BAB 6

Romance Series 24962

Tidur Seroja Amaya terganggu apabila merasakan ada sesuatu bergerak diwajahnya.

   " ish apani " rengek Seroja Amaya meraba wajahnya.

   " hahahah comel dia ni " membeku Seroja Amaya apabila mendengar suara lelaki yang garau.

   Setahunya suara Nuhaiza Hanan tak lah segarau itu, Seroja Amaya tidak mahu membuka matanya takut tetapi tangannya yang meraba wajahnya tadi di pegang oleh tangan seseorang yang kasar.

   ' ibu ada hantu cabul Seroja ' rintih Seroja Amaya dalam hati tanpa fikir panjang Seroja Amaya menolak menolak kuat tangan tersebut

   " IBU! TOLO- HMPH! " mulut Seroja Amaya ditekup dari belakang begitu juga tubuhnya dipeluk erat dari belakang.

   " Seroja Amaya binti Syaziq bising lah " tegas suara itu berkata tetapi Seroja Amaya masih meronta mahu dilepaskan dengan airmata yang sudah turun risau kalau itu perompak.

   " Maya bawa bertenang boleh tak? " arah lelaki itu, Seroja Amaya tak henti memukul lengan lelaki yang memeluknya sehingga lelaki itu hanya diam dan membiarkan Seroja Amaya terus dengan kelakuannya.

   Bukannya pelukan tersebut semakin longgar malah semakin erat, wajah Seroja Amaya sudah banjir dengan airmata.

    " allahuakhbar Maya renjanaku kau kenapa ni... " Nashriq Hamzah melepaskan tangannya dari menutup mulut Seroja Amaya lalu membalikkan badan gadis itu menghadap dia.

   " kenapa ni.... rindu aku eh " gurau Nashriq Hamzah mengusap kedua pipi belah pipi Seroja Amaya yang sudah menangis.

    " kau dah kenapa takutkan aku... mana Haiza.. " tangis Seroja Amaya menolak kasar kedua tangan Nashriq Hamzah dia tidak suka ditakutkan sebegitu sempat dia memukul dada Nashriq Hamzah sebab geram kalau boleh dia tumbuk sampai hancur lelaki itu, dah lah ganggu dia tidur.

   " Haiza dah pindah bilik tadi masa aku balik, kau yang tetiba menjerit kenapa? " kata Nashriq Hamzah hanya melihat wajah Seroja Amaya yang sudah memaparkan raut wajah marah mahu saja dia menggigit wajah gadis itu tapi dia tahan.

  " kau kata kau ada kerja kenapa balik? " tanya Seroja Amaya mengusap kelopak matanya yang kabur sebab airmata dan memandang Nashriq Hamzah.

   " kerja dah habis aku balik lah, tetiba balik eh renjana aku elok tidur mesti dia mimpi indah ni kan.. " usik Nashriq Hamzah mengusap lembut kepala Seroja Amaya.

    Seroja Amaya hanya berpeluk tubuh melihat suaminya yang memakai tshirt hitam berlengan pendek namun matanya terhenti dekat leher Nashriq Hamzah yang luka, dahinya berkerut setahunya luka tu tiada pun tadi.

   " leher kau ni kenapa luka? " tanya Seroja Amaya mendekati lagi jarak mereka mahu melihat dengan lebih dekat, Nashriq Hamzah berundur ke belakang seketika.

    " aku tanya ni... tadi aku tak nampak pun masa bergambar " tanya Seroja Amaya yang memegang leher Seroja Amaya dengan dahi berkerut, ke sebab dia leher lelaki tu luka tapi kuku dia bukan panjang pun.

   Nashriq Hamzah menelan air liur dan ketawa kecil " tak sedar lah Maya, aku excited tadi nak balik jumpa kau "

    Nashriq Hamzah menarik tangan isterinya itu dan dicium perlahan " Maya pergi ambil wuduk dah masuk waktu subuh " arah Nashriq Hamzah, Seroja Amaya menyepetkan mata mencari kejujuran dimata Nashriq Hamzah namun dia mengalah tenaga dia tidak banyak lagi.

   Nashriq Hamzah hanya melihat Seroja Amaya berjalan ke bilik air dan mengeluh lega lalu berlari ke arah cermin mahu melihat luka dileher " macam mana boleh luka ni? " gumam Nashriq Hamzah memegang lukanya yang sudah kering mungkin semasa dia balik dari misi.

FLASHBACK

   Langkah Nashriq Hamzah terhenti apabila seseorang dari belakang mengarahkan sebilah pisau dilehernya " don't move " arah lelaki itu tegas

   " kalau darah melayu tu takyah lah sebok nak speaking " perli Nashriq Hamzah dan matanya tertuju kearah satu tempat tersembunyi dia melihat Zubayr Ali berada di situ

    " pandai-pandai lah kau selamatkan diri bukan tak biasa " ejek Zubayr Ali melalui alat komunikasi dan berlalu pergi meninggalkan Nashriq Hamzah.

   Nashriq Hamzah mencebik dia tahu kalau lelaki itu meninggalkan dia sendiri maknanya dia tahu Nashriq Hamzah boleh selesaikan masalah itu tanpa bantuan dia.

    Nashriq Hamzah dengan tangkas merampas pisau tersebut dari tangan musuh dan dibuang jauh lalu mengacukan pistol vektor sp1 yang berada dipehanya kepada lelaki itu

    " kau ni nasib baik aku kena bawak kau balik hidup-hidup kalau tak nahas aku kerjakan " gurau Nashriq Hamzah dengan senyuman tetapi hanya matanya yang kelihatan.

   Tidak lama kelihatan Fayez Affan muncul menggari tangan musuh itu sambil memandang Nashriq Hamzah.

    " apa pandang-pandang nak cium ke? " gurau Nashriq Hamzah tidak tahu pula kenapa dia rasa gembira hari ini, Fayez Affan hanya mengaju balik dan menarik kasar tubuh musuh itu untuk keluar sempat dia mencium bahu Nashriq Hamzah bergurau.

   " mission completed brader, boleh balik dah Hans jumpa bini " kata Jibrael Umayr apabila sudah memastikan semua situasi dalam keadaan baik.

   Nashriq Hamzah yang teruja langsung berlari keluar dari bangunan tersebut, Zubayr Ali yang melihat hanya menggeleng kepala.

   " sikit hari kawan kau tu resign tak boleh berpisah dengan isteri dia " kata Zubayr Ali kepada Jibrael Umayr kelucuan dengan perubahan drastik lelaki itu selepas berkahwin.

  " nak buat macam mana Ali, member kahwin dengan crush lama dia tu " respon Jibrael Umayr " agak-agak lah mengumpat aku masih boleh dengar tau " kata Nashriq Hamzah yang sudah berada dalam truk khas membuka sarung tangannya.

   " biasa kitoarang ni mengumpat depan-depan je tak main belakang " Jibrael Umayr bersandar dikerusi dan bertepuk tangan dengan anggota lain apabila tugas mereka sudah selesai, boleh lah mereka balik sekarang jam sudah menunju pukul empat pagi.

   " balik rumah boleh peluk isteri lah Nash, aku ni balik rumah peluk bantal guling je " ujar Fayez Affan yang mendengar perbualan mereka dan masuk duduk disamping Nashriq Hamzah.

   " siapa suruh tak datang tadi majlis aku nampak banyak awek cun Fay " beritahu Jibrael Umayr yang memejamkan matanya seketika.

ENDFLASHBACK

   " Maya nak honeymoon kat mana? " pertanyaan Nashriq Hamzah membuat Seroja Amaya terhenti daripada melipat sejadahnya

   " taknak " hanya itu balasan Seroja Amaya dia tiada mood nak bincang semua benda itu padahal dia dah tahu dekat mana lokasi untuk dia berbulan madu dengan Thaqid bukan dengan Nashriq Hamzah.

   Nashriq Hamzah memandang lama isterinya " tak boleh lupakan Thaqid lag- "

" kenapa sebut nama dia lagi? " potong Seroja Amaya dia bengang pagi-pagi lagi dengar nama lelaki tak guna itu

    " aku perlu masa nak lupakan dia bukan senang nak move on macam tu " tambah Seroja Amaya dengan nada sedikit meninggi, Nashriq Hamzah hanya diam salahnya juga menyebut nama lelak itu

   " lain lah lelaki senang nak cari pengganti kan " marah betul Seroja Amaya sekarang mahu pandang Nashriq Hamzah pun dia tidak mahu.

   Nashriq Hamzah melipat sendiri sejadahnya lalu bangun diberikan kepada Seroja Amaya

   " aku minta maaf ya " kata Nashriq Hamzah dengan senyuman nipis sebenarnya dia terasa hati bila Seroja Amaya berkelakuan sebegitu tapi dia tolak perasaan itu

    " maaf itu jelah lelaki reti buat " Seroja Amaya mendongak memandang Nashriq Hamzah.

   " aku tak tahu apa motif kau kahwin dengan aku sebenarnya...  "

  " fikiran aku serabut sekarang tambah kau lagi tanya aku nak honeymoon kat mana, kau buat kita ni berkahwin atas dasar cinta ke? " tanya Seroja Amay memandang tepat ke dalam anak mata Nashriq Hamzah yang diam turut menatap dia.

NASHRIQ HAMZAH P.O.V

   Sakit teruk hati aku dengar dia cakap macam tu, kalau lah dia tahu aku kahwin dengan dia sebab cinta Maya terima aku tak? dia akan cintakan aku tak?

   kalau lah dia tahu bertahun aku tunggu dia dalam diam, mata aku sejak tengok kau dulu tak pernah aku lupakan senyuman kau Maya, malam-malam aku sentiasa berdoa berharap kau jadi milik aku tapi bila aku tahu kau nak kahwin, hancur hati aku Maya.

FLASHBACK

   Aku mematikan engin motor Yamaha r15m milikku ku selepas sampai di depan Familymart " cepat lah Heera nanti abang Man marah kita balik lewat "

   Tanpa sengaja ada seorang gadis melanggar belakang tubuh ku terus aku berbalik badan tanpa sempat aku membuka helmet ku sambil bercekak pinggang.

   " eh abang sorry saya tak sengaja " baru je aku nak marah dia tetiba mata dia buat aku terpegun kejap.

   Alahai bidadari mana lah sesat dekat muka bumi ni?

   dia datang dari planet mana kenapa jantung aku berdegup kencang ni? ini ke orang cakap cinta pandang pertama, aku tidak membalas sebab leka melihat matanya yang indah itu

   " bang oh abang " gadis itu melambai tangannya dihadapan wajah ku membuat aku sedar kembali ke dunia nyata.

   Aku hanya senyum dan memandang ke bawah " ni wallet adik ke? " aku menunduk menggambil wallet berwarna ungu yang sudah terbuka menampakkan kad pengenalan gadis itu

  " ehh abang tak perasan pulak terima kasih " kata gadis itu dengan ketawa kecil alahai comelnya anak siapa ni aku nak pergi masuk meminang sekarang, aku hulur wallet itu kepada dia.

   " Seroja Amaya cantik nama " kataku memuji namanya dapat aku lihat pipinya yang merah, eleh blushing lah tu aku puji HAHAHAH

   " gedik ah kau " bisik kawannya itu tapi aku dengar eh takpelah dia gedik dengan aku

   " adik masih belajar ke? " tanya ku tak nak aku dia lari dari pandangan aku sekarang kalau boleh nak culik bawa balik rumah kunci dalam bilik.

   " baru habis SPM, abang bawak jalan-jalan dengan kawan saya " respon Maya dengan senyum lebar, aku hanya mengangguk tanda faham

   " boleh lah ni abang masuk meminang kan heheheh " kata ku tanpa segan-silu " eee gedik lah abang ni, abang tahu tak kawan saya ni dah ada bf! " marah Saheera.

    kisah apa aku dia ada boyfriend selagi tak kahwin selagi tu ada peluang, kita sekarang zaman sondol-sondol je.

   " amboi adik! abang tunggu dalam kereta kat sini ya mengorat orang " mata kami bertiga beralih kepada arah suara tersebut.

    Aduh! budak Sa'id ni buat apa kat sini, kenapa dia panggil Seroja adik? adik bebetul ke? sampai hati abang Sa'id tak kenalkan bakal isteri saya kan sedih ah begini hidup.

   " mana ada! ok lah bang sorry tau langgar tadi bye! " Seroja menarik tangan Saheera dan berlari mendekati Sa'id sambil melambai aku dengan penuh tenaga macam lambai dekat artis, aku pun membalas lambaian dia, Sa'id tak perasan kot itu aku sebab aku masih pakai helmet

    " siot betul patutlah Sa'id tak ajak pergi rumah ada adik lawa rupanya " gumam ku dan membuka helmet lalu aku letak atas motor.

   Aku berdehem dan menadah tangan " Ya allah jika dia jodoh ku, kau lindungi lah dia dari lelaki-lelaki durjana AAMIIN " aku meraup wajah ku

    " lambaian tanganmu masih ku ingat selalu... itu yang terakhir ku melihat dirimu.... " nyanyi ku perlahan apabila teringat lagu iklim sambil masuk ke dalam Familymart.

ENDFLASHBACK

   " dah habis? " tanya aku apabila Maya sudah berhenti membebel malah duduk diatas katil berpeluk tubuh.

    " dah " jawab isteriku yang aku cintai, tanpa aku tunggu lama aku melompat naik keatas katil dan menarik Maya baring disamping ku.

    " eh! lepaslah " uish ganas betul dia ni sikit-sikit nak lepas, tecik hati abang ni tau Maya.

   Aku membaringkan kepala Maya di lengan ku lalu memeluk erat tubuhnya " dah... bagi aku rehat kejap ya maya renjanaku " bisik ku sambil memejamkan mata.

   Eleh meronta lah dia macam mana tangan aku ni takkan pernah lepaskan dia dari pelukan, ingat senang ke nak kahwin dengan kau Maya, rezeki aku betul lah masa tu bila budak Thaqid lari.

   Nasib baik hati aku ni terdetik nak datang masa kau akad kalau tak memang melepas lah aku, terima kasih ya Allah atas hadiah yang tak terhingga ini buat hambamu.

    Tangan Seroja Amaya tak henti memukul lengan ku ingat sakit ke? sakit lagi bila aku dapat tahu dia nak kahwin nasib baik kahwin dengan aku, kalau tak menangislah aku dalam jamban tujuh hari tujuh malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience