Mateen Dylan yang hilang dalam kegelapan tetapi malangnya tidak dia jumpa.

Tercungap-cungap mereka berdua, Nashriq Hamzah melepaskan tactical helmet miliknya dan menarik turun balaclava dari wajah, tiada guna dia menyorok wajahnya kalau Thaqid sudah mengenalinya.

" aku akan pastikan Seroja jadi milik aku semula Hans " ujar Thaqid berdiri tegak semula.

Nashriq Hamzah ketawa sinis dan menggerakkan bahunya bersedia mahu menyerang semula Thaqid " kau lupa Maya dalam genggaman siapa sekarang Thaqid? " tanya Nashriq Hamzah sinis.

" kau tahu kan Seroja takkan selamat hidup dengan kau, musuh kau ada di mana-mana Hans... "

" Hidup dia lagi tak selamat dengan kau " balas Nashriq Hamzah semula. Setiap serangan dapat dia elak dengan tangkas sehinggalah dia berjaya membuat Thaqid terbaring diatas tanah.

" kau tipu dia Hans, kau tahukan kalau aku bagitau Seroja pasal ni dia boleh je minta cerai dengan kau " ujar Thaqid membuat Nashriq Hamzah diam seketika.

" no wonder lah dia masih dengan kau... rupanya kau tipu dia hidup-hidup... kau tahu kan aku bila-bila masa boleh bocorkan rahsia kau "

" bila dia dapat tahu... dia akan kembali dalam genggaman aku " tambah Thaqid, entah mengapa rasa atkut kehilangan Seroja Amaya menyelubungi Nashriq Hamzah sekarang.

" tangan kotor macam kau tak layak nak genggam dia Thaqid " ujar Nashriq Hamzah setelah lama diam dan hendak mendekati tubuh Thaqid tetapi seseorang yang mengacukan pistol tepat dibelakang lehernya memberhentikan langkahnya.

" what a pity of you Thaqid... " ejek Mateen Dylan dengan ketawa kecil melihat Thaqid yang bangkit berdiri sambil masih mengacukan pistol kearah Nashriq Hamzah

" macam mana lah kau boleh kalah dengan lelaki macam ni " tambah Mateen Dylan lagi.

Nashriq Hamzah pantas menundukkan tubuhnya sambil kaki kanannya menyepak kuat lengan Mateen Dylan sehingga terjatuh pistol tersebut dari tangan Mateen Dylan.

Begitu laju pergerakan Nashriq Hamzah sehingga Mateen Dylan tidak sempat bertindak.

" tch "

Mateen Dylan terus menarik Thaqid lari daripada tempat itu.

Mereka harus berundur untuk sementara waktu.

Nashriq Hamzah tidak membiarkan dan mengejar sehingga lah langkahnya terhenti bila kedua tubuh itu masuk ke dalam kereta dan memandu laju.

Nashriq Hamzah berdesis bengang tidak berjaya menangkap mereka berdua.

" abang " tersentak Nashriq Hamzah bila Seroja Amaya menyapa dia yang termenung jauh di dapur.

" abang okey tak ni? " tanya Seroja Amaya memegang kedua lengan suaminya lembut.

" abang okey lah cuma penat sikit " ujar Nashriq Hamzah menarik Seroja Amaya ke dalam pelukannya.

" Maya sayang abang tak? " soal Nashriq Hamzah membuat dahi Seroja Amaya berkerut.

" mesti lah sayang... " pelukan Nashriq Hamzah dibalas sambil membenam wajahnya di dada Nashriq Hamzah.

" sayang macam mana tu? " tanya Nashriq Hamzah mengusap lembut ubun-ubun Seroja Amaya.

" sayang yang tak dapat diungkap dengan kata-kata... " Seroja Amaya mendongak tersenyum manis kepada Nashriq Hamzah.

" sayang yang Maya sendiri pun tak tahu macam mana nak tunjukkan dengan abang " tambahnya.

Nashriq Hamzah diam lalu tanganya berpindah mengusap pipi Seroja Amaya lembut.

" Maya nyawa abang... Maya hadiah yang paling indah abang dapat dari Allah... " ucap Nashriq Hamzah tulus.

" abang mohon jangan pernah berpaling dari cinta abang ya Maya? " tergamam Seroja Amaya bila melihat airmata yang bergenang dimata Nashriq Hamzah.

" abang mohon biarkan abang jadi orang terakhir yang genggam tangan Maya sampai hujung nafas abang "

Setitis airmata mengalir keluar dari mata Nashriq Hamzah membuatkan Seroja Amaya sebak.

" abang kenapa ni? " tanya Seroja Amaya risau mengusap airmata itu, Nashriq Hamzah senyum hambar dan menggeleng.

" jom tidur abang nak rehat, rehat dalam pelukan renjana yang hangat ni " Nashriq Hamzah menarik Seroja Amaya masuk ke dalam bilik.

Seroja Amaya diam melihat sosok suaminya, kalau boleh dia mahu selami apa yang bermain di fikiran Nashriq Hamzah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience