BAB 15

Romance Series 24962

Sudah hampir lebih lima bulan Seroja Amaya mendirikan rumahtangga dengan Nashriq Hamzah dan dia tidak pernah merasa sebahagia begini dengan layanan Nashriq Hamzah, Thaqid masih saja sering mengganggu dia namun tak pernah dia beritahu Nashriq Hamzah.

    " Maya you nak lunch dengan I tak? " sapa Tengku Irdina Dilaila yang baru sampai pejabat terkejut Seroja Amaya yang sedang menyusun jadual bosnya itu.

   " alah Tengku tapi husband saya dah ajak saya lunch sama-sama harini sorry heheh " kata Seroja Amaya sambil mensatukan kedua tapak tangan tanda minta maaf.

   Tengku Irdina Dilaila angguk tanda faham, gadis itu baru saja masuk kerja setelah diberikan cuti.

   " tapi kalau Tengku join saya den- "

   " eh taknak lah I ganggu you lunch dengan husband you, sokey I boleh ajak orang lain " tolak Tengku Irdina Dilaila lembut dan masuk ke dalam bilik pejabatnya.

    Tengku Irdina Dilaila duduk dikerusi kerja timbul pula rasa cemburu apabila melihat Seroja Amaya yang sudah berumahtangga.

   " tu lah mummy suruh kahwin you taknak " ucap Tengku Irdina Dilaila pada dirinya sendiri dan membuka fail yang bertimbun diatas mejanya.

     Masih banyak kerja harus dia selesaikan daripada sibuk fikir nak kahwin, lagipun dia sendiri pandai hidup berdikari jadi dia tidak perlu lelaki dalam hidupnya.

   Seroja Amaya mendail nombor telefon Nashriq Hamzah dia mahu bertanya kalau dia boleh mengajak Tengku Irdina Dilaila makan tengahari dengan mereka

   Dia tahu bosnya itu jarang berkawan sebab itulah dia sering mengajak Seroja Amaya makan tengahari dengan dia.

" waalaikumsalam Maya renjana abang.."

" abang ni Maya belum bagi salam pun "

" tahu... kenapa call abang? bukan tengah kerja ke? "

" haah tengah lah ni Maya nak tanya abang ni "

" tanya apa tu? "

" boleh tak kalau kita lunch harini dengan bos Maya sekali kesian dia takde teman makan "

" aik bos Maya tu takde bf ke nak diajak lunch "

" mana ada, dia tu mana sempat nak bercouple sibuk dengan kerja je, eh abang ni boleh ke tak? "

" hmmm tak boleh lah dating kita macam ni... "

" jadi kira tak boleh lah ni? "

" siapa cakap? untuk Maya renjana abang ni semua boleh "

" eishhh abang ni "

" kalau macam tu abang bawa kawan abang sorang boleh? "

" boleh! "

" yelah renjana abang... buat kerja elok-elok "

" abang pun sama! abang dekat mana? kenapa bising sangat tu? "

" erh..... dek- dekat site ok lah sayang abang kena pergi ni "

" ok abang hati-hati "

   Seusai mematikan panggilan dia terus menyusun jadual kerja Tengku Irdina Dilaila dengan penuh tekun tidak mahu ada tersilap sedikit.

    Nashriq Hamzah mematikan panggilan dan masukkan ke dalam poket.

   " amboi kau time tengah berperang juga kau nak angkat call " perli Jibrael Umayr melalui alat komunikasi.

   Boleh pula Nashriq Hamzah mengangkat panggilan semasa mereka dalam misi besar.

   Nashriq Hamzah hanya ketawa dan memeriksa peluru raifal miliknya, boleh pula dia terbawa telefon pintar miliknya tidak perasan lah tu.

    " aku masuk balik " Lapor Nashriq Hamzah kepada Zubayr Ali dan fokus semula dalam misinya sekarang.

    " Ali target lari kearah utara dengan virus tu " lapor Jibrael Umayr matanya langsung tidak lepas dari skrin dihadapan begitu juga yang berada dalam ruangan tersebut.

   Komandan hanya memerhati memandangkan keadaan masih dalam keadaan terkawal dia memberikan kepercayaannya kepada Zubayr Ali yang mengetuai skuad 1 dan Nashriq Hamzah mengetuai skuad 2.

Nashriq Hamzah melepaskan tembakan kepada musuh yang ingin menembak Zubayr Ali apabila melihat Zubayr Ali yang berlari kearah utara.

     " Fay kau dekat dengan Ali cover dia dari belakang " arah Nashriq Hamzah tegas, Fayez Affan tanpa membantah mengikuti Zubayr Ali dari belakang.

    " Haniq dengan Rafi dah kena kepung tu bom tu bila-bila masa boleh meletup " beritahu Jibrael Umayr dengan muka serius.

    " Zack amacam dekat area sana dah clean ke? " tanya Nashriq Hamzah berlindung sambil mengisi peluru ke dalam senjata raifal miliknya.

     " clear Hans " Nashriq Hamzah angguk " kau tolong cover area sini aku on the way ke sana " beritahu Nashriq Hamzah.

Dalam masa mereka ingin merampas virus, terdapat bom masa yang harus mereka matikan sekarang tetapi malangnya kumpulan beregu yang bertugas mematikan bom sedang dikepung.

     " location Raef " Nashriq Hamzah meminta lokasi kearah dimana bom masa itu dipasang.

     " kau jalan straight lepastu bila kau ambil tangga sebelah kanan dekat bawah tu kau akan nampak satu pintu ja, haa masa tu kau rilek je lepas peluru diorang dah standby sambut ketibaan kau " Nashriq Hamzah tidak menunggu lama Nashriq Hamzah bergegas mengikut arah yang diberitahu kepada Nashriq Hamzah.

     Nashriq Hamzah memerhati keadaan sekeliling sebelum turun ke tangga namun matanya tertuju kearah satu dawai yang berada ditangga tersebut, mata Nashriq Hamzah mencari dari mana arah dawai tersebut bersambung.

    Nashriq Hamzah mencangkung dan melihat bom tangan yang fiusnya sudah diikat dengan dawai, kalau dia main langgar saja tadi terus hancur badan dia .

    " kau boleh settleka sendiri ke? nak aku panggil keding ke backup kau? dia ada dekat area kau sekarang " tanya Jibrael Umayr apabila melihat bom tersebut yang sudah terpasang.

     " nevermind I can handle this " Nashriq Hamzah melepaskan Raifal seketika dan menggosok kedua tangannya sambil mulutnya mengucapkan bismillah.

     Peluh menitik didahi Nashriq Hamzah ketika tangannya dengan lembut memisahkan bom tangan itu daripada terikat dengan dawai.

     " steady je Hans macam tak biasa " sempat lagi Jibrael Umayr bergurau, skrin diganti kearah Zubayr Ali yang bergelut dengan target merampas kotak khas yang berisi virus.

     " Alhamdulillah panjang umur " ucap Nashriq Hamzah mengambil bom tangan tersebut dan diambil.

     " berapa jarak Haniq dengan Raffi " tanya Nashriq Hamzah dia hendak mengira jarak agar mereka tidak terkena bom tangan tersebut jika dibaling

    Jibrael Umayr memberitahu jarak. Nashriq Hamzah angguk tanda faham dan berjalan kearah tangga perlahan, dia hendak mengintai keadaan dibawah kelihatan ramai musuh yang berjaga dibawah.

   Jelas betul anggotanya yang dua orang sudah dikepung habis-habisan.

    " bunuh je, penjara tak cukup nak tampung diorang semua " beritahu komandan kepada Nashriq Hamzah lelaki itu yang faham menarik fius bom tangan dan dibaling kebawah, lelaki itu dengan pantas mencari tempat berlindung.

    Tepat saja Nashriq Hamzah berlindung bunyi leputan kedengaran menandakan bom tersebut sudah meletup.

     Nashriq Hamzah tidak menunggu lama berjalan mendekati tangga tersebut dan melihat keadaan, kelihatan musuh yang sudah terkulai diatas lantai.

    Nashriq Hamzah langsung berlari kebawah menuju kearah pintu yang dikatakan oleh Jibrael Umayr.

    Nashriq Hamzah menendang pintu tersebut dan melepaskan tembakan apabila melihat di dalam ruangan tersebut cuma ada empat orang sahaja yang mengepung Haniq dan Raffi.

   " nice one Hans nanti balik aku belanja teh tarik " puji Jibrael Umayr melihat ketangkasan Nashriq Hamzah dalam mengawal situasi tersebut.

     Haniq dan Raffi yang melihat Nashriq Hamzah sudah menumpaskan musuh langsung berlari kearah bom masa yang satu minit lagi akan meletup.

     Nashriq Hamzah memerhati keadaan sekeliling melindung mereka berdua " sorry ah Raef aku balik ni nak lunch dengan kekasih hati aku " Jibrael Umayr mencebik sengaja saja dia berkata begitu tadi dia dah dengar perbualan Nashriq Hamzah dengan Seroja Amaya.

" Virus dah berada ditangan Ali komandan " lapor Luqman yang sudah melihat virus berada ditangan Zubayr Ali.

    " good, Ali pastikan dia kau bawa balik hidup-hidup " arah Komandan yang mahu target yang mengancam keselamatan negara itu di bawah pulang untuk disoal siasat.

" roger komandan " sekarang mereka hanya perlu menunggu Haniq dan Raffi mematikan bom masa.

    Mereka tekun mencari salah satu wayar yang perlu mereka potong masa tinggal 30 saat saja sebelum bom tersebut meletup " found it! " jerit Haniq dan memotong wayar yang sudah mereka temui.

    Keadaan senyap seketika bom masa yang tadi menunjukkan angka 3 mati begitu saja menandakan mereka berjaya.

    Haniq dan Raffi melepaskan keluhan lega " mission completed komandan " beritahu Jibrael Umayr dan bertepuk tangan dengan rakan setugasnya gembira.

    Nashriq Hamzah mengeluh lega dan melihat kearah jam tangan " Ali jom aku belanja makan " ajak Nashriq Hamzah melalui alat komunikasi, Zubayr Ali yang berjalan ke arah kereta khas UTK hanya ber'hmm' menandakan dia setuju.

 

    MATEEN Dylan mendengus kasar bila sekali lagi dia terpaksa melakukan tugas Thaqid.

     " such a stupid young man " gumam Mateen Dylan mendail nombor telefon Thaqid.

Mata Dylan tidak lepas daripada orang bawahan yang melakukan proses pembuatan dadah daripada tingkat atas dalam bilik.

   " Dean tolong pergi bawa check bila boleh siap, customer nak minta hari ni " arah Mateen Dylan kepada Dean Malik orang kanannya.

   Dean Malik tidak banyak bunyi keluar " angkat lah apa susah sangat?! " marah Mateen Dylan dengan dahi berkerut hanya dia yang berada dalam ruangan itu sekarang.

    Sekejap lagi dia ada urusan lagi mahu berbincang berkenaan perdagangan orang.

" kau nak apa call ak- "

" im the one who should mad right now Thaqid "

    Potong Mateen Dylan sambil sebelah tangan membuka butang baju bahagian atas, penghawa dingin dalam ruangan itu sudah tidak mampan untuk dia.

  " kau sepatutnya urus kat sini! kenapa bila kau datang sini nak ronda kau takde? "

   Tanpa kiasan Mateen Dylan berkata berang dengan sikap Thaqid, Thaqid berdecit dan menjauhkan sedikit telefon pintar miliknya dari telinga.

" aku sibuk lah "

    Mateen Dylan ketawa sinis dia bukan tidak kenal dengan Thaqid mesti masih sibuk mengejar Seroja Amaya yang sudah jelas tidak mahu dengan dia.

" I'm not buying that "

   Thaqid mengeluh perlahan dia tahu tipu macam mana pun dia, Mateen Dylan mesti dapat hidu.

" how many time do I have to cover you? kalau diorang dapat tahu nahas kau "

    Mereka berdua bukan orang atasan yang suka-suka boleh buat kerja atau tak, mereka cuma bawahan yang di arah untuk mengurus semua perkara.

" aku tak suruh pun kau cover aku "

   Terangkat kening Mateen Dylan dengar dan angguk lalu memandang Dean Malik yang sibuk di bawah.

" if you say so.... after this pandai-pandai lah kau nak menjawab i'm so sick of your delusional "

    Mateen Dylan mematikan panggilan tanpa menunggu respon dari Thaqid, punya lah dia bersusah payah menolong Thaqid boleh pula dikata begitu.

     Lepas ini dia akan biarkan lelaki itu lebih baik dia urus hal dia saja.

    Dean Malik memandang kearah Mateen Dylan dan menunjukkan simbol 'ok', Mateen Dylan hanya mengangguk.

    Mateen Dylan duduk di atas sofa yang empuk dan bersandar lalu memejamkan mata.

    Matanya terbuka semula bila telefon pintar miliknya berdering. Tanpa memandang gerangan yang menelefon terus diangkat oleh Mateen Dylan.

" I don't need your apology "

" I know "

    Berkerut dahi Mateen Dylan bila mendengar suara yang tidak asing ditelinganya.

    Mateen Dylan melihat nama yang tertera di skrin dan ketawa kecil dan merapatkan telefon pintar miliknya kembali ke telinga.

" tak cakap pun dah balik "

" kau isteri aku ke aku kena inform dekat kau? "

" gi mampus lah Yusuf "

    Mata Mateen Dylan beralih kearah Dean Malik yang masuk ke dalam ruangan, jari telunjuk dirapatkan ke bibir mengarah orang kanannya diam.

" kau nak aku mati betul-betul ke Ateen? "

" jangan panggil Ateen boleh tak? macam nama perempuan "

    Tawa Yusuf Mikhael terdengar di telinga Mateen Dylan yang tersenyum kecil.

" kau sibuk ke? "

" aku ada kerja lepas ni malam aku free lah kot "

" jumpa malam ah macam tu "

    Tak sempat Mateen Dylan membalas panggilan sudah di matikan, keluhan di lepaskan dan mata beralih kearah Dean Malik berdiri di samping " kejap lagi kita da- "

" no need " Mateen Dylan bangun dari duduknya " biar Thaqid urus settle hal kat sini " sambung Mateen Dylan dan keluar diikuti dengan Dean Malik tidak membantah.

     " malam ni aku free tak? " tanya Mateen Dylan berjalan keluar dari kilang buatan dadah yang berdiri megah.

   Tiada siapa mengetahui kilang yang besar itu menghasilkan beratus jenis dadah disebabkan atasan yang sanggup menerima rasuah, tanpa memikirkan kesannya

     " kau nak jumpa Yusuf ke? " tanya Dean Malik yang seakan faham, Mateen Dylan yang baru hendak membuka pintu kereta mewah miliknya terhenti dan memandang Dean Malik " kau boleh cover aku ke? " tanya Mateen Dylan.

    Dean Malik senyum nipis dan angguk, Mateen Dylan masuk di bahagian sebelah pemandu manakala Dean Malik masuk di bahagian pemandu.

    " mummy macam mana? " tanya Mateen Dylan memandang lurus ke atas jalan raya.

    Dean Malik mengambil masa lama untuk memberitahu keadaan mummy tetapi dijawab juga soalan itu.

    " makin kritikal " Singkat tapi mampu membuat Mateen Dylan melepaskan keluhan panjang.

    " make sure dia ambil ubat tepat waktu " Dean Malik angguk perlahan dan menoleh sekilas melihat wajah tenang Mateen Dylan.

    Tetapi dalam diri lelaki itu serabut dengan seribu masalah yang harus di tanggung dalam diam.

   " he will always be there if you need him " ujar Dean Malik, Mateen Dylan hanya diam dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

    " I know... " hanya itu dibalas, dia tiada niat mahu memberitahu Yusuf Mikhael berkenaan kesihatan mummynya yang semakin merosot.

    Dean Malik hanya mampu senyum sudah lali dengan sikap Mateen Dylan yang lebih suka memendam.

    " Dean " panggil Mateen Dylan " hmm? " jawab Dean Malik memandang sekilas Mateen Dylan.

     " kau pernah tak terfikir kenapa kita tak mati lagi sedangkan kerja kita buat ni salah? " soalan Mateen Dylan membuat bulu tengkuk Dean Malik berdiri.

     Tidak pernah lagi Mateen Dylan berkata begitu sebelum ini, hantu apa yang sudah merasuk atasannya itu?

     Mateen Dylan ketawa kecil bila sedar soalan yang diajukan itu pelik " sorry-sorry random terfikir je " kata Mateen Dylan menepuk pundak Dean Malik.

     " kau pernah terfikir tak nak bertaubat? " sudah bertukar, Dean Malik pula bertanya.

     " siapa je tak nak bertaubat Dean... orang bodoh je " balas Mateen Dylan dengan nada perlahan.

     " aku doakan semoga kita ni satu hari nanti sempat bertaubat sebelum mati " Mateen Dylan memandang Dean Malik yang berkata dan ketawa kecil.

     " di terima ke taubat kita ni Dean? " tanya Mateen Dylan terasa lucu.

     " mesti lah, kalau tak sekarang juga dia boleh tarik nyawa kita " seram sejuk Mateen Dylan mendengar lebih baik dia berdiam, dia masih mahu hidup lama risau kalau sembang berkenaan mati tiba-tiba nyawa di tarik.

- Tiada yang kurang dalam dirimu,
  Hanya mereka yang buta,
Buta ingin mencari kesempurnaan - N.H

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience