Seroja Amaya duduk diatas katil dan menangis semahunya selepas akad nikah tadi, ini bukan perkahwinan yang dia mahu dalam hidup dia " sampai hati Thaqid tinggalkan Seroja " rintih Seroja Amaya sudah tidak kisah dengan rias diwajah hancur akibat tangisan yang tak dapat dihentikan.
FLASHBACK
Mereka semua yang berada di dalam masjid tak senang duduk apabila pengantin lelaki belum lagi sampai, begitu juga Seroja Amaya yang dari tadi tidak henti menelefon kekasihnya yang bernama Thaqid " mana pulak si budak Thaqid ni Seroja? dah setengah jam kita tunggu ni " marah Saheera Adiya iaitu sahabat Seroja Amaya, gadis itu yang tadi berdebar tidak sabar untuk berkahwin bertukar menjadi gelisah, perasaan tak sedap hati mulai menjalar dalam hatinya.
Namun perasaan tidak enak itu hilang apabila Seroja Amaya melihat kereta keluarga milik Thaqid masuk ke dalam perkarangan masjid, laju saja dia berlari keluar dengan perasaan lega mendekati keluarganya yang dari tadi berdiri di luar, tetamu yang berbisik di dalam masjid tidak dia hiraukan.
Seroja Amaya menyapa kedua orang tua Thaqid yang baru keluar dari kereta dengan senyuman lembut " Rida kenapa kamu lambat ni? jalan sesak ke? " sapa Puan Hadalia dahulu melihat bakal birasnya itu yang mendekati mereka dengan wajah yang mendung, tanpa disangka Puan Arida iaitu ibu kepada Thaqid memeluk kuat tubuh Seroja Amaya " ibu kenapa ni? mana Thaqid? " tanya Seroja Amaya lembut membalas pelukan Puan Arida, Tuan Khalid iaitu bapa kepada Thaqid berbual dengan bapa Seroja Amaya yang bernama Tuan Syaziq seakan menjelaskan sesuatu.
Tiada balasan dari Puan Arida malah hanya menangis dipundak Seroja Amaya, Puan Hadalia iaitu ibu kepada Seroja Amaya mendekati mereka " Rida mana Thaqid? " tanya Pua Hadalia yang seakan faham ada sesuatu buruk bakal terjadi, namun masih tiada sahutan " Rida mana Thaqid? kami dah tunggu lama tau? " naik seoktaf suara Puan Hadalia apabila Puan Arida tidak henti menangis.
Seroja Amaya hanya mampu berdiam dan matanya tertuju kepada Tuan Khalid dan ayahnya " Lia tok kadi tu dah lama tunggu, mana calon lelakinya? " tanya salah seorang ahli keluarga Puan Hadalia yang melihat mereka masih berada diluar masjid.
" Seroja, mummy minta maaf tapi Thaqid dah lari "
BAM!
Seakan ada beribu batu yang besar menghentam dirinya apabila Puan Arida berkata begitu begitu juga mereka yang lain " ARIDA! " Puan Hadalia menolak Puan Arida kuat tahap kemarahnnya sudah sampai ditahap klimaks " kau jangan nak mainkan anak aku ni Rida! mana Thaqid? "Seroja Amaya jatuh terjelepuk diatas lantai sambil memegang dadanya yang sakit, Saheera Adiya yang melihat dari kejauhan berlari mendekati Seroja Amaya.
" Lia cuba rendahkan suara kamu tu, orang tengok ni " tegur Tuan Syaziq memegang pundak isterinya yang sudah marah teruk memandang tajam kearah Puan Arida " abang! perempuan ni cakap anak dia lari! dia ingat anak kita ni patung ke?! nak dibuat mainan " marah Puan Hadalia sambil menunding jari kearah Puan Arida yang sudah berada dalam pelukan suaminya menangis.
Sa'id Aezman merupakan abang kepada Seroja Amaya hanya mampu mengucap apabila mengetahui bahawa Thaqid sudah melarikan diri daripada majlis, Saheera Adiya hanya mampu mengusap belakang tubuh Seroja Amaya yang sudah menangis " Sa'id sorry aku lambat tadi jalan jammed lah " datang seorang lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna off white, tubuhnya berbadan tegap dan tinggi berbanding Sa'id Aezman yang pendek sedikit.
Sa'id Aezman melihat lelaki yang menyapanya dan mengeluh " takpelah Nash, aku rasa majlis ni batal " ujar Sa'id Aezman kepada Nashriq Hamzah " aik? kenapa " tanya Nashriq Hamzah melihat situasi dimana Puan Hadalia yang tak berhenti memarahi Puan Arida, dia melihat kearah Seroja Amaya yang berada dalam pelukan Saheera Adiya dan mengusap tengkuknya seakan faham.
" mana pengantin lelaki? " tanya Nashriq Hamzah menepuk pundak Sa'id Aezman yang berkhayal seketika " budak tak guna tu dah lari " balas Sa'id Aezman sambil mengawal dirinya dari menyumpah serana Thaqid yang berani memalukan keluarganya, Nashriq Hamzah hanya mengangguk " aku boleh ganti " terkejut Sa'id Aezman yang mendengar membulat biji matanya memandang Nashriq Hamzah yang menjadi sukarela secara tiba-tiba " kau makan pil khayal ke? " respon Sa'id Aezman pelik memandang sahabatnya itu namun dia tahu melihat riak wajah lelaki itu menunjukkan apa yang dia dengar sebentar tadi bukan sekadar gurauan.
" nak ke taknak? aku offer diri sendiri dah ni tapi kejap lagi aku kena gerak " ujar Nashriq Hamzah tenang sambil melihat jam tangan yang berjenama itu seakan dia terkejar masa, Sa'id Aezman melihat adiknya dan Nashriq Hamzah bersilih ganti dan mengeluh " kejap " Sa'id Aezman mendekati Seroja Amaya dan mencangkung dihadapan adiknya sambil menggaru tengkuknya.
" adik... " panggil Sa'id Aezman memegang bahu adiknya itu erat " abang tahu ni bukan waktu yang tepat, adik pilih nak batalkan majlis ke atau nak kahwin dengan kawan abang? " tanya Sa'id Aezman tanpa basa-basi membuatkan Saheera Adiya yang mendengar melopong sambil memandang Sa'id Aezman tidak percaya, Seroja Amaya yang mendengar diam seketika memandang lantai.
Seroja Amaya memandang abangnya dengan riak wajah tiada perasaan " abang ingat adik ni mainan ke? " marah Seroja Amaya apabila Sa'id Aezman yang bertanya tanpa memikirkan perasaanya " habistu adik nak terus menangis ke tunggu budak Thaqid tu datang? abang dah cakap dari awal kan dekat adik? Thaqid tu tak serius pun nak kahwin dengan adik " marah Sa'id Aezman lembut, betul apa yang dia katakan dari dulu lagi dia tidak merestui hubungan Seroja Amaya dan Thaqid apabila melihat dari gaya lelaki itu seperti tidak serius mahu mendirikan rumahtangga dengan adiknya.
Seroja Amaya kembali menangis apabila dimarahi oleh Sa'id Aezman membuatkan abangnya itu mengeluh " adik.... abang kenal kawan abang tu, abang jamin dia boleh jaga adik " dia cuba memujuk adiknya itu, dia tidak mahu tetamu berkata buruk tentang keluarganya jadi mahu atau tidak dia harus memujuk Seroja Amaya tambahan lagi Nashriq Hamzah yang menawarkan diri.
" kau balik lah Rida! kau jangan nak muncul lagi depan aku! " marah Puan Hadalia menolak Puan Arida dan Tuan Khalid pergi dari masjid tersebut, Seroja Amaya hanya berdiam dan memandang kearah kedua ibubapanya sambil dalam hati kesian melihat mereka, disebabkan dia keluarganya harus menahan malu dimasa hadapan nanti " Takpelah abang tak boleh paksa adik pun... adik ada perasaan" ujar Sa'id Aezman lembut dan mengusap kepala adiknya dan bangun dari mencangkung mahu menuju kearah sahabatnya.
" mana kawan abang? " tanya Seroja Amaya bangun dari duduknya dengan perasaan marah, dia marah kepada Thaqid lelaki itu yang dulu bukan main nak berkahwin dengan dia sekarang berani sungguh lelaki itu memalukan keluarganya, Sa'id Aezman menoleh memandang Seroja Amaya " Nash sini " panggil Sa'id Aezman masih memandang adiknya seakan tidak percaya, Saheera Adiya hanya mengelap airmata Seroja Amaya kasihan dengan bala yang menimpa sahabatnya itu.
Nashriq Hamzah berjalan mendekati mereka dan memandang Seroja Amaya yang turut memandang dia " dah kena approve ke? " tanya Nashriq Hamzah dengan riak biasa, Seroja Amaya yang mendengar hanya menunduk sebenarnya dia malu dengan keadaannya sekarang, dia haru memikirkan maruah keluarganya dahulu, Puan Arida dan Tuan Khalid sudah berlalu pergi dari masjid itu.
" dah Seroja kita balik, takde guna lagi kita dekat sini " ujar Puan Hadalia yang tadi marah menangis kasihan dengan anaknya, laju Seroja Amaya menggeleng " k-kita teruskan majlis " tersekat Seroja Amaya mengatakan, Puan Hadalia dan Tuan Syaziq yang dengar terkejut " Seroja kamu nak kahwin dengan siapa? Thaqid dah lari nak... " tanya Tuan Syaziq dengan suara lembutnya.
Nashriq Hamzah berdehem " saya boleh ganti Thaqid " ujar Nashriq Hamzah setelah tahu nama lelaki yang berani lari dari majlis itu bernama Thaqid, Sa'id Aezman hanya mampu menggaru dahinya malu dengan Nashriq Hamzah yang seakan tiada malu, tapi dia tahu sahabatnya itu boleh menjadi suami yang baik untuk Seroja Hamzah.
Lama mereka berdiam " kira tak jadi lah ni? saya ada hal lagi lepasni tak boleh lama " kata Nashriq Hamzah yang memecahkan kesunyian itu " Seroja yakin ke? ibu tak kis- " belum sempat Puan Hadalia menghabiskan ayatnya Sa'id Aezman mencelah " ibu Nash ni kawan lama Man, percaya lah dia ni baik takkan lah Man nak biarkan adik kahwin dengan lelaki tak guna " ujar Sa'id Aezman sambil memegang kedua tangan Puan Hadalia mahu meraih hati ibunya itu.
Saheera Adiya yang melihat kelibat tok kadi yang ingin keluar dari masjid dengan laju menahan tok kadi itu, dia tidak tahu mengapa melihat Nashriq Hamzah dia percaya lelaki itu lebih baik berbanding daripada Thaqid " cik boleh ke tepi tak? kami ni banyak lagi orang yang nak dinikah kan " marah lelaki yang menemani tok kadi tersebut, Saheera Adiya mendepakan tanganya dan menggeleng laju " Seroja kau jadi kan nak kahwin? " jerit Saheera Adiya yang tidak jauh kepada Seroja Amaya.
" kamu betul nak kahwin dengan anak pakcik? " tanya Tuan Syaziq sebenarnya mereka semua langsung tidak mengenali sahabat Sa'id Aezman itu kerana anak lelaki pertamanya itu langsung tidak pernah mengajak kawan atau rakan sekerjanya ke rumah, Nashriq Hamzah angguk dengan senyum nipis " tok jangan macam ni, kawan saya nak kahwin ni, masuk dalam " marah Saheera Adiya masih menahan tok kadi daripada berlalu pergi, tok kadi itu mengeluh dan berjalan masuk kembali dalam surau tanpa berkata.
Seroja Amaya tanpa tunggu lama masuk ke dalam masjid duduk kembali ditempat tanp menghiraukan saudara mara yang berada dalam masjid tersebut berbisik sambil memandangnya, mereka yang lain juga turut masuk ke dalam namun Sa'id Aezman sempat menahan sahabatnya dan berbisik sesuatu membuatkan dahi Nashriq Hamzah berkerut namun lelaki itu hanya menurut saja.
Thaqid yang seharusnya duduk berhadapan dengan tok kadi telah digantikan dengan Nashriq Hamzah sebelum melakukan akad nikah, Nashriq Hamzah ditanyakan beberapa soalan umum sebelum akad nikah, Sa'id Aezman yang menjadi saksi hanya melihat Nashriq Hamzah mencuba mencari niat sebenar lelaki itu, mana mungkin ada lelaki dengan rela hati mahu menawar diri untuk menikah, mana lagi Nashriq Hamzah tidak pernah langsung bertemu dengan adiknya itu tetapi ada satu hal yang dia tahu, Nashriq Hamzah boleh menjadi suami yang baik untuk Seroja Amaya.
Selesai saja sesi bersoal jawab, Nashriq Hamzah memegang lehernya dan menarik keluar rantai silver yang tersorok di dalam baju melayunya kelihatan ada cincin yang mempunyai batu permata kecil tergantung elok dirantai itu, Sa'id Aezman yang melihat memandang Nashriq Hamzah tidak percaya dia tahu cincin itu milik siapa dan dia tahu cerita cincin itu, Nashriq Hamzah melepaskan cincin itu daripada rantai dan tersenyum memandang cincin itu.
Seroja Amaya yang berada ditempat hanya diam tidak tahu harus bereaksi apa apabila lelaki yang bakal menjadi suaminya itu bukan Thaqid tetapi lelaki lain.
ENDFLASHBACK
Sa'id Aezman mengetuk pintu bilik adiknya dan masuk ke dalam " adik " panggil Sa'id Aezman apabila melihat adik kesayangannya itu sudah tertidur diatas katil, dia masuk dan menutup pintu bilik tersebut kerana tidak mahu bunyi tetamu yang diluar menggangu tidur adiknya, perlahan dia mendekati katil Seroja Amaya dan duduk di birai katil " kesian adik abang ni... " gumam Sa'id Aezman mengusap lembut kepala Seroja Amaya.
Selepas saja akad nikah tadi, Nashriq Hamzah harus berpamitan mahu pergi kesatu tempat dia tahu kemana lelaki itu hendak pergi, matanya tertuju kearah cincin yang tersarung dijari manis adiknya, itu cincin milik arwah kakak Nashriq Hamzah, dia masih ingat lagi kata Nashriq Hamzah dahulu yang dia mahu cincin itu disarungkan dijari gadis yang dia cintai suatu hari nanti.
Share this novel