BAB 4

Romance Series 24962

Seroja Amaya menatap dirinya dicermin besar, dia memakai gaun yang berwarna ungu gelap dipadankan dengan perhiasan dan bunga tangan, raut wajah Seroja Amaya langsung tidak memaparkan kegembiraan kerana ini tema yang dia pilih dengan Thaqid ketika masih dalam perancangan, menggeletar tubuh badannya menahan sakit yang masih berbisa dihati.

   Seroja Amaya tersentak apabila mendengar ketukan dari pintu bilik hotel dan terpapar lah wajah Nuhaiza Hanan iaitu adik kepada Nashriq Hamzah, dia baru saja mengenali gadis itu ketika dia sedang bersiap di dalam bilik ditemani oleh beberapa orang lain.

   Nuhaiza Hanan merupakan anak kedua manakala Nasha Hashima dan terakhir Nadeem Harraz, kalau dicampur Tuan Nazri dan Puan Hanifa mempunyai empat orang anak apa yang dia tahu sekarang.

   " akak dah siap ke? " tanya Nuhaiza Hanan masuk ke dalam, Seroja Amaya hanya mengangguk perlahan sebenarnya dia masih kekok mahu berbual dengan Nuhaiza Hanan maklum lah baru berkenal beberapa jam yang lalu, Nuhaiza Hanan hanya senyum apabila mengetahui " abang pun dah siap tu nanti dia datang sini jemput akak " beritahu Nuhaiza Hanan dan berlalu keluar.

   Di sisi lain Nashriq Hamzah tidak berhenti berjalan ke kiri dan ke kanan entah mengapa dia berasa terlebih gugup malam ini, bahkan dahinya berpeluh walaupun berada dalam bilik yang berpenghawa dingin

   " tak rilek sia kawan kau ni Raef dah lah masa nikah tak jemput kita hmph! " kata satu suara garau yang turut berada dalam bilik tersebut, Nashriq Hamzah mengalihkan mata memandang kepada tuan suara tersebut.

   Pandangan tajam diberi kepada Yusuf Mikhael yang berkata tadi " chill bro tak lari pun majlis kau " ejek Jibrael Umayr dengan ketawa kecil, agak lucu melihat seorang Nashriq Hamzah yang sering memaparkan wajah tenang tapi tegas tiba-tiba hari ini mereka melihat seorang Nashriq Hamzah memaparkan raut wajah gelisah.

    Nashriq Hamzah mengeluh dan duduk disamping mahu meminum air sebenarnya dia penat kerana balik saja dari tugas dia terus bergerak menuju ke lokasi majlis persandingan bersama sahabat-sahabatnya.

   Pintu bilik air dibuka memaparkan lelaki yang sedang memegang perut menahan perit " tu lah kau Hans  suruh kau pergi klinik kau taknak, sibuk nak tengok dia bersanding " bebel Yusuf Mikhael yang sudah lali dengan sikap Qayyum Lufthi takut mahu berjumpa dengan doktor

   " tolong zip mulut si Yeop tu buat bernanah telinga je dengar " marah Qayyum Lufthi duduk diatas katil, ada lagi sahabat mereka yang lain namun akan datang lewat.

   Boleh dikatakan masing-masing dari mereka mempunyai ketampanan masing-masing, Yusuf Mikhael mempunyai kacukan darah arab menyebabkan lelaki itu mempunyai hidung yang mancung dan tinggi ditambah lagi tubuhnya yang sama tegap seperti Nashriq Hamzah.

   manakala Jibrael Umayr pula, dia mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu menggegarkan jiwa raga wanita apabila mereka melihat mata lelaki itu, berbeza dengan Qayyum Lufthi dia pula mempunyai muka yang sedikit lembut oleh sebab semua keturunannya mempunyai wajah 'baby face' termasuk bapa Qayyum Lufthi.

   Tipu lah kalau cakap sahabat-sahabat Nashriq Hamzah yang belum tiba itu tidak sekacak mereka, bahkan masing-masing mereka menjadi rebutan, maklumlah tak semua perempuan mempunyai citarasa yang sama, senang cerita masing-masing mempunyai 'market' yang tersendiri HAHAHAH.

   Nashriq Hamzah berzikir dalam hati mahu menenangkan hatinya yang dari tadi tidak henti berdetak laju " papepun tabik ah dekat kau Hans, akhirnya wanita yang kau idamkan selama ini dah jadi milik kau " ujar Yusuf Mikhael memandang Nashriq Hamzah dengan pandangan penuh makna.

    Nashriq Hamzah terkaku seketika sebelum senyum tipis terbit di bibirnya " rezeki aku kot " ujar Nashriq Hamzah melebarkan lagi senyuman dengan penuh maksud yang tak dapat diungkap.

   " dia macam out of nowhere kau dah dapat Seroja Amaya macam tu je, nampak sangat jalan kau nak memiliki dia tu dipermudahkan " tambah Jibrael Umayr sambil matanya memandang kearah Qayyum Lufthi yang sudah terbaring diatas katil menahan perit diperut, lelaki itu sudah dipaksa berjumpa dengan doktor tapi dia takut hanya kerana tidak mahu dicucuk jarum.

   " mungkin doa aku selama ni termakbul kot " ujar Nashriq Hamzah, hilang sudah gelisahnya tadi malahan dia seperti bersemangat mahu bersanding dengan Seroja Amaya pada malam ini " allahuu banyak sangat ke dosa aku sampai perut aku sakit macam ni? " rintih Qayyum Lufthi yang sudah berguling diatas katil.

   " Eh dah lah Yeop kau bawa budak Qay ni pergi klinik risau pulak aku " bengang Jibrael Umayr melihat kelakuan Qayyum Lufthi seperti ayam berak kapur, tapi memang pun lelaki itu tidak henti keluar masuk dari bilik air " mende sia tak faham bahasa ke aku nak tengok Hans bersanding lah " marah Qayyum Lufthi yang masih dengan posisinya namun Yusuf Mikhael tidak mengendahkan malah dia tarik Qayyum Lufthi dengan paksa.

  

   NASHRIQ Hamzah memerhati Seroja Amaya yang berada disamping memeluk erat lengannya.

    " maya kau nampak cantik malam ni " puji Nashriq Hamzah tanpa mengalihkan pandangan dia sungguh tertawan melihat Seroja Amaya yang cantik memakai busana pengantin itu.

   Dalam hatinya tidak henti memuji gadis itu, Seroja Amaya yang kurang dengar memandang Nashriq Hamzah dengan kerutan di dahi " apa? " tanya Seroja Amaya.

   Nashriq Hamzah hanya diam dia malu mahu mengatakan lagi sekali, mereka berdua masih berada diluar menunggu pintu dihadapan untuk dibuka.

    Seroja Amaya yang malas mahu bertanya hanya memandang kehadapan jiwanya tidak tenteram memikirkan macam mana pandangan orang yang dia jemput apabila pengantin lelaki sudah bertukar.

    Nashriq Hamzah dapat melihat tubuh Seroja Amaya yang menggeletar, perlahan tangan kirinya memegang tangan Seroja Amaya yang memeluk erat lengannya.

   " Maya tenang, everything will be fine okey? i'm here for you " bisik Nashriq Hamzah ditelinga gadis itu sambil mengelus lembut tangan Seroja Amaya yang sudah membeku dengan bisikan Nashriq Hamzah.

   Tidak tunggu lama pintu dihadapan sudah terbuka memberi tanda untuk mereka masuk ke dalam, mereka berdua berjalan masuk dengan perlahan kedengaran tepukan tangan dan bunyi kamera tidak henti.

   Seroja Amaya tersenyum kekok memandang semua tetamu yang mata tertuju kepada mereka, Nashriq Hamzah hanya memasang wajah ketatnya dia tidak tahu harus memberikan reaksi apa sebab ini pertama kali dia bersanding.

   Hiasan di dalam tersebut sungguh gah sudah pasti banyak wang yang dihabiskan hanya untuk majlis satu malam,pengacara majlis tidak henti memuji mereka berdua yang cocok bagai pinang dibelah dua.

   Nashriq Hamzah membantu Seroja Amaya untuk duduk terlebih dahulu agar memudahkan isterinya duduk dengan sopan.

   " amboi sweet betul abang pengantin kita ni ya " gurau pengacara majlis melihat Nashriq Hamzah yang membiarkan dahulu Seroja Amaya duduk, pipi Seroja Amaya sudah merah kerana malu entah mengapa dia tersentuh dengan Nashriq Hamzah yang seperti melayannya seperti puteri.

   Nashriq Hamzah duduk disamping Seroja Amaya selepas membetulkan busana pengantinnya " thanks " ucap Seroja Amaya yang langsung tidak berani mengangkat kepalanya, dia tidak tahu mengapa pandangan orang seperti sedang mengatakan sesuatu buruk kepadanya.

   Semua tetamu pasti tertanya mengapa bukan Thaqid yang berada disampingnya sekarang, Nashriq Hamzah menarik tangan kanan Seroja Amaya dan dipegang erat.

   " lift your head up, you are the shining star tonight " ujar Nashriq Hamzah dengan nada lembut tersenyum melihat gadis yang menunduk itu.

   Seroja Amaya memandang Nashriq Hamzah dia terpegun melihat lelaki itu senyum sehingga kelihatan lesung pipit tepi bibir lelaki itu, entah mengapa matanya tidak mahu mengalih dari melihat Nashriq Hamzah yang turut melihat dia.

   Sa'id Aezman yang berada dimeja hanya tersenyum melihat adiknya dan Nashriq Hamzah berada dipelamin

    " a-abang " panggil Syaqif Ahmad apabila melihat orang yang dia kenali masuk ke dalam dengan berpakaian kemas, Sa'id Aezman yang pelik melihat reaksi muka adik bongsunya itu turut memandang kearah yang dipandang oleh Syaqif Ahmad.

   Alangkah terkejutnya dia apabila lelaki yang berani membuat adik perempuannya menangis muncul tanpa ada rasa bersalah " siapa tu? " tanya Nadeem Harraz yang duduk semeja dengan mereka berdua begitu juga Nuhaiza Hanan dan Nasha Hashima, Saheera Adiya pun ada

    " jantan tu lah yang tinggalkan kakak aku " bisik Syaqif Ahmad ditelinga Nadeem Harraz sambil matanya melihat Sa'id Aezman yang sudah merah mukanya menahan amarah.

   " bwuto for him lah, nasib abang aku lagi ganteng daripada dia hmph! " balas Nadeem Harraz apabila mengenali siapa lelaki itu.

    Tuan Syaziq pula berupaya menahan isterinya itu daripada mendekati Thaqid dan Puan Arida, lelaki masuk ke dalam dengan muka seperti tiada apa yang berlaku, Puan Hanifa hanya mampu menenangkan Puan Hadalia.

   Seroja Amaya pula tidak tahu reaksi apa dia harus lemparkan sekarang apabila melihat beberapa orang yang amat, amat! dia kenali.

    " tu ke Thaqid? " tanya Nashriq Hamzah dengan riak biasa ada senyum sinis dibibir lelaki itu apabila melihat keberanian Thaqid untuk muncul pada malam ini.

   Seroja Amaya hanya mengangguk " trust me Maya, aku lagi better daripada dia " kata Nashriq Hamzah tanpa ada keraguan, sekali saja dia melihat lelaki itu dia sudah tahu Thaqid kalah besar kalau dibanding dengan dia.

   Seroja Amaya diam membisu entah mengapa dia mahu menangis sekarang, dia rasa seperti dipermalukan oleh Thaqid sekarang, tetamu yang sedar sudah mula berbisik melihat Thaqid.

    " ibu dengan ayah apa khabar? " sapa Thaqid mendekati ibu bapa Seroja Amaya dengan senyuman manis di wajah, hanya jelingan maut yang diberi oleh Puan Hadalia dan matanya tertuju kepada Puan Arida memandang dengan pandangan bosan kepadanya.

   Sa'id Aezman yang melihat mendekati Thaqid lalu menarik kasar bahu lelaki itu " kau nak apa muncul kat sini? " tanya Sa'id Aezman memandang tajam kedalam anak mata Thaqid kalau diikutkan hati mahu saja dia menghentam lelaki itu sekarang.

    " abang kenapa kasar macam ni? " tanya Thaqid mengejek sambil menyapu kedua bahu Sa'id Aezman sengaja mahu memanaskan hati abang ipar tak jadi dia itu.

   Sa'id Aezman menolak " kau nak apa lagi Rida datang sini, nak malukan anak aku lagi ke? " tanya Puan Hadalia berdiri melihat Puan Arida panas, boleh pula diorang datang sini seperti tetamu, Puan Arida hanya melemparkan pandangan biasa dan berpeluk tubuh " kami datang ni sebagai tetamu lah, tak baik tau halau " ujar Puan Arida, manakala Sa'id Aezman dan Thaqid masih memandang antara satu sama lain.

   " tetamu macam kamu ni layak ke disambut? " Puan Hanifa bangun tahu lah dia bahawa mereka lah yang berani mempermalukan Seroja Amaya .

   " you ni siapa? " sangat kekwat Puan Arida bertanya sambil mata tidak henti memandang dari atas ke bawah " balik lah, jangan buat hal kat sini " halau Sa'id Aezman lembut sungguh dia tidak mahu membuat masalah di sini.

   Thaqid mengalihkan pandangan kearah pelamin dia tersenyum sinis melihat Seroja Amaya dan lelaki tidak dia kenali memandang dia.

   Thaqid membuka langkah mahu mendekati mereka namun Sa'id Aezman yang sedar dengan pantas menolak lelaki itu kuat jatuh keatas lantai " kau melebih dah ni Thaqid, baik kau keluar " tegas sekali Sa'id Aezman berkata, dia tidak akan biarkan lelaki itu mendekati adiknya lagi.

   Tetamu hanya menjadi penonton sambil sesekali mulut tidak henti membuat cerita yang boleh memburukkan nama Seroja Amaya.

   "hey! berani kau kan tolak anak aku, dasa- " belum sempat Puan Arida habis berkata Puan Hadalia terlebih dahulu memotong.

   Lengan baju sudah ditarik keatas " haah memang anak aku berani, aku dah agak dah kau ni tak boleh dijadikan besan " marah Puan Hadalia yang seperti hendak menarik rambut Puan Arida namun sempat dihalang oleh Puan Hanifa.

   Thaqid bangun dari jatuh dengan muka yang merah " sial betul lah, adik kau ni memang murah kan? senang betul dia cari pengganti aku " ujar Thaqid dengan senyum sinis, Sa'id Aezman menarik nafas yang dalam akalnya seakan sudah tidak waras sekarang.

    " ni gimmick majlis ke? " tanya Baher Nuhaim kepada Jibrael Umayr, mereka hanya memerhati dari kejauhan, Jibrael Umayr hanya angkat bahu tanda tidak tahu " lain macam gimmicknya sampai pengantin perempuan menangis tu " ujar Jibrael Umayr yang turut memerhati.

   " aku dah cakap dah, mesti dia tinggalkan Seroja sebab perempuan tu curang " telinga mereka menangkap suara perempuan yang mengumpat dimeja sebelah " tu lah tak percaya sia, ke Seroja mengandung an- "

   " mulut tu pandai jaga ke tidak? " mereka terdiam apabila mendengar satu suara garau yang menyapa mereka, Jibrael Umayr yang mendengar suara tersebut tiba-tiba berasa gerun begitu juga yang mengenali suara itu.

   Siapa saja tidak takut dengan Zubayr Ali sama level dengan Nashriq Hamzah " mulut tu kalau tak pandai nak bercakap hal-hal baik bawa berzikir, kena dekat badan sendiri tahu pulak menangis nanti " tambah Zubayr Ali lagi membuatkan perempuan yang mengumpat tadi diam.

   " memang patut pun Seroja kahwin dengan lelaki lain, kahwin dengan kau ni mengharapkan duit mak bapak je, tak malu ke? " ujar Sa'id Aezman membuatkan Thaqid berang dia mahu melepaskan tumbukan diwajah lelaki itu.

   " kau melampau dah ni " ujar Thaqid lalu mengepal tangannya, sebelum sempat wajah Sa'id Aezman menerima tumbukan ada satu tangan yang mencengkam kuat tangan Thaqid.

   " tak rilek betul kau ni " kata lelaki itu sinis, Thaqid menolak tangan itu kasar makin bengang dia apabila tangannya dihalang, kelihatan ada tiga lelaki yang segak memakai tuxedo " kau siapa nak masuk campur? " marah Thaqid memandang lelaki itu tajam, lelaki itu memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

   " aku? Oh lupa nak kenalkan Hud Zulkarnain " balas Hud Zulkarnain sambil menghulur tangan kanan mahu bersalam namun sudah tentu tidak disambut oleh Thaqid.

    " aku kisah apa nama kau? yang kau menyibuk sekarang ni kenapa? " marah Thaqid menolak kuat bahu Hud Zulkarnain tetapi tidak berganjak pun lelaki itu apabila ditolak.

    " takde adab betul lah budak ni.. tak sekarang ni kau dah rosakkan majlis kawan aku tau? " kata Qayyum Lufthi yang bengang dengan sikap lelaki dihadapannya.

   " kau diam lah! muka dah lah macam gay " panas telinga Qayyum Lufthi mendengar, Yusuf Mikhael dan Hud Zulkarnain yang mendengar hanya menahan ketawa tetapi Yusuf Mikhael sudah ketawa terbahak-bahak ini pertama kali orang berani mengatakan begitu " sam- HAHAHAHA habis lah kau " kata Yusuf Mikhael kepada Thaqid.

   " dah lah berambus dari sini boleh tak? " marah Puan Hadalia menolak kuat Thaqid dan Puan Arida untuk keluar, dia tidak mahu majlis anaknya batal malam ini disebabkan mereka berdua " kau jangan berani nak tolak mummy aku macam tu " marah Thaqid memandang tajam kepada Puan Hadalia.

BUK!

   Sa'id Aezman menggoyangkan sedikit tangannya yang kesakitan menumbuk wajah Thaqid sebentar tadi, keadaan menjadi haru-biru " mantap bang! patut sepak je telo dia " tambah Qayyum Lufthi yang puas hati melihat Thaqid yang sudah terjatuh diatas lantai lagi akibat tumbukan kuat dari Sa'id Aezman.

   " dah kenapa majlis ni jadi WWE pulak ni " gurau Tuan Nadhir iaitu abah kepada Nashriq Hamzah, Tuan Syaziq hanya menggeleng tak tahu nak meleraikan macam mana.

   Puan Arida yang terkejut langsung mendapatkan anaknya, Tuan Syaziq pula sudah menghalang Sa'id Aezman yang seperti hendak menumbuk Thaqid lagi sekali " aku taknak lagi kau muncul depan keluarga aku Thaqid! ikut kan hati kalau negara ni takde undang-undang habis kau aku cincang bagi makan anjing! " hilang sudah kewarasan Sa'id Aezman yang bengang melihat Thaqid sudah berani berkasar dengan keluarganya.

   Hud Zulkarnain mengarahkan Yusuf Mikhael dan Qayyum Lufthi menarik paksa Thaqid keluar dari tempat itu apabila keadaan semakin tidak kondusif

    " dah lah Man, ada hari diorang pun akan rasa apa yang diorang dah buat dekat kita " pujuk Tuan Syaziq, Nashriq Hamzah memandang Seroja Amaya yang sudah menangis disampingnya, tangannya menggenggam erat tangan Seroja Amaya lalu berjalan keluar sekejap dari ruangan itu.

   " kau nak aku bawa aku pergi mana ni? " tanya Seroja Amaya yang hanya mengikuti langkah Nashriq Hamzah, sungguh dia malu malam ini sepatutnya dia duduk saja dalam bilik.

    " Qay! " panggil Nashriq Hamzah apabila melihat Qayyum Lufthi yang mengenggam kuat kolar baju Thaqid, Qayyum Lufthi memandang kearahnya.

   Nashriq Hamzah menunjuk Thaqid dan menyuruh Qayyum Lufthi membawa lelaki tidak guna itu kepadanya.

    " kau nak buat apa ni Hans? " tanya Seroja Amaya yang sudah meronta mahu dilepaskan, Qayyum Lufthi mengheret paksa Thaqid mendekati Nashriq Hamzah, Yusuf Mikhael pula memujuk Puan Arida mengatakan bahawa anaknya akan selamat jika dia berdiam seketika.

   " kahwin jugak kau dengan lelaki lain kan? dulu bukan main kau janji dengan aku " sinis sekali Thaqid berkata memandang Seroja Amaya.

    " Maya lelaki macam ni yang kau nak bazirkan airmata? dia anggap maruah kau bawah tapak kaki dia je Maya... " ujar Nashriq Hamzah memandang Thaqid dengan perasaan yang marah " perempuan macam kau ni senang je nak dimainkan "

    Thaqid sebenarnya rasa tercabar apabila mengetahui bahawa Seroja Amaya berkahwin dengan lelaki lain.

   Thaqid memang sudah merancang semuanya, dia hanya mahu mempermalukan gadis itu padahal dia sebenarnya tiada rasa sayang kepada Seroja Amaya sedikit pun tidak.

   Malahan Thaqid mempunyai kekasih lain dibelakang Seroja Amaya, berang Nashriq Hamzah mendengar tidak tunggu lama Nashriq Hamzah menghayunkan tangannya mahu menumbuk lelaki itu.

   " sudah! " jerit Seroja Amaya menghalang perbuatan Nashriq Hamzah, Seroja Amaya dengan dada yang turun naik menahan amarah dikata sebegitu oleh lelaki yang sudah dia cintai bertahun, dia mendekati Thaqid dan pandangan selama ini cinta diberikan bertukar menjadi benci.

PANG! PANG! PANG!

   Ternganga Qayyum Lufthi yang melihat Seroja Amaya menampar begitu kuat wajah Thaqid siap pakej dengan bunyi yang kuat lagi.

   " aku harap sangat satu hari nanti kau rasa apa yang aku rasa sekarang, kau memang lelaki paling sial pernah aku jumpa atas muka bumi ni, orang mati-matian suruh aku tinggalkan kau tapi aku bodoh dengan cinta aku " Seroja Amaya sudah muak menangis, sehina itu dia dimata lelaki bernama Thaqid tidak menunggu lama Seroja Amaya masuk kembali ke dalam meninggalkan mereka.

   Nashriq Hamzah tersenyum melihat Seroja Amaya dan melihat Thaqid yang hampir pengsan.

   " terima kasih lah tinggalkan dia, sebabkan kau impian aku tercapai, jangan lupa kirim salam dekat Farah " ucap Nashriq Hamzah berlalu masuk juga ke dalam meninggalkan Thaqid yang terkaku apabila Nashriq Hamzah menyebut nama seorang gadis.

   " aku tak maafkan kau sebab tuduh aku gay, merangkak kau sana minta ampun kat aku " kata Qayyum Lufthi berlalu masuk ke dalam bersama Yusuf Mikhael, Thaqid terdiam macam mana lelaki itu mengenali Farah siap mengirim salam lagi, apa yang telah terjadi?

   Puan Arida berlari mendekati anaknya " mummy dah cakap! perempuan tu takde guna " marah Puan Arida dan membantu anaknya itu bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience