BAB 10

Romance Series 24962

Nashriq Hamzah menggoyangkan kedua bahunya sambil memasukkan pakaian kotor miliknya ke dalam mesin basuh " seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci... " Nashriq Hamzah menyanyi kecil tanpa sedar Seroja Amaya memerhati dia dari belakang.

   Seroja Amaya yang membawa pakaian kotor miliknya terhenti mendengar suaminya itu menyanyi dengan penuh perasaan.

    " duduk berdua di bangku bambu merenda cinta aku bahagia.... " Seroja Amaya ketawa sambil menutup mulutnya.

   " syok sendiri dia ni eh " gumam Seroja Amaya sambil mendekati suaminya itu perlahan tidak mahu mengganggu Nashriq Hamzah yang sibuk menyanyi, Seroja Amaya meletakkan pakaiannya perlahan ke dalam bakul.

   " senggol-senggolan cubit-cubitan aku menyanyi...  " Nashriq Hamzah yang memegang botol sabun mengacukan ke bibir Seroja Amaya, terkejut gadis itu " sambung lah... " Seroja Amaya mengeluh dan ketawa kecil.

   " kau petik gitar... senandungkan cinta.. " Seroja Amaya melayan saja suaminya itu.

   Tak tahu pula dia Nashriq Hamzah sedar kehadirannya, Nashriq Hamzah mengacukan botol sabun tersebut ke bibirnya semula

   " Seroja berseri.. abang menari asmara kita semakin? "

   Nashriq Hamzah menghalakan botol sabun tersebut ke bibir Seroja Amaya " bersemi.... " Nashriq Hamzah ketawa kecil.

   " semoga abadi...semoga abadi... semoga abadi.. " mereka berdua bernyanyi bersama dan ketawa " eee kantoi abang suka dangdut " usik Seroja Amaya sambil menolak sikit bahu Nashriq Hamzah.

   Lelaki itu ketawa kecil dan memasukkan sabun ke tempat sepatutnya lalu memasukkan pakaian Seroja Amaya sekali.

   " mana ada kantoi, abang saja je.... yang Maya tu perhati abang dari belakang kenapa? tergoda tengok abang berjoget ke? " Seroja buat muka geli dan mencucuk pinggang suaminya.

   " Maya tolong kemas bilik abang tau, tadi Maya tengok macam bersepah je " Nashriq Hamzah yang mendengar terus menahan Seroja Amaya.

   " eh! takpe Maya abang boleh kemas sendiri  " Seroja Amaya berkerut dahi melihat suaminya yang gelabah

    " abang ni kenapa? Maya tolong kemas bilik pun tak boleh ke? " Nashriq Hamzah senyum lebar dan mengusap kepala Seroja Amaya.

   " Maya kerja rumah ni biar abang je uruskan, abang cuma nak Maya layan abang je.. " Nashriq Hamzah mengelap peluh di dahinya mengharapkan isterinya itu mendengar cakapnya " tapi tugas isteri kan kena buat se- "

   Nashriq Hamzah meletakkan jari telunjuk di bibir Seroja Amaya dan menggeleng.

    " tch tch tch... abang tak nak isteri abang buat macam tu, abang kahwin dengan renjana sebab abang nak Maya ada dekat sisi abang sepanjang hidup abang " tulus lelaki itu berkata.

   " yeke? bukan abang kahwin dengan Maya sebab kesian dekat Maya ke sebab...  " Nashriq Hamzah menutup mulut isterinya itu.

    " eeee banyak mulut ya kamu ni, dengar cakap abang okey? biar abang je buat semua kerja rumah ni selagi abang mampu " Nashriq Hamzah mengucup dahi isterinya lembut.

   Seroja Amaya memuncungkan mulutnya dan angguk " tapi biarlah Maya masak lunch harini boleh kan? abang tak pernah lagi rasa masakan Maya " memang betul sepanjang mereka hidup bersama tak pernah lagi lelaki itu rasa masakan dia.

   Nashriq Hamzah angguk dan senyum " okey kalau macam tu renjana pergi masak... abang sambung cuci kain alah lagipun ni mesin automatic " ujar Nashriq Hamzah sambil menepuk mesin basuh berkali-kali, Seroja mencebik dan memeluk tubuh.

   " so abang nak makan apa? " Seroja Amaya menarik nafas yang panjang.

   " Roti kosong ada, roti telor ada, roti cane, roti bantal, mi goreng, nasi goreng, nasi goreng telor, nasi lemak ada, nasi kuning ada, petai ada " Nashriq Hamzah ketawa melihat isterinya itu mencari nafas setelah membaca menu uncle muthu.

   Seroja Amaya " semua pun ada " sambung gadis itu dengan loghat uncle Muthu " semua ada eh? kalau macam tu abang nak nasi " Seroja Amaya mengerut dahi " yelah nasi kena ada, lauk nak apa? "

   " hmm abang nasilamanya (nak selamanya) bersama Maya  " Seroja Amaya menayangkan muka tak faham dengan apa dikatakan oleh suaminya tambah lagi loghat uncle Muthu.

    " abang merepek apa ni? abang telan pil kuda ke? " Nashriq Hamzah tercengang apabila isterinya itu tahu pil kuda.

   " amboi tahu pulak dia pil kuda ya? " Seroja Amaya senyum bangga " mestilah tahu abang ingat Maya ni skema sangat ke macam abang? " Nashriq Hamzah mencubit kedua pipi isterinya makin geram dia dengan kecomelan Seroja Amaya.

   Seketika Seroja Amaya sudah lupa berkenaan dengan pickupline tak jadi suaminya " Maya pergi dapur dulu lah nak tengok lauk apa yang ada " Seroja Amaya berjalan ke dapur meninggalkan suamina, Nashriq Hamzah mengelu lega.

   " sikit lagi dia nampak seragam aku, kena simpan dekat pejabat terus ni " nasib baik Seroja Amaya seorang yang jenis cepat lupa kalau dia menukar topik perbualan, Nashriq Hamzah tanpa tunggu lama menyelesaikan tugas lalu ke bilik.

  

   THAQID merempuh masuk setelah Farah membuka pintu rumah " you kenapa ni? nak ajak I jalan ke tunggu kejap I siap " Thaqid menarik kasar tangan Farah " you kenal ke siapa suami Seroja? " Farah memaparkan muka tak faham.

   " kenapa you ni? bukan you sendiri ke lari dekat I time hari pernikahan you? " tanya Farah sambil menepis kuat tangan Thaqid yang mencengkam hebat tangannya.

   " you plan dengan lelaki tu kan? you hasut I supaya I tak kahwin dengan Seroja! " tengking Thaqid.

   Farah ketawa sinis " you ni meroyan ke tak dapat kahwin dengan Seroja? I langsung tak faham you tengah cakap apa sekarang ni " Farah menjeling lelaki itu tajam.

     Thaqid mendengus kasar dan meraup rambutnya ke belakang kasar.

   Farah yang melihat mendekati lelaki itu dan mengusap lembut dada Thaqid.

    " you jangan lah stres macam ni... I'm here for you if you need... " kata Farah manja menggoda lelaki itu, Thaqid yang iman senipis bawang melupakan hal berkenaan tadi.

   Pada mulanya dia mahu berjumpa perempuan itu mahu bertanya bagaimana Nashriq Hamzah mengenali dia padahal dia tidak pernah melihat Farah dengan lelaki itu, tetapi apa boleh buat Thaqid termakan dengan godaan Farah yang pandai melayan dirinya.

   Nashriq Hamzah melihat lauk ayam masak kicap dan sayur campur yang dimasak oleh isterinya telah siap dihidang atas meja makan.

    " abang tunggu apa lagi rasa lah " pelawa Seroja Amaya yang menyenduk nasi ke dalam pinggan, teruja dia mahu suaminya rasa masakannya.

   Nashriq Hamzah pun begitu mereka membaca doa makan, Nashriq Hamzah mencampur aduk nasinya lalu disumbat masuk ke dalam mulut, Seroja Amaya melihat dengan penuh sabar dia mahu lelaki itu memberi komen.

   Nashriq Hamzah mengunyah sambil memandang isterinya lama dan senyum manis.

    " masyaallah sedapnya, boleh tak kalau abang habiskan lauk ni? " Seroja Amaya bertepuk tangan gembira " Maya dah cakap! Maya pandai masak " Seroja Amaya yang hendak mencedok ayam masak kicap ditahan oleh Nashriq Hamzah.

   " no.. abang nak habiskan sendiri serius sedap, Maya makan sayur jelah boleh? sayur baik untuk badan " Seroja Amaya senyum bangga dan mendekati wajahnya kepada Nashriq Hamzah

   " sedap sangat ke sampai tak nak kongsi dengan isteri abang? " tanya Seroja Amaya, Nashriq Hamzah angguk.

   " kalau abang boleh habiskan Maya tak kisah " Nashriq Hamzah senyum " mesti lah boleh masakan Maya kan sedap " ujar Nashriq Hamzah sambil mencedokkan sayur campur ke pinggan isterinya

     " actually ni first time Maya masak ayam masak kicap tak tahu pulak sedap sangat " jujur Seroja Amaya sambil menggaul nasi dan sayur campur.

   " pandai pemilik hati Nashriq Hamzah ni masak kan? dah sambung makan tak baik tau sembang time makan " Nashriq Hamzah mengusap kepala isterinya sampai berhambur sedikit rambut Seroja Amaya dan kembali makan.

   Seroja Amaya suka melihat Nashriq Hamzah makan dengan penuh berselera sampai habis lauk ayam masak kicap yang dia masak.

    " alhamdulillah terima kasih masakkan abang " ucap Nashriq Hamzah mengemas pinggan kotor.

   " abang biar lah Maya basuh pinggan " ujar Seroja Amaya mencuba menahan suaminya itu tetapi Nashriq Hamzah tetap berdegil.

    " biar abang buat, Maya malam ni kita jalan-jalan nak? abang free harini " ajak Nashriq Hamzah tangannya laju membasuh pinggan dengan bersih.

   Seroja Amaya berdiri di samping Nashriq Hamzah " abang nak bawa Maya pergi mana? " tanya Seroja Amaya.

   " Maya nak naik motor tak? " tanya Nashriq Hamzah, sambil memberikan kain lap yang terletak di tepi singki, Seroja Amaya yang faham mengambil lalu mengelap meja makan " tak nak lah Maya tak pernah naik motor nanti jatuh pulak " tolak Seroja Amaya.

   " there is nothing to be scare renjana... abang kan ada untuk lindung Maya " Seroja Amaya senyum malu memandang belakang suaminya itu.

    " Maya tak pernah pun cakap terima kasih dekat abang... seba- "

   " Seroja Amaya.. I don't want you to remember about something that already happened okey? sekarang ni Maya kena pandang ke depan " potong Nashriq Hamzah yang sudah selesai membasuh pinggan berbalik badan memandang Seroja Amaya.

   " abang tak nak Maya terikat dengan masa lalu, just forget about him... he will never know how to appreciate someone like you " tambah Nashriq Hamzah sambil bersandar dan berpeluk tubuh, Seroja Amaya hanya menunduk sambil tangannya masih mengelap meja makan walaupun sudah bersih.

   " I know you still need a lot of time maybe 1 year or maybe more.... " Nashriq Hamzah berjalan mendekati Seroja Amaya dan memegang hujung meja lalu menunduk memandang Seroja Amaya.

   " lupakan seseorang yang kita sayang sangat tu tak semudah kita bayangkan Maya " Nashriq Hamzah mengusap bahu isterinya itu.

   " sebab abang perlukan waktu yang lama untuk cuba cari diri abang balik lepas arwah kak Naima tinggalkan abang dulu... " Seroja Amaya mendongak memandang Nashriq Hamzah yang senyum kelat.

   " abang akan tunggu renjana, abang janji abang takkan berpaling walau apa pun jadi " mata Nashriq Hamzah meliar diwajah Seroja Amaya perlahan tangannya mengusap pipi Seroja Amaya lembut.

    " masa abang pegang tangan tok kadi tu, abang sumpah hanya Seroja Amaya kekal dihati abang "

   Seroja Amaya terbuai dengan usapan lembut Nashriq Hamzah " sampai bila nak lap meja tu? " Seroja Amaya tersentak dan tangannya berhenti daripada terus mengelap meja, rupanya dia tak sedar yang dia dari tadi mengelap meja.

   Nashriq Hamzah ketawa kecil bila melihat pipi Seroja Amaya merah kerana malu

    " sedap isteri abang masak, lain kali masak lagi tau " Seroja Amaya yang malu tadi senyum lebar dan memandang Nashriq Hamzah.

    " boleh! " jawab Seroja Amaya seperti budak kecil yang teruja, Nashriq Hamzah ketawa kecil dan mencium dahi isterinya lembut

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience