BAB 17

Romance Series 24962

Seusai solat isyak Nashriq Hamzah duduk diatas sejadah tak tahu mengapa apa yang dikatakan Thaqid tadi menganggu fikiran, bukan dia tidak percaya cuma sepanjang mereka duduk serumah belum pernah dia menyentuh Seroja Amaya sebab dia tahu isterinya belum sedia untuk kearah itu.

Seroja Amaya yang menjadi makmum hanya melihat Nashriq Hamzah dari belakang, lelaki itu semenjak mengambil dia ditempat kerja sampai sekarang hanya diam langsung tidak bercakap dengan dia, adakah sebab Thaqid tadi yang muncul tiba-tiba?

" Abang.... kenapa dari tadi senyap je? " tanya Seroja Amaya risau pula ada terjadi sesuatu semasa dia dan Tengku Irdina Dilaila meninggalkan mereka tadi, Nashriq Hamzah membalikkan badan dan menarik Seroja Amaya mendekati dia

" abang penat sikit hari ni, macam mana kerja tadi ok? Thaqid ada ganggu Maya ke? " tanya Nashriq Hamzah mengusap kepala isterinya yang masih berbalut telekung.

Seroja Amaya menggeleng, Nashriq Hamzah menepuk pehanya menandakan dia mahu gadis itu baring dipangkuannya, sudah menjadi rutin lelaki itu mengarahkan isterinya baring diatas pangkuan selepas solat dan Seroja Amaya hanya mengikut tanpa bantah.

Seroja Amaya memandang Nashriq Hamzah yang memandang lurus sambil mengusap kepalanya " abang Thaqid ada cakap apa-apa ke? " tanya Seroja Amaya dia pasti lelaki itu pasti ada mengatakan sesuatu " Maya.... " Nashriq Hamzah menunduk memandang wajah polos isterinya itu.

Seroja Amaya senyum dan mengangkat keningnya " kenapa abang? " tanya Seroja Amaya sambil mengusap lembut pipi Nashriq Hamzah dia begitu selesa hidup dengan lelaki itu, selesa sampai dia tak takut kalau Thaqid akan sakiti dia, sebab dia tahu Nashriq Hamzah iaitu suaminya akan melindungi dia.

Nashriq Hamzah diam seperti ada benda yang menghalang dia dari terus bertanya, sebaliknya dia menukar soalan tersebut " bila abang boleh tidur sebilik dengan Maya? " tanya Nashriq Hamzah membuatkan Seroja Amaya berhenti dari mengusap pipi Nashriq Hamzah.

Seroja Amaya tahu lambat atau cepat suaminya itu akan bertanya berkenaan hal itu tambah lagi dia memang sepatutnya dari awal lagi memberi cuma dia saja yang belum bersedia, ruangan itu sepi ketika Seroja Amaya tidak tahu mahu memberi jawapan apa, ketika Nashriq Hamzah menunggu jawapan dari sang isteri.

Nashriq Hamzah ketawa kecil melihat muka Seroja Amaya yang membeku walaupun sebenarnya jauh disudut hati dia terkilan bila Seroja Amaya masih tak memberi jawapan walaupun mereka hampir lama menjadi pasangan suami isteri.

" abang gurau je, dah jangan fikir jom makan abang lapar lah " Seroja Amaya bangun dari terus baring dipangkuan Nashriq Hamzah dan melihat lelaki itu melipatkan sejadah mereka berdua lalu digantung atas penggantung, Nashriq Hamzah melepaskan songkoknya dan diletak atas meja solek lalu keluar tanpa menunggu Seroja Amaya.

Seroja Amaya bangun dan membuka telekungnya dia tahu pasti Thaqid ada mengatakan sesuatu sampai suaminya berkelakuan begitu, Seroja Amaya tidak mahu fikir panjang keluar dari bilik dan berjalan kedapur kelihatan Nashriq Hamzah yang sudah menyenduk nasi dan lauk ke atas pinggan.

" terima kasih abang " ucap Seroja Amaya duduk disamping Nashriq Hamzah mereka berdua menadah tangan untuk membaca doa makan setelah selesai Seroja Amaya melihat hanya pinggan dia yang berisi " abang nak Maya suap abang eh? " tanya Seroja Amaya yang baru hendak menggaul lauk dengan nasi tetapi dihalang oleh Nashriq Hamzah.

" harini abang rasa nak suap isteri abang lah boleh kan? " Nashriq Hamzah mengambil pinggan lalu menggaul nasi dan lauk menggunakan tangan kanan, orang tua cakap kalau suap tangan guna tangan nanti rasa sayang tu makin banyak, Seroja Amaya senyum dan membuka mulutnya apabila Nashriq Hamzah menyua nasi ke dalam mulutnya.

Nashriq Hamzah bahagia bila melihat Seroja Amaya yang suka makan lauk masakannya, tetapi sekarang fikiran dan hatinya serabut hanya disebabkan Thaqid dia harus mencari jawapan itu sendiri, dia tidak kisah kalau benar apa yang dikatakan Thaqid sebab cinta dia memang tulus untuk Seroja Amaya tapi dia takkan tipu hati dia akan hancur kalau apa yang dikatakan Thaqid benar belaka.

Tetapi dia lebih mempercayai Seroja Amaya dan dia tahu isterinya itu tidak tergamak akan melakukan hal itu.

Nashriq Hamzah tidak henti menyuap Seroja Amaya " abang pun kena makan lah takkan nak suap Maya je " Seroja Amaya mengambil pinggan dari tangan Nashriq Hamzah dan menyuap ke dalam mulut Nashriq Hamzah " suami Maya mesti penatkan kerja tadi sampai lengan luka tu " Seroja Amaya menyuap lagi ke dalam mulut suaminya, Nashriq Hamzah hanya diam dan mengunyah.

" tak pernah sekalipun Maya rasa tak selamat tinggal dengan abang, abang selalu larang Maya buat kerja rumah, abang ni baik sangat dekat Maya " luah Seroja Amaya dan sambung lagi menyuap suaminya apabila Nashriq Hamzah membuka mulut mahu lagi disuap.

" sepatutnya Maya yang buat semua benda tu, Maya yang sepatutnya basuh pakaian abang.. bukan abang yang basuh pakaian Maya " Nashriq Hamzah senyum kecil dan mengusap kepala isterinya itu.

Bagi Nashriq Hamzah dia tidak perlu langsung berkira membantu Seroja Amaya dengan hal macam tu, bagi dia tugas Seroja Amaya hanya perlu ada disamping dia sepanjang waktu sudah cukup bagi dia.

THAQID tidak henti daripada terus meneguk alkohol dia betul berdendam dengan Nashriq Hamzah sekarang, dia mahu Seroja Amaya balik dia tahu tiada perempuan mana mampu memberi cinta setulus Seroja Amaya, dia yakin kekasihnya itu masih mencintai dia sampai saat ini mana mungkin Seroja Amaya boleh melupakan dia setelah sekian lama mereka bersama.

" Seroja sayang..... " Thaqid sudah hilang dari kewarasannya akibat meminum terlalu banyak alkohol bagi dia Seroja Amaya akan tetap jadi milik, salah Nashriq Hamzah dia tak dapat kahwin dengan Seroja maya pada hari itu

" frust nonggeng ke tu? " ejek Qamalia yang melihat Thaqid sudah mabuk teruk.

Thaqid tidak mengendahkan kehadiran Qamalia itu sekarang dia lebih memikirkan bagaimana harus Seroja Amaya kembali jadi milik dia, Qamalia buat rolling eyes dan mengurut lembut bahu Thaqid.

" you.... apa kata you rileks je malam ni okey? " bisikan Qamalia yang lembut bak sutera itu membuat Thaqid menoleh dan memandang Qamalia.

Matanya menilik habis tubuh Qamalia yang seksi itu ditambah lagi dress ketat yang mengikut bentuk badan Qamalia mampu membuat pandangan lelaki tidak lepas dari dia, Thaqid mengusap rambut Qamalia dan menatap dia dengan mata kuyu.

Qamalia tersenyum manja apabila Thaqid memeluk erat pinggangnya " macam tu lah... don't worry I ada untuk you " tambah Qamalia yang baru hendak mengucup leher Thaqid tetapi ada seseorang menarik tangannya dengan kasar.

" shit! wha- " Qamalia yang berang tadi terhenti apabila melihat wajah lelaki yang dia kenali itu dengan bantuan cahaya lampu kelab malam tersebut.

" Mikhael? " teka Qamalia sambil memandang Yusuf Mikhael yang memberikan riak wajah biasa, ini kali kedua mereka bertemu.

Yusuf Mikhael tidak mengendahkan Qamalia malah memandang Thaqid yang sudah serupa orang gila menyebut nama Seroja Amaya tanpa henti.

" you datang cari I ke? " tanya Qamalia dengan senyuman bahagia dan ingin memeluk pinggang Yusuf Mikhael namun cepat lelaki itu menolak.

" berapa aku kena bayar kau untuk satu malam? " tanya Yusuf Mikhael sambil mengeluarkan dompet dari poket seluarnya, tidak tahu mengapa Qamalia berasa terhina apabila ditanya begitu padahal itu memang pekerjaan sehari dia

" i'm asking you " Qamalia mendongak memandang Yusuf Mikhael pertama kali dalam hidup dia rasa malu.

Padahal dia sudah biasa malah menggoda lagi lelaki tanpa ada rasa malu, Qamalia tidak membalas malah mahu meninggalkan tempat itu sekarang, Yusuf Mikhael yang melihat pantas menarik lengan Qamalia dia mahu membawa Qamalia keluar.

" eh! you kenapa tarik I ni?! let me go! " siapa saja tidak marah bila orang main tarik mcam tu saja tanpa ada sebab, tangan Qamalia tak henti memukul lengan sasa Yusuf Mikhael namun lelaki itu masih memegang kuat lengannya sampai lah mereka berada di luar kelab malam tersebut.

" aku bayar kau untuk satu malam " ujar Yusuf Mikhael matanya menilik wajah Qamalia baru pertama kali dia dapat melihat wajah Qamalia dengan jelas dengan bantuan cahaya diluar.

" no, you boleh cari orang lain " tolak Qamalia sambil dalam hati sebab memaki, dia fikit lelaki ini tidak sama macam lelaki lain yang suka melanggan perempuan, ternyata sama saja.

" what if I say I want you " Yusuf Mikhael menarik wajah Qamalia untuk memandang dia.

" do I care about that? "

Balas Qamalia sinis tetapi dalam hatinya yang tadi memaki berubah menjadi memuji keindahan wajah Yusuf Mikhael yang senyum kepadanya " I'll take it as a yes " sekali lagi dia menarik Qamalia menuju kearah keretanya pula.

Seroja Amaya berdiri lama dihadapan pintu bilik Nashriq Hamzah yang sudah tertutup rapat berfikir balik berkenaan keputusannya

" alah takpe tidur sekatil je bukan buat apa pun " gumam Seroja Amaya dan mengetuk bilik Nashriq Hamzah tidak menunggu lama pintu tersebut sudah terbuka.

" ya Maya renja- eh ganas-ganas nak pergi mana! "

Terkejut Nashriq Hamzah apabila isterinya itu menarik dia masuk ke dalam bilik tidur utama, Seroja Amaya mengunci pintu dan berlari duduk diatas katil malu pula dia kalau dia mengajak baik dia heret je.

Nashriq Hamzah berdiri di tepi pintu tidak faham dengan perbuatan Seroja Amaya.

" Maya kenapa? " tanya Nashriq Hamzah pelik dengan perilaku isterinya, Seroja Amaya menggaru lehernya lalu menepuk katil tersebut tanda dia mahu lelaki itu duduk disebelahnya.

Nashriq Hamzah menepuk dahinya dan ketawa apabila mengetahui niat sebenar Seroja Amaya dia berjalan mendekati Seroja Amaya dan duduk disamping Seroja Amaya.

" Maya nak abang dodoi ya? " tanya Nashriq Hamzah lalu mencubit kedua pipi Seroja Amaya geram pula dia dengan isterinya comel.

" Maya nak tidur dengan abang malam ni, esok, esok nya lagi sampaiiiiiii esoknya lagi "

Ujar Seroja Amaya memeluk leher Nashriq Hamzah dan mencium pipi Nashriq Hamzah membuatkan lelaki itu kaku seketika dengan perubahan drastik Seroja Amaya.

" Maya... abang ok je kalau Maya masih tak ready " Nashriq Hamzah memeluk erat tubuh Seroja Amaya sesekali hidungnya menghirup wangian rambut Seroja Amaya yang menenangkan dia.

" tapi Maya dah ready dah, abang tak nak eh tidur sebilik dengan Maya? " Nashriq Hamzah menolak dagu Seroja Amaya keatas agar dapat dia melihat wajah isterinya itu.

" siapa cakap? abang cuma tak nak renjana abang ni buat sesuatu sebab terpaksa, apa yang kita lakukan tu kena lah kita buat dengan ikhlas... "

Lembut dia berkata dan mengucup lembut dahi Seroja Amaya " sebab Maya ikhlas lah Maya suruh abang tidur sini, penat Maya tarik abang tau masuk ingat badan abang ni tak berat ke? " Seroja Amaya tidak henti melukis bulatan di dada bidang Nashriq Hamzah dengan jari telunjuknya.

" abang... Thaqid cakap apa dekat abang cuba jujur dengan Maya " tanya Seroja Amaya, Nashriq Hamzah senyum kecil dan membaringkan tubuh badannya diatas katil tersebut lalu menyuruh isterinya baring diatas lengan miliknya, Seroja Amaya hanya menurut.

" Sebelum abang bagitahu... Maya kena tahu yang abang lebih percayakan Maya daripada mulut orang "

Seroja Amaya mendongak matanya meliar melihat wajah Nashriq Hamzah dan mengangguk " Thaqid cakap Ma- Maya.... " macam tak terlepas pula perkataan itu keluar dari mulutnya.

" Maya apa? " tanya Seroja Amaya sambil mencubit dada Nashriq Hamzah tak suka dia bila suaminya sengaja memancing dia

" Maya tak su...ci "

perlahan saja Nashriq Hamzah berkata, Seroja Amaya diam tersentak apabila mengetahui apa yang telah Thaqid katakan pada Nashriq Hamzah.

Nashriq Hamzah hanya diam memberikan isterinya waktu, dia tidak mahu memaksa gadis itu memberikan jawapan sekarang.

" Maya tak tipu, masa Maya bercinta dengan dia Maya tak jaga batas dengan dia " jujur Seroja Amaya membuatkan Nashriq Hamzah hanya mampu berdiam.

" tapi Maya sumpah, kami tak pernah pun buat benda yang macam pasangan suami isteri buat tu, Maya berani bersumpah " Seroja Amaya mengangkat tangan kanannya mahu meyakinkan suaminya itu dia risau kalau Nashriq Hamzah tidak percaya kepada dia.

Nashriq Hamzah menarik tangan kanan isterinya itu lalu diletakkan ke dadanya.

" abang kan dah cakap yang abang percaya Maya tak perlu bersumpah bagai " Seroja Amaya menggeleng laju.

" abang Maya sumpah yang Maya tak pernah buat apa-apa dengan Thaqid " mahu menangis pula dia, sampai hati Thaqid memfitnah dia begitu, padahal mereka hanya setakat berpegang tangan saja dulu.

" iya Maya renjana abang " pujuk Nashriq Hamzah dan mengusap lembut pipi Seroja Amaya cukup lah dia percaya dengan gadis itu, selebihnya betul atau tidak dia serahkan kepada yang lebih berkuasa siapa lah dia mahu menghukum Seroja Amaya yang manusia biasa itu, dia sendiri pun manusia yang sering melakukan kesilapan.

" Maya boleh buktikan dekat abang " Seroja Amaya bangun dari pembaringan memandang Nashriq Hamzah dengan dada yang berombak, dia kena berani tak boleh takut.

Nashriq Hamzah yang tahu maksud Seroja Amaya turut duduk dan menggeleng.

" abang dah cakap dekat Maya abang percaya tak perlu pun nak buktikan, Maya ta- "

Bagai mimpi yang menjadi kenyataan, lembut bibir isterinya bersatu dengan miliknya bagaikan waktu terhenti begitu juga degupan jantungnya dengan tindakan drastik Seroja Amaya.

Terkedu dia apabila sang isteri dengan beraninya mencium lembut bibirnya itu, Nashriq Hamzah terkaku tidak tahu mahu membuat apa semua terjadi dengan begitu cepat.

" a-abang taknak Maya ke? " bisik Seroja Amaya walaupun Nashriq Hamzah dapat rasakan isterinya itu sedang malu kepada dia sekarang.

Nashriq Hamzah memandang tepat kedalam anak mata isteri sebelum matanya menjalar menilik setiap inci wajah Seroja Amaya sebelum matanya terhenti di bibir Seroja Amaya.

Tidak salahkan kalau dia mencium bibir isterinya itu? iya memang tidak dan itu apa yang sepatut mereka lakukan sejak awal lagi, tetapi cinta Nashriq Hamzah kepada Seroja Amaya bukan atas sebab nafsunya tetapi dia mencintai gadis itu tulus.

Nashriq Hamzah ketawa kecil tidak dia sangka bahawa akhirnya dia akan membaca doa itu sekarang walhal dia sempat berfikir yang dia tak akan pernah membaca doa itu dalam secepat yang mungkin.

" Maya sebelum kita lanjutkan kita kena baca doa dulu " Nashriq Hamzah menadahkan tangan Seroja Amaya mengetapkan bibir dan hanya mengikut.

Nashriq Hamzah membaca doa malam pertama yang seharusnya dia baca sejak awalnya lagi.

' Dengan menyebut nama Allah SWT, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan lah syaitan dari apa yang engkau rezekikan untuk kami'

Nashriq Hamzah memeluk pinggang isteri seusai membaca doa tersebut.

Nashriq Hamzah menolak rambut Seroja Amaya ke belakang dan mendekati telinga isterinya itu.

" Assalamualaikum... abang nak minta izin dulu dengan isteri abang boleh kan? " bisiknya, Seroja Amaya dapat rasakan degupan jantung suaminya apalagi deruan nafas yang berat terkena dilehernya.

Seroja Amaya mengangguk malu, setelah lama mereka duduk bersama akhirnya malam ini Seroja Amaya rasmi menjadi hak milik Nashriq Hamzah seutuhnya.

Baher Nuhaim duduk di ruang tamu sambil membelai kucing kesayangannya yang bernama Anje terlena dipangkuan dan ketawa kecil bila Anje bergerak sedikit, hari sudah lewat dia seharusnya tidur sekarang tetapi disebabkan terlebih minum kopi dia terjaga.

" Anje agak-agaknya sampai bila lah kita berdua single ni? " tanya Baher Nuhaim walaupun dia tahu Anje tidak akan menjawab, tetapi kalau tiba-tiba kucingnya menjawab memang terus lari dia keluar dari rumah takut.

Tangan Baher Nuhaim terus mengelus sehingga fikirannya melayang teringat zaman dia sekolah menengah dahulu ketika bertemu dengan Nashriq Hamzah.

FLASHBACK

Baher Nuhaim berdiri melihat kantin sekolah yang sesak, pelajar-pelajar yang saling tolak menolak mahu membeli makanan membuat dia takut untuk menyelit, Nashriq Hamzah yang pengawas bertugas di bahagian kantin melihat Baher Nuhaim hanya berdiri.

" aku pergi sana kejap " ujar Nashriq Hamzah memberitahu pengawas lelaki yang bertugas dengan dia lalu mendekati Baher Nuhaim.

" adik kenapa? " tanya Nashriq Hamzah membuat Baher Nuhaim menoleh melihat abang pengawas yang tinggi sedikit dari dia.

" adik tingkatan berapa? " tanya Nashriq Hamzah bila melihat Baher Nuhaim seperti takut melihat dia " tingkatan 1 " jawab Baher Nuhaim yang mahu berlalu pergi tetapi di halang oleh Nashriq Hamzah.

" abang form 2, adik mesti takut nak beli makanan kan? "

Baher Nuhaim yang polos mengangguk perlahan " takpe abang bantu " Nashriq Hamzah memandang sekitar kantin dan tersenyum melihat kearah tiga orang sosok yang rancak berbual sambil menjamah makanan.

Baher Nuhaim hanya ikut Nashriq Hamzah yang menarik dia entah ke mana takut mahu membantah.

" adik siapa kau heret ni? " tegur Hud Zulkarnain berkerut dahi melihat Nashriq Hamzah mengheret kearah mereka.

Nashriq Hamzah hanya senyum sambil menyuruh Jibrael Umayr memberi ruang untuk Baher Nuhaim duduk.

" tak tahu aku jumpa dia berdiri kat tengah kantin tadi, nama apa dik? " tanya Nashriq Hamzah memandang Baher Nuhaim.

Mata Baher Nuhaim berkelip-kelip memandang kearah mereka berempat dengan wajah ketakutan, lagi-lagi lelaki yang berada dihadapannya memandang dia dengan pandangan gerun

" B- Baher Nuhaim " beritahu Baher Nuhaim bermain dengan jarinya.

" alamak nama dia unik sekali ebribadehh, nama aku Jibrael Umayr yang abang pengawas duk heret kau macam guni ni Nashriq Hamzah " Hilang sudah gerun Baher Nuhaim melihat Jibrael Umayr yang ramah dan mengangguk.

" eh aku nak belikan dia makanan dulu " Nashriq Hamzah berlari mahu membelikan Baher Nuhaim makanan.

" yang duduk dekat depan kau ni nama dia Zubayr Ali " Baher Nuhaim senyum kekok bila mengetahui yang duduk dihadapan dengan pandangan gerun bernama Zubayr Ali.

" sebelah dia ni pula Hud Zulkarnain " Baher Nuhaim memandang Hud Zulkarnain yang memakai baju panjang lengan senyum kecil memandang dia, Baher Nuhaim membalas senyuman Hud Zulkarnain.

" wuish manis lah senyuman budak ni " puji Hud Zulkarnain suka melihat Baher Nuhaim senyum.

Terus teringat dia dekat Yusuf Mikhael yang selalu senyum dihadapannya, Baher Nuhaim menunduk malu dipuji.

" eeeee dia malu lah Hud " usik Jibrael Umayr yang lucu melihat Baher Nuhaim tunduk malu lepas dipuji oleh Hud Zulkarnain.

Zubayr Ali hanya menongkat dagu dan memandang sekeliling, keluhan terlepas dibibir Zubayr Ali menarik perhatian Hud Zulkarnain, manakala Jibrael Umayr pula rancak berkenalan dengan Baher Nuhaim maklumlah anak tunggal mahu merasa ada adik lelaki.

" tu ha " Zubayr Ali menjuih bibir kearah Nashriq Hamzah yang berjala kearah mereka sambil tangan kiri memegang tapau manakala tangan kanan memimpin tangan pelajar lelaki yang menangis kearah mereka

" dia ni nak buka taska ke semua budak dia nak heret " bebel Hud Zulkarnain.

" adik jangan lah nangis ni ada abang-abang kat sini " pujuk Nashriq Hamzah meletakkan tapau diatas meja dihadapan Baher Nuhaim

" na- nak balik! " rengek pelajar lelaki itu kuat, mata Baher Nuhaim memandang dan menutup mulut menahan ketawa.

Nashriq Hamzah melihat tanda nama pelajar tingkatan satu yang menangis lalu memeluk

" Qayyum jangan nangis, nanti orang ejek Qayyum macam mana? " pujuk Nashriq Hamzah mengusap kepala Qayyum Lufthi yang turut memeluk Nashriq Hamzah.

Jibrael Umayr dengan Hud Zulkarnain sudah ketawa " ayoyoyo anak manja windu rumah ya? " usik Jibrael Umayr membuat tangisan Qayyum Lufthi semakin kuat, semua mata tertuju kearah mereka.

" Jibrael " tegur Zubayr Ali membuat Jibrael Umayr mencebik.

Nashriq Hamzah mencangkung dan mengusap airmata Qayyum Lufthi

" Ayyum nak balik sekolah tak best " ujar Qayyum Lufthi yang sudah berhenti menangis memandang Nashriq Hamzah " tak boleh balik lagi, ni haa ada kawan ni " Nashriq Hamzah memandang Baher Nuhaim.

Baher Nuhaim melambai dengan penuh tenaga dan senyum lebar kepada Qayyum Lufthi

" saya satu kelas dengan awak! " sapa Baher Nuhaim dia kenal Qayyum Lufthi yang selalu menangis dalam kelas mahu pulang ke rumah.

Nashriq Hamzah bangun dari mencangkung " aku kena pergi bertugas dulu ni, tolong tengokkan diorang " ujar Nashriq Hamzah memandang sahabat-sahabatnya.

" yelah pergi sana " halau Hud Zulkarnain lebih baik Nashriq Hamzah sibuk bertugas.

Bukan apa Hud Zulkarnain risau saja kalau Nashriq Hamzah entah dari mana lagi mengheret budak duduk dengan mereka, Qayyum Lufthi yang mengenali Baher Nuhaim senyum lebar dan duduk disamping Baher Nuhaim.

" cengeng betul " gumam Zubayr Ali tetapi dapat didengari oleh Qayyum Lufthi. Qayyum Lufthi memandang Zubayr Ali dengan bibir sudah melengkung ke bawah dengan mata berair.

" eee! Ali kau minta maaf sekarang tengok nak nangis dah anak orang " tegur Hud Zulkarnain menolak kuat bahu Zubayr Ali.

" apa! betul lah dia ni cengeng " akhirnya menangis kembali Qayyum Lufthi tidak menghiraukan pandangan mata.

Nashriq Hamzah hanya melihat dari kejauhan melihat mereka berempat mencuba memujuk Qayyum Lufthi dengan senyuman kecil.

ENDFLASHBACK

Baher Nuhaim ketawa kecil dengan Qayyum Lufthi yang dulu berbeza dengan sekarang, kucingnya diletak atas sofa perlahan bila merasakan matanya mahu tertutup sempat dia mencium Anje sebelum masuk ke dalam bilik.

- kata orang cinta boleh diungkap dengan kata-kata
tapi kena bibir ini tidak mampu mengungkap?
kerana aku mencintai kau tanpa sebab
dan tanpa sebab aku hanyut saat melihat senyuman kau ukirkan
dan tanpa alasan aku mencintai kau dalam diam - N.S

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience