BAB 16

Romance Series 24962

" thanks lah belanja makan " ucap Tengku Irdina Dilaila yang keluar dari restoran selepas makan tengahari.

     Zubayr Ali memandang gadis itu dengan pandangan biasa dan angguk perlahan.

     Nashriq Hamzah masih berada di dalam kerana menunggu Seroja Amaya yang berada dalam tandas.

    Tengku Irdina Dilaila melihat Zubayr Ali dengan senyuman penuh makna tersirat.

    " if you don't mind can I get your number? " berani Tengku Irdina Dilaila meminta nombor telefon lelaki itu terlebih dahulu.

    Seperti ada daya tarikan magnet apabila lelaki itu tidak memberikan pandangan yang sering dia dapat sebelum ini.

   Zubayr Ali diam seketika " emmm how about you give me your number? " tanya Zubayr Ali.

     Tengku Irdina Dilaila angguk tanda setuju " of course " Zubayr Ali mengeluarkan telefon pintar miliknya dari poket seluar dan memberikan kepada Tengku Irdina Dilaila.

     " abang lain kali hati-hati lah... tengok ni, haritu leher abang luka sekarang lengan pula ni, macam mana boleh tak perasan " marah Seroja Amaya.

    Terkejut dia tadi apabila melihat lengan baju panjang Nashriq Hamzah ada kesan darah dilengan.

     Zubayr Ali mengambil kembali telefon pintar miliknya selepas gadis itu selesai memberi nombor telefon.

     " abang bukan sengaja terjatuh dekat tempat kerja tadi... Ali kau sendiri nampakkan aku jatuh tadi " Nashriq Hamzah memandang Zubayr Ali dengan pandangan penuh makna.

    " haah dia jatuh tadi terlanggar batu tadi " tipu Zubayr Ali memandang sahabatnya itu tajam dengan dia sekali kena menipu.

    " Seroja kita gerak lah kejap lagi I ada meeting kan? " Seroja Amaya angguk laju dan memandang suaminya " Seroja pergi dulu tau, abang hati-hati bua- "

    Seorang lelaki entah dari mana memeluk pundak Seroja Amaya tanpa pinta.

     " wah kau ingat isteri aku ni tempat kau bersandar ke? " laju Nashriq Hamzah menolak lelaki itu sedarlah dia itu Thaqid yang berani memeluk bahu Seroja Amaya.

    " lek lah aku nak jumpa Seroja je " Thaqid mencuba lagi hendak memeluk bahu Seroja Amaya laju saja gadis itu berdiri ke belakang Nashriq Hamzah ketakutan.

    Nashriq Hamzah mencengkam kolar bajuThaqid mukanya sudah memerah marah dengan kelakuan lelaki itu.

     " kau nak apa lagi dengan dia? " tanya Nashriq Hamzah garau suaranya memandang dengan pandangan tenang

    " aku nak dia balik dengan aku " Thaqid berani melawan pandangan mata Nashriq Hamzah itu sedikit pun tidak takut.

     " lepas apa kau buat dekat dia, macam tu je kau nak ambil dia balik dari aku? " kalau ikut hati Nashriq Hamzah dia mahu saja dia menumbuk lelaki itu.

    Thaqid menolak tangan Nashriq Hamzah dari terus mencengkam kolarnya dan memandang kearah Seroja Amaya.

" Seroja awak tak rindu dekat Qid ke? " sudah bertukar lembut suaranya apabila berbicara dengan Seroja Amaya.

     Tengku Irdina Dilaila berjalan kearah Seroja Amaya dan menarik gadis itu.

     " what a shame of you Thaqid? tak malu ke jilat ludah you balik ergh Nash pandai-pandai lah you settle dengan jantan tak guna ni " marah Tengku Irdina Dilaila dan membawa Seroja Amaya kearah kereta mereka terparkir.

   Namun langkahnya dihalang oleh Thaqid.

    Zubayr Ali menarik bahu Thaqid yang menghalang dan memandang dengan pandangan biasa.

     " dia tengok sibuk tu, kalau ada hal aku dengan Nash ni boleh kosongkan jadual untuk kau " ujar Zubayr Ali dan mengarah Tengku Irdina Dilaila membawa Seroja Amaya pergi dari tempat itu.

     " Seroja! saya minta maaf " jerit Thaqid mahu mengejar mereka tetapi malangnya Nashriq Hamzah terlebih dahulu menarik lelaki itu menuju ke satu tempat yang sunyi.

     " kau nak apa lagi dari dia? " tanya Nashriq Hamzah menghempas tubuh lelaki itu di dinding, Zubayr Ali hanya mengikuti mereka.

     " Hans jangan lebih-lebih " pesan Zubayr Ali bersandar di dinding " kau yang kenapa tiba-tiba muncul dalam hidup Seroja " Nashriq Hamzah ketawa terasa agak lucu dengan apa yang dikatakan lelaki itu.

     " kau ni serius boleh join stand up comedy lepasni, Seroja Amaya tu bukan milik kau dah tau " keras Nashriq Hamzah bercakap.

" kau kan yang suruh Farah hasut aku tinggalkan Seroja? " tanya Thaqid dia sudah mengetahui perkara itu selepas memaksa Farah memberitahu bagaiman Nashriq Hamzah boleh mengenali dia.

    " tak aku tak suruh, kau yang nak dengar cakap dia " bisik Nashriq Hamzah kepada Thaqid.

FLASHBACK

     Nashriq Hamzah hanya memerhati dari kejauhan Thaqid dan Farah yang sedang makan dengan penuh manja.

    Dia sebenarnya berniat hanya mahu makan saja tetapi terserempak pula dengan kekasih Seroja Amaya.

     " sampai bila kau nak perati diorang tu? " tanya Jibrael Umayr, Nashriq Hamzah hanya mengangkat bahu.

     " lek lah kita guna jalur doa je confirm dapat punya " beritahu Jibrael Umayr yang kasihan melihat Nashriq Hamzah tidak mampu meluahkan rasa cinta dia kepada Seroja Amaya.

    " doa apa Raef, diorang dah nak kahwin bulan depan " putus asa sudah Nashriq Hamzah mahu terus mencintai Seroja Amaya dalam diam.

     " kalau kau tengok perempuan tu, dia sebenarnya suka dekat Bf Seroja aku rasa kalau kau basuh sikit je... sikitttt je " Jibrael Umayr menunjukkan ibu jari dan jari telunjuk yang hampir bersentuh dihadapan muka Nashriq Hamzah.

" confirm tak jadi kahwin punya, tambah lagi si Thaqid tu jenis kaki suka have fun cuma dia ni pandai makan pandai simpan, aku rasa kalau si Seroja tahu perangai sebenar dia confirm tak jadi kahwin " sudah ada kawan yang menghasut Nashriq Hamzah membuat sesuatu.

Nashriq Hamzah diam seketika dan menolak tangan Jibrael Umayr ke tepi lalu memandang Jibrael Umayr.

     " tak berdosa ke? " tanya Nashriq Hamzah membuat Jibrael Umayr rolling eyes dan mengeluh.

    " kau nak ke Seroja kahwin dengan lelaki macam tu? " boleh tahan juga idea Jibrael Umayr sehingga Nashriq Hamzah terhasut.

    " takpe Hans kita buat cara halus je, kau percaya dengan kepakaran aku 100% kau akan berterima kasih dengan aku " bisik Jibrael Umayr sambil mengangkat keningnya berkali-kali kepada Nashriq Hamzah.

    " percaya cakap aku lepas diorang makan ni confirm pergi masuk kedai barang branded " tambah Jibrael Umayr memandang kearah Thaqid dan Farah yang hendak keluar selepas selesai makan.

    " mana kau tahu? " tanya Nashriq Hamzah " ni Raef lah budak IT, pakar IT pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan... " Nashriq Hamzah ketawa lucu bila mendengar Jibrael Umayr menyanyi.

     tiba-tiba Thaqid dan Farah lalu ditepi mereka untuk keluar, mereka berdua hanya mengikut dari belakang itupun Jibrael Umayr yang heret Nashriq Hamzah.

Betul jangkaan Jibrael Umayr mereka berdua masuk ke dalam kedai yang menjual barang berjenama " aku dah cakap dah.... "

      bangga dia apabila tekaan tadi tepat

     " nak buat apa sekarang? " tanya Nashriq Hamzah berdiri di satu ruangan dengan Jibrael Umayr.

     " kau ni slow lah Hans " bengang juga Jibrael Umayr melihat Nashriq Hamzah yang tidak tahu melakukan apa.

     " kau tengok dalam sepuluh saat aku jamin dia mesti keluar kejap nak call Seroja " ujar Jibrael Umayr seperti ahli nujum, Nashriq Hamzah hanya mengangguk.

      " sayang I keluar kejap nak call someone " Thaqid mencium pipi Farah dan keluar dari kedai itu meninggalkan Farah yang sibuk memilih beg berjenama.

    Nashriq Hamzah tercengang sejak bila sahabatnya itu menjadi ahli nujum?

     Jibrael Umayr senyum lebar " masa ni lah kau hasut dia " dia menolak Nashriq Hamzah mendekati Farah terkejut lelaki itu seketika.

     " ehem " Farah menoleh memandang kearah Nashriq Hamzah " yes? " Nashriq Hamzah menelan air liurnya dan senyum.

     " kau couple dengan Thaqid ke? " Jibrael Umayr hanya memerhati mereka berdua.

     " yes I am ada apa ya? " kata Farah bangga dan memeluk tubuh.

    " kau tahu kan Thaqid tu nanti kahwin next month? " riak wajah Farah berubah dia kembali membalikkan badan membelek beg berjenama satu persatu.

  " and I think Thaqid terpaksa kahwin dengan Seroja Amaya, why not kau pujuk dia kahwin dengan kau je sebab aku rasa Thaqid cintakan kau bukan Seroja Amaya " haa sudah dia sendiri tidak tahu mengapa dia berkata begitu habislah dia.

Farah berhenti seketika dan membetulkan rambutnya .

    " you ni siapa eh? " tanya Farah entah datang dari mana lelaki itu tiba-tiba berkata begitu.

     " kawan Seroja " berpeluh dahi Nashriq Hamzah pertama kali dia rasa buat kerja tak berfaedah macam ni.

Farah diam memandang Nashriq Hamzah " you tak kisah kalau Thaqid tetiba tak jadi kahwin dengan kawan you? "

   Nashriq Hamzah diam seakan sedar dengan apa dia lakukan, mengucap panjang terluncur dari bibirnya dan menggeleng perlahan.

    Dia seharusnya redha kalau Seroja Amaya bukan jodohnya kenapa dia harus sampai macam ni hanya untuk seorang gadis?

   Seorang gadis yang dia cintai dalam diam, seorang gadis yang berjaya merebut hatinya dan membuka pintu untuk jatuh cinta, kening Farah terangkat bila melihat Nashriq Hamzah diam kaku.

   " hello? you dengar tak I ca- "

    " aku mungkin akan jadi orang bodoh biarkan dia terluka sekarang tapi aku takkan biarkan Thaqid mainkan hati dia lepasni, because I know she deserves someone better like me " datang pula keberanian dia mengatakan perkara itu kepada Farah. t

   Tak tunggu lama dia berjalan keluar meninggal Jibrael Umayr yang mengejar dia.

     " Hans tunggu lah " Jibrael Umayr akhirnya dapat mengejar langkah Nashriq Hamzah.

   Nashriq Hamzah tidak tahu kenapa dia berkata begitu padahal Seroja Amaya sudah jelas akan berkahwin dengan Thaqid.

    Tapi firasat dia kuat mengatakan bahawa Seroja Amaya akan menjadi milik dia walaupun dia tidak tahu dengan cara macam mana.

   Setiap malam dia bangun tahajud membuang rasa malu memohon Seroja Amaya menjadi miliknya, Seroja Amaya satu-satunya nama yang disebut dalam doanya mahu dijodohkan dengan gadis itu.

   Berharap Seroja Amaya menjadi miliknya siang dan malam.

    " aku tak perlu buat semua ni Raef, kalau Maya memang jodoh aku dia memang takkan pernah jadi milik Thaqid "

     Jibrael Umayr terhenti mendengar ayat itu dan ketawa kecil.

     " eleh tapi kau terdetik nak buat kan jugak hasut Farah " Jibrael Umayr melagakan bahunya dengan Nashriq Hamzah.

    " haah sebab entah syaitan dari mana hasut aku tadi " perli Nashriq Hamzah memandang Jibrael Umayr dari ekor mata.

     " heheheh sorry lah kawan kau ni bukan baik sangat " tidak pula lelaki itu menafikan bila Nashriq Hamzah menggelar dia 'syaitan'

   Betul lah kita ni bukan manusia yang sempurna kadang-kadang kena terima yang kita ni boleh berubah jadi syaitan.

ENDFLASHBACK

    " aku tak kisah kau nak cakap apa, Seroja Amaya dah jadi milik aku Thaqid bukan sekadar atas kertas tapi hak aku sampai akhir... "

     " kau kena ingat, aku takkan pernah lepas kan dia " tegas Nashriq Hamzah bercakap, kisah apa dia kena bahan dengan Zubayr Ali nanti.

     Zubayr Ali senyum melihat Nashriq Hamzah yang serius mengatakan hal tersebut lalu menarik bahu sahabatnya hendak membawa lelaki itu pergi.

      " kau jangan fikir Seroja tu masih suci lagi " Nashriq Hamzah berhenti mengepal penumbuknya, Zubayr Ali angkat tangan dari memeluk bahu sahabatnya.

     Thaqid itu sudah melampaui batas.

     Zubayr Ali memasukkan kedua tangannya ke dalam poket melihat Nashriq Hamzah mendekati Thaqid

      " jangan sampai mati budak tu Hans " nasihat Zubayr Ali tanpa bagi salam Nashriq Hamzah menumbuk begitu kuat wajah Thaqid sehingga pecah bibir lelaki itu.

   " kau nak burukkan Maya untuk apa? aku tinggalkan dia? bodoh lah kau ni Thaqid " suami mana saja suka bila isterinya diburukkan tanpa ada bukti kukuh?

    Thaqid mengelap darah yang keluar ditepi bibirnya " baik buruk dia biar tuhan je yang tahu, kau takde hak nak cakap dia macam tu, memang patut pun kau tak jadi kahwin dengan Seroja Amaya sebab kau memang tak layak berganding sebelah dia " sakit hatinya tidak mampu dia luahkan sekarang.

    Dia masih sedar dan waras bila-bila masa saja lelaki didepannya boleh mati ditangan dia.

      " habis kau fikir kau layak berganding dengan dia? " sinis pertanyaan itu membuat Nashriq Hamzah diam dan termenung.

     " aku layak sebab aku tahu aku boleh bagi dia apa yang kau tak boleh bagi "

     Thaqid ketawa mendengar " kau kena ingat satu benda.. " dia berjeda seketika dan senyum sinis.

     "sebelum muncul kau hati Seroja hanay ada nama aku " Nashriq Hamzah senyum dan menggeleng.

     " hati Maya ada nama kau, tapi Maya dah jadi milik aku kau nak buat apa? " agak sinis kedengaran di telinga Thaqid.

    Thaqid diam mengepal penummbuknya " there is nothing you can do Thaqid... " bisik Nashriq Hamzah dengan senyuman.

    Nashriq Hamzah menumbuk perut Thaqid berkali-kali kalau dia tidak waras sudah pasti itu kali terakhir Thaqid bernafas.

     " nothing... " seusai berkata begitu Nashriq Hamzah berjalan mendekati Zubayr Ali dan menepuk pundaknya menandakan dia suda selesai.

" good job Hans " puji Zubayr Ali mereka berdua meninggalkan Thaqid yang mengamuk menumbuk dinding sambil memaki Nashriq Hamzah.

   Nashriq Hamzah hanya senyum kelat " Thaqid takkan sakiti Maya kan Ali?  " tanya Nashriq Hamzah ketika mereka berdua sudah masuk ke dalam kereta.

   Zubayr Ali diam seketika " dia sakiti atau tidak " berjeda sekejap melihat Nashriq Hamzah yang seperti gundah.

   " aku tahu kau akan protect Seroja macam mana kau jaga arwah Naima... macam mana kau jaga nyawa kau... "

   " orang bodoh je nak kacau Seroja " tambah Zubayr Ali membuat Nashriq Hamzah ketawa kecil.

    Sahabatnya itu kalau berdua dengan dia banyak berkata berbanding kalau berkumpul dengan sahabat-sahabat yang lain.

   Zubayr Ali dari kecil sudah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya dan tinggal di rumah anak yatim piatu sehingga lah dia sudah dewasa pandai mencari haluannya sendiri dan berjaya.

      Zubayr Ali banyak berdiam bukan bermaksud tidak mengambil kisah dengan sahabat-sahabatnya.

   Tetapi bagi Zubayr Ali selagi sahabatnya tidak meluah dia akan diam dan akan menunggu sahabatnya sendiri meluah dekat dia.

     Zubayr Ali tidak menunjukkan kasih sayangnya melalui perkataan tetapi melalui tindakan.

   Mengenal Zubayr Ali dizaman remajanya tidak pernah disesali oleh Nashriq Hamzah walaupun pertemuan mereka agak memalukan bagi Nashriq Hamzah.

FLASHBACK

   Nashriq Hamzah mengeluh lega bila baru habis membuang dan mencuba hidupkan pili air tetapi langsung tiada setitis air pun keluar, perasaan tidak sedap hati sudah menyelubungi dia.

   " jangan cakap takde air " gumam Nashriq Hamzah sudah berpeluh akibat panasnya dalam tandas sekolah itu, Nashriq Hamzah baru saja masuk tingkatan 1.

   Tangan naik menggaru tengkuknya dan memandang sekeliling.

      " nak bersihkan macam mana ni? takkan nak tayamum? " gumam Nashriq Hamzah masih mencangkung, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi kaki yang masuk ke dalam tandas.

   Nashriq Hamzah membuang rasa malu mahu atau tidak dia kena minta bantuan dari orang, takkan dia mahu betapa dalam tandas " ada orang dekat luar tak? " jerit Nashriq Hamzah sedikit.

   Zubayr Ali yang baru hendak membasuh muka terhenti dan memandang kearah tandas tertutup.

      " kau dah kenapa bercakap dalam jamban ingat bagus ke? " tegur Zubayr Ali menggeleng perlahan, Nashriq Hamzah mencebik.

   Zubayr Ali berkerut dahi dan mengeluh bila air tidak keluar, itu lah masalah sekolah sekarang macam masalah air tak habis-habis semenjak dia bersekolah di sini.

     " air takde ni aku nak minta tolong belikan air boleh benda dah terlanjur membuang " tidak malu sudah Nashriq Hamzah yang penting dia mahu keluar dari tandas.

   " kau pun satu membuang tak check air dulu, pandai-pandai lah kau hidup " marah Zubayr Ali tidak mahu menyusahkan dirinya dan berjalan keluar dari bilik air.

   Ternganga mulut Nashriq Hamzah tetapi dengan pantas dia menutup mulutnya bila sedar dia berada dalam bilik air.

   Sekali lagi Nashriq Hamzah menggaru tengkuk berfikir macam mana mahu membersihkan kotorannya.

   Mahu menangis pun ada tapi dia ingat pesan Naima Hijannah lelaki tak boleh kuat menangis kalau mahu menjadi pemimpin yang baik.

    Keluhan dilepas melihat lantai tandas yang kering, pintu yang dipasang tinggi memberi ruang kecil membolehkan Nashriq Hamzah melihat sama ada orang lalu atau tidak.

   Nashriq Hamzah menongkat dagu sambil kepala ligat mencari jalan penyelesaian mana lagi dia sudah terlambat masuk ke dalam kelas.

   Dahi Nashriq Hamzah berkerut bila melihat ada sepasang kasut berdiri tepat dihadapan lalu mencangkung " siapa tu? " tanya Nashriq Hamzah.

   Tiada balasan malahan sebotol air mineral besar di tolak masuk ke dalam melalui celah pintu dibawah.

    " air dekat sekolah ni takde basuh guna air tu " ujar Zubayr Ali yang tidak sampai hati membiarkan Nashriq Hamzah dalam tandas.

   Nashriq Hamzah tanpa banyak songeh mengambil botol mineral besar itu dengan senyum teruja, belum sempat dia ingin membasuh ada tangan yang menghulurkan tisu yang dalam pek kecil

     " jimat-jimat air tu, pakai tisu lap bontot "

   Nashriq Hamzah sudah menahan malu perlahan mengambil tisu itu dan menyelesaikan hal tertangguh tadi.

     Zubayr Ali bangun dan menunggu Nashriq Hamzah keluar dari tandas risau kalau dia pergi sekarang nanti Nashriq Hamzah perlu bantuan.

   Selesai saja Nashriq Hamzah terus keluar dan terkejut melihat lelaki yang membantu dia berdiri.

     " terima kasih tolong heheheh " dengan senyum kambing Nashriq Hamzah ucapkan, Zubayr Ali memandang Nashriq Hamzah dari atas ke bawah.

   " sama-sama, tu sampah buang dekat tong sampah jangan jadi monyet pula buang merata " tegur Zubayr Ali berjalan keluar dari tandas.

     Nashriq Hamzah mengejar langkah Zubayr Ali dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan luar tandas.

   " kau nama apa? " tanya Nashriq Hamzah yang sudah berjalan seiring dengan Zubayr Ali " Zubayr Ali " balas Zubayr Ali dengan muka tenang tidak memandang Nashriq Hamzah.

   Nashriq Hamzah berdiri dihadapan Zubayr Ali dengan senyum lebar lalu menghulur tangan kanannya.

   " aku Nashriq Hamzah "

   Zubayr Ali memandang tangan Nashriq Hamzah lama.

     " aku budak sebelah kelas kau je " tambah Nashriq Hamzah, dia selalu juga melihat Zubayr Ali tetapi sering bersendirian dan kesian mungkin lelaki itu tidak pandai bergaul jadi dia mahu menawarkan diri untuk berkawan dengan Zubayr Ali.

   Zubayr Ali memandang Nashriq Hamzah " apa benda ni keluar dari jamban terus salam orang "

    tergamam Nashriq Hamzah bila mendengar mahu marah ada, bukan main baik dia mahu berkenalan tetapi Zubayr Ali berkata begitu.

   Perlahan Nashriq Hamzah menarik tangannya semula tetapi tangan Zubayr Ali sudah menyambut salam Nashriq Hamzah dengan senyuman tipis

      " panggil aku Ali " terbit senyuman di bibir Nashriq Hamzah  bila Zubayr Ali menyambut salamnya.

ENDFLASHBACK

   Mereka berdua keluar dari kereta setelah sampai di ibu pejabat masih ada tugas yang harus mereka selesaikan.

      " Hans " panggil Zubayr Ali membuat langkah Nashriq Hamzah terhenti dan memandang kearah sahabatnya itu.

   " nanti kalau kau free bawa lah Seroja jumpa Husna " Nashriq Hamzah mengangkat keningnya dan tersenyum kecil.

    Husnatul Adawiya kanak-kanak berusia 7 tahun yang sudah dijaga dari lahir sehingga lah sekarang oleh Zubayr Ali.

   Husnatul Adawiya yang malang ditinggalkan oleh sang ibu sejak kecil lagi.

     Zubayr Ali tidak tega mahu menghantar Husnatul Adawiya ketika kecil ke rumah anak yatim piatu kerana dia tahu betapa periynya membesar tanpa ada seorang sosok orang tua di samping.

   Akhirnya Zubayr Ali yang menjaga Husnatul Adawiya dan kadang dibantu oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

   " insya-Allah kalau ada rezeki aku bawa Maya jumpa Husna " balas Nashriq Hamzah memeluk bahu Zubayr Ali erat.

      " sayang aku tak Ali? " sengaja dia mahu bertanya bermain dengan Zubayr Ali.

   Zubayr Ali berdecit " pergi tanya Seroja jangan tanya aku " Zubayr Ali menolak tangan Nashriq Hamzah yang memeluk bahunya dan berjalan meninggalkan Nashriq Hamzah.

   Nashriq Hamzah tidak terasa malah ketawa kecil, jarang bibir lelaki itu mahu mengungkap kata sayang kalau ada pun mungkin dengan Husnatul Adawiya saja.

 
  

- aku cuma manusia kerdil yang mengagumi kau dari jauh, manusia kerdil yang selalu berkhayal memiliki hatimu yang sudah digenggam oleh orang lain - N.H

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience