Seroja Amaya masuk ke dalam bilik selepas selesai mandi alangkah terkejutnya dia apabila melihat biliknya kembali kemas malah lebih kemas dari sebelum ini " ibu kemas bilik adik ke? " tanya Seroja Amaya menoleh melihat Puan Hadalia yang duduk diruang tamu sambil mengeringkan rambut " eh takdenya ibu nak kemas kamu tu dah besar panjang " ujar Puan Hadalia dengan mata masih melekat di kaca televisyen " habistu siapa kemas? " gumam Seroja Amaya masuk ke dalam bilik.
Hidungnya terbau satu wangian yang tak pernah dia bau selama ini " wuish siapa pulak sembur minyak wangi dalam bilik aku ni? " gumam Seroja Amaya lagi pada dirinya sendiri, Seroja Amaya berjalan kearah meja solek sudah lama dia tidak menjaga kulit mukanya akibat sedih berpanjangan, dia mandi pun sekarang kerana Nashriq Hamzah yang memaksanya.
Seroja Amaya melihat produk penjagaan kulitnya yang hampir habis perlahan keluhan dilepaskan " apa malang sangat nasib aku ni.." Seroja Amaya menongkat dagunya sambil merenung cermin, sungguh dia menyesal mengenali Thaqid kalau dia tahu benda macam ni terjadi dalam hidup dia, mata Seroja Amaya terhenti apabila seseorang masuk ke dalam bilik dia " haa pandai pun mandi sendiri " perli Nashriq Hamzah yang masuk menjinjing barang, Seroja Amaya hanya berdecit.
FLASHBACK
"TAKNAK MANDI! " sejujurnya Seroja Amaya tak rasa nak mandi lagi dia masih mahu baring diatas katil dan menangis, Nashriq Hamzah menggaru kepalanya elok saja tadi dia menyuap makanan kepada Seroja Amaya sopan saja dia mendengar arahan Nashriq Hamzah tapi sekarang membantah pula.
Nashriq Hamzah tanpa banyak kata menarik tangan Seroja Amaya " LEPAS TAKNAK MANDI " Tangis Seroja Amaya, Sa'id Aezman yang sibuk dalam bilik membuat kerja terganggu dengan jeritan Seroja Amaya.
" adik kenapa terjerit ni? " tanya Sa'id Aezman yang sudah bercekak pinggang melihat Nashriq Hamzah yang menarik Seroja Amaya yang sedang mencengkam bingkai pintu kuat
" adik kau ni Sa'id aku suruh mandi taknak " ngadu Nashriq Hamzah kepada Sa'id Aezman, dia hanya ketawa " tu lah kau main kahwin je dengan dia, kau kena tahu si Seroja Amaya tu manja orangnya pandai-pandai lah kau hidup dengan dia " ujar Sa'id Aezman kembali masuk ke dalam biliknya masih banyak kerja harus dia selesaikan.
Syaqif Ahmad pula sudah lena di dalam bilik penat, kalau ribut datang pun sudah tentu dia tak sedar " manja sangat eh kau ni? " Nashriq Hamzah meregangkan ototnya dan memeluk kuat pinggang Seroja Amaya lalu diangkat ke bahu
" eih! lepas lah kau ingat aku ni guni ke!? " marah Seroja Amaya memukul belakang badan lelaki itu berkali-kali, untung saja ibu bapa Seroja Amaya sedang berada diluar membeli bahan basah.
Nashriq Hamzah langsung masuk ke dalam bilik air dan menurunkan Seroja Amaya " kau nak mandi sendiri atau aku mandikan? " tanya Nashriq Hamzah menunduk memandang Seroja Amaya yang pendek.
Seroja Amaya merengus dan menolak lelaki itu keluar dari bilik air lalu menghempas pintu bilik air " ni tuala dengan pakaian kau ada kat dalam tu " Nashriq Hamzah tersenyum dan berlalu mahu mengemas bilik Seroja Amaya yang serupa sarang penagih itu.
" anak dara mana lah boleh hidup dalam keadaan bilik macam ni, takde disiplin betul " gumam Nashriq Hamzah yang mula mengemas bilik tersebut dengan pantas.
Matanya terhenti apabila melihat gambar Thaqid yang berada diatas lantai ada juga gambar Seroja Amaya berdua dengan Thaqid " hensem lagi aku ni " gumam Nashriq Hamzah meletakkan gambar yang bersepah diatas meja di dalam laci.
ENDFLASHBACK
Seroja Amaya tersedar dari lamunan apabila bahunya digoyang " allahu Seroja Amaya kau dengar tak aku cakap apa ni? " tanya Nashriq Hamzah yang berlutut melihat Seroja Amaya dengan raut wajah risau
" ka-kau cakap apa tadi? " tanya Seroja Amaya menolak tangan Nashriq Hamzah daripada memegang bahunya " aku cakap, bilik ni aku dah kemas jangan sepahkan lagi kalau tetiba meroyan ingat kekasih hati kau tu banyakkan beristighfar " ujar Nashriq Hamzah dengan nada yang lembut lalu memberikan plastik yang berlogo 'watson' kepada Seroja Amaya.
Seroja Amaya terpinga-pinga hanya mengambil dengan muka penuh tanda tanya " aku nampak kau punya skincare tu dah nak habis, tadi aku pergi belikan untuk kau manatau kau nak pakai banyak " ujar Nashriq Hamzah dan mengambil satu beg kertas yang menunjukkan logo Dior " ni minyak wangi kau, tadi aku nampak pecah atas lantai jadi aku ganti baru " menggeletar tangan Seroja Amaya mahu memegang beg kertas itu belum pernah dia masuk kedai Dior tu.
Nashriq Hamzah hanya melihat Seroja Amaya yang melihat isi dalam beg kertas tersebut " N-Nash asal sampai lima jenis bau kau beli ni? aku mana pakai minyak wangi sangat " terkejut Seroja Amaya melihat isinya boleh dikatakan gaji sebulan pun belum tentu beli dua jenis minyak wangi berjenama Dior.
Nashriq Hamzah hanya ketawa kecil " aku keluar kejap ada hal and aku tak balik malam ni ada kerja nak diurus esok kau siap awal pagi tau, kau siap kat hotel kan? " Seroja Amaya hanya mengangguk perlahan.
Nashriq Hamzah melihat Seroja Amaya dan mengusap pipi Seroja Amaya lembut " kalau dia betul-betul cintakan kau, dia takkan buat kau macam ni Maya " sungguh lembut usapan Nashriq Hamzah walaupun masih terasa kasar permukaan telapak tangan lelaki itu, Seroja Amaya memandang Nashriq Hamzah " kenapa kau offer diri nak kahwin dengan aku? " pertanyaan itu cukup membuatkan lelaki dihadapannya terkaku seketika.
" sebab Allah gerakkan hati aku " hanya itu yang dia katakan kepada Seroja Amaya sebelum berlalu keluar meninggalkan isterinya terpaku di dalam bilik, entah mengapa pipi milik Seroja Amaya memerah sedikit menandakan dia malu dengan cara layanan Nashriq Hamzah, Seroja Amaya melihat kembali barang yang dibeli oleh Nashriq Hamzah dia tersenyum nipis.
Lelaki itu bagi Seroja Amaya penuh dengan misteri, mungkin sebab dia tidak lagi mengenali lelaki itu dengan lebih dalam, Seroja Amaya kemudian tersentak apabila bayangan Thaqid muncul dalam mindanya saat dia mengelamun.
FLASHBACK
Seroja Amaya dan Thaqid berjalan disepanjang pesisir pantai sambil menikmati terbenamnya matahari sesekali mata gadis itu memandang kekasihnya yang turut berjalan seiring dengan dia.
mereka dari zaman sekolah menengah lagi sudah menjalankan hubungan itupun apabila Seroja Amaya yang berani mati meluahkan perasaan dia kepada Thaqid, dia fikir lelaki itu aku menolak dia mentah-mentah namun sangkaannya meleset apabila Thaqid juga turut menyatakan rasa hatinya kepada Seroja Amaya.
Sehinggalah mereka habis SPM, Thaqid lebih memilih untuk sambung belajar diluar negara berbanding Seroja Amaya yang memilih untuk belajar di dalam Malaysia memandangkan kewangan ibu dan ayah ketika itu tidak lah baik mana " Qid nanti sambung belajar kat sana jangan lupakan Seroja tau? " ujar Seroja Amaya sambil berdiri tepat dihadapan Thaqid.
Hari ini adalah hari yang terakhir untuk mereka bersama sebelum lelaki itu berangkat ke luar negara esok pagi, Thaqid hanya tersenyum kecil sambil mengangguk " mestilah Qid kan sayang dekat Seroja, tak mungkin boleh lupakan Seroja macam tu je " balas Thaqid mengusap kepala Seroja Amaya yang berbalut shawl itu.
Seroja Amaya tersenyum malu dan memandang lama wajah kekasihnya itu yang berkulit cerah dan mempunyai mata bersinar setiap kali dia menatap mata itu, bagi dia Thaqid adalah lelaki yang cukup sempurna untuk dia dan mustahil dia akan mencintai lelaki lain selain Thaqid.
" Seroja hati Qid ni hanya Seroja je mampu miliki faham tak? datang banyak manapun perempuan mata Qid ni craving nak tengok Seroja Amaya je " lembut saja Thaqid berkata sambil mencubit kedua belah pipi Seroja Amaya lembut.
Namun ditepis perlahan oleh Seroja Amaya dan senyum " cinta Seroja dekat Qid takkan pernah habis sampai akhir hayat Seroja " balas Seroja Amaya membuatkan jejaka dihadapan memaparkan senyum yang lebar memberi khabar kepada alam semesta bahawa dialah lelaki yang paling bahagia dan bertuah menjadi milik Seroja Amaya.
ENDFLASHBACK
Mengingat kembali kenangan tersebut membuat hati Seroja Amaya kembali sakit seperti ditikam tapi tidak berdarah.
Baginya ini adalah sakit yang melebih had dia untuk dikawal, melupakan seseorang dalam sehari tidaklah mampu bagi seorang Seroja Amaya yang begitu tulus mencintai lelaki itu, mungkin dua tahun? ataupun lima tahun? dia sendiri tidak tahu bila akan lelaki itu terhapus dalam memori mindanya.
Tanpa sedar airmata menitis tanpa dipinta, hati mana saja tidak sakit apabila kepercayaan dinodai begitu saja, perempuan mana yang gembira apabila dirinya ditinggalkan begitu saja?
Share this novel