Sa'id Aezman keluar dari bilik untuk menjamu sarapan pagi bersama keluarganya yang lain, hari ini Puan Hadalia masak nasi lemak " Man kamu tak pergi ambil Syaqif ke kat airport? " Syaqif Ahmad merupakan adik bongsunya yang belajar diluar negara, semasa majlis akad nikah Syaqif Ahmad tidak dapat menghadiri.
syukur alhamdulillah adiknya itu dapat sambung belajar diluar negara kerana mendapat bantuan biasiswa " Nash yang pergi ambil Syaqif kat airport, adik masih tak keluar ke ibu? " tanya Sa'id Aezman duduk dikerusi meja makan " puas dah ibu kamu ni pujuk, masih juga dia taknak keluar " beritahu Tuan Syaziq yang menghirup kopi buatan isterinya, Sa'id Aezman mengeluh dan bangun kembali dari duduk menuju ke bilik adiknya.
Seroja Amaya berkurung dalam bilik selama tiga hari langsung tidak mahu keluar untuk menjamah makanan sehinggalah Sa'id Aezman yang memaksa tarik keluar Seroja Amaya dari bilik " abang lepaslah lah! " marah Seroja Amaya menarik tangannya yang terus ditarik oleh Sa'id Aezman ke dapur
" sampai bila adik nak berkurung dalam bilik tu meratap jantan tak guna tu? " marah Sa'id Aezman bercekak pinggang dihadapan Seroja Amaya yang menunduk takut apabila mengetahui abang sulungnya sedang memarahinya " adik percaya lah dengan cakap abang ni, si Thaqid tu sedang berfoya-foya entah dengan perempuan mana ntah " marah Sa'id Aezman menarik adiknya duduk diatas kerusi meja makan.
Tuan Syaziq dan Puan Hadalia hanya diam duduk dimeja makan " abang tak suka dengan sikap adik ni tau, seolah-olah tak kahwin dengan Thaqid tu boleh buat dunia adik kiamat " tambah Sa'id Aezman duduk disamping Seroja Amaya lalu menyenduk nasi dan lauk ke pinggan Seroja Amaya
" Man jangan lah kasar dengan adik " tegur Tuan Syaziq apabila melihat Seroja Amaya yang seperti hendak menangis " Man bukan apa ayah, kenapa adik nak nangiskan jantan tak guna tu? Man dah berapa kali cakap jantan tu tak baik takde sorang pun percaya " Sa'id Aezman bersandar dikerusi dan menarik nafasnya mencuba mengawal kemarahan.
" abang ingat senang ke nak move on " akhirnya Seroja Amaya membuka mulut dengan suara bergetar memandang Sa'id Aezman dengan mata yang merah.
Sa'id Aezman yang melihat muka adiknya yang comot ketawa kecil " eee abang kenapa gelak!? " tanya Seroja Amaya yang sudah menangis menepuk kuat bahu Sa'id Aezman dia sedang berduka boleh pula abang sulungnya itu ketawa
" adik ni dah lah tak mandi tiga hari, tu muka tu comot sana sini " ujar Sa'id Aezman mengeluarkan Iphone 12 miliknya dan dihulur kepada Seroja Amaya dia mahu adiknya itu melihat wajahnya sekarang.
Seroja Amaya yang menangis mengambil dan membuka aplikasi kamera "ARGHH! " IPhone 12 milik Sa'id Aezman terlempar diatas meja apabila melihat kamera, dia bukan terkejut kerana mukanya yang comot tapi terkejut melihat kelibat seorang lelaki yang berada dibelakangnya tenang sambil membuat simbol 'peace', laju Seroja Amaya menoleh dengan perasaan marah entah lelaki mana yang berani masuk ke dalam rumah mereka.
" eh Nash kau dah balik? mana Syaqif " tanya Sa'id Aezman apabila melihat kelibat Nashriq Hamzah yang disuruh menjemput adik lelakinya Syaqif Ahmad di lapangan terbang memandangkan Nashriq Hamzah baru saja selesai dari urusan.
Nashriq Hamzah tidak menjawab malahan dia bergerak menyalam tangan Puan Hadalia dan Tuan Syaziq " abang tepi sikit adik ipar nak duduk ni " Nashriq Hamzah menolak bahu Sa'id Aezman ke tepi mahu duduk disamping Seroja Amaya.
Sa'id Aezman berdecit dan berpindah tempat membiarkan Nashriq Hamzah duduk disamping adiknya lagi pula lelaki itu sudah sah menjadi suami Seroja Amaya, Seroja Amaya memandang lelaki disebelahnya dengan pandang tajam dia langsung tidak mengenali lelaki itu tetapi kemudian dia sedar bahawa tiada tudung yang menutupi kepalanya.
" Nash haritu keluarga kamu ada datang ke sini " ujar Tuan Syaziq memberitahu kepada Nashriq Hamzah, Seroja Amaya yang hendak berlalu pergi langsung ditarik Nashriq Hamzah duduk semula " haah ayah, Nash yang suruh tapi ayah jangan risau Nash dah explain semua dekat umi dan abah " terang Nashriq Hamzah yang tidak peduli dengan Seroja Amaya meronta mahu menarik tangannya daripada terus dipegang oleh dia.
" abang! sanggup abang biarkan adik abang ni disentuh orang " marah Seroja Amaya memandang Sa'id Aezman yang sudah melantak makanan " assalamualaikum permaisuri dan raja..Syaqif anak bongsu dah balik ni " muncul kelibat Syaqif Ahmad yang baru saja menamatkan pengajiannya diluar negara mahu memeluk kedua pemilik jantung hatinya namun mata terus tertuju kearah Seroja Amaya yang meronta dan lelaki menjemput dia di lapangan terbang tadi.
" kau buat apa dekat kakak aku!? " marah Syaqif Ahmad mendekati namun terhenti langkahnya apabila melihat wajah ketat lelaki itu yang seram terus berundur dia ke belakang
" eish nak makan pun tak tenang, Seroja dia ni Nash suami adik... adik sendiri setuju kan nak kahwin dengan dia " ujar Sa'id Aezman yang masih menyuap nasi ke dalam mulut, terkaku Seroja Amaya dan Syaqif Ahmad mendengar.
Puan Hadalia dan Tuan Syaziq hanya memerhati karenah anak-anak mereka, Seroja Amaya berhenti meronta dan tertunduk malu lupa pula dia yang dia kahwin dengan kawan Sa'id Aezman.
Syaqif Ahmad duduk disamping Puan Hadalia dan menilik wajah Nashriq Hamzah, dia mengetahui bahawa Thaqid melarikan diri semasa pernikahan tersebut dan dia juga tahu bahawa ada lelaki budiman yang menawarkan diri mahu mengganti tempat Thaqid.
Syaqif Ahmad menggaru dagunya dan mengangguk " adik ingat dia driver abang tadi " ujar Syaqif Ahmad membuatkan Nashriq Hamzah mencebik muka hensem macam dia dikata jadi driver lain pula Sa'id Aezman yang ketawa apabila adik bongsunya berkata begitu " dah lah Lia, baik kita makan tengok drama anak kamu sampai esok tak habis " ujar Tuan Syaziq mengajak isterinya menjamah makanan.
Nashriq Hamzah memandangan Seroja Amaya dari ekor mata dan melepaskan tangannya dari terus memegang Seroja Amaya " nama abang apa? wuish abang ni lagi hensem dari malaun tak guna tu " puji Syaqif Ahmad yang mencedok nasi ke pinggan sudah lama dia tidak makan masakan Puan Hadalia dia rindu, sekali lagi Seroja Amaya bangun dari duduk tetapi tidak ditahan oleh Nashriq Hamzah.
" nak kemana? " tanya Nashriq Hamzah tanpa menoleh memandang Seroja Amaya, terhenti langkah gadis itu " masuk bilik " hanya itu dibalas dan berlalu pergi dari dapur, dia tidak selesa berada dekat dengan suami yang tidak dia kenali itu " nama abang Nashriq Hamzah " balas Nashriq Hamzah dan menarik pinggan Seroja Amaya yang langsung tidak disentuh, lebih baik dia makan daripada membazir.
" badan abang ni tegap lah mesti selalu pergi gym ni " suka pula Syaqif Ahmad apabila abang iparnya itu seakan melayan dia.
" Nash... Seroja tu tak makan dah tiga hari, kau pujuk lah dia " bisik Sa'id Aezman yang sudah selesai makan dan berjalan ke singki untuk membasuh tangan lalu kembali duduk, risau dia jika Nashriq Hamzah tidak selesa ditinggalkan sendiri, Nashriq Hamzah hanya mengangguk tanda faham " ibu tak kenal pun kamu, Nash kerja apa ya? " tanya Puan Hadalia lembut memandang kearah menantunya.
Belum sempat Nashriq Hamzah ingin memberitahu pekerjaanya langsung saja Sa'id Aezman memotong " Nash ni rakan sekerja Man, dia ni a- arkitek haaa betul arkitek " tipu Sa'id Aezman membuat Nashriq Hamzah menoleh dan mengangkat kening kirinya.
Puan hadalia hanya mengangguk tanda faham " lah yeke, maaf lah Nash, Man ni jarang bawa kawan dia balik rumah " ujar Tuan Syaziq memandang Nashriq Hamzah, wajah Nashriq Hamzah mempunyai parut kecil disebelah kanan dan terdapat tahi lalat diatas kening kiri lelaki itu, wajah Nashriq Hamzah kelihatan maskulin ditambah rahang yang cantik strukturnya, kulit Nashriq Hamzah tidak cerah dan tidak gelap juga.
" haah Man ni jarang nak kenalkan family dia dekat orang, katanya privasi.. " ujar Nashriq Hamzah menepuk kuat berkali-kali bahu Sa'id Aezman sehingga membuat lelakinya itu menahan perbuatan Nashriq Hamzah tahu lah dia lelaki itu sedang mengawal amarahnya.
" Nash terima kasih ya ayah tak tahu kenapa kamu nak kahwin dengan anak ayah tapi ayah harap kamu takde niat tak baik lah dekat dia, dia jelah satu-satunya anak perempuan ayah " ujar Tuan Syaziq membuatkan Nashriq Hamzah tersenyum kecil.
" insya-Allah Nash jaga anak ayah macam mana ayah jaga dia masa kecil, ayah jangan risau Man takkan biarkan adik dia kahwin dengan lelaki jahat, sebab tulah anak sulung ayah ni berani jadikan Nash jadi adik ipar dia " gurau Nashriq Hamzah memandang sahabatnya itu " Man cakap esok majlis sanding kan? " tanya Nashriq Hamzah yang sudah dimaklumkan oleh Sa'id Aezman semalam.
" haah ibu nanti call orang majlis sanding tu bata- "
" eh tak perlu ibu, majlis boleh diteruskan, lagipun membazir kalau cancel macam tu " Nashriq Hamzah tahu bahawa majlis sanding yang akan diadakan dibuat dalam hotel mewah dan dia pasti sudah banyak duit yang dikeluarkan untuk membayar.
" kamu yakin ke Nash? kalau macam tu esok boleh lah ayah kenalkan kamu dengan saudara mara yang lain " ujar Tuan Syaziq yang terkejut juga dengan perangai menantunya yang buat perkara ini macam biasa, Nashriq Hamzah hanya angguk dan bangun dan menuang air ke dalam gelas dan mengambil pinggan yang masih belum tersentuh kandungan di dalamnya.
" Nash masuk bilik dulu " pamit Nashriq Hamzah menuju ke bilik Seroja Amaya, macam mana dia tahu bilik isterinya itu, hanya satu pintu bilik yang bercat warna pink pastel, rumah itu tidak lah besar mana kalau masuk dari pintu utama terus ruang tamu begitu juga dengan bilik, kalau jalan terus ke depan sudah sampai dapur dan didapur tersebut ada bilik mandi dan jamban.
Nashriq Hamzah melihat pintu bilik Seroja Amaya yang tidak tertutup rapat langsung dia masuk, kelihatan bilik yang bersepah dan gelap " astagfirullah ni bilik ke kandang lembu " gumam Nashriq Hamzah melihat Seroja Amaya yang berselubung dalam selimut.
Nashriq Hamzah berdecit dan meletakkan pinggan dan gelas berisi air diatas meja belajar Seroja Amaya yang berada disamping katil gadis itu.
" Maya bangun " panggil Nashriq Hamzah berdiri berpeluk tubuh melihat Seroja Amaya " siapa maya? " tanya Seroja Amaya yang masih berselubung dalam selimut " nama sendiri pun tak tahu, bangun lah " arah Nashriq Hamzah dan membuka tingkap bilik Seroja Amaya memasukkan cahaya dari luar
" tutup lah! " marah Seroja Amaya bangun dari pembaringan memandang tajam kearah Nashriq Hamzah yang langsung tidak mengendahkan dia.
" memang patut pun si Thaqid ni tinggalkan kau, bilik bersepah mandi pun tak, makan pun malas " ujar Nashriq Hamzah duduk diatas katil Seroja Amaya dan memandang gadis itu yang masih comot.
Seroja Amaya kembali hendak menangis apabila Nashriq Hamzah tanpa memikirkan perasaannya berkata begitu " keluar lah.... " halau Seroja Amaya dengan suara perlahan dengan suara bergetar " kau nak sampai bila terus macam ni? " tanya Nashriq Hamzah dengan suara garau menunduk sedikit mahu melihat wajah Seroja Amaya.
Terkejut Nashriq Hamzah apabila Seroja Amaya menangis secara tiba-tiba " eh eh... kenapa kau menangis ni? " soal Nashriq Hamzah memegang kedua bahu Seroja Amaya dan mengangkat keatas dagu Seroja Amaya " Thaqid jahat! dia tinggalkan aku macam tu je " rintih Seroja Amaya diiringi dengan tangisan, Nashriq Hamzah hanya diam mendengar gadis itu meluah semahunya kepadanya.
Lama dia diam mendengar sehinggalah gadis itu diam, Nashriq Hamzah langsung memeluk Seroja Amaya lembut " apa yang terjadi dalam hidup kita ni ada sebab, kau kena tahu jodoh dan maut tu bukan ditangan kita Maya takkan lah sampai ke tua kau nak terus menangis macam ni... " sejujurnya dia tidak tahu bagaimana mana mahu menenangkan Seroja Amaya
Share this novel