Nashriq Hamzah memimpin tangan isterinya semasa mereka keluar dari lift menuju kearah tempat letak kereta yang tersedia di apartment tersebut, mereka baru saja selesai solat isyak bersama.
" seronok dia nak merempit malam ni " kata Nashriq Hamzah yang melompat sambil berjalan tidak sabar.
Seroja Amaya hanya senyum kambing dia terpegun tadi apabila melihat Nashriq Hamzah memakai jeans berwarna hitam lalu dipadankan dengan tshirt berwarna putih dimasukkan dalam seluar tidak lupa juga Nashriq Hamzah memakai jaket kulit berwarna hitam daripada jenama Saint Laurent.
Seroja Amaya pula memakai slim fit trouser berwarna coklat lembut dipadankan dengan kemeja satin berwarna putih, Shawl pula dipilih senada dengan seluarnya.
" abang kita nak pergi mana je ni? " tanya Seroja Amaya dan berhenti apabila Nashriq Hamzah yang tiba-tiba berhenti.
" pergi mana-mana pun boleh, abang cuma teringin nak merempit dengan Maya malam-malam " ujar Nashriq Hamzah dan menunjuk kearah superbike berwarna biru gelap miliknya
Tergamam Seroja Amaya melihat dia sangka mereka naik motor kapcai je patut lah beria suruh siap lawa-lawa.
" a- abang kita nak naik motor ni ke? " tanya Seroja Amaya memandang suaminya dengan mata tidak berkelip, Nashriq Hamzah angguk laju " haah lah nak naik motor apa lagi dah ni je abang mampu beli " tercengang Seroja Amaya mendengar.
' kepala hotak dia senang-senang je cakap ni je abang mampu beli '
Seroja Amaya mengutuk dalam hati " haaa tunggu apa lagi jom " Nashriq Hamzah pula teruja mahu membawa isterinya itu, dia menarik Seroja Amaya mendekati motor besar miliknya dan menghidupkan enjin.
Terkejut Seroja Amaya mendengar bunyi motor tersebut, biasalah bunyi motor orang kaya memang ganas " M- Maya takut lah nak naik " jujur dia takut nak naik motor besar.
Nashriq Hamzah memakai helmet kepada Seroja Amaya yang hanya menampakkan mata gadis tersebut.
" abang ada jangan takut, renjana tetap akan selamat kalau dekat dengan abang " ujar Nashriq Hamzah dan menutup visor.
Nashriq Hamzah mengambil helmet miliknya yang berada ditangan Seroja Amaya lalu dipakai.
" dah jangan takut baca doa naik kenderaan kalau takut sangat " usik Nashriq Hamzah sambil menghulurkan tangan.
Seroja Amaya perlahan menyambut huluran tangan Nashriq Hamzah, lelaki itu membantu dia naik keatas motor besar tersebut terlebih dahulu baru dia naik.
" abang jangan bawa laju sangat " Tubuh badan Seroja Amaya menggeletar dia mana pernah naik motor sepanjang hidup dia.
Nashriq Hamzah toleh belakang dapat Seroja Amaya melihat mata Nashriq Hamzah yang berkerut tanda dia senyum sebelum lelaki itu menurunkan visor miliknya.
" jangan takut renjana, abang ada kan " sekali lagi dia berkata begitu dan menarik tangan Seroja Amaya memeluk pinggangnya.
Seroja Amaya memeluk erat tubuh Nashriq Hamzah, lelaki itu hanya ketawa apabila dapat merasakan betapa ketatnya pelukan isterinya itu.
" peluk kuat lagi renjana abang suka " usik Nashriq Hamzah dan mula membawa motor besar tersebut dengan kelajuan tinggi.
Nashriq Hamzah ketawa besar apabila suara jeritan Seroja Amaya lebih kuat berbanding bunyi angin yang menampar mereka.
Seroja Amaya memejamkan matanya kuat tak berani buka dia dapat rasa angin yang kuat menyentuh tubuhnya.
Namun lama kelamaan Seroja Amaya sudah mulai selesa dan perlahan dia membuka matanya.
Seroja Amaya memandang belakang tubuh suaminya itu dan tersenyum kecil, dia tersentak apabila tangan kanan lelaki itu mengusap perlahan tangannya mencuba untuk menenangkan isterinya.
Seroja Amaya menampar peha suaminya itu mahu memberitahu agar lelaki itu tidak lupa fokus menunggang risau terjadi apa-apa,l.
Nashriq Hamzah ketawa kecil faham dengan tindakan isterinya itu, tidak lama mereka tiba ke destinasi yang mahu dipergi oleh lelaki itu.
Nashriq Hamzah mematikan enjin, Seroja Amaya melepaskan pelukannya dan memandang sekeliling, Nashriq Hamzah turun dari motor lalu mengangkat tubuh Seroja Amaya
" abang! " terkejut dia apabila suaminya mengangkat dia seperti bayi satu tahun.
Nashriq Hamzah ketawa dan menurunkan Seroja Amaya, orang sekeliling hanya melihat ada yang ketawa ada juga mengumpat, Seroja Amaya hentak kaki dan memeluk tubuhnya.
" alah renjana.... maaf lah Maya tu comel sangat dengan helmet besar macam tu lagi " Nashriq Hamzah membuka helmetnya dan membetulkan rambut yang sedikit kusut.
Beberapa anak dara termasuk bini orang tergamam melihat ketampanan Nashriq Hamzah.
" renjana jangan merajuk... abang minta maaf ya? " pujuk Nashriq Hamzah dari belakang memunculkan wajahnya lalu menaikkan visor milik Seroja Amaya.
Nashriq Hamzah dapat melihat kerutan Seroja Amaya " jangan marah abang lama-lama abang tak kuat renjana " ujar Nashriq Hamzah dengan senyum tak pernah putus dari lelaki itu, Seroja Amaya mencebik.
" kita buat apa kat tasik titiwangsa malam-malam ni? " tanya Seroja Amaya memandang sekeliling.
Nashriq Hamzah senyum dan menarik tangan isterinya untuk memegang helmet miliknya lalu melepaskan helmet Seroja Amaya.
" lepak lah nak buat apa lagi? " Nashriq Hamzah memegang tangan isterinya dan berjalan.
" Maya siap lawa-lawa abang bawa pergi sini je? " dia fikir Nashriq Hamzah akan membawa dia ke tempat mewah sebab tu lah dia pakai baju macam tu.
" renjana pakai apa-apa pun tetap lawa di mata abang " Nashriq Hamzah tidak sabar mahu memberi kejutan kepada isterinya.
" Ok dah sampai! " Seroja Amaya yang membebel dari tadi tidak di layan rupanya oleh Nashriq Hamzah, Seroja Amaya mencebik dan memandang hadapan tergamam dia melihat ada kain putih yang terbentang atas rumput berhadapan dengan tasik.
Terdapat lampu-lampu kecil yang menerangi tempat tersebut " abang gila ya bawa renjana picnic malam macam ni? " dia rasa suami express dia gila, orang selalu picnic masa siang atau petang je, jarang orang picnic waktu malam macam ni.
" alah biar lah " Nashriq Hamzah menarik Seroja Amaya duduk diatas rumput yang dilapit kain.
Nasib baik Jibrael Umayr tu pandai menghias kalau tak memang dia kerjakan lelaki itu " merepek lah abang ni! tak pernah di buat orang picnic malam macam ni " marah Seroja Amaya yang duduk disamping Nashriq Hamzah.
" kalau takde orang buat maknanya kita lah rasmi ni? ok apa " Nashriq Hamzah menongkat dagunya dan melihat wajah isterinya yang cemberut.
" suka hati abang lah " mata Seroja Amaya tertuju kearah kotak pizza yang berada diatas meja kecil samping Nashriq Hamzah.
Seroja Amaya senyum lebar dan laju mengambil kotak pizza tersebut, Nashriq Hamzah terundur ke belakang,
" alahai dah agak dia ni suka makan benda macam ni " Nashriq Hamzah merampas kotak pizza tersebut lalu dibuka, masih panas.
Jibrael Umayr dari jauh menarik nafas lega " nasib baik kau cepat kalau tak memang aku yang kena terajang " Jibrael Umayr memegang bahu Fayez Affan, mereka berdua yang disuruh oleh Nashriq Hamzah untuk menghias, mereka hampir lupa mahu membelikan makanan.
Kebetulan selepas Fayez Affan meletakkan makanan tersebut dia nampak kelibat pasangan tersebut terus berlari dia .
" lapar lah Raef makan jom aku ada beli extra tadi " ajak Fayez Affan menarik lelaki itu kearah keretanya.
Nashriq Hamzah membersihkan tepi bibir Seroja Amaya yang comot " abang bayar siapa buat semua ni? " tanya Seroja Amaya, Nashriq Hamzah diam dan menjilat ibu jarinya.
" hmm ada lah mana boleh bagitau, sorry lah abang tak pandai nak romantik " jujur Nashriq Hamzah melihat Seroja Amaya.
Seroja Amaya hanya senyum dan sambung makan, Nashriq Hamzah mengambil tin coca cola yang berada diatas meja lalu membuka " abang ni sweet tapi pelik " jujur Seroja Amaya dan menyuap pizza ke dalam mulut Nashriq Hamzah.
Nashriq Hamzah menyua tin coca cola itu ke mulut Seroja Amaya lalu diteguk oleh gadis itu " abang tak pernah date lah renjana sebab tu lah taktau nak ajak date kat mana " Seroja Amaya tercengang memandang Nashriq Hamzah lalu dipandang atas bawah.
" seriously? " tanya Seroja Amaya mustahil lelaki macam Nashriq Hamzah tak pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan, Nashriq Hamzah angguk dan senyum.
Dia meneguk cola tersebut lalu diletak semula atas meja " abang nak tipu buat apa renjana? kalau tak percaya boleh tanya Sa'id kitaorang satu sekolah tau masa menengah " dia memang tidak pernah mempunyai hubungan.
Tapi dia tak tipu ramai gadis tak henti meluah perasaan kepadanya tetapi dia tolak dengan lembut.
Bagi dia, Naima Hijannah adalah keutamaannya ketika itu semasa kakaknya masih hidup.
" tak pecaya lah " Seroja Amaya tidak percaya lagi " ya allah Maya betul lah abang tipu dapat apa? " Seroja Amaya mencebik masih tidak mahu percaya.
Nashriq Hamzah hanya senyum dan memandang depan " Maya abang dulu selalu keluar malam " Seroja Amaya menepuk peha suaminya berkali-kali apabila lelaki itu memandang kepadanya dia langsung menunjuk kearah bibirnya yang comot.
Dia suka apabila dimanjakan begitu, Nashriq Hamzah membersihkan tepi bibir isterinya.
" abang keluar malam dapat apa je? " tanya Seroja Amaya dia tertarik mahu mengetahui lelaki itu " malam best lah tak panas " Nashriq Hamzah menjilat lagi ibu jarinya selepas membersihkan tepi bibir Seroja Amaya.
Seroja Amaya menahan senyum melihat kelakuan Nashriq Hamzah " kalau macam tu Maya teman abang lah kalau nak jalan malam lagi " Nashriq Hamzah mengangkat kening
" Maya tak takut ke jalan malam? " Seroja Amaya mengetepikan kotak pizza dan duduk rapat dengan Nashriq Hamzah.
Seroja Amaya memeluk lengan Nashriq Hamzah dan memandang langit " abang cakap Maya tak perlu takut kan sebab Maya ada abang " Nashriq Hamzah mencuit hidung Seroja Amaya.
Nashriq Hamzah hanya diam mendengar Seroja Amaya yang tak berhenti bercerita siap dengan ekpresi dan gaya yang penuh semangat bercerita, sesekali Nashriq Hamzah mencium dahi isterinya itu dia suka melihat riasan nipis yang dipakai oleh Seroja Amaya.
" abang suka perempuan macam mana? " soalan yang tiba-tiba itu membuat Nashriq Hamzah mengangkat keningnya.
" hmmm abang suka anak perempuan Syaziq je " Seroja Amaya mencubit perut suaminya itu " eeeee! abang ni orang serius " Nashriq Hamzah bukan kesakitan malah ketawa.
Nashriq Hamzah mengeluarkan IPhone 12 miliknya " nak gambar isteri abang ni " Seroja Amaya tak tunggu lama bergaya di hadapan Nashriq Hamzah, Nashriq Hamzah ketawa tahu lah dia Seroja Amaya senang terganggu.
" renjana pandang sana " arah Nashriq Hamzah isterinya hanya menurut.
Cahaya terpancar menandakan Nashriq Hamzah sudah menangkap gambar Seroja Amaya.
" masyaallah cantik nya " Seroja Amaya merapat sehingga pipi mereka berdua berlaga, Nashriq Hamzah tersentak seketika dan tersenyum " abang bukan macam ni lah kabur! " Seroja Amaya mengambil IPhone 12 milik suaminya.
" biar Maya ajar " Seroja Amaya menyuruh suaminya itu membuat gaya seperti yang dia inginkan, dia yang mula-mula nak ajar suaminya itu tangkap gambar berubah menjadi fotografer yang tak henti menyuruh suaminya jadi modelnya.
Nashriq Hamzah yang sudah penat merampas Iphone 12 itu lalu menarik isterinya.
" bosan lah gambar sorang " Nashriq Hamzah tidak henti menangkap gambar mereka berdua, Seroja Amaya melayan saja sesekali mereka berdua ketawa melihat gambar mereka.
Seroja Amaya memicit pipi Nashriq Hamzah dengan tangan kanannya sehingga bibir lelaki itu muncung sedikit " ok bang snap! " arah Seroja Amaya dan tersenyum lebar lalu mengenyit mata, Nashriq Hamzah hanya mengikut.
Nashriq Hamzah melihat gambar tersebut dan tersenyum " comel nya! abang jangan lupa send dekat Maya tau " Seroja Amaya menepuk tangan gembira melihat semua hasil gambar mereka.
Nashriq Hamzah menggunakan gambar tersebut menjadi wallpaper dan terkejut melihat jam yang hampir menunjukkan pukul dua belas malam.
" allahuakhbar dah lambat ni " Nashriq Hamzah mengambil helmet milik mereka berdua dan bangun, Seroja Amaya bangun dan memeluk lengan suaminya patut lah dia rasa sejuk " habistu siapa nak kemas ni? "
" takpe nanti ada orang kemas " Mereka berdua berjalan kearah dimana motor diparkir " abang Maya ngantuk dah... " Seroja Amaya menggosok perlahan matanya " ngantuk sangat ya? " Nashriq Hamzah mengusap kepala isterinya kesian , Seroja Amaya mengangguk perlahan.
" Maya kalau ngantuk sangat lelap je kat belakang " ujar Nashriq Hamzah membantu isterinya memakai helmet.
" tak boleh lah bahaya " marah Seroja Amaya " kalau dengan abang takdenya bahaya " pandai lah dia membawa motor nanti.
Sepanjang perjalanan Seroja tanpa sedar terlelap sambil memeluk tubuh Nashriq Hamzah. Lelaki itu hanya memegang tangan Seroja Amaya agar tidak melepaskan pelukan dia sedar isterinya itu sudah terlelap di belakang.
Share this novel