" Maya sini kejap " panggil Nashriq Hamzah apabila melihat sang isteri yang berbual dengan Saheera Adiya, mata mereka berdua beralih kepada Nashriq Hamzah yang berdiri dengan jejaka-jejaka lain.
" wuish husband kau punya kawan semua ada rupa, kau tau dari tadi perempuan kat sini tak lepas pandang kat diorang " kata Saheera Adiya sambil matanya memandang satu persatu sahabat-sahabat Nashriq Hamzah.
Seroja Amaya hanya tersenyum kecil dia pun tidak boleh nafikan.
" eh aku balik lah dah lewat ni, nanti suami aku risau pulak " kata Saheera Adiya melihat jam tangannya dan memeluk erat tubuh Seroja Amaya
" kau jangan nak menipu ya, laki kau tu bukan wujud pun! yelah hati-hati kat jalan " ucap Seroja Amaya dan melambai Saheera Adiya yang sudah berpamitan.
Seroja Amaya menarik nafas yang dalam dan berjalan mendekati Nashriq Hamzah
Nashriq Hamzah tanpa memberitahu memeluk erat bahu Seroja Amaya membuatkan gadis itu terkejut seketika " ni Seroja Amaya isteri aku " kata Nashriq Hamzah bangga sambil mengangkat keningnya
" tahu dah kitorang ni bukan buta pun " perli Baher Nuhaim yang sudah bosan dengan Nashriq Hamzhs tidak henti mengatakan Seroja Amaya sudah menjadi isterinya.
Seroja Amaya hanya tersenyum malu sambil menunduk, malu pula dia jadi perhatian jejaka-jejaka dihadapan dia sekarang.
" yang ni Baher Nuhaim dia ni memang kuat dengki orangnya " kata Nashriq Hamzah memandang Baher Nuhaim lelaki itu hanya senyum menunduk kepada Seroja Amaya.
mahu memberi salam? belum sempat tangan kau sentuh tangan Seroja Amaya tiba-tiba kau dah masuk alam lain dah.
Satu persatu Nashriq Hamzah kenalkan, Seroja Amaya hanya mengangguk tanda faham lah kononnya.
" haa yang last ni orang kuat kami nama dia Zubayr Ali " kata Nashriq Hamzah sambil menepuk bahu Zubayr Ali yang hanya memasang wajah ketat, tiba-tiba mereka mendengar satu bunyi yang agak panjang sehingga semua mata tertuju kepada Qayyum Lufthi dengan muka geli.
" Qay! tak senonoh lah kau ni! depan perempuan kot " marah Yusuf Mikhael sambil menutup hidungnya.
Qayyum Lufthi tersenyum kambing " sorry ah aku kan ada masalah perut balik jom Yeop gentle aku cakap perut aku sakit yang amat dah " Qayyum Lufthi tanpa tunggu menarik Yusuf Mikhael untuk keluar memandangkan dia menumpang lelaki itu.
Mereka hanya ketawa Qayyum Lufthi dengan sakit perut tidak dapat dipisahkan kecuali Zubayr Ali yang menilik jam tangan.
" Nash " panggil Zubayr Ali sambil menunjuk kearah jam tangan memberi signal kepada Nashriq Hamzah, lelaki itu mengangguk tanda faham.
Nashriq Hamzah menarik perlahan Seroja Amaya jauh dari mereka lalu memegang kedua bahu Seroja Amaya dan berdehem.
" Maya aku ada kerja nak kena settle, jadi aku tak dapat teman kau tidur dekat hotel hari ni tapi kau jangan risau aku dah suruh Haiza teman kau, boleh kan? " Kata Nashriq Hamzah lembut melihat anak mata Seroja Amaya.
Sempat juga dalam hati dia memuji kecantikan Seroja Amaya " tak payah lah aku balik rumah, kesian adik kau kena teman aku "
Tolak Seroja Amaya entah mengapa dia rasa berkecil hati bila kena tinggal malam ini padahal hari itu sampai tiga hari dia langsung tidak kisah tambahan dia sendiri lupa yang dia tu sudah menjadi isteri orang.
Nashriq Hamzah menolak dagu Seroja Amaya keatas dan senyum kecil.
" kena kerja lebih sikit aku kan dah ada isteri nak kena tanggung, I need to work hard for you renjanaku... " lembut saja dia berkata sambil mencubit lembut pipi Seroja Amaya.
" yelah tapi.... " Seroja Amaya berjeda seketika manakala Nashriq Hamzah hanya menunggu dengan penuh sabar tetapi malangnya gadis itu menggeleng " takde apa lah aku nak naik atas letih " kata Seroja Amaya meninggalkan Nashriq Hamzah menuju ke lift.
Nashriq Hamzah mengeluh perlahan dan mendekati Zubayr Ali yang bersembang
" Ali aku hantar isteri aku naik atas kejap, kau gerak lah dulu " Zubayr Ali mengangguk tanda faham dan hanya melihat Nashriq Hamzah gigih mengejar isterinya yang sudah masuk ke alam perut lift nasib baik dia sempat masuk sebelum pintu tertutup.
Dahi Seroja Amaya berkerut melihat Nashriq Hamzah " kau buat apa lagi kat sini, tadi kata sibuk kan? " Seroja Amaya sendiri tidak faham dengan dirinya kenapa dia mahu marah kepada lelaki itu.
Nashriq Hamzah hanya berdiam memerhati wajah isterinya itu dengan senyuman tidak tahu apa yang bermain diminda lelaki itu sekarang.
Seroja Amaya hanya melemparkan wajah biasa tapi dalam hati mahu saja dia melompat keluar dari lift itu malu betul apabila dirinya diperhatikan sebegitu.
TING!
Terbuka saja pintu lift Seroja Amaya menolak kuat tubuh Nashriq Hamzah ketepi disebabkan lelaki itu menghalang jalannya
" ganas betul isteri aku ni " gumam Nashriq Hamzah yang mengejar langkah Seroja Amaya " Maya tunggu lah " panggil Nashriq Hamzah kalau ikutkan hati dia boleh je angkat tubuh Seroja Amaya tapi dia kena kawal sebab sebentar lagi dia harus pergi takut terbabas pula dia.
Seroja Amaya tidak melayan laju saja dia memulas tombol pintu namun tidak terbuka.
" kenapa tak bukak ni? " gumam Seroja Amaya yang tidak henti memulas tombol pintu namun perbuatannya terhenti apabila melihat Nashriq Hamzah menghulurkan sebuah kad.
Seroja Amaya menggigit bibir malu betul dia hari ini " tu lah jangan diikut sangat emosi tu " tegur Nashriq Hamzah bersandar di dinding suka pula dia melihat isterinya begitu.
Seroja Amaya tida bercakap hanya mengambil kad itu untuk membuka pintu bilik hotel tersebut.
Setelah terbuka Seroja Amaya masuk ke dalam dan ingin menutup pintu tapi tangan Nashriq Hamzah lebih pantas menghalang, Seroja Amaya mencebik dan membalik badan sambil dalam hati berdoa lelaki itu pergi
" ehem maya renjanaku jangan merajuk " pujuk Nashriq Hamzah memeluk tubuh Seroja Amaya dari belakang.
Terbuntang biji mata Seroja Amaya dengan tindakan Nashriq Hamzah yang berani itu, tangannya laju mencuba melepaskan diri tetapi malangnya apalah kudratnya nak dibanding dengan Nashriq Hamzah
" shhhh just give me a moment please... " pinta Nashriq Hamzah sambil memegang kedua tangan isteri, Seroja Amaya menelan air liur dia takut akan terjadi sesuatu.
" lamunan ku tersentak
lalu ku mendongak
gemuruh rasa terpaku sukma
terkena lontaran senyuman misteri
siapa gerangan sang puteri
mengalung cinta dileherku
dan terus berlari
aku cuba menangkap bayang-bayangnya
di antara kembang seroja tasik cinta
tapi malangnya jatuh ke lembah berduri
dan sepi..
puteri seroja...
pasti cinta akan bersua... "
Seroja Amaya mendongak memandang Nashriq Hamzah yang dari awal lagi memandang dia.
Sedap pula suara Nashriq Hamzah itu kalau bernyanyi tetapi Seroja Amaya terasa lucu apabila suaminya itu menyanyikan lagu lama, Seroja Amaya ketawa kecil
" masyaallah cantik sungguh ya isteri Nashriq Hamzah ni ketawa " puji Nashriq Hamzah melihat Seroja Amaya.
" dah kenapa nyanyi tetiba, tadi time majlis tak nak pulak " kata Seroja Amaya hilang rasa marahnya tadi apabila terpujuk dengan nyanyian merdu dari Nashriq Hamzah.
" biarlah Maya sorang je yang dengar " bisik Nashriq Hamzah lembut, sungguh dia tidak mahu melepaskan pelukan itu sekarang mana lagi bau wangi dari Seroja Amaya membuatkan dia hilang seketika dari realiti.
" OMG! " mereka berdua terkejut lalu berpaling menghadap suara tersebut, kelihatan Nuhaiza Hanan yang menutup mulutnya terkejut dengan pemandangan dihadapan.
" Haiza apa ganggu abang bermanja ni " mahu saja dia menghalau Nuhaiza Hanan itu sekarang tetapi dia pula yang meminta adiknya menemani Seroja Amaya.
Nuhaiza Hanan menaikkan kening dan memeluk tubuh lalu memandang Nashriq Hamzah dari atas sampai ke bawah.
" dah lah! abang kata pergi kerja kan tadi pergi blah please " Nuhaiza Hanan menarik abangnya itu keluar dari bilik secara paksa walaupun Nashriq Hamzah meronta tidak mahu.
Tanpa belas kasihan pintu bilik hotel itu dihempas lalu Nuhaiza Hanan berbalik badan memandang kakak iparnya.
" ni lah masanya Haiza nak kenal dengan kakak ipar Haiza " kata Nuhaiza Hanan dan menarik Seroja Amaya duduk diatas sofa yang tersedia dalam ruanga bilik itu.
Nashriq Hamzah mencebik dan berlalu pergi mahu atau tidak dia kena pergi sebab dah banyak alasan Nashriq Hamzah berikan untuk mengelak dari tugasan hari ini dia kena turun padang sekali.
" dengarkanlahh disepanjang malam aku berdo- "
" Hans kau boleh suruh tak kawan kau tu diam " marah satu suara dari alat komunikasi yang terpasang ditelinga " Raef memang tak rilek tak boleh tengok orang have fun " respon yang menyanyi tadi.
Nashriq Hamzah berbalik ke belakang lalu menolak perlahan pipi lelaki itu " kau fikir kita dekat fun fair ke " kata Nashriq Hamzah dengan ketawa kecil dan kembali fokus melihat ke hadapan menunggu waktu yang sesuai.
Pakaian lengkap seragam khas Unit Tindakan Khas terpakai di tubuh mereka, mereka merupakan Pasukan Gerakan Khas A.
Berbeza pula dengan Pasukan Gerakan Khas B gelaran bagi 69 komando yang bertugas di dalam hutan, Unit tindakan Khas berpusat di ibu pejabat polis Bukit Aman dan mereka menjalankan tugas secara sulit.
" haa betul tu Hans manjakan lagi si budak Fay tu " kata Jibrael Umayr yang matanya masih tetap di skrin hadapan bersama anggota yang lain, mereka dalam misi untuk menangkap salah satu orang yang berbahaya yang telah berani melakukan penyeludupan barang terlarang secara besar-besaran.
" baik korang senyap abang Ali kat sini dah marah ni " beritahu Nashriq Hamzah melihat sahabatnya yang berada dibarisan hadapan memandang mereka.
Serta merta mereka diam seketika, dihadapan mereka ada sebuah bangunan lama yang sedang dikelilingi dengan beberapa musuh sedang berjaga diluar
" we ready to go anytime " maklum Zubayr Ali yang melihat situasi, terdapat anggota lain yang berada diposisi lain memerhati pergerakan musuh.
" Hawk dua, tiga kenderaan menghampiri area kuning over " lapor anggota yang memerhati melalui teropong penglihatan malam.
" Hawk satu, empat tengo berada dalam pengawasan " lapor salah satu anggota di posisi lain yang memerhati musuh sedang berjaga dengan senjata api
" dragon satu terima, ready in positon " respon Zubayr Ali dan menanti arahan komandan yang memerhati mereka dari markas melalui kamera khas yang terpasang pada mereka
" target lock komandan " ucap anggota yang fokus dengan sniper menunggu arahan seterusnya, Komandan tersebut hanya mengangguk memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk menyelesaikan misi.
" good hawk one clean the area now " anggota yang terlatih dalam tembak jarak jauh langsung melepaskan tembakan menumpaskan musuh yang langsung tidak sedar dengan kehadiran mereka.
" ready, Hans lepas misi balik jumpa isteri kau takde lepak mamak harini " kata Zubayr Ali lalu memberikan arahan melalui bahasa tangan.
Nashriq Hamzah hanya senyum kecil sudah tentu dia mahu berjumpa isterinya, kalau dulu selepas mereka balik dari misi mesti lepak mamak sekejap, tapi sekarang tak boleh ada isteri nak diteman.
" roger bang Ali " respon Nashriq Hamzah yang semakin semangat menjalankan tugasnya dengan cepat supaya boleh balik awak.
" senang cerita abang tu lebih pentingkan orang lain daripada dia " puas Nuhaiza Hanan bercerita berkenaan Nashriq Hamzah kepada Seroja Amaya.
Mereka berdua sedang berbaring sambil memandang siling " abang takde awek ke Haiza " tanya Seroja Amaya menoleh memandang Nuhaiza Hanan.
" wuish jarang ah abang buka cerita pasal perempuan, kalau ada pun akak sorang jelah tu pun dia call umi dengan abah tetiba cakap dia dah kahwin dengan anak orang " Seroja Amaya mengangguk tanda faham.
" pelik jugak lah Haiza masa abang tetiba cakap dia dah kahwin, lepas tengok akak barulah Haiza faham kenapa " Seroja Amaya mengerut dahi " kenapa pulak? " tanya Seroja Amaya.
" sebab akak ni lawa, Haiza yang first time tengok akak pun tak sangka kakak ipar Haiza lawa "
Seroja Amaya ketawa dan menutup mukanya dengan kedua telapak tangan " Haiza jangan macam tu akak ni cepat malu " jujurnya, Nuhaiza Hanan hanya ketawa geli hati.
" Haiza kerja apa eh? " tanya Seroja Amaya, Nuhaiza Hanan menutup mulutnya yang menguap dan memejamkan mata.
" Haiza doktor, Nasha pulak dia masih study degree bidang fesyen dia tu memang suka bab macam tu, Nadeem pulak dia tu tahun ni SPM kalau akak pulak? " tanya Nuhaiza Hanan yang sudah separuh sedar kerana mengantuk.
" aka personal assistant Tengku Irdina dia tu baik tau orangnya dari akak start kerja sampai lah sekarang dia tak pernah pun berkira dengan akak " Nuhaiza Hanan hanya mengangguk.
" emm kalau abang Nash pula dia kerja apa? "
KRIK KRIK KRIK
Seroja Amaya menoleh dan melihat Nuhaiza Hanan yang sudah lena " alamak sorry akak tak perasan pula " Seroja Amaya menarik selimut tebal sampai ke paras bahu Nuhaiza Hanan dan membiarkan gadis itu terlena.
5.12 PAGI
Nashriq Hamzah membuka pintu perlahan dan melihat bilik hotel yang sudah gelap gelita hanya lampu tidur yang menerangi " assalamualaikum... " gumam Nashriq Hamzah perlahan dan menuju kearah katil.
Nashriq Hamzah melihat Nuhaiza Hanan yang tidur sambil memeluk Seroja Amaya dia ketawa kecil " amboi dia rasmi dulu ya peluk isteri aku faham... " Nashriq Hamzah menggoyangkan bahu adiknya.
" Haiza bangun "
tiada sahutan
" Haiza bangun abang cakap "
sama masih tiada sahutan mungkin kerana suaranya yang perlahan betul itu, Nashriq Hamzah berdehem dan menarik nafas.
" Nuhaiza Hanan Binti Nadhir "
Nuhaiza Hanan duduk dengan tegak dengan mata yang terbuka luas apabila mendengar suara Nashriq Hamzah yang garau itu menyeru nama panjangnya, dia menoleh melihat muka abangnya lalu turun dari katil.
" thank you for your service, I will let you know if I need your service again " gurau Nashriq Hamzah berbisik, Nuhaiza Hanan mencebik dan tabik hormat dihadapan Nashriq Hamzah
" baik Tuan " Nuhaiza Hanan mengambil kunci bilik hotelnya yang berada diatas meja dan berjalan keluar lalu menutup pintu.
Nashriq Hamzah membuka jaket kulitnya lalu dilempar atas lantai " first time aku satu katil dengan dia ni " gumam Nashriq Hamzah meregangkan ototnya lalu dengan perlahan naik atas katil
" masyaallah nikmat apa lagi kau dustakan Nashriq Hamzah " gumamnya.
Nashriq Hamzah baring menghadap isterinya dan menongkat kepalanya " dari jauh comel dari dekat lagi comel ni kalau dekat lagi confirm cutenya overload " kata Nashriq Hamzah pada dirinya sendiri.
Matanya meliar melihat isterinya yang tenang di ulit mimpi, dia tidak boleh tidur sebab matanya kembali segar melihat isterinya.
Share this novel