BAB 14

Romance Series 24962

Kelihatan suasana kawasan yang luas dikelilingi dengan pelita menerangi laman yang luas.

Di sini lah tempat Nashriq Hamzah dan sahabat-sahabatnya yang lain untuk mengasah seni silat mereka dengan bantuan guru yang berpengalaman.

Murid-murid silat yang lain mengelilingi Zubayr Ali dan Nashriq Hamzah berdiri ditengah-tengah.

Sudah lama Nashriq Hamzah dan sahabatnya yang lain belajar silat dengan Tok Adi untuk melindung diri mereka dan juga mempelajari seni silat dengan lebih dalam.

Nashriq Hamzah membuka baju silatnya memperlihatkan tshirt hitam yang melekat di tubuh lalu diletak di atas tanah.

Zubayr Ali hanya berdiri melihat Nashriq Hamzah yang memang tidak gemar memakai baju silatnya.

Dua gadis yang terburu-buru langsung mendekati melihat Nashriq Hamzah dan Zubayr Ali.

Gadis mana saja tidak mahu melihat Nashriq Hamzah dan Zubayr Ali yang mampu menggoncang jiwa mereka dengan hanya bertentang mata.

Nashriq Hamzah dan Zubayr Ali akan bertanding pada malam itu atas permintaan tok Adi yang sudah lama tidak melihat dua murid kesayangannya.

Aura mereka berdua berubah dalam sekelip mata " jangan ganas sangat Ali malu saya " gurau Nashriq Hamzah sambil mengenyit mata kearah Zubayr Ali.

Masing-masing daripada mereka berdua membuka langkah kuda-kuda selepas memberi salam masuk.

Manakala Baher Nuhaim pula menghitung sesuatu menggunakan jarinya lalu melaga bahu Jibrael Umayr yang duduk disampingnya memerhati perlawanan mereka.

" nak apa kau? " marah Jibrael Umayr tidak suka apabila dia diganggu saat ini lah dia perlu melihat perlawanan antara Zubayr Ali dan Nashriq Hamzah taraf kemahiran mereka rata-rata sama.

" kalau total semua perlawanan diorang ni kan Raef seri je sebab tok yang selalu halang diorang "

betul juga kata Baher Nuhaim kalau bukan tok Adi yang memberhentikan mereka sudah tentu sampai ke esok subuh diorang masih tidak keluar dari berhenti, masing-masing tidak mahu mengalah.

" haah lah, tak nak aku satu gelanggang dengan diorang " Jibrael Umayr mengakui apa yang dikatakan Baher Nuhaim mereka kembali fokus melihat perlawanan tersebut kelihatan Zubayr Ali menendang Nashriq Hamzah tetapi lelaki itu lebih cepat menangkis tendangan Zubayr Ali.

Nashriq Hamzah senyum melihat muka serius Zubayr Ali dan kembali dalam mode tempurnya.

" hensemnya dia senyum " puji salah satu gadis yang memakai baju tidur dengan selendang hitam dilempar saja di bahu sekadar menutup kepala.

" ni ke crush kau tu? " Jibrael Umayr dan Baher Nuhaim hanya mendengar saja lali sudah mereka.

" haah lah aku baru nampak dia berguru dengan tok Adi, kawan dia pun hensem tau Dija! tu yang lawan dengan dia tu " gadis itu menunjuk kearah Zubayr Ali yang mengelak dari serangan Nashriq Hamzah berkali-kali.

" ingat ni fashion show ke nak tengok-tengok " perli Baher Nuhaim bukan sebab cemburu tetapi mulut kedua gadis itu bising.

" eh menyampuk pulak dia ni " marah gadis yang memakai selendang berwarna hitam kepada Baher Nuhaim.

" Nuh dah lah mulut perempuan mana boleh dilawan " bisik Jibrael Umayr yang menenangkan sahabatnya itu.

" annoying tau suara diorang ni ha, ibarat lalat terbang kat teling bising " marah Baher Nuhaim

dia paling pantang melihat anak dara yang tidak malu keluar malam mana lagi di sini semuanya murid silat lelaki.

" amboi kau bercakap memang tak pandang belakang ke? " bercekak pinggang sudah gadis yang memakai selendang hitam itu.

" Zara dah lah tu, salah kita bising " pujuk gadis bertudung coklat dengan pakaian kurungnya.

" eh eh! nak pergi mana? " terkejut Jibrael Umayr apabila Baher Nuhaim bangun dari duduk diatas tanah menoleh ke belakang.

" biarlah diorang Nuh " pujuk Jibrael Umayr bangun bila perasan sesetengah mata tertuju kepada mereka.

Baher Nuhaim memandang Jibrael Umayr sekilas.

" balik boleh tak? menyemak tau " halau Baher Nuhaim turut bercekak pinggang.

Jibrael Umayr sudah menggaru tengkuk sesetengah murid silat yang berada di situ sudah mengalihkan perhatian kearah mereka.

Mata Jibrael Umayr melekat melihat wajah seorang gadis bertudung coklat dengan muka gelisah memegang hujung baju gadis yang memandang tajam kepada Baher Nuhaim.

" MasyaAllah ni ke bidadari tak bersayap "

gumam Jibrael Umayr, wajah gadis itu tidak lah mulus menunjukkan dia memang gadis kampung tidak kenal dengan kata penjagaan kulit, tetapi kulit yang cerah menibulkan rona merah di pipi gadis itu menarik pandangan Jibrael Umayr.

" eleh kau dengan perempuan pun taknak mengalah, muka macam bontot kuali berkerak aku tu kat rumah " makin panas Baher Nuhaim punya hensem dia ni dikata macam bontot kuali berkerak dia.

" kau melebih dah nak face shaming bagai ni " Jibrael Umayr menahan Baher Nuhaim yang hendak mendekati gadis yang berani itu.

" sabar boh... " pujuk Jibrael Umayr mengusap dada Baher Nuhaim yang naik turun.

Semua mata sudah beralih kearah mereka, Nashriq Hamzah yang tadi hendak mengunci pergerakan Zubayr Ali terhenti mendengar suara bising.

" dah kenapa Nuh tu? " tanya Zubayr Ali memeluk tubuhnya " ingat aku takut lah dengan kau? " lantang betul gadis itu.

" Zara dah lah tu orang tengok " pujuk kawannya apabila perasan semua mata sudah memandang kearah mereka.

Zara Idara itu lah nama gadis yang berselendang hitam berani membalas pandangan Baher Nuhaim, ketinggian yang memaksa dia mendongak membalas pandangan Baher Nuhaim, kulit yang tidak cerah namun mulus tambah lagi bulu mata yang melentik.

Sebelah Zara Idara ialah Nur Khadijah gadis kampung yang berkawan dengan Zara Idara.

Baher Nuhaim menarik nafas yang dalam betul juga cakap Jibrael Umayr berlawan mulut dengan perempuan sampai hujung dunia sekalipun takkan mengalah perempuan tu, Baher Nuhaim berzikir dalam hati dan duduk semula diatas tanah.

" eleh takut lah tu! " sengaja Zara Idara memanaskan keadaan sesekali matanya tertuju kearah Nashriq Hamzah mahu menarik perhatian lelaki itu.

" Ya Allah kau ampunkan lah hambamu ini yang mempunyai kesabaran senipis kulit bawang " gumam Baher Nuhaim dan bangkit semula mendekati dia.

Nashriq Hamzah dan Zubayr Ali mendekati mereka mahu mengetahui punca pergaduhan.

" aku bukan takut, aku cuma masih waras fikir kau ni perempuan " balas Baher Nuhaim mencerlung tajam sakit hati bila gadis itu membuka mulut.

Zara Idara ketawa sinis " cakap jelah kau tu penakut nak tunjuk gentlemen lah tu hormat perempuan " Baher Nuhaim menunduk dan menarik nafas.

" aku bukan nak tunjuk gentlemen ke apa, kau tu mana adab kau sebagai seorang gadis? keluar malam macam ni lepastu terkinja-kinja tengok lelaki " marah Baher Nuhaim.

Zara Idara mencebik bila mendengar " kau ni memang tak nak kalah ke apa dengan perempuan? rasa tercabar? " memang dia rasa tercabar sekarang, bukan sebab mahu menang tetapi Zara Idara yang tak berhenti provoke dia.

Baher Nuhaim menggenggam penumbuknya dan berbalik badan lebih baik dia diam saja dan terus diam

" malu lah tu! " Langkah Baher Nuhaim terhenti bila dituduh malu padahal dia tidak mahu meneruskan pergaduhan tidak mendatang faedah itu.

" Nuh " panggil Tok Adi membuatkan Baher Nuhaim membatalkan niatnya untuk membalas, Baher Nuhaim mencebik.

" Zara, Dija kamu berdua buat apa kat sini malam-malam " tanya tok Adi melihat dua anak dara itu berada di situ padahal hanya ada lelaki saja.

" nak skodeng lah tu, maklumlah takde lelaki nak dekat diorang " ujar Baher Nuhaim yang sedang ditenangkan Jibrael Nuhaim.

Zara Idara menyinsing lengan baju dan mendekati Baher Nuhaim " kau ni macam mulut memang tak boleh tutup ke, tok tolong ajar sikit anak murid tok ni mulut takde insurans! " marah Zara Idara menunding jari tepat diwajah Baher Nuhaim.

" amboi sedap mulut kau, kau tu perempuan patut duduk dalam rumah malam-malam macam ni bukan skodeng jantan tak malu ke " marah Baher Nuhaim tetapi dalam hati dia memuji kecantikan Zara Idara.

" yang kau care sangat pasal aku keluar malam ni kenapa? kau suka aku ke? " Semua yang berada di situ sudah ketawa melihat mereka berdua.

Tok Adi sengaja biarkan dia melihat mereka berdua sesuai untuk dijadikan pasangan.

Baher Nuhaim buat riak seakan ingin muntah " tak ingin aku dengan kau, muka dah lah serupa macam tenuk " Zara Idara menyinsing lengan bajunya lagi yang sudah melorot jatuh.

" kau sengajakan nak sakitkan hati aku? " matanya mencerlung kearah Baher Nuhaim dia mahu saja menggigit lelaki itu melepaskan marahnya.

" dah jangan gaduh benda boleh bawa bincang kan " Nashriq Hamzah sudah masuk campur apabila melihat Zara Idara yang agresif.

Zara Idara menoleh memandang kearah Nashriq Hamzah dan senyum kambing sambil membetulkan selendang hitamnya.

" haah betul tu apa cakap dia benda boleh bincang " berubah terus nada suara dia yang tadi tinggi terus mengendur membuatkan Baher Nuhaim mahu muntah.

" kau nak menggedik pun agak-agak dia ni dah jadi suami orang " beritahu Baher Nuhaim membuat Zara Idara tercengang.

Kecewa gadis itu bila mendengar memandang Nashriq Hamzah yang memaparkan riak tenang sambil mengangkat tangan menunjuk jari yang tersarung cincin.

" nampak tu? tak nampak ke? " puas hati Baher Nuhaim melihat muka Zara Idara yang kecewa.

" dah lah Zara kamu balik lah kang aku bagitau tokma kamu yangg kamu dengan Dhija selalu kesini " ugut Tok Adi membuat Zara Idara yang dilanda kecewa terkejut dan menggeleng.

Baher Nuhaim memandang Zara Idara dari atas ke bewah dari ekor mata, boleh tahan cantik juga dia itu tapi mulut macam mulut murai tak mahu mengalah.

" pandang apa kau? " tegur Zara Idara bila nampak mata Baher Nuhaim memandang dia.

Jibrael Umayr pula tidak henti memandang Nur Khadijah dengan senyuman lebar suka pula dia tengok gadis itu gelabah.

Ini lah peluang dia nak cari isteri memandangkan Nashriq Hamzah sudah berkahwin dia harus susul dulu sebelum yang lain.

Baher Nuhaim mencebik " ingat cantik lah tu? " Zara Idara lupa sudah dengan kecewanya bila mulut Baher Nuhaim tidak berhenti.

" Nuh sudah lah tu " tegur Zubayr Ali.

Nur Khadijah pula tak senang duduk apabila mata Jibrael Umayr memandang tepat kearahnya.

Bila Nur Khadijah memandang Jibrael Umayr lelaki itu tanpa segan-silu mengenyit mata kearahnya sambil mengusap dada Baher Nuhaim.

Baher Nuhaim memandang Jibrael Umayr yang tak berhenti mengelus mengusap dadanya macam kucing miang miliknya.

" kau dah kenapa raba aku? " tanya Baher Nuhaim menolak tangan Jibrael Umayr geli melihat senyuman miang sahabatnya itu.

Membulat biji mata Nur Khadijah malu! tak tunggu lama dia terus menarik Zara Idara pergi dari tempat itu.

" eh! aku tak habis lagi dengan kau! " jerit Zara Idara yang semakin jauh kepada Baher Nuhaim.

" JANGAN LUPA DATANG SINI LAGI! " Jerit Jibrael Umayr sambil melambai melihat dua gadis itu pergi dengan senyuman tak lekang dibibir.

Semua yang mendengar hanya ketawa mendengar jeritan Jibrael Umayr itu terus Baher Umayr menolak tangan Jibrael Umayr yang mahu meraba dadanya semula.

" kamu semua boleh balik hari pun dah lewat betul ni " arah Tok Adi mereka semu menyalam tangan Tok Adi tersebut dan berpamitan.

" kenapa tadi tu? " tanya Nashriq Hamzah sambil mengambil baju silatnya kepada Baher Nuhaim ketika mereka berempat berjalan kearah kereta mereka yang terparkir tidak jauh.

" entah minah tu, bising tau tak setiap kali datang sini mesti kena hadap mulut diorang tu " beritahu Baher Nuhaim mengelap peluh di dahi.

" eleh dia cemburu tu diorang puji kau dengan Ali tadi " laju saja Baher Nuhaim menyiku perut Jibrael Umayr.

" mana ada, betul Hans mulut diorang bising tadi aku nak fokus pun tak boleh " jujur Baher Nuhaim sambil mengangkat tangan kanan tanda bersumpah, Nashriq Hamzah dan Zubayr Ali hanya ketawa kecil.

Diorang tahu Baher Nuhaim ni bukan jenis yang cepat marah maknanya lelaki itu sudah menahan lama perkara itu sebab itulah dia meletus tadi.

" aku balik dulu lah, isteri dekat rumah dah tunggu, kamu bertiga ni ada isteri tak yang menunggu kat rumah " ejek Nashriq Hamzah dan terus berlari kearah keretanya.

" eh aku ada anje kat rumah tunggu aku " balas Baher Nuhaim mengelap peluhnya lalu menjeling Nashriq Hamzah.

Nashriq Hamzah menghantar isterinya itu di rumah Puan Hadalia memandangkan dia tak mahu meninggalkan isterinya itu tinggal di rumah mereka seorang diri, risau kalau akan terjadi apa-apa dengan isterinya itu.

" eleh kau tunggu lah Hans aku kahwin nanti kita tengok siapa lagi ada anak banyak " bebel Jibrael Umayr menyebabkan dia menerima tolakan kuat dibahu dari Zubayr Ali.

" kau tak habis-habis bebel nak anak banyak kahwinnya taktau bila " Zubayr Ali masuk ke dalam kereta diikuti dengan Jibrael Umayr dan Baher Nuhaim menumpang dia.

" nak lepak mamak ke atau balik terus ni? " tanya Baher Nuhaim yang duduk dibelakang.

" mamak lah kita ni balik awal bukan ada isteri kat rumah " ujar Jibrael Umayr bersandar dikerusi kereta, Zubayr Ali yang mengetahui arah destinasi mereka meneruskan pemanduan.

THAQID memandang sahabatnya yang duduk dihadapan meneguk air haram " dah lah kau cari perempuan lain je takyah sibuk kacau rumahtangga orang " marah sahabatnya membuat Thaqid mencebik " dia tu hak aku sepatutny- "

" kau yang bodoh tinggalkan dia kan? " potong lelaki itu yang sudah sedikit mabuk tapi masih boleh mengawal dirinya.

" kau sepatutnya backup aku bukan Hans tu " dia kenal siapa Nashriq Hamzah, dia tahu semua tentang lelaki itu setelah puas dia mencari identiti lelaki itu.

Lelaki itu ketawa sinis " daripada kau sibuk fikir pasal perempuan tu baik kau buat kerja, kau jangan sampai orang tua tu mengamuk dengan aku sekali terkena tempias " tegur lelaki itu bila sedar sahabatnya sudah lama tidak melakukan tugasnya.

" alah kau ada kan bagi lah aku berehat kejap "

" berehat kepala punde kau, aku ni banyak benda nak kena urus " marah lelaki itu menjeling, sudah lah banyak kerja dia harus buat tambah lagi Thaqid.

" alah setakat urus dadah tu bukan susah mana pun " Thaqid meraup rambutnya ke belakang.

" memang lah tak susah, tapi tu kerja kau " lelaki itu bangun mahu keluar " Mateen " panggil Thaqid memandang Mateen Dylan yang menoleh memandang dia.

" kau selalu balik awal ada bini ke dekat rumah? " tanya Thaqid bergurau, Mateen Dylan tidak membalas dan terus keluar.

" ajak bergurau pun tak boleh " gumam Thaqid dan mengeluh, bayangan Seroja Amaya kembali menghantui dia.

Menyesal dengan perbuatan dia, kalau tidak diikutkan nafsu sudah tentu dia bahagia sekarang.

Mateen Dylan melihat hujan yang turun dengan drastik lalu berlari masuk ke dalam kereta mewah miliknya.

Mateen Dylan menghidupkan enjin kereta dan mengambil telefon pintar di dalam poket seluar, tersenyum kecil dia melihat pesanan mesej dari orang yang dia kenali.

' aku dekat depan rumah kau ni, balik cepat aku ada beli mcd '

Tak tunggu lama Mateen Dylan memandu pulang ke rumah, tadi dia bertemu dengan Thaqid untuk mengurus pengedaran dadah di negeri lain memandangkan lelaki itu memang ditugaskan dibahagian itu, sementara dia pula mengurus pengedaran senjata api secara haram.

Syaqif Ahmad membuka pintu apabila mendengar ketukan.

" akak! abang dah datang ni " panggil Syaqif Ahmad dan menyalam tangan Nashriq Hamzah, Seroja Amaya keluar dari bilik dengan membawa tuala memandangkan tiba-tiba saja hujan lebat tadi.

Nashriq Hamzah masuk ke dalam dan menutup pintu rumah.

" abang pergi mandi cepat nanti demam " arah Seroja Amaya mengeringkan rambut Nashriq Hamzah. Nashriq Hamzah hanya senyum kecil dan angguk membiarkan Seroja Amaya mengeringkan rambutnya yang basah

" Abang nak makan tak? tadi ibu ada masak " Nashriq Hamzah hanya mengangguk

" kita tidur sini lah malam ni, lagipun hujan lebat " Seroja Amaya hanya mengangguk tidak membantah dan berjalan masuk ke dalam bilik mahu mengambil pakaian bersih untuk Nashriq Hamzah.

Mata Seroja Amaya terhenti melihat jaket yang tergantung sudah lama dalam almari dan tersenyum kecil bila ingat gerangan yang memberi jaket tersebut dahulu semasa zaman universitinya dulu.

" berdoa time hujan ni mustajab tau "

" Renjana " panggil Nashriq Hamzah melihat Seroja Amaya yang kaku, Seroja Amaya memandang suaminya dan senyum lebar.

" abang doa time hujan tu betul ke mustajab? " tanya Seroja Amaya membuat Nashriq HAmzah diam sekejap dan angguk.

" kenapa? " tanya Seroja Amaya mahu tahu.

" daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan baginda akan berdoa اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا...... maksudnya Ya Allah jadikanlah hujan ini bermanfaat... hadis riwayat Al-Bukhari " terang Nashriq Hamzah membuat Seroja Amaya angguk.

" Tambah lagi Rasulullah bersabda dua doa yang tidak akan ditolak, doa ketika azan atau doa ketika turunnya hujan.... " mata Nashriq Hamzah beralih kearah jaket yang tergantung.

" jaket siapa tu? " tanya Nashriq Hamzah memandang Seroja Amaya. Seroja Amaya diam kalau dia cakap itu miliknya sudah tentu tidak dipercaya kerana model jaket itu hanya sesuai dipakai oleh lelaki.

" emmm kalau Maya bagitahu abang jangan marah pula "

Nashriq Hamzah angguk dan senyum " dulu masa Maya masih belajar, terserempak dengan satu abang ni time hujan leba- "

" abang tak nak dengar lah " potong Nashriq Hamzah mengambil tuala yang digantung dibahu isterinya, Seroja Amaya menahan tubuh Nashriq Hamzah yang mahu keluar.

" abang marah Maya ke? abang cemburu ke? " tanya Seroja Amaya takut melihat wajah ketat Nashriq Hamzah.

Jelas terpancar dimata lelaki itu yang cemburu " takde lah abang nak mandi, nanti demam pulak " dalih Nashriq Hamzah menolak perlahan tangan Seroja Amaya lalu berjalan keluar dari bilik, sedih Seroja Amaya melihat Nashriq Hamzah.

Nashriq Hamzah masuk dalam bilik air dan ketawa kecil " Maya.. Maya macam mana lah boleh tak perasan tu abang " gumam Nashriq Hamzah menggeleng perlahan.

Dia lah lelaki yang dimaksudkan oleh Seroja Amaya. Sengaja dia menunjuk cemburu mahu mengusik isterinya.

TOK

TOK

" abang marah Maya ke? " tanya Seroja Amaya berdiri di luar bilik air menunggu sahutan sang suami.

Nashriq Hamzah membuka pintu bilik air terkejut dia melihat Seroja Amaya dengan mata merah memandang dia.

" Allahu dah kenapa menangis ni? " tanya Nashriq Hamzah keluar dari bilik dan memeluk Seroja Amaya erat " abang lah... Maya mana tahu abang marah kala- "

Nashriq Hamzah ketawa dan mengusap airmata Seroja Amaya

" renjana kekasih ku, pemilik hatiku, jantung hatiku.... abang tak marah lah " pujuk Nashriq Hamzah, bibir Seroja Amaya memuncung tidak percaya.

Nashriq Hamzah yang geram mencubit lembut bibir Seroja Amaya " abang tak marah sumpah... dah tolong panaskan lauk untuk abang boleh? abang lapar ni " Seroja Amaya mendongak dan angguk lalu mencium pipi Nashriq Hamzah.

" Maya minta maaf kalau buat abang marah ke, cemburu ke... " Nashriq Hamzah angguk perlahan dan mengusap kepala sang isteri.

" abang tak marah renjana... dah abang nak mandi dulu nanti abang demam kesian isteri abang nak jaga abang ni " Nashriq Hamzah mencium dahi Seroja Amaya.

Seroja Amaya senyum lebar dan angguk lalu berjalan ke meja makan mahu memanaskan lauk, Nashriq Hamzah masuk ke dalam bilik air semula dan ditutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience