BAB 12

Romance Series 24962

Seroja Amaya berada di pantri mahu membuatkan kopi untuk Tengku Irdina Dilaila setelah selesai mesyuarat tadi.

     " hmm agaknya kenapa lah Thaqid tu tinggalkan dia " Seroja Amaya memejamkan matanya dia tahu itu Linda, perempuan itu mana pernah mahu berbaik dengan dia.

    " tu bukan masalah kau " ujar Seroja Amaya mengambil cawan tersebut dan menoleh memandang Linda yang bersandar di tepi peti sejuk.

     " jangan-jangan sebab kau ni curang kan belakang dia? " Seroja Amaya menahan amarahnya kalau ikut kan hati dia mahu saja menyiram wajah Linda yang berias tebal itu dengan kopi panas.

Seroja Amaya yang malas mahu melayan Linda mahu keluar dari pantri tersebut tetapi Linda tanpa sengaja melanggar bahu Seroja Amaya menyebabkan cawan yang dipegang Seroja Amaya terjatuh "ahhh! " tangan Seroja Amaya kesakitan akibat terkena kopi yang panas.

" kau ni dah kenapa?! " Seroja Amaya melihat cawan yang sudah pecah, kakinya juga turut terkena kopi panas tersebut, Linda ketawa mengejek.

     " tu baru sikit, kalau boleh muka kau sekali aku nak rosakkan " bisik Linda begitu dendam dengan Seroja Amaya.

    " aku pelik kenapa orang sayang sangat dekat kau? kau bagi nasi kangkang ke apa? " Seroja Amaya tak tunggu lama menampar kuat pipi Linda dan menunding jarinya tepat dimuka Linda yang terkejut.

    " kau jangan nak cakap aku macam tu, aku tak bodoh lagi nak buat benda keji tu " marah Seroja Amaya sambil menahan kesakitan, Linda memandang tidak puas hati.

     " kau ni memang sial lah! " Linda mengangkat tangannya mahu menampar Seroja Amaya.

Namun sebuah tangan menghalang perbuatan Linda " don't you dare... " Thaqid menggenggam kuat tangan Linda sehingga perempuan itu kesakitan.

    Seroja Amaya kaku melihat Thaqid dia terkejut bagaimana lelaki itu boleh berada di situ.

Linda memandang Thaqid dan Seroja Amaya silih ganti dan merentap tangannya lalu pergi dengan perasaan sakit hati.

     " sial! semua orang nak berpihak kat dia " marah Linda, Thaqid memandang tangan Seroja Amaya yang melecur mahu disentuh tapi Seroja Amaya sempat mengelak.

Seroja Amaya mencangkung lalu mengutip serpihan cawan yang pecah " kau buat apa kat sini? " tanya gadis itu dingin.

    Thaqid juga ikut menunduk mahu membantu gadis itu tapi Seroja Amaya menolak " saya cari awak lah Seroja " Lembut lelaki itu berkata.

    Seroja Amaya membuang serpihan tersebut dalam tong sampah lalu mengambil mop mahu membersihkan lantai tersebut " kau buat apa lagi cari aku? " Seroja Amaya langsung tidak memandang lelaki itu.

Thaqid diam sejenak melihat Seroja Amaya yang sudah berubah " Seroja.... Qid nak minta maaf sebab dah lukakan hati Seroja " Seroja Amaya mendengus kasar lalu meletakkan mop tersebut di tempat asal lalu memandang Thaqid.

     " senang je kau nak minta maaf kan? I have my own life right now so please jangan kacau aku dah " Thaqid memegang lengan Seroja Amaya.

    " apani Qid! lepaslah! " terkejut Seroja Amaya apabila lelaki itu dengan tiba-tiba memeluknya erat.

     " saya rindukan awak Seroja, Qid rindu nak peluk Seroja " Seroja Amaya menolak dada Thaqid dengan kuat dia risau kalau ada seseorang melihat mereka sekarang.

" lepaslah Qid! " Tubuh Seroja Amaya menggeletar sambil menolak Thaqid.

" the fuck are you doing Thaqid! " Tengku Irdina Dilaila yang kelamaan menunggu Seroja Amaya pergi ke pantri terkejut dia melihat Seroja Amaya yang dipeluk oleh Thaqid laju saja dia menarik lelaki itu dan ditampar kuat.

Seroja Amaya berundur ke belakang dengan muka ketakutan " siapa benarkan you masuk dalam company I?! " tanya Tengku Irdina Dilaila kepada Thaqid panas hatinya melihat lelaki itu yang berani memeluk Seroja Amaya.

    Seroja Amaya berlari ke tandas dan masuk ke dalam salah satu cubical lalu menangis semahunya dia takut kalau Tengku Irdina Dilaila memikirkan yang dia gadis liar, dia takut kalau suaminya tahu bahawa Thaqid datang menemui dia.

    Tengku Irdina Dilaila menahan Thaqid yang hendak mengejar Seroja Amaya " kau dah kenapa nak halang aku ni?! " marah Thaqid.

    Tengku Irdina Dilaila mencebik lalu menarik belakang kolar lelaki itu diheret seperti guni, pekerja yang berada dalam pejabat tersebut terkejut melihat.

     " panggil security " arah Tengku Irdina Dilaila kepada salah satu pekerjanya, Thaqid dihempas ke dinding " you nak apa lagi dengan Seroja? tak puas malukan dia? " tanya Tengku Irdina Dilaila penuh kemarahan, semua pekerja hanya memerhati sambil berbisik.

" kau jangan menyibuk hal aku boleh tak? " balas Thaqid yang tiada hormat kepada Tengku Irdina Dilaila " I tak menyibuk and langsung tak kisah pun! tapi you dah ganggu ketenteraman staff I! " Tengking Tengku Irdina kuat membuat semua pekerja ketakutan.

    Tidak lama pengawal keselamatan keluar dari lift dan mendekati Tengku Irdina Dilaila " bawa lelaki tak guna ni keluar dari sini and make sure dia tak masuk lagi " pengawal keselamatan itu mengangguk dan menarik Thaqid secara paksa.

Tengku Irdina Dilaila menjeling lelaki itu dan berjalan kearah tandas " tengok apa! nak kena potong gaji ke?! " marah Tengku Irdina Dilaila membuatkan semua pekerja kelam-kabut duduk ke tempat mereka semula.

   Tengku Irdina Dilaila mendengar suara tangisan Seroja Amaya " Seroja he is not here keluar lah " panggil Tengku Irdina Dilaila, Seroja Amaya yang mendengar langsung mengelap airmatanya dan keluar " T- Tengku saya dengan Thaqi- "

     Tengku Irdina Dilaila mengangkat tangannya mengarahkan gadis itu berhenti bercakap " jangan risau I tahu lelaki tu yang kacau you " Tengku Irdina Dilaila menarik gadis itu keluar dari tandas dan menuju ke bilik pejabatnya.

     Tengku Irdina membiarkan gadis itu duduk di sofa sementara dia mengambil med kit untuk merawat luka Seroja Amaya.

      Tengku Irdina duduk disamping Seroja Amaya dan menarik tangan Seroja Amaya yang melecur lalu merawat.

     " siapa buat you macam ni " setelah lama mereka berdiam Tengku Irdina Dilaila membuka mulut, Seroja Amaya diam " Seroja I tanya ni " Tengku Irdina Dilaila memandang mata Seroja Amaya.

     " Saya tak sengaja tadi " perlahan Seroja Amaya berkata tidak berani memandang Tengku Irdina Dilaila.

     " Linda kacau you lagi? " teka Tengku Irdina Dilaila dia tahu Linda itu ada saja hal yang dia tidak suka dengan pembantu peribadi.

     " betul Tengku ni salah saya tak sengaja terlepas " sedaya upaya dia berkata dia tidak mahu Tengku Irdina Dilaila memarahi Linda.

Tengku Irdina Dilail mengeluh perlahan " dah lah I tahu you memang selalu nak backup Linda sebab taknak I pecat dia kan? " Seroja Amaya menunduk tidak berani bercakap dia sebenarnya kesian dengan Linda yang bekerja hanya untuk membayar kos perubatan ibunya yang berada di hospital.

    " I nak buat macam mana you ni baik sangat " Tengku Irdina Dilaila menepuk peha Seroja Amaya " you kena bagitau husband you yang dia ganggu you " Seroja Amaya menggeleng laju dia tidak mahu Nashriq Hamzah mengetahui hal tersebut.

    " saya tak nak dia risau, nanti dia tak benarkan saya kerja dah macam mana? " Tengku Irdina Dilaila mengeluh lalu menggeleng.

     " you tak patut rahsiakan hal ni dari dia, dia berhak tahu " marah Tengku Irdina Dilaila.

    Seroja Amaya hanya diam langsung tidak tahu mahu membalas apa, dia cuma tidak mahu Nashriq Hamzah risau jika mengetahui Thaqid berjumpa dengan dia.

jangan lupa support saya sampai habis bab renjana >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience