BAB 18

Romance Series 24962

" Abang! " kejut Seroja Amaya memeluk pinggang Nashriq Hamzah dari belakang lelaki itu hanya tersenyum lebar dia sudah sedar kehadiran isterinya itu

" kekasih dunia akhirat abang ni dah siap? " tanya Nashriq Hamzah sambil memindahkan nasi goreng yang sudah siap ke dalam mangkuk.

Seroja Amaya hanya membalas dengan angguk dia menekup wajahnya di belakang badan Nashriq Hamzah dia suka bau badan suaminya itu.

Nashriq Hamzah berjalan kearah meja makan namun Seroja Amaya masih tidak melepaskan pelukan tersebut malah mengikuti saja langkah suaminya.

Nashriq Hamzah hanya membiarkan dia suka lagi kalau Seroja Amaya melekat dengan dia.

" Maya nak kopi ke teh? " tanya Nashriq Hamzah membuka kabinet menunggu jawapan isterinya.

" nak abang " jawab Seroja Amaya yang masih menekup wajahnya dibadan Nashriq Hamzah, dia ketawa kecil dan memegang memegang hujung kabinet dengan kedua tangannya.

" Maya nak apa? " tanya Nashriq Hamzah sekali lagi dia mahu mengusik isterinya yang berani itu.

" nak abang... " peningkatan yang amat memberangsangkan Nashriq Hamzah " serius nak abang ni? abang ok je " bergurau lagi bebetul dia bagi kang menangis dia.

" haah Maya nak gigit abang lagi " terkedu Nashriq Hamzah berani betul ni sampai dia tak mampu nak bercakap apa dia dah buat dekat Seroja Amaya sampai isterinya itu makin berani.

" eleh tahu pun takut Maya gigit, tepi biar Maya buat air " Seroja Amaya menolak ketepi tubuh badan suaminya yang masih terkaku.

Tangan Seroja Amaya lincah membuat teh hangat untuk dia dan Nashriq Hamzah, semasa Seroja Amaya menggoncang teh hangat tersebut Nashriq Hamzah dari belakang merapatkan tubuhnya dan memegang hujung kaunter diantara kedua pinggang isterinya itu.

Sekarang Seroja Amaya pula yang terkaku " siapa cakap Nashriq Hamzah takut? " bisik suaminya sambil hidung lelaki itu menghidu bau wangi dileher isterinya.

" ke.... " Nashriq Hamzah berjeda seketika.

" Maya yang nak abang gigit Maya?

mahu menangis Seroja Amaya mendengar cukup lah semalam jangan ditambah lagi.

Nashriq Hamzah mengucup pipi isterinya itu dan senyum " eleh tahu pun takut kena gigit " ejek Nashriq Hamzah dan mengambil kedua gelas yang berisi teh hangat buatan isterinya lalu diletakkan diatas meja makan.

" Seroja Amaya... renjana abang sini makan, nanti lewat pula pergi kerja " panggil Nashriq Hamzah melihat isterinya masih berdiri diposisi yang sama.

NASHRIQ Hamzah memandang tekun sasaran dihadapannya dengan pistol yang selari dengan bahu. Peluru demi peluru dilepaskan, begitu juga Zubayr Ali.

" senyum lebar nampak Hans "

Tegur Zubayr Ali, semenjak sahabat itu datang hingga sekarang tersengih-sengih saja.

Nak dikatakan angau dari dulu lagi Nashriq Hamzah memang angau tapi tidak sampai macam ni.

Nashriq Hamzah ketawa kecil sambil mengisi kembali peluru

" serius kau nak tahu? " tanya Nashriq Hamzah memandang Zubayr Ali dengan senyum menyeringai, Zubayr Ali mengerut dahi hanya mengangguk.

Nashriq Hamzah meletakkan pistol diatas meja dan mendekati Zubayr Ali sambil perlahan menarik kolar bajunya ke bawah sedikit. Zubayr Ali mengecilkan matanya melihat kesan merah di tulang selengka.

" kena gigit nyamuk pun happy ke? "

Meletus ketawa Nashriq Hamzah mendengar soalan polos Zubayr Ali, anggota lain yang turut berada di sana hanya fokus dengan latihan menembak mereka. Zubayr Ali hanya mengerut dahi tidak faham apa yang lawak.

" polos sangat kau ni Ali... betul lah tu nyamuk gigit pun aku happy, tapi nyamuk ni dia lain sikit Ali, kalau boleh hari-hari aku nak kena gigit "

" gila ke? nak kena penyakit denggi ke? " Mahu saja dia memeriksa otak sahabatnya itu, orang lain tak mahu kena gigit nyamuk tetapi Nashriq Hamzah lain pula.

" malam-malam bini jadi vampire ke? " sampuk Fayez Affan yang baru tiba dilapangan menembak.

Matanya terus tertuju kearah leher Nashriq Hamzah dia tahu kesan merah itu dari mana, senyum nakal dilemparkan oleh Nashriq Hamzah.

" bila pulak bini si Hans jadi vampire ni? "

Nashriq Hamzah menarik nafas panjang memandang Zubayr Ali masih tidak faham, Fayez Affan pula menahan ketawa, tidak sangka Zubayr Ali begitu polos.

" lupakan jelah Ali, nanti kahwin kau tahu ah maksud aku " Nashriq Hamzah kembali ke posisi, malas mahu menerangkan kepada Zubayr Ali.

SEROJA Amaya tertawa kecil mendengar Tengku Irdina Dilaila yang membebel semasa mereka berdua berjalan menuju kearah kereta diparkir " jual mahal sangat kawan Husb- hey! "

Tengku Irdina Dilaila cepat menepis tangan Thaqid yang hendak menarik Seroja Amaya dari belakang, tersentak Seroja Amaya bila melihat kelibat Thaqid dan mengeluh perlahan.

Penat hari-hari kena hadap Thaqid yang tak henti mahu bertemu dengannya.

Thaqid memandang Seroja Amaya dengan muka simpati, Tengku Irdina Dilaila pula mahu menarik Seroja Amaya menjauhi lelaki itu tetapi ditepis sopan olehnya

" sokey Tengku saya ada benda nak cakap dekat dia, Tengku masuk lah dulu "

Ragu-ragu Tengku Irdina Dilaila mahu meninggalkan Seroja Amaya dengan Thaqid, tetapi dengan keluhan besar dia memandang Thaqid

" you ada buat benda tak elok dengan dia siap! " berbaur amaran, Thaqid tidak endahkan malah tersenyum gembira bila Seroja Amaya akhirnya mahu bercakap dengan dia.

" sayang... " Tangan Thaqid mahu menarik lengan Seroja Amaya tetapi dia berundur kebelakang mengelak.

" macam ni lah Thaqid , aku dah takde apa-apa perasaan dengan kau " tanpa ada berkias terus dikatakan, dia berharap lelaki itu sudah tidak mengganggu dia.

Thaqid tergamam bila mendengar " tapi Seroja, awak dah lupa ke dulu kenangan kita? " kecewa Thaqid bila merasakan Seroja Amaya begitu cepat melupakan dia padahal mereka dari tingkatan 2 lagi sudah bersama, walaupun permasalahan ini berpunca dari dia.

" kenangan tu ada Thaqid, tapi rasa tu dah takde " tegas Seroja Amaya berkata dengan pandangan berani memandang Thaqid, dia yakin Thaqid sudah lagi tidak duduk dihatinya sekarang tetapi Nashriq Hamzah.

Nashriq Hamzah lelaki yang dia cintai sekarang.

Terkebil Thaqid mendengar tiba-tiba amarahnya membuak " kenapa senang sangat awak nak tinggalkan saya Seroja? " tanya Thaqid dengan nada sedikit tinggi mahu menggeretak Seroja Amaya, tetapi malangnya Seroja Amaya sikit pun tidak takut.

Kalau Thaqid berani mengapa-apakan dia, Tengku Irdina Dilaila ada memerhati kearah mereka dari dalam kereta

" kau cakap aku tinggalkan kau? " Seroja Amaya menapak selangkah dengan menyilang tangan ke dada, lupa gamaknya lelaki ini siapa yang tinggal siapa.

" kau yang tinggalkan aku Thaqid, masa akad tu kau ada ke? ibu kau datang dengan airmata palsu dia memohon maaf semua tu, tanpa sebab dan alasan kau tinggalkan aku macam tu "

datar suara Seroja Amaya dia tahu kalau tinggi suara dengan lelaki itu hanya akan menyakitkan tekak saja.

Terdiam Thaqid dengar, Seroja Amaya memandang jari manisnya dan ditayang tepat dihadapan wajah Thaqid dengan senyum manis.

" cantikkan? " Seroja Amaya dapat lihat rahang Thaqid yang bergerak memandang cincin yang tersarung dijari manisnya, Seroja Amaya menurunkan tangannya semula " suami aku yang sarungkan cincin ni " Thaqid tertawa sinis.

" cincin murah macam tu yang awak nak sarung dekat jari awak? " ejek Thaqid bila melihat rekaan cincin yang biasa saja tidak gah seperti cincin yang pernah dia belikan untuk kekasih-kekasih dia, dalam hati mengejek Nashriq Hamzah.

Terangkat kening Seroja Amaya dan membalas ketawa sinis itu

" cincin ni murah atau tak tu bukan masalah kau, tapi kasih sayang dia dekat aku tak murah Thaqid " ujar Seroja Amaya dengan gelengan kecil, tawa Thaqid mati bila mendengar.

" bahkan kasih sayang yang aku dapat sekarang ni lagi mahal daripada kasih sayang yang aku pernah dapat dari kau " Fakta yang tak dapat Seroja Amaya nafikan, terkadang dia membandingkan layanan Nashriq Hamzah dan Thaqid yang berbeza ketara.

Kasih sayang yang diberikan oleh Nashriq Hamzah dari hal kecil sehingga besar sentiasa membuat dia rasa dia lah wanita yang paling beruntung diatas muka bumi ini, bahkan Seroja Amaya yakin satu dalam seribu wanita akan dapat lelaki seperti Nashriq Hamzah.

Seroja Amaya menjeling tangan Thaqid yang menggenggam penumbuk sehingga terkeluar urat menunjukkan Thaqid sakit hati dengan apa dia katakan, biar lelaki itu sedar yang dia tidak kisah kalau Thaqid ada atau tidak asalkan Nashriq Hamzah ada.

Seroja Amaya tidak pernah menyesal mengenali lelaki sebaik Nashriq Hamzah, bagi dia lelaki itu layak di kunci dalam almari agar dia tidak perlu bersaing dengan perempuan lain untuk memilik dia

" I did give my heart to him now, not you... he knows how to treat me like a woman, like a queen.... " tambah Seroja Amaya.

" Seroja I also treat you a queen bef- "

" you are not... " Thaqid ketawa besar bila mendengar " awak dah lupa ke? tangan saya lah dulu ni yang awak selalu pegang Seroja " Ujar Thaqid mengejek.

" tu dulu tapi sekarang tak, aku dah malas nak tengok kelibat kau " tidak terasa pun dia dengan ejekan Thaqid.

Seroja Amaya berbalik badan tanpa menunggu jawapan dia berjalan menuju kearah kereta Tengku Irdina Dilaila, Thaqid melihat dan tersenyum sinis bila ingat sesuatu " sejak bila awak minat lelaki yang kerja jadi polis ni Seroja? "

Mati langkah Seroja Amaya, Thaqid memang tahu Seroja Amaya tidak suka yang lelaki bekerja dalam bidang polis, Thaqid mendekati Seroja Amaya lalu berhenti dibelakangnya dan menunduk sedikit wajahnya di telinga Seroja Amaya.

" awak dulu bukan main cakap tak suka lelaki kerja macam tu, but now you are married with so- "

Seroja Amaya menoleh dan menampar kuat pipi Thaqid " kau jangan nak buat cerita bukan-bukan, aku kenal Nashriq dan aku tahu dia kerja apa " marah Seroja Amaya bila Thaqid menuduh bukan-bukan tentang suaminya.

Thaqid mengusap pipinya yang berpijar selepas kena tamparan Seroja Amaya dan memandang kekasihnya itu dengan dahi berkerut, sudah jelas selama ini sangkaan dia bahawa Seroja Amaya tidak mengetahui pekerjaan Nashriq Hamzah.

Kalau tidak dia yakin seratus peratus Seroja Amaya akan memaksa lelaki itu menceraikan dia, dia ingat lagi betapa tidak sukanya dia lelaki bekerja melindungi negara siap melarang dia lagi " saya bukan buat cerita Seroja " tegas Thaqid.

Seroja Amaya bengang tak tunggu lama dia berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

" saya ada bukti Seroja! "

Jerit Thaqid sebelum Seroja Amaya masuk ke dalam kereta dan memandang kearah lain tidak mahu bertentang mata dengan Thaqid yang berdiri dihadapan kereta. Tengku Irdina Dilaila memandang Seroja Amaya yang berdiam.

" I dah nasihat you dah.. bagitahu Nash tapi you degil " ujar Tengku Irdina Dilaila tanpa teragak-agak mula memandu tidak kisah dengan Thaqid yang berdiri dihadapan, mujur saja lelaki itu cepat mengelak " BUTA KE! " Jerit Thaqid hampir saja dia kena langgar.

Thaqid meraup kasar rambutnya ke belakang.

Seroja Amaya hanya diam " kalau Nash tahu mesti dia marah " tambah Tengku Irdina Dilaila, dia bukan risau kalau suatu hari nanti Thaqid bertindak luar kawalan

" Tengku dah janjikan tak bagitahu suami saya? " Tengku Irdina Dilaila angguk, dia bukan seorang yang mungkir janji lagipun dia tiada hak mahu masuk campur.

Tidak tahu kenapa Seroja Amaya berfikir dengan apa yang dikatakan oleh Thaqid, tetapi langsung tiada tanda-tanda Nashriq Hamzah bekerja sebagai polis malahan dia tidak pernah nampak suaminya itu memakai uniform.

Thaqid sengaja membuat cerita begitu supaya dia meninggalkan suaminya, senyuman tipis muncul yang dia tahu sekarang dia percaya Nashriq Hamzah tidak akan sorok apa-apa dibelakangnya walhal benda kecil sekalipun.

Jibrael Umayr ketawa terbahak-bahak melihat reaksi terkejut Zubayr Ali buat pertama kali selepas menjelaskan makna Nashriq Hamzah berkaitan dengan 'nyamuk' dan 'vampire'

" seriously Ali? benda basic kot " masih ada sisa ketawa Jibrael Umayr sambil berkata mengejek Zubayr Ali kaku di tempat duduk.

" mana lah aku tahu " ujar Zubayr Ali jujur ada juga rasa malu sedikit.

" Ali kita ni dah besar malah layak jadi bapak orang dah takkan kau tak faham maksud Hans yang Seroja gi- "

Laju Zubayr Ali menutup mulut Jibrael Umayr bila tidak mahu lagi mendengar, rasa malu pula dia " dah lah Raef aku tak suka dengar " Jibrael Umayr menolak tangan Zubayr Ali dan ketawa kecil bila melihat telinga Zubayr Ali merah.

Telinga lelaki itu akan jadi merah bila malu dan dia tahu.

" tak suka dengar ke malu? " usik Jibrael Umayr membuatkan Zubayr Ali bangun dan berlalu meninggalkan sahabatnya yang mula sudah mengusik dirinya.

Zubayr Ali menggosok kedua telinganya yang masih merah, sisi lain Jibrael Umayr melihat kelakuan Zubayr Ali " polos sangat ni Ali, budak tingkatan 4 pun dah tahu benda tu " gumam Jibrael Umayr dan kembali kepada tugasnya.

sorry lama tak update sebab sibuk dengan study, btw enjoy hehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience