Seroja Amaya membuka pintu bilik perlahan mencari kelibat Nashriq Hamzah lelaki itu mesti masih marah sebab permintaan dia semalam, apa tidak lepas solat subuh tadi Nashriq Hamzah langsung tidak bercakap dengan dia malahan terus keluar meninggalkan dia.
FLASHBACK
Sesampainya mereka di apartment milik Nashriq Hamzah mereka terus masuk kerana sudah waktu malam.
" ni kau yang deco sendiri ke? " tanya Seroja Amaya menilik setiap inci ruang tamu tersebut yang sesuai dengan citarasanya yang minat minimalis, Nashriq Hamzah hanya angguk dan membawa masuk beg pakaian mereka.
" pandai kau deco, aku suka macam ni " puji Seroja Amaya dan berjalan kearah dapur, Nashriq Hamzah hanya mengikuti dia dari belakang disebabkan dia tahu Seroja Amaya minat gaya minimalis terus dia ubah susunan atur ruangannya itu.
" barang dapur aku dah siap beli sebelum aku ajak kau balik sini " beritahu Nashriq Hamzah mendekati isterinya yang membuka satu persatu kabinet dapur memeriksa isi, Seroja Amaya menangguk tanda faham.
" suka tak? " tanya Nashriq Hamzah yang memang sudah tahu jawapan tersebut cuma sengaja dia bertanya.
" gila tak suka! dulu aku teringin nak ada rumah sendiri tau senang nak deco tapi ayah tak bagi sebab aku kan perempuan " Nashriq Hamzah hanya mendengar saja kata isterinya itu sambil memandang wajah gembira yang terlukis diwajah Seroja Amaya.
" bilik kat mana? " tanya Seroja Amaya teruja, Nashriq Hamzah menarik tangan isterinya dan menuju ke bilik tidur utama dan membuka pintu tersebut.
" kau sembur perfume kau ke dalam bilik ni? " tanya Seroja Amaya yang sudah hafal bau minyak wangi Nashriq Hamzah lelaki itu hanya mengangguk.
" Nash aku nak tidur asing tau " dahi lelaki itu berkedut seribu mendengar apa yang dikatakan oleh Seroja Amaya.
" what was the reason I have to sleep seperately with you? " tanya Nashriq Hamzah memeluk tubuhnya dan bersandar bahu ke dinding, Seroja Amaya diam seketika.
" come on Seroja Amaya answer me.... " tegas Nashriq Hamzah apabila dia masih berdiam tidak memberikan jawapan.
" sebab aku tak ready lagi nak tidur sebilik dengan kau " jujur Seroja Amaya tidak berani memandang Nashriq Hamzah dia hanya menunduk bermain dengan jarinya.
" ohhh " Nashriq Hamzah mengangguk tanda faham dan ketawa sinis.
" dan aku patut dengar cakap kau walaupun kau yang sepatutnya dengar cakap aku? " tanya Nashriq Hamzah dapat Seroja Amaya mendengar suara itu sudah berubah menjadi garau dan kurang lembut, dia hanya menunduk tidak berani menjawab.
" kalau aku cakap taknak kau nak buat apa? " Nashriq Hamzah menghentam lagi Seroja Amaya dengan soalan lain membuatkan Seroja Amaya berani mengangkat kepala dengan dahi berkerut geram pula dia dengan lelaki itu, dia sudah bagi jawapan masih nak ditanya.
Nashriq Hamzah mengangkat kedua tangan tanda menyerah kalau berlawan mulut dengan Seroja Amaya guna dalil apa sekalipun kalau dia cakap tak nak memang itu lah jawapannya.
" okey Maya " itu saja yang mampu Nashriq Hamzah katakan sekarang walaupun dia sedikit kecewa dengan sikap Seroja Amaya.
Tetapi Nashriq Hamzah dengan cepat menepis perasaan itu dia tidak mahu sang isterinya itu berdosa hanya kerana dia mengikut perasaannya.
Nashriq Hamzah berjalan ke depan semula mahu mengambil beg pakaian Seroja Amaya tapi wajah lelaki itu sudah berubah jadi muram.
Lelaki mana saja yang mampu menyorok rasa kecewanya dengan permintaan begitu, Nashriq Hamzah masuk ke dalam bilik tidur utama langsung tidak memandang kearah Seroja Amaya yang memandangnya.
" aku tidur kat bilik sebelah " kata Nashriq Hamzah keluar dan masih tidak memandang Seroja Amaya lalu masuk ke bilik tidur tetamu.
Seroja Amaya menggigit bibirnya rasa sebersalah terhadap Nashriq Hamzah tapi memang betul lah dia belum siap lagi nak sekatil dengan lelaki lain.
ENDFLASHBACK
" kau dah kenapa serupa perompak ni? " Nashriq Hamzah mengelap tangannya yang basah sambil memerhati Seroja Amaya yang berjalan ke ruang tamu berjengket terkejut dia apabila mendengar suara Nashriq Hamzah.
Seroja Amaya menggaru lehernya dan senyum malu kearah Nashriq Hamzah " aku dah buat breakfast kau makan lah aku kena keluar ada kerja " ujar Nashriq Hamzah bergerak ke bilik mahu menukar pakaiannya.
Seroja Amaya mengikuti lelaki itu dari belakang mahu meminta maaf pada dia.
Nashriq Hamzah masuk tanpa menutup pintu dia tahu isterinya itu mengikuti dia.
Seroja Amaya menjenguk ke dalam bilik tersebut dan melihat Nashriq Hamzah yang membuka baju laju saja dia menutup matanya dan berhenti dari menjenguk dalam bilik tersebut.
"Nash aku nak minta maaf " ucap Seroja Amaya dari luar, Nashriq Hamzah buat-buat tidak dengar dan memakai bajunya, sungguh dia berjauh hati dengan Seroja Amaya sampai mahu pandang Seroja Amaya pun tidak sanggup.
Seroja Amaya mengeluh perlahan menjenguk kembali ke dalam namun dia terkejut apabila dia hampir melanggar tubuh Nashriq Hamzah.
" pergi makan sana " arah Nashriq Hamzah mengetepikan tubuh Seroja Amaya dan terus berjalan mahu menuju ke pintu utama.
" kau tak makan dulu ke? " Seroja Amaya mengejar langkah Nashriq Hamzah dia melihat lelaki itu sibuk memakai kasut, soalannya langsung tidak dijawab.
" aku dah minta maaf kan dekat kau takyah lah nak makan dalam " bengang pula dia dengan sikap Nashriq Hamzah.
Nashriq Hamzah bangun dan memandang Seroja Amaya " macam mana aku tak makan dalam Maya kalau isteri sendiri tak izinkan aku ni tidur sekatil dengan dia, padahal aku ni sepatutnya tak dengar permintaan kau, dalil mana kau ikut ni suami kena dengar cakap isteri? " lembut saja Nashriq Hamzah berkata tetapi menusuk di hati Seroja Amaya.
Seroja Amaya dapat merasakan betapa kecewanya lelaki itu dengan hanya melihat matanya.
" aku... " Nashriq Hamzah menunjuk dirinya lalu Seroja Amaya dengan jari telunjuk.
" taknak isteri aku ni masuk neraka hanya sebab nak tidur asing, aku kena tolak perasaan ni Seroja Amaya aku tak rela isteri aku masuk neraka hanya sebab aku sakit hati, kecil hati, kecewa dekat kau.... " Nashriq Hamzah menarik nafas dalam mengawal emosi.
" aku maafkan kau Maya... ambil lah masa banyak mana kau nak aku izinkan jangan risau " Nashriq Hamzah senyum tawar dan membuka pintu utama namun belum sempat kaki kanannya melangkah keluar Seroja Amaya menarik belakang bajunya.
" Nash aku betul-betul minta maaf dekat kau... jangan lah marah aku " bahu Seroja Amaya terhenjut akibat dia menangis.
Nashriq Hamzah menarik nafas yang dalam dan menghadap kearah Seroja Amaya yang sudah menangis, Nashriq Hamzah ketawa kecil dan menarik tubuh kecil isterinya ke dalam pelukan.
" kau ni sikit-sikit menangis " Nashriq Hamzah mengelus lembut rambut isterinya.
" aku nak pergi kerja pun tak tenang dah macam ni " kata Nashriq Hamzah mencium ubun-ubun isterinya lembut, Seroja Amaya membalas pelukan tersebut " aduh basah lah baju aku macam ni... " gurau Nashriq Hamzah apabila dia dapat rasa airmata Seroja Amaya membasahi bajunya.
" maafkan ak- aku Nash " pohon Seroja Amaya yang menekup wajahnya di dada suaminya.
" kalau macam tu mulai sekarang kau panggil aku abang boleh ke? " Seroja Amaya mendongak memandang Nashriq Hamzah yang memandang dia.
Seroja Amaya mengangguk kalau itu boleh buat lelaki itu memaafkan dia.
" isteri Nashriq Hamzah kan baik dengar cakap... manja betul dia ni " Nashriq Hamzah mencium lembut dahi isterinya lucu pula melihat muka menangis Seroja Amaya.
Nashriq Hamzah melepaskan kasutnya biarlah dia terlewat sikit pergi kerja hari ini, Nashriq Hamzah menarik kerusi membiarkan isterinya itu duduk terlebih dahulu.
" aku masak mi goreng tadi tak tahu lah sedap ke tidak kau rasa lah " Nashriq Hamzah menyenduk mi goreng ke pinggan lalu diberi kepada Seroja Amaya.
" kalau kau nak aku panggil kau abang, kau pun kena lah bahasakan diri kau abang " ujar Seroja Amaya dengan nafas yang tersekat, Nashriq Hamzah duduk dan senyum kecil sambil mengelap airmata isterinya yang masih tersisa.
" apa je tak boleh untuk renjana abang ni... " syahdu saja Nashriq Hamzah berkata membuat Seroja Amaya terpaksa menahan senyumnya tidak mahu Nashriq Hamzah tahu dia suka apabila dipanggil begitu.
" bukan Maya ke patut masak untuk abang? " Seroja Amaya turut menukar panggilannya memandangkan Nashriq Hamzah sering memanggil dia dengan nama 'maya'.
" kenapa abang tak boleh masak ke? " tanya Nashriq Hamzah pelik kepada Seroja Amaya dia menggeleng.
" takde lah tu kan tugas seorang isteri " Nashriq Hamzah ketawa kecil lalu mencuit hidung Seroja Amaya " tak salahkan kalau suami tolong isteri, dah lah jom makan " Nashriq Hamzah menadah tangan mahu membaca doa makan.
Selesai saja membaca doa makan Seroja Amaya menyuap mi goreng tersebut ke dalam mulut dan mengunyah, Nashriq Hamzah sabar menunggu Seroja Amaya
" abang belajar masak dekat mana ni sedap! " puji Seroja Amaya menyuap lagi mi goreng ke dalam mulut.
Nashriq Hamzah senyum kecil dan menuang segelas air putih ke dalam gelas.
" arwah kakak ajar abang masak, dulu abang selalu teman kakak masak kat dapur " jujur Nashriq Hamzah terimbas kembali ketika Naima Hijannah masa hidup, dia selalu menemani kakaknya itu risau kalau ada terjadi apa-apa pada dia.
Seroja Amaya berhenti mengunyah dan memandang Nashriq Hamzah dengan pandangan rasa sebersalah sebak pula dia mendengar rasa nak menangis pun ada.
Nashriq Hamzah yang melihat bibir Seroja Amaya yang melengkung ke bawah mengetahui sebentar lagi dia akan menangis.
" allahu Maya renjanaku jangan lah menangis " pujuk Nashriq Hamzah mengusap kepala isterinya, Seroja Amaya menunduk lalu mengangkat pinggan dan menyua garfu ke bibir Nashriq Hamzah.
" abang makan lah takkan Maya je yang makan, tugas isteri pun kena layan suami tau " ujar Seroja Amaya.
Nashriq Hamzah menongkat dagu dan membuka mulutnya membiarkan isterinya menyuap lalu mengunyah.
" betul tu tugas isteri kena layan suami " Nashriq Hamzah melemparkan senyuman miang dan pandangan nakal kepada Seroja Amaya.
" abang jangan lah usik Maya macam tu! " malu Seroja Amaya dengan pandangan Nashriq Hamzah, dia ketawa dan mencubit lembut pipi Seroja Amaya
" gurau sikit je " Nashriq Hamzah hanya mendengar Seroja Amaya yang bercerita dengan dia tanpa sedar yang dia sudah terlewat.
" Hans lepas ada isteri mana pernah on time dah " kata Fayez Affan yang melihat Zubayr Ali dari tadi menilik jam tangan, Jibrael Umayr mengangguk tanda setuju.
" nanti kau ada isteri macam tu juga kan, silap-silap kau bawa sekali isteri kau pergi kerja " ujar Zubayr Ali nasib baik hari ini merupakan hari biasa mereka.
" Ali kau tak rasa nak kahwin ke? " tanya Jibrael Umayr terdetik juga dia bertanya memandangkan Nashriq Hamzah orang yang pertama menamatkan zaman bujangnya, Zubayr Ali diam seketika.
" belum ada jodoh " hanya itu mampu Zubayr Ali kata sekarang.
Jibrael Umayr mencebik " eleh belum ada jodoh konon, padahal kau tu kaki reject kan? " bukan dia tidak tahu banyak saja gadis apalagi janda meluah perasaan kepada lelaki itu tetapi ditolak mentah-mentah.
Zubayr Ali berpura sibuk malas mahu menjawab soalan Jibrael Umayr.
" Kau pulak Raef taknak kahwin ke? " tanya Fayez Affan " kahwin tu nak calon tu mana nak rembat? eh dengar cerita kakak kau masih single kan " Fayez Affan menjeling.
" eee tak nak aku kau jadi abang ipar aku dah lah perempuan keliling pinggang "
Fayez Affan sudah kenal lama lelaki itu boleh tahan ramai kawan perempuan lebih baik dia selamatkan kakaknya daripada lelaki macam tu
" sampai hati kau reject aku Fay, kau tahu tak aku lah lelaki paling romantik atas muka bumi ni, Hans tu belum tentu boleh lawan "
" kesah apa aku kau romantik ke tak yang penting kakak aku selamat dari lelaki macam kau " Jibrael Umayr ketawa.
" aku tak gila lagi nak kacau kakak kau yang dah ada bf tu " tergamam Fayez Affan mendengar.
" kakak aku mana ada bf kau jangan macam-macam "
" aku nak tipu apa? aku tahu lah sebab aku nampak dia keluar dengan lelaki haritu " beritahu Jibrael Umayr.
Fayez Affan sudah menggaru tengkuknya dia mana tahu kakaknya itu sudah ada kekasih, mesti berhubungan secara senyap-senyap.
Share this novel