BAB 8

Romance Series 24962

Thaqid memandang skrin Iphone 11 miliknya yang terpampang gambar Seroja Amaya dengan mata yang berair " you ni kenapa tak move on dari dia? bukan you jugak ke yang kata dia tu cuma tempat you buang bosan " seorang gadis seksi memeluk bahu Thaqid dari belakang.

   " you buat apa kat sini ? " tanya Thaqid malas menolak tangan Qamalia dari terus memeluk dia.

    Qamalia ketawa sinis dan memandang sekeliling mereka sekarang berada dalam kelab jadi wajarlah kalau dia berada di situ " you ni jadi bodoh eh lepas dia kahwin dengan jantan lain? " ejek Qamalia duduk disamping Thaqid.

   Thaqid yang bengang memandang kearah Qamalia " you kalau jumpa I nak menyakitkan hati I baik you blah sekarang, stop wasting my time " marah Thaqid dan meneguk kasar alkohol, Qamalia hanya ketawa lucu dengan kelakuan Thaqid.

    " tu lah siapa suruh you lari time tu kan dah gila bayang " bisik Qamalia, Thaqid yang sabarnya sudah hilang menolak kasar Qamalia.

   " kau diam boleh tak! " Qamalia terkejut apabila tubuhnya sudah jatuh diatas lantai semua mata memandang kearah dia dan tertawa " hey! you yang bodoh tak ready konon nak berumahtangga " marah Qamalia bangun dan menolak kasar bahu Thaqid.

   " eh ni kau ni sekali aku lempang mati terus " marah Thaqid yang hendak menampar Qamalia " dengan perempuan pun kau nak angkat tangan ke? " satu tangan menolak tangan Thaqid menghalang dari menampar Qamalia.

   " mind your own business " menunding jari Thaqid kearah lelaki yang memakai topi hitam, lampu yang berada dalam kelab itu menghalang dia daripada mengenalpasti siapa lelaki yang menghalang dia.

   Qamalia pula berdiri dibelakang lelaki itu " business tak business jangan lah angkat tangan kat perempuan, tak gentle lah kau " Thaqid mendengus kasar dan berjalan keluar dari kelab malam itu, makin lama dia disana makin terbakar dia.

   Qamalia menyentuh tiga kali bahu lelaki itu dengan jari telunjuk " thanks selamatkan I dari orang gila tu, biasalah meroyankan bakal isteri tak jadi dia tu kahwin dengan lelaki lain " ujar Qamalia mendongak memandang lelaki itu.

   Qamalia terpegun apabila melihat lelaki kacak yang membantu dia tadi " Oh god... such a beautiful eyes... " puji Qamalia tanpa sedar, lelaki itu hanya senyum

    " thanks for the compliment miss " respon lelaki itu dan berura-ura hendak keluar namun Qamalia yang tidak mahu melepaskan peluang langsung menarik lengan lelaki itu.

   " at least tell me your name... you kinda my type actually " Qamalia meraba dada lelaki itu namun ditolak lembut " Mikhael... Yusuf Mikhael "

   Qamalia menghulurkan tangannya " ok Mikhael, I Qamalia " makin semangat Qamalia mahu mengenali Yusuf Mikhael " nice to meet you..but I gotta go now " Qamalia ketawa sinis tidak percaya lelaki itu tidak menyambut salamnya.

   " ingat hensem sangat lah tu " marah Qamalia yang memerhati Yusuf Mikhael yang sudah keluar sambil bermain dengan hujung rambutnya " hmm islamik sangat nama dia " gumam Qamalia dan ketawa kecil.

   " apahal kau lambat sangat kat dalam tu Yeop jangan cakap kat aku ka- " belum sempat Hud Zulkarnain habis bercakap Yusuf Mikhael sudah memotong.

   " astaghfirullahaladzim! tak baik tau tuduh aku yang hensem ni buat benda bukan-bukan " marah Yusuf Mikhael melepaskan topinya.

   Hud Zulkarnain senyum kambing " gurau sikit je... sorry eh " ucap Hud Zulkarnain memulakan pemanduan meninggalkan kelab malam tersebut.

    " aku jumpa bakal suami tak jadi Seroja kat dalam tadi " beritahu Yusuf Mikhael yang mengeluarkan Samsung Galaxy S23 Ultra dari poket seluar dia harus mewar-warkan berita ini dalam group whatsapp mereka sekarang.

   Hud Zulkarnain yang sudah masak dengan perangai Yusuf Mikhael suka membawa berita sensasi dalam group whatsapp hanya diam dan memandu, laju saja tangan lelaki itu menaip.

    " haa sudah lah kau dengan membawang tu, macam mana jumpa tak Ah meng? "  tanya Hud Zulkarnain mereka sekarang dalam misi menjejaki Ah meng yang dinyatakan salah satu penjenayah yang terlepas semasa dalam misi penangkapan pengganas hari itu.

   Yusuf Mikhael meletakkan telefon tersebut kembali dalam poket seluar " ni masalah dia aku rasa Ah meng tahu kita tengah jejak dia sekarang, dari tadi aku dalam tu tak jumpa dia sikit lagi aku ni terbuai dengan music dalam club tu " sempat juga dia selit gurauan dalam serius.

   " Dian dengan Riz macam mana? " Yusuf Mikhael bertanya berkenaan rakan mereka yang turut mencari Ah meng di kawasan lain.

   " takde info lagi dari diorang " ujar Hud Zulkarnain matanya tetap fokus memandu untuk menghantar Yusuf Mikhael ke rumah.

    " alang-alang tu tadi masa kat dalam ada awek puji aku " beritahu Yusuf Mikhael bangga kepada Hud Zulkarnain " oh yeke tu lah susah sangat kan jadi hensem ni " Hud Zulkarnain sebenarnya menyindir dia.

   " eleh dasar melayu dengki "

   " sorry aku ni ada darah arab mengalir dalam badan, jadi dengki tu kurang sikit " ujar Hud Zulkarnain dengan bangga

    Yusuf Mikhael mencebik " eleh aku pun ada kau tau apa " tak mahu dia Yusuf Mikhael mengalah.

   " memang lah sial abi kau tu adik ayah aku " marah Hud Zulkarnain lama-lama ada darah tinggi dia berbual dengan lelaki itu, Yusuf Mikhael hanya senyum kambing.

   " habibi jangan lah marah, ana cuma bergurau senda saja " Hud Zulkarnain brek mengejut setelah sampai dihadapan rumah Yusuf Mikhael menyebabkan lelaki itu terdorong ke hadapan.

   "banyak lah gurau kau, haa! dah banyak kali aku suruh pakai seatbelt kau degil taknak " kamu jangan Hud Zulkarnain tak main gurau-gurau lembut dia main kasar sikit contohnya sekarang.

   Yusuf Mikhael memandang tajam kearah Hud Zulkarnain kecil besar kecil besar je dia tengok lelaki itu sekarang.

    " habibi jangan lah marah, ana cuma bergurau senda saja " makin panas Yusuf Mikhael apabila Hud Zulkarnain mengulang kembali ayatnya tadi.

   Yusuf Mikhael keluar dari kereta dan menghempas kuat biar rosak kereta mahal Hud Zulkarnain.

   " amboi kau nak menjahanamkan harta aku pulak sekarang " marah Hud Zulkarnain yang menurunkan cermin kereta, Yusuf Mikhael hanya jalan buat tidak dengar dengan bebelan sepupunya itu.

   " kau nasib baik bapak kau adik bapak aku kalau tak menangis kau tak dapat bagi keturunan " Hud Zulkarnain menaikkan semula cermin kereta dan mengusap stereng kereta BMW miliknya.

     " maafkan abang sayang, abang tidak mampu melindungi kamu dari siksaan anak Mazdi marilah kita pulang ke syurga kita " tolong lah seseorang jadi isteri Hud Zulkarnain sekarang, risau saja lelaki itu sudah tiada selera dengan wanita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience